15 May 2018

Tindakan PBS Tahun 1990 Jauh Lebih Terhormat

Penjahanam Demokrasi
Dato Seri Dr Mahathir (kini Tun) semasa parti PBS keluar daripada Bn diambang pengundian pada PRU tahun 1990 untuk bergabung dengan Barisan Alternatif (S-46-DAP) pimpinan Tengku Razaleigh dipanggil sebagai TIKAM BELAKANG. Istilah itu, akhirnya berakhir dengan sendirinya pada 11 Mei 2018, kerana tindakan PBS itu lebih terhormat berbanding tindakan parti UPKO, pimpinan Datuk Madius Tangau.

Tindakan PBS pimpinan Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) pada tahun 1990 yang dianggap selama ini sebagai tindakan tikam belakang, sebenarnya lebih bermoral berbanding tindakan UPKO.

Tindakan PBS tahun 1990, masih memberi peluang kepada bekas rakan untuk bangkit, berbanding tindakan UPKO, yang menyebabkan rakan mendapat pukulan maut.

Kepada Datuk Shafie, dan para pemimpin parti Warisan Sabah, mungkin anda-anda sekarang ini sedang bergembira, kerana anda-anda mempunyai "numbers" dan secara teknikal, Kerajaan yang dibentuk pada 10 Mei, 2018, kehilangan majoriti mudah ADUN.

Anda-anda dibantu mendapat kuasa oleh mereka yang tidak bermoral. Yakinlah, para pemimpin seumpama ini, akan terus melakukan tindakan sama, kerana matlamat mereka hanya untuk kepentingan peribadi. Mereka beranggapan menjadi sebahagian daripada kerajaan Pusat, maka akan menguntungkan mereka, kerana akan mendapat habuan projek, berbanding dengan kerajaan yang tidak separti dengan kerajaan pusat.

Kelantan, sejak tahun 1990, merupakan kerajaan yang tidak separti dengan kerajaan Pusat, namun tiada seorangpun ADUN menyeberang, walaupun pada tahun 2004, mereka hanya mempunyai kelibihan 2 kerusi berbanding parti yang memerintah Pusat. Bayangkan, selama 28 tahun, para wakil rakyat Kerajaan Kelantan boleh bertahan sebagai pembangkang kepada kerajaan Pusat, namun masih bertahan, kerana mereka itu adalah pemimpin bermoral dan amanah. Bagi UPKO dan dan beberapa ADUN UMNO, tidak sampai 24 jam parti yang mereka wakili kehilangan kuasa telah berpaling tadah, malah tindakan mereka menyebabkan kerajaan yang ditubuhkan jatuh secara teknikal. Tindakan mereka, bukan sahaja tindakan tidak bermoral, akan tetapi menjahanam sistem demokrasi, mengabaikan amanah pengundi yang mengundi mereka. Tindakan mereka itu, perlu dinoktahkan, kerana ianya tidak perlu diwarisi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels