22 February 2013

Nizam-Calon Muda Yang Punya Potensi

APAkah tradisi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, selepas sepenggal berkhidmat akan diterjunkan bertanding dalam pilihanraya? 

Sebelum ini Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Rahman Dahalan dipilih untuk menggalas sebagai wakil rakyat pada PRU-2008.

Jawatan sebagai Ketua Setiausaha Politik adalah suatu jawatan yang menjadikan seseorang itu menjiwai politik dan akan mudah bagi seseorang itu berkhidmat dengan rakyat.

PRU-13 semakin sudah diambang pintu. Apa kah Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan bakal menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang calon bagi BN?

Melihat keaktifan Nizam di kawasannya Tawau, menggambarkan ada signal, bahawa beliau akan diberi mandat oleh pucuk pimpinan sebagai salah seorang calon pada PRU-13 ini.

DALAM politik semuanya berkemungkinan. Paling utama yang mesti ada pada seseorang calon itu adalah keupayaan dan merit yang ada padanya.

Nizam Datuk Abu Bakar Titingan membuktikan keupayaannya dalam tangga kepimpinan parti. Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kini sebagai Naib Ketua Bahagian UmnoTawau.

Di kawasannya baik di Bahagian Tawau mahupun Kalabakan, nama Nizam bukan asing pada rakyat di dua kawasan itu.

Untuk memasarkan namanya, jentera parti tidak sukar melakukannya, kerana namanya telah melekat pada rakyat akar umbi.

Sejak empat tahun lalu, ramai pengundi, malah pemimpin setempat, mahukan agar Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu diberi peluang mewakili mereka. jika demikian permintaan rakyat itu, maka para pengundi di kawasan itu, meminta pucuk pimpinan parti agar memberi peluang kepada pemimpin pelapis itu.

Kalau diberi peluang menjadi calon pada PRU-13, Nizam adalah winnable candidate samada bagi DUN N.59 Tanjung Batu atau DUN N.58 Merotai atau Dun N. 60 Sebatik. Namun, kawasan yang sangat sesuai bagi beliau adalah kawasan N.59 Tanjong Batu.

Adalah rahsia pemimpin Bn, bahawa kawasan Tanjong Batu, walaupun kawasan itu kawasan simpanan tetap Bn, namun pencapaian wakil rakyat yang ada dianggap kurang menyerlah sepanjang perkhidmatannya; terutama di gugusan Felda Umas-Umas. Keadaan ini menimbulkan kesangsian kepada jentera pilihanraya Bn bagi mengdahapi PRU-13, kerana terlalu banyaknya isu yang perlu dijawab.

Bagi berdepan ibu kepada pilihanraya negara ini, maka syogianya Bn perlu meminimakan perkara-perakara yang mengurangkan kemenangan calon-calon yang dikemukakan.

Dun Tanjong Batu yang mempunyai sekitar 13 ribu pengundi berdaftar, terdiri daripada 88 peratus bumiputera islam dan selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain termasuk cina 5 peratus.

Bagi Bn, siapapun yang akan diletakan pada kawasan itu, akan menang mudah, dengan syarat bahawa calon itu disukai rakyat, ertinya calon itu adalah calon pilihan rakyat.

Adalah dikhuatiri, walaupun kawasan itu mempunyai pengundi yang terdiri 88 peratus bumiputera islam, namun jika Bn tersalah letak calon, ada kemungkin calon itu boleh kalah, kerana tindakan protes.

Dun Tanjong Batu, adalah kawasan yang agak unik, kerana sejak tahun 1994, wakil-wakil rakyat bagi kawasan itu, jarang yang dikitar semula.

Pada PRU-13, jika Nizam diberi peluang bertanding di kawasan itu, penulis yakin, mantan Ketua Pemuda Umno Sabah itu akan bertahan berpenggal-penggal, kerana sifatnya yang sangat dekat dengan rakyat.

Dalam politik, kalau pemimpin atau wakil rakyat mengerti degup jantung rakyat yang diwakilinya, maka bertahan lama lah wakil rakyat itu.

33 comments:

Marimar Pascual said...

Pembangkang yang wujud dalam blok yang agak besar pada awalnya, diharap menjadi pembangkang yang mampu mengimbangi kuasa kerajaan dengan idea-idea bernas akhirnya gagal menggunakan kesempatan yang diberikan oleh rakyat dengan hanya berpolitik dan sibuk tuduh-menuduh sehingga Perlembagaan Negara dicabul.

Marimar Pascual said...

Janji dan manifesto untuk membela rakyat pupus dibawa angin lalu. Modal air liur sahaja yang tinggal untuk menawan pengundi.

Marimar Pascual said...

Inilah asas bagi pemilihan calon pilihan raya oleh BN jika mahu dipilih semula oleh rakyat yang sudah lali dan jelak dengan pemimpin yang hanya pandai menjanjikan bulan dan bintang, namun janji tergadai, ladang lembu menjadi kedai.

Marimar Pascual said...

Itulah nasib penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang setelah terkena penangan janji manis pembangkang yang merampas tanah yang dijanjikan untuk 'dibebaskan' dari projek pembangunan.

Marimar Pascual said...

Ciri pertama, pemimpin biarlah yang pandai berjanji perkara yang logik dan diterima akal yang waras agar tidak dikatakan pemimpin pemimpin yang hanya pandai berjanji bulan dan bintang di kemudian hari.

Marimar Pascual said...

Pemimpin yang waras adalah pemimpin yang tahu membezakan antara kepentingan diri dan kepentingan rakyat yang diwakili.

Marimar Pascual said...

Ciri kedua, wakil rakyat yang sesuai dipilih perlu pandai berbicara isu setempat dan isu makro seperti ekonomi dan Perlembagaan Negara juga perlu diketahui.

Marimar Pascual said...

Pemimpin yang dipilih sebaiknya biarlah pemimpin setempat yang tahu tali air mana ada ikan puyu dan di mana tempat napuh melintas. Pemimpin yang tidak direstui perlu dihindari daripada menjadi calon.

Marimar Pascual said...

Kelulusan tinggi tidak perlu kerana ia hanya akan mewujudkan jurang antara wakil rakyat. Apa yang penting ialah mereka dapat menyelami jiwa rakyat dan mampu melakukan tanggungjawab dengan baik.

Marimar Pascual said...

Ciri ketiga -pilihlah calon yang tahu mengenang budi orang yang membantu parti .

Marimar Pascual said...

Pengundi juga perlu diberi sumbangan dengan menunaikan janji pilihan raya yang dibuat, bukannya hanya memberi alasan bila tidak dapat tunaikan apa yang telah dijanjikan.

Marimar Pascual said...

BN perlu bersifat realistik dalam menarik sokongan rakyat dan jangan berjanji kepada rakyat berlebih-lebihan, kelak ia akan menjadi obesiti manifesto yang menyebabkan penyakit munafik dalam diri sepanjang menjadi Yang Berhormat, apabila berjanji tidak ditepati dan menyembunyikan fakta demi meraih undi.

Marimar Pascual said...

Ciri keempat - pilihlah pemimpin yang berintergriti dan bersih dari sebarang skandal kerana pemimpin sebegini akan menjadi liabiliti kepada parti apabila beliau dicalonkan semula.

Marimar Pascual said...

Masih ramai pemimpin muda yang boleh diberi peluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Semangat Harimau Malaya perlu diterapkan dalam kerajaan kita.Jangan takut memberi peluang kepada orang muda kerana karisma Perdana Menteri kita bukan dicipta sehari semalam. Beliau menjadi pemimpin besar dari usia muda sehingga kini.

Marimar Pascual said...

Suara orang muda yang optimis perlu diberi ruang dan peluang kerana pihak parti pembangkang menggunakan formula ini dengan jayanya sehingga calon yang baru setahun jagung dalam politik mampu menewaskan pemimpin politik yang begitu berpengalaman.

Marimar Pascual said...

Ciri terakhir dan paling penting, pilihlah calon yang mesra dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Pemimpin perlu menghormati raja mereka dengan ikhlas, kerana tanpa institusi raja maka perjuangan untuk agama dan bangsa hanyalah perjuangan sia-sia.

mantera said...

mgkin dia berpotensi, tapi samada dia dicalonkan atau tidak kita tunggu penamaan calon.

Hinamori said...

Semua calon Barisan Nasional yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 bebas rasuah dan jenayah

Hinamori said...

bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.

Hinamori said...

Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti

Hinamori said...

latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.

Hinamori said...

BN mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti.

Hinamori said...

BN mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat

Hinamori said...

Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis SPRM.

Hinamori said...

Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah selain meng-elak sebarang tohmahan ti-dak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.

Hinamori said...

Semua ahli parti komponen Barisan Nasional perlu bekerjasama dan bekerja keras dalam memastikan calon BN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Hinamori said...

kerjasama erat di kalangan ahli parti perlu dalam memastikan semua calon BN menang.

Hinamori said...

PRU13 kali ini merupakan PRU terpenting bagi BN untuk memastikan pembangunan negara berterusan selepas ini

Hinamori said...

ahli-ahli parti komponen BN tidak seharusnya leka dan harus turun padang untuk membantu semua calon BN serta menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

Hinamori said...

Segala perancangan dan pembangunan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan harus diterangkan kepada rakyat agar rakyat faham dengan segala dasar serta pembangunan yang dilaksanakan.

Hinamori said...

semua anggota BN peka dengan keadaan semasa dan harus bergerak seiring dalam memastikan BN terus kukuh di negara ini

Hinamori said...

Wakil-wakil rakyat BN sering kali turun padang dan bertemu dengan rakyat tanpa mengira masa dan ketika malah wakil rakyat BN cukup prihatin dengan kebajikan rakyat negeri ini.

Hinamori said...

Fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang menyatakan wakil rakyat BN jarang turun padang untuk bertemu rakyat adalah pembohongan semata-mata

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels