26 August 2009

7 Kosong Pakatan lawan Barisan

Pakatan membelasah Barisan bagi 7 pilihanraya kecil (prk) yang diadakan selepas PRU-12. Kekalahan terakhir Barisan ada di Permatang Pasir Pulau Pinang, yang baru sahaja dimenangkan oleh Salleh Man persuruhjaya Pas Pulau Pinang, walaupun undi Pas agak menurun.

Dalam sesebuah pilihanraya, yang penting menang, tidak kiralah hanya satu undi.

Kekalahan bertubi-tubi barisan nasional kepada pakatan rakyat sejak pru-12, menunjukkan bahawa Bn tidak mendapat tempat di hati rakyat lagi, walaupun masih ada penyokong, akan tetapi sokongan tidak cukup untuk kemenangan. Keadaan ini, sama lah dengan sokongan yang yang diperolehi oleh pihak pembangkang melalui pru sebelum pru-12, pembangkang ada sokongan, tetapi sokongan yang belum boleh menentukan kemenangan. Akan tetapi selepas pru-12, rupanya kedudukan telah berganti, kali ini pula BN mengambil alih kedudukan pembangkang sebelum pru-12. Akan berterusan kah memontem sokongan rakyat kepada Pakatan? tiada yang boleh meramal, jawabannya hanya tunggu pentas pru-13 pada 2012.

4 comments:

DEPU-DEPU said...

salam..

satu perlawanan yang sengit disiarkan secara langsung melalui stadium astro...

MANCHESTER UNITED Menang lagi..

pagipagi said...

aahhhh

Norkifli Abdul Hamid said...

Inilah kitaran kehidupan.Tiada yg kekal dlm alam dunia.Pengundi semakin bijak.Tidak boleh lagi disogok dgn janji2 manis & wang ringgit.Tunggu PRU 13 nanti.Adakah pengundi di Sabah & Serawak berani menongkah arus?Pemimpin yg adil & amanah di sokong, pemimpin yg korupsi disanggah.Situasi di sesuatu tempat berbeza bak kata" lain padang,lain belalang".Kalau masa mengundi baru nak tunjuk muka.Kirim salam ler( tak kira pemerintah ker @ pembangkang ker).

Norawi said...

musim telah berubah.pemikiran berubah,fizikal berubah suasanapun berubah.Musim buah telah pun berakhir.yang tinggal hanya kenangan bersama kemanisan buah yang sempat dirasa seketika cuma.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels