30 April 2011

Ramai yang kata kalau Rahman Dahalan jadi calon BN-Pembangkang boleh menang?

Sakit hati pengundi Kota Belud terutama kaum Iranun dan sebahagian kaum bajau belum pulih; apabila Rahman Dahalan menjadi bidan terjun pada PRU-12 lalu.

Sehingga kini-ramai yang menganggap bahawa terpilihnya Rahman Dahalan-kini lebih dikenali sebagai DARD (Datuk Rahman Dahalan) kerana hubungannya dengan Khairy Jamluddin-kerana masa itu-DARD adalah setiausaha Pemuda Umno Kebangsaan.

Semasa kempen di Kg Lilud Kota Belud-dalam DUN Tempasuk semasa PRU-12 itu-Rahman berjanji-bahawa masalah air minum yang menjadi rungutan sebahagian besar penduduk akan selesai dalam masa 100 hari beliau diistiharkan menang. Kini, telah genap 3 tahun atau tepatnya 1095 hari janji Rahman itu hanya tinggal janji.

Penduduk seperti biasa terus menikmati air tube yang disedut daripada bawah tanah-sebelum Rahman jadi wakil rakyat lagi.

Rupanya tidak mudah mengadakan kemudahan air bersih untuk kemudahan penduduk, buktinya Rahman yang bersungguh-sungguh dalam kempennya tersebut, terbukti gagal.

Penggal wakil rakyat Rahman akan tamat-dalam 2 tahun lagi-itupun kalau DS Najib tidak memanggil PRU-13 lebih awal; jika PRU-13 akan berlaku kurang daripada 2 tahun daripada sekarang, maka penggal Rahman sebagai MPKotabelud-sepertimana-identitinya dalam twitter mahupun blog akan tamat.

Kemuskilan dan masalah penduduk yang diutarakan kepada Rahman baik semasa PRU-12 mahupun hingga kini, sebahagian besarnya tidak tertunai.

Peruntukan Parlimen-hanya digunakan untuk membina pondok-pondok bas konkrit-walaupun tiada perkhidmatan bas.

Selama tiga tahun- Rahman menjadi wakil rakyat Kota Belud-tiada projek yang berimpak kepada perubahan Kota Belud-sama ada dari segi pembangunan ekonomi, pendidikan mahupun kemudahan asas penduduk.

Berasaskan kepada performance Rahman selama 3 tahun- ramai yang mengatakan-jika Rahaman dipilih semula sebagai calon mewakili BN- maka calon pembangkang akan menang mudah.

Kuasa wang tidak lagi akan berpengaruh pada PRU-13 akan datang, kerana ramai sudah menyedari-mengundi kerana habuan 20 atau 50 ringgit akan menyeksa mereka selama-lamanya.

Jika pada PRU-12 separuh pengundi tegar BN telah mengundi pembangkang kerana protes, pada PRU-13 akan datang jika DARD dipilih semula undi protes tersebut akan berlipat ganda. Kalau BN mahu kehilangan kerusi Parlimen Kota Belud-letaklah DARD semula.

23 comments:

ferlo said...

kita liht sahaja nnti pada pilihanraya nnti. adalah Rahman Dahlan boleh menang.

ferlo said...

apapun, Rahman Dahkan harus tunaikan tanggungjawab dan janjinya kepada rakyat KB.

madd said...

Rakyat KB pada keseluruhannya pasti boleh menilai bagaimana prestasi DARD.

madd said...

apa yang penting adalah keperluan dan kepentingan rakyat dapat dipenuhi.

shiro said...

Rahman Dahalan perlu menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah air minum yang menjadi rungutan sebahagian besar penduduk KB.

shiro said...

Rahman perlu mendapatkan kembali kepercayaan penduduk jika ingin terus menjadi calon BN.

Radzis said...

Entahlah. terpulang kepada pengundi.

Radzis said...

Kalau Rahman mahu menang, dia kenalah berusaha untuk mendapat sokongan pengundi.

Paquin said...

Semuanya berada pada tangan rakyat. jadi bualah apa yang patut.

Paquin said...

Next GE bakal menjelang, so buatlah penilaian yang matang sebelum mengundi mana2 calon.

Paquin said...

Namun sebaiknya janji yang ditabur hendaklah ditunaikan demi kebaikan semua pihak.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Mohd Ishak said...

Harap calon yang terbaik akan dipilih untuk mewakili parti masing-masing.

Kris Jr said...

PRU13 nanti undi la yang benar2 btanggungjwb & mesra rakyat.

Wazxiran said...

Rasanya itu memang tidka dapat kita jangkakan. Itu adalah pilihan rakyat sendiri. Siapa menang itu adalah atas sokongan rakyat.

Batresiah said...

Setiap orang ada nasib berbeza. Bukan semua sama. KAlau benar pun itu kata pengarang. Jika Datuk Rahman memberikan yang terbaik kepada penduduk Kota Belud, saya pasti beliau akan disokong. Tapi begitu jika sebaliknya. Jadi setiap pemimpin haruslah membuat apa yang perlu untuk rakyat jika ingin terus disokong.

Hosie Masie said...

Siapa lagi calon yang berkebolehan?KB merupakan tempat politik yang kuat diSabah dan sangat aktif. Jadi apa perkara pun boleh berlaku dikawasan tersebut. Maka PRU13 menentukan apakah benar BN akan tumbang dikawasan tersebut jika Datuk Rahman Dahlan menjadi wakil BN di sana.

nickko said...

tidak semua yang dirancang itu berjalan dengan lancar.. untuk menyelesaikan keseluruhan masalah air di Kota Belud memerlukan masa. Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk memastikan 90% kawasan berpendudukan di negeri Sabah akan mendapat bekalan air bersih melalui sistem retikulasi (paip) dan bekalan air alternatif seperti melalui sistem graviti dan sebagainya menjelang penghujung tahun 2012. DARD sudah bertungkus lumus cuba menyelesaikan masalah air di KB, dan terpulanglah kepada rakyat bagaimana mereka menilai hasil kerja beliau.

nickko said...

mungkin ramai juga yang akan kata jika DARD jadi calon BN, BN tetap akan menang di KB..

mike said...

setahu saya, DARD berusaha gigih untuk menyelesaikan isu ini.

mike said...

terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada mahu mencalonkan semula DARD atau tidak..

mike said...

kita tunggu dan lihat saja nanti.

Kris Jr said...

Mengundi la dengan bijak

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels