19 January 2013

Datuk Lajim hebat

BAYANGKAN hanya beberapa bulan keluar daripada Umno, kini Lajim menobatkan dirinya bakal Ketua Menteri Sabah, jika Pakatan Rakyat menang di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Lajim mengunapakai nama Anwar Ibrahim menjajah penobatannya sebagai bakal KM Sabah. Setidak-tidaknya itulah kehebatan Lajim.

Rupanya dalam Pakatan Rakyat, orang lama seperti Ansari Abdullah, Tamrin Zaini dan ramai lagi, tidak memdapat kepercayaan daripada Anwar, kerana memilih Lajim menjadi boss kepada pemimpin kanan PKR negeri atau Pakatan Rakyat negeri; setidak-tidaknya itulah maksud daripada kenyataan Lajim yang dibawanya ke sana ke mari.

Satu lagi kehebatan Lajim adalah, setiap lawatannya akan diiringi sekurang-kurangnya 70 pengikutnya, maknya, jika tempat yang dituju ada 30 orang, maka kelihatan majlis itu dihdiri 100 orang.

Rupanya, dakwaan Lajim bahawa dia keluar daripada Umno, kerana kononnya untuk membela rakyat, rupanya hanya gimik, kerana niat sebenarnya adalah mahu jawatan KM.

Lajim tiada pilihan, kerana dalam Umno sendiri, nama Lajim Ukin bukan lagi winnable candidate, ertinya dia akan direhatkan pada PRU-13, kalau dia masih dalam Umno/Bn.

Lajim tidak mahu tersunggur ditengah jalan, kerana dia masih merasa bahawa dia masih layak sebagai calon mewakili umno/Bn, namun persyaratan yang diperlukan oleh pucuk pimpinan umno/Bn, adalah seseorang mestilah mempunyai kretiria sebagai calon yang boleh menang, namun syarat-syarat itu tidak dimilikinya lagi.

Lajim lupa, bahawa senario politik sudah berubah, bukan lagi berada pada tahun 1980-an atau 1990-an, di mana pada itu dia masih mempunyai ramai penyokong. 

Rakyat telah membuka mata, lebih 26 tahun Lajim mewakili Klias dan kemudian Beaufort, masalah utama rakyat di kawasan itu belum dapat di atasi.

Kini Lajim serupa Anwar, hanya mempunyai cita-cita untuk mengejar jawatan dan sanggup mempergunakan rakyat dengan berbagai janji retorik dan pembohongan hanya untuk mengejar cita-cita peribadi.

Bodohlah rakyat menyokong pemimpin seumpama ini.

52 comments:

Blackforest said...

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR. Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian.

Blackforest said...

Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Blackforest said...

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Blackforest said...

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Blackforest said...

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Blackforest said...

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Blackforest said...

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.

Blackforest said...

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipedulikan.

Blackforest said...

Lajim kemungkinan akan tersun gkur dan tidak akan bangkit lepas PRU-13.

Unknown said...

Aik belum apa-apa sudah menobatkan diri sebagai ketua menteri Sabah jika PR menang.

Unknown said...

Jadi kalau PR kalah Lajim mahu menobatkan diri sebagai apa pula?

Unknown said...

Lajim sedarlah dengan diri sendiri yang mana rakyat tidak menyokong PR di Sabah ini. Yang meyokong sekarang ini cuma mereka yang ada niat tersendiri terutama sekali Anwar yang mana cuma inginkan kerusi Perdana Menteri. Tapi bukannya berjuang untuk rakyat.

Unknown said...

Tidak perlulah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh PR untuk Sabah. Semua itu cuma pembohongan semata-mata.

Unknown said...

Kekautan BN masih dirasai lagi dan ini membuktikan apa yang Lajim impikan tidak akan tercapai langsung.

John Winchester said...

Jika rakyat memberi mandat kepada BN untuk terus mengekalkan pemerintahan pada pilihan raya umum nanti, kestabilan politik, perpaduan dan keharmonian kaum dapat dikekalkan kelangsungannya

John Winchester said...

Kita tidak ada pilihan, kecuali memberi mandat berterusan kepada kerajaan sedia ada melalui undi kepada calon BN dan kita perlu mengundi secara rasional dan bukannya mengikut emosi atau sentimen

John Winchester said...

Sebagai rakyat, kita jangan mudah terpengaruh dengan fitnah dan hasutan pihak pembangkang kerana matlamat mereka memerintah tidak akan mengambil berat soal kebajikan rakyat

John Winchester said...

sepanjang 2012, antara pencapaian cemerlang yang dilakar termasuk mengekalkan kadar pengangguran terendah sebanyak 7% dan kemiskinan sebanyak 0.5%

John Winchester said...

Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik yakin UMNO dan BN akan mencapai kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus muncul sebagai kerajaan kuat untuk membela agama, bangsa dan negara.

John Winchester said...

keyakinan itu bersandarkan pembaharuan serta pelan transformasi yang telah dan bakal dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping semangat jentera parti yang dilihat sudah bersedia untuk 'berperang' dalam pilihan raya umum akan datang.

John Winchester said...

kemenangan dua pertiga tidak akan menjadi kenyataan dan segala kerja keras Najib sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara tidak akan membawa sebarang erti jika pemimpin akar umbi masih mengamalkan budaya sabotaj.

John Winchester said...

Tapi ahli UMNO dan BN harus sedar, kita kalah pada 2008 sebahagian besar disebabkan sabotaj dan paling banyak undi rosak. Jangan kita ulangi kesilapan ini

John Winchester said...

Umno yakin merampas kesemua empat negeri dipimpin Pakatan Rakyat dan merebut kembali majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya akan datang, dirangsang oleh kepercayaan yang kuat bahawa langkah reformis dilakukan Najib

John Winchester said...

Umno sudah bersedia sepenuhnya untuk ke medan pertempuran, setelah empat tahun menjalani transformasi intensif dari pentadbiran parti itu untuk pemikiran lebih tiga juta ahli.

Bea Raymond Kisil said...

Pada hari Rabu malam 16 Jan baru-baru ini ketika satu siri ceramah di Kg Pintas, Beaufort, Datuk Lajim Ukin mencanangkan kepada hadhirin majlis yang seramai 100 orang bahawa dia bakal jadi Ketua Menteri jika PR menang.

Bea Raymond Kisil said...

Memandangkan Lajim pergi ke sana ke mari dengan 70 orang ahli rombongan mengekornya ke sana kemari, hadhirin malam itu dikira terlalu sedikit. Perlu ingat beauford adalah kawasan Lajim.

Bea Raymond Kisil said...

Beliau mengumumkan demikian kerana katanya janji Pakatan rakyat kepada Sabah akan ditunaikan semua, khususnya perlantikannya sebagai Ketua Menteri. Anwar telah persetujui. Maka dengan ini, terdedahlah niat sebenar Lajim. Bukan untuk membela rakyat atau memabwa agenda Sabah tetapi hanya nak jadi ketua Menteri.

Bea Raymond Kisil said...

Ramai penganalisa kurang percaya apa yang diakui Lajim. Memang Lajim bijak dan licik mengatur strategi sebagaimana beliau keluar PBS pada tahun 1994 dengan mendapat imbuhan.

Bea Raymond Kisil said...

Persoalan yang bergelegar di pemikiran ramai adalah mana nak letak Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin. Bagaimana pula Ansari Abdullah yang merupakan mentor kepada Ahmad Thamri.

Bea Raymond Kisil said...

Begitu juga dengan Dato Yong Teck Lee, Presiden SAPP yang kepingan nak jadi Ketua Menteri kali kedua dan kali ini dalam masa penuh.

Bea Raymond Kisil said...

Dalam hal ini, Dr Jeffrey Kitingan STAR dilihat seorang yang yakin dan berani dengan kekustan sendiri untuk menang dan seterusnya boleh menjadi KM.

Bea Raymond Kisil said...

Halangan utama kepada Dr Jeffry mungkin datang dari Datuk Wlifred Bumburing. WIlfred pernah menajdi Timbalan dan kini ada hajat untuk menjadi KM dari suku kaum Kadazan.

Bea Raymond Kisil said...

Dengan pengumuman Lajim, pastinya mereka-mereka yang berhasrat nak lompat akan fikir balik. Kebanyakkan tak yakin kebolehan Lajim yang pelajaran agak rendah dan kurang keupyaan mentadbir.

Bea Raymond Kisil said...

Namun ianya satu percaturan politik yang bijak bag Lajim kerana aakan dilihat sebagai hebat bagi seorang yang baru masuk pembangkang tapi sudah diberi perhatian dan keistimewaan yang tinggi berbanding pemimpin pembangkang lain yang lebih senior dalam pembangkang akan di pinggirkan.

Bea Raymond Kisil said...

Sejak mengumumkan diri keluar dari BN/UMNO, Dato Lajim telah menjaja dirinya kesana ke mari dalam siri ceramah bahawa dia keluar parti kerana BN/UMNO rasuah dan dia ingin membela rakyat Sabah yang masih mundur dan dianak tirikan.

Bea Raymond Kisil said...

Dengan sentuhan sentimen, Lajim kata dia sanggup menjadi lilin membakar diri dan meninggalkan kemewahan semata mata untuk memjadi pembela kapada rakyat jelata.

Bea Raymond Kisil said...

Itulah cerita yang diulang-ulang sepanjang tahun 2012. Kini terserlah hakikatnya mahu jadi CM..

unknown said...

Let him be that strong.

unknown said...

No matter how strong he is, never forget that he is messing with the wrong ones.

unknown said...

Sehebat mana pun, manusia juga.

unknown said...

He is now playing psychology.

unknown said...

Let him show his strength.

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

TERSEBUTLAH kisah berkaitan Datuk Lajim Ukin yang terkenal sebagai "Raya Katak" yang pandai melompat. Pada masa sekarang terserlahlah sudah pendirian politik yang di bawanya. Suatu ketika dahulu rakyat Sabah dan seluruh Malaysia masih tertanya-tanya apa pendirian sebenar Lajim dalam soal politik.

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

Sebenarnya kegiatan bawah tanah Lajim sudah lama bermula iaitu sejak Oktober 2011 lagi. Pada ketika itu Lajim dikhabarkan akan memimpin Sabah People Front Party (SPFP). Walau bagaimanapun, rancang punya rancang, akhirnya dia beralih arah menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

Dalam jangka masa tersebut lah dia bermain dengan taktik kotornya itu. Ceramah sana-sini mengutuk kepimpinan dengan bahasa kiasan. Pada masa sekarang, apa yang ketara ialah Lajim telah memimpin gerakan baru yang dinamakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS)..

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

Lajim sebenarnya bukan tidak berpuas dengan apa yang berlaku di Sabah ini. Lajim sebenarnya ada agenda peribadi yang perlu dipenuhi. Berikut adalah bukti agenda peribadi yang perlu dipenuhinya:

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

1. GILAKAN KUASA : Lajim mahu Datuk Musa Aman meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan sekaligus sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Lajim merancang mahu menjadi Ketua Menteri kerana beranggapan beliau adalah pemimpin yang paling berjasa di Sabah.

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

2. 'JEALOUS' DAN DENGKI : Lajim tidak mahu Datuk Hajah Azizah terus dikekalkan dalam politik Beaufort dan tidak mahu dicalonkan sebagai YB dalam PRU-13. Bagi Lajim, Azizah merupakan 'seteru' politiknya dan tidak mahu Azizah diagung-agungkan di Beaufort.

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

3. GILAKAN KEKAYAAN : Dalam ucapan Lajim "berbohong" pada pengundi di Beaufort dengan mengatakan bahawa dia tidak berbangga dengan gaji dan elaun puluhan ribu yang diterimanya sebulan dalam BN sedangkan pengundi dan rakyat Sabah 'kelaparan'. Sebenarnya, dia melepaskan elaun puluhan ribu yang dimilikinya itu kerana Lajim ingin mendapatkan kekayaan yang lagi berlipat ganda berjumlah JUTAAN Ringgit Malaysia apabila Lajim menjadi Ketua Menteri Sabah.

nickko said...

LAJIM SEBENARNYA ADALAH PEMIMPIN YANG GILAKAN KUASA.. JIKA BENAR BELIAU MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT, BEAUFORT TIDAK AKAN MUNDUR SELAMA BELIAU MEWAKILI KAWASAN ITU

Sebagai rakyat Sabah, kita semua harus menilai perjuangannya itu. Lajim bukanlah ikhlas berjuang untuk negeri Sabah. Kalaulah Lajim ikhlas berjuang untuk negeri Sabah, kenapa Lajim tidak 'join' sahaja dengan Yong Teck Lee dan Dr. Jeffrey Kitingan???

mantera said...

Lajim mmg hebat dalam menjadi katak.

mantera said...

Lajim hnya gilakan jawatan ketua menteri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels