2 October 2009

Betul Kah Mahathir Jilat Balik Ludahnya?

Awal-awal lagi Tun Mahathir menolak agar Isa Samad jangan dicalonkan kerana kes dan pekong yang ada padanya.

Mahathir kata jika Isa Samad dicalonkan, walaupun boleh menang dengan mudah tapi kawasan lain akan HUKUM Umno kerana bertoleransi kepada pemimpin pengamal politik wang untuk mendapat kuasa.

Desaan Tun Mahathir tidak diambil kira oleh Najib sebagai presiden Umno dan tetap menacalonkan Isa Samad kerana FAKTOR LOKAL. Pemuda danWanita Umno Telok Kemang akan BOIKOT Calon BN selain Isa Samad.

Faktor lain yang mendorong Najib mencalonkan Isa Samad adalah mengurangkan kebimbangannya tentang keputusan 7 PRK lalu di mana kesemuanya dimenangi oleh Anwar dan kawan-kawan.

Betul kah Tun Mahathir ada BERCAKAP menerima Isa Samad. Jika betul Tun Mahathir terpaksa MENJILAT LUDAHNYA SENDIRI dan terpaksa menerima bahawa pendapatnya TIDAK lagi releven kepada para pemimpin Umno sekarang.

Mahathir sebagai negarawan ULUNG negara ini, telah merasakan bahawa Parti dan orang-orang yang pernah berkerja di bawahnya telah mengenepikannya secara terang-terangan.

Iktibar kepada pemimpin berasaskan peristiwa ini, SELAGI KITA ADA KUASA MAKA KITA DISANJUNG, JIKA TIADA KUASA: SANTAN HABIS, SEPAH DIBUANG.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Tun Dr Mahathir hanya memberi nasihat kepada UMNO, kalau boleh jangan calonkan Tan Sri Isa Samad. Kalau semasa Tun jadi Presiden UMNO pun akan berfikir banyak kali juga apabila rakyat setempat bersuara mahukan Tan Sri Isa.....

Bagi kawan tidak wajar Tun dituduh sedemikian rupa, biasanya yang menuduh TUN begini adalah dari kalangan orang-orang yang keciwa untuk mendapat kemenangan di Bagan Pinang....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels