3 October 2009

Nizar-Pas- Anwar Akhirnya Hanya Lawan Surat Khabar lama

Tiada Penyokong akhirnya AJK PKR Telok Kemang yang keluar parti diambang penamaan calon hari ini kempunan kerana tidak dapat bertanding.

DUN Bagan Pinang yang sebelumnya dikatakan akan direbut 3 penjuru, akhirnya pertembungan hanya antara kelompok Nizar-Pas- Anwar lawan surat khabar lama julukan Azmin Ali kepada Isa Samad.

Nizar-Pas-Anwar diwakili Pesurujaya Pas Negeri Zukefly Mohd Omar melawan ketua bahagian Umno Telok Kemang Isa Samad yang juga mantan MB Negeri Sembilan selama 22 tahun dan menteri wilayah persekutuan.

Di tempat penamaan calon Bos Nizar Hadi Awang yakin akan memenagi DUN Bagan Pinang berasaskan kepada sokongan kepada Pakatan di DUN tersebut semakin hari semakin bertambah.

Hadi Awang juga berasaskan kepada pengamatannya semasa penamaan calon, di mana penyokong Pakatan maupun bendera jauh melebihi jumlah yang dimiliki BN.

Penamaan calon hari ini, Isa Samad diarak oleh Tan Sri Muhiyiddin dan para pemimpin tertinggi komponen parti BN termasuk Samy Vellu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan DS Najib meminta para pengundi DUN Bagan Pinang agar memilih wakil rakyat yang boleh menyumbang kepada pembangunan di kawasan tersebut.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, tak dapat dinafikan terlalu ramai orang datang menyokong PAS, PKR di Bagan Pinang termasuk kumpulan samseng...... tapi tak ramai yang boleh mengundi........ kah...kah...kah....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels