19 April 2011

Aziz Bari menggangu Parti Pas: Pemimpin Pas

Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam seperti didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi (gambar) yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini.

Aziz juga berkata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat gagal mempertahankan parti dalam beberapa itu berbangkit — termasuk gagal memperoleh sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.
Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai ‘kapten’ kepada parti itu.

“Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Justeru, tegas Nasrudin, Hadi bukan liabiliti kepada PAS dan masih lagi layak untuk menerajui parti Islam itu selepas banyak membawa perubahan besar kepada parti itu.

“Hujah Aziz itu adalah hujah yang berulang dan telah kita selesaikan sebelum daripada ini, hujah kekalahan di Terengganu... hujah kegagalan 16 September semua nak dibebankan kepada Datuk Seri Abdul Hadi... nak ulang hujah sama itu tidak releven dan ia tidak jelaskan kenapa beliau harus menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi.

“Kita tak boleh pakai hujah begitu... sepatutnya beri fakta yang jelas dan bukan ulang hujah yang sama dan ingin saya tegas Datuk Seri Abdul Hadi bukan liabiliti kepada PAS,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya Hadi menjadi liabiliti kepada PAS sudah tentu kawasan-kawasan yang bermesyuarat akan mencalonkan pemimpin lain, tetapi sehingga kini hanya PAS kawasan Bukit Bintang sahaja yang bertindak demikian.

“Kalau semua kawasan calonkan Datuk Seri Abdul Hadi ini bermakna kepimpinan beliau masih releven. Jadi, kita serah kepada perwakilan tak perlu menggunakan kaedah mencipta persepsi negatif terhadap peribadi Datuk Seri Abdul Hadi.

“Kalau perwakilan beri kepercayaan kepada beliau, adakah beliau masih menjadi liabiliti kepada PAS... tidak. Kepercayaan perwakilan menggambarkan mereka mempercayai Datuk Seri Abdul Hadi dan kepimpinannya,” katanya.

Jelas Nasrudin, gesaan agar Hadi meletakkan jawatan itu hanya akan “muncul” setiap kali pemilihan parti diadakan dengan tujuan mahu “mencipta” persepsi negatif terhadap bekas menteri besar Terengganu itu.

“Ia adalah kaedah nakal yang muncul ketika pemilihan yang mahu ganggu keharmoniaan pemilihanb PAS, pandangan seperti ini berlaku bila ada pemilihan sahaja.

“Ia satu pandangan yang tidak perlu diambil kira sangat tapi kita hormat pandangan yang diberikan semua orang,” kata beliau sambil menambah, “kita menghormati pandangan semua orang sama ada positif atau negatif tapi dalam memberi pandangan yang paling penting adalah kita memerlukan hujah atau fakta yang jelas.”

Justeru kata Nasrudin, hanya perwakilan yang paling layak untuk menentukan barisan kepimpinan PAS ketika pemilihan nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu kekalahan PAS di Sarawak dan beberepa siri pilihan kecil tidak boleh dijadikan kayu pengukur bahawa Hadi adalah penyebab kegagalan itu.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar setiap pandangan yang dikemukakan itu harus bersikap jujur dengan turut mengambil kira kejayaan dan pencapaian PAS sejak Hadi menerajui parti.

“Yang pertama kita hormati setiap pandangan semua pihak cuma cadangan itu mungkin berpunca dari pencalonan satu kawasan dan ia bukan merupakan gambaran keseluruhan (kawasan).

“Saya milihat kita harus lihat secara jujur iaitu bukan dari aspek kegagalan tapi kejayaan yang dicapai dalam kepimpinan beliau termasuk memenangi negeri Kedah dalam pilihan raya umum dan PAS diterima bukan Islam juga di bawah kepimpinan beliau, jadi beberapa kegagalan yang berlaku tidak boleh dijadikan kayu pengukur,” katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, sekiranya Hadi adalah liabiliti kepada parti, maka semua kawasan tidak akan menyokong kepimpinan beliau dan akan memilih pemimpin lain.

“Beliau bukan liabiliti sebab semua kawasan juga mencalonkan beliau, kalau kata liabiliti separuh kawasan akan calonkan orang lain (bagi jawatan presiden).

“Beliau masih releven untuk jadi presiden, beliau bukan liabiliti... beliau diterima semua pihak, beliau bukan liabiliti kepada PAS dan saya tak nampak apa yang dimaksudkan sebagai liabiliti itu,” katanya.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata apa yang dikatakan Aziz itu hanya pandangan peribadi, namun hakikatnya kepimpinan Hadi masih lagi diperlukan PAS.

“Pandangan Aziz sebagai seorang yang bebas dari parti, itu hanya perspektif org yang di luar dan dari segi kepimpinan kita masih memerlukan kepimpinan beliau (Hadi).

“Malah semasa kepimpinan beliau ada banyak pencapaian parti termasuk kemenangan PAS pada 2008, jadi walaupun dari segi pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil ia bukan kayu pengukur yang mutlak, jadi harus dilihat dari sudut pencapaian lain juga,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kepimpinan dan kekuatan Hadi masih diperlukan PAS dan ia perlu dibuktikan dalam menghadapi situasi politik semasa.

“Saya yakin kepimpinan beliau telah mengambil kira semua pandangan, dengan syarat PAS harus melonjak.

“Selain itu kalau lihat sejarah parti tak ramai presiden ditandingi, apa yang berlaku sama ada presiden letak jawatan atau krisis... jadi apa yang berlaku ini adalah satu cabaran kepada beliau selaki presiden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dengan tegas berkeyakinan Hadi akan membawa lebih banyak perubahan sekiranya terus menerajui parti tersebut.

“Kekal sebagai presiden, kerana Abdul Hadi berjaya bawa PAS ke dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga berjaya membawa PAS agar ia boleh disertai kaum-kaum lain.

“Beliau perlu kekal sebagai presiden dan tingkat prestasi untuk kuatkan PAS pada masa depan, jadi beliau masih perlu menerjaui PAS buat masa sekarang dan beberapa tahun akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

“Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

“Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004,” katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

“Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden,” katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

“Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

“Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca,” kata beliau lagi. TMI

17 comments:

Esperalzi said...

Hahaha! Org UMNO/BN dah lama kata Aziz Bari ni profesor kangkung yg lemah hujah politik. PAS baru tau ke? Tu lah..dulu dok asyik seronok puji Aziz Bari sbb dia selalu kutuk UMNO/BN..nah skrg prof kangkung ni dah kencing atas kepala Presiden PAS! Kah!Kah!Kah! Padan muka ko PAS!!

fazlin said...

Aziz Bari hanyalah memberikan pandangan beliau.

fazlin said...

PAS tidak seharusnya melenting tapi patut memperbaiki kelemahan mereka. mereka seharusnya menerima kritikan dengan hati terbuka.

ferlo said...

bagi pendapat saya pula, PAS lebih baik semasa tampuk kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor berbanding sekarang.

Gopuk said...

Pastikan tidak ada pertelingkahan yang berlaku, kerana pilihanraya mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Gopuk said...

Matlamat utama mereka seharusnya adalah untuk mempertingkatkan lagi tahap kepimpinan mereka dan bukannya bergaduh sesama.

Smookiekins said...

Jadi, apa PAS akan lakukan..

Mohd Ishak said...

Awal-awal kita sudah tahu.

Radzis said...

Ini bermaksud Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mempertingkatkan lagi tahap kepimpinannya.

evan medhousky said...

sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik. tidak ada istilah kebal bila penilaian dan kritikan mengambil tempat.

Hanroizin said...

Tidak hairanlah jika penganalisis mengatakan demikian. Memang bidang beliau untuk memberikan jawapan analisis.

evan medhousky said...

kenapa PAS tidak sanggup menerima kritikan sedangkan mereka juga sering mengkritik dan memfitnah BN lebih teruk dari ini??

selain daripada sibuk berpolitik, apakah sumbangan pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz, Anuar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Haji Hadi untuk pembangunan negara?

mandau said...

PAS kena terim kritikn dan jadikan ia sebagai pendorong tuk lebih berusaha.

shiro said...

Ini petanda bahawa pemimpin PAS perlu memperbaiki kelemahan yang ada.

Elisha Emanuela Jones said...

Kritik mengkritik ni macam dah jadi amalan dalam dunia politik, jadi biarkan sajalah. Lama-kelamaan hal ini akan senyap juga nanti.

Paquin said...

Politik memang banyak gimik. hhmmm pandai2 lah rakyat menilai hal ini.

shiro said...

kritik mengkritik pun janganlah sampai ada pihak yang akan naik angin dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan.harus bersikap profesional

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels