Berlegar-legar desas desus bahawa Ketua Menteri Sabah sekarang ini Datuk Musa Aman akan melepaskan jawatannya selepas persidangan Umno oktober ini. Asas kepada desas desus ini adalah masalah pribadi Musa yang memudaratkan pentadbiran Najib baik dalam negeri mahupun luar negara.
Asas kepada isu pribadi Musa ini adalah seperti berikut ( Artikel seumpama ini adalah asas dan penyebab kenapa Musa sangat benci dan anti blogger)
GEMPAR! Ekoran siasatan yang dijalankan dan pendakwaan yang bakal dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘memberkas’ dua orang kroni Musa Aman, Freddy Lim dan Andrew Lim berhubung kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan secara bersama dengan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman.
Kedua-dua mereka ‘diberkas’ pada malam semalam bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dan seterusnya melakukan pendakwaan, sebelum meletupnya kes Hong Kong yang akan menggemparkan dunia dalam masa dua minggu lagi; setelah Mikhael Aman ditangkap ICAC ketika cuba menyeludup keluar 16 juta dollar Singapura dalam ‘briefcase’nya ketika berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.
Mengikut modus operandi yang dikesan Sabahkini.net, Freddy dan Andrew Lim membayar Michael dan Musa Aman (McMA) melalui Wayco Enterprise Limited setelah McMA diberi konsesi pembalakan melalui Melur Azim Sdn.Bhd, Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd termasuk membeli balak Yayasan Sabah melalui Mujur Bakat Sdn Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd.
Sabahkini.net telah mendedahkan kegiatan Mikhael Aman ini melalui artikel MICHAEL CHIA, TOKOH PERNIAGAAN BN YANG BERJAYA? dan beberapa kes lain yang boleh disemak di arkib Sabahkini.net.
Tindakan tergesa-gesa SPRM menangkap Lim bersaudara ini mungkin akibat tertekan kerana bimbang imej Malaysia akan tercemar sekiranya kes berkenaan dibicarakan di mahkamah Hong Kong.
Walaupun sebelum ini SPRM memberkas beberapa kroni Musa Aman dan mereka yang ada kaitan dengan kes Hong Kong, namun siasatan hanya ala kadar; namun arahan terbaru daripada Perdana Menteri dan SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjaya baru begitu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut rasuah paling memalukan di Sabah.
Kesungguhan Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull membuka kembali fail siasatan 81 DALIL Musa Aman yang difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan merupakan tamparan hebat kepada Musa Aman yang berada di ambang kegelinciran kuasa.
Mengikut siasatan Sabahkini.net sebelum ini, semua pembalak yang mendapat konsesi pembalakan atau kontrak membeli kayu balak Yayasan Sabah akan membayar wang kepada Mikhael Aman; yang kemudiannya akan menyuci wang tersebut melalui akaun Richard Barnes.
Richard Barnes yang menjadi Pemegang Amanah Musa Aman akan menyuci wang tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukkan semula wang tersebut ke akaun Musa Aman di Central Bank Hong Kong. Sebahagian wang RM100 juta yang diterima telahpun ‘dicuci’ kembali ke Sabah dengan pembelian tanah di Sutera Harbour yang kini dikenali sebagai d'Banyan residency @ Sutera.
Setiap pembalak atau pembeli balak dikehendaki membayar RM50 bagi setiap meter padu terutama Mujur Bakat Sdn.Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd; manakala pemilik syarikat yang diberikan konsesi Yayasan Sabah dikehendaki membayar RM3,500 sehektar bermula daripada Melur Azim Sdn.Bhd (Kuamut), Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd (Pinangah), Kilang Papan Sinora yang diberikan 5,000 hektar di Hutan Simpan Tangkulap (Kota Kinabalu). Artikel asal disini
Asas kepada isu pribadi Musa ini adalah seperti berikut ( Artikel seumpama ini adalah asas dan penyebab kenapa Musa sangat benci dan anti blogger)
GEMPAR! Ekoran siasatan yang dijalankan dan pendakwaan yang bakal dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘memberkas’ dua orang kroni Musa Aman, Freddy Lim dan Andrew Lim berhubung kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan secara bersama dengan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman.
Kedua-dua mereka ‘diberkas’ pada malam semalam bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dan seterusnya melakukan pendakwaan, sebelum meletupnya kes Hong Kong yang akan menggemparkan dunia dalam masa dua minggu lagi; setelah Mikhael Aman ditangkap ICAC ketika cuba menyeludup keluar 16 juta dollar Singapura dalam ‘briefcase’nya ketika berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.
Mengikut modus operandi yang dikesan Sabahkini.net, Freddy dan Andrew Lim membayar Michael dan Musa Aman (McMA) melalui Wayco Enterprise Limited setelah McMA diberi konsesi pembalakan melalui Melur Azim Sdn.Bhd, Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd termasuk membeli balak Yayasan Sabah melalui Mujur Bakat Sdn Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd.
Sabahkini.net telah mendedahkan kegiatan Mikhael Aman ini melalui artikel MICHAEL CHIA, TOKOH PERNIAGAAN BN YANG BERJAYA? dan beberapa kes lain yang boleh disemak di arkib Sabahkini.net.
Tindakan tergesa-gesa SPRM menangkap Lim bersaudara ini mungkin akibat tertekan kerana bimbang imej Malaysia akan tercemar sekiranya kes berkenaan dibicarakan di mahkamah Hong Kong.
Walaupun sebelum ini SPRM memberkas beberapa kroni Musa Aman dan mereka yang ada kaitan dengan kes Hong Kong, namun siasatan hanya ala kadar; namun arahan terbaru daripada Perdana Menteri dan SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjaya baru begitu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut rasuah paling memalukan di Sabah.
Kesungguhan Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull membuka kembali fail siasatan 81 DALIL Musa Aman yang difailkan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan merupakan tamparan hebat kepada Musa Aman yang berada di ambang kegelinciran kuasa.
Mengikut siasatan Sabahkini.net sebelum ini, semua pembalak yang mendapat konsesi pembalakan atau kontrak membeli kayu balak Yayasan Sabah akan membayar wang kepada Mikhael Aman; yang kemudiannya akan menyuci wang tersebut melalui akaun Richard Barnes.
Richard Barnes yang menjadi Pemegang Amanah Musa Aman akan menyuci wang tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukkan semula wang tersebut ke akaun Musa Aman di Central Bank Hong Kong. Sebahagian wang RM100 juta yang diterima telahpun ‘dicuci’ kembali ke Sabah dengan pembelian tanah di Sutera Harbour yang kini dikenali sebagai d'Banyan residency @ Sutera.
Setiap pembalak atau pembeli balak dikehendaki membayar RM50 bagi setiap meter padu terutama Mujur Bakat Sdn.Bhd dan Nadi Hasil Sdn.Bhd; manakala pemilik syarikat yang diberikan konsesi Yayasan Sabah dikehendaki membayar RM3,500 sehektar bermula daripada Melur Azim Sdn.Bhd (Kuamut), Bountiful Return Sdn.Bhd, Maju Sinar Network Sdn.Bhd (Pinangah), Kilang Papan Sinora yang diberikan 5,000 hektar di Hutan Simpan Tangkulap (Kota Kinabalu). Artikel asal disini
127 comments:
Datuk Musa Aman takkan meletakkan jawatan sebagai ketua Menteri, Khidmat beliau masih lagi diperlukan. beliau byk memberi sumbangan kepada pembangunan negeri Sabah.
berkenaan kes pengubahan wang haram. tiada bukti yang menunjukkan beliau terlibat. ini hanyalah khabar angin sahaja.
Tak mungkin lah, sebelum ini pun ada khabar angin bahawa CM mahu meletak jawatan, tapi tiada juga.
There are too many rumors circulating around the internet. Its hard to tell which is true and which is not. For all we know, Musa might not even be involved in the money laundering case. Just because his friends are involved, it doesn't proof that he is involved too.
KM tak kan meletak jawatan. khidmatnya masih diperlukan lagi. tiada bukti yang menyatakan KM terlibat dengan isu wang haram tersebut..
mestikah ura2 perletakan jawatan KM pada bulan oktober ini dikaitkan dengan tuduhan2 terhadap beliau berkenaan dengan isu penggubalan wang haram?? rasanya itu cuma andaian semata2. kalau benar beliau terlibat dengan kes berprofail tinggi ini, tidak perlu menunggu bulan oktober..
buat masa ini tidak perlulah buat tanggapan atau kesimpulan kerana masa yang akan tentukan kebenarannya. selagi badan2 berkuasa di Malaysia belum dapat membuktikan kesalahan beliau atau selagai beliau belum dikenakan tindakan, selagi itu beliau tidak bersalah dan tidak terlibat.
berilah ruang kepada Musa Aman untuk mentadbir Sabah dengan selesa. berkenaan dengan tuduhan2 tersebut, biarlah pihak berkuasa yang uruskannya.
Gara-gara Najib yang suka memaksa Musa telah membuat beliau untuk meletak jawatan supaya Shafie akan menjadi KM. Apa-apa pun saya berharap Musa akan terus berkhidmat untuk Sabah sebagai KM.Dia adalah yang terbaik kalau dibandingkan dengan KM2x yang sebelumnya.
Yeah? But I saw him in Sports Complex with Najib yesterday.
Musa Aman to resign???Gosh,hopefully its not true...
Janganlah kita buat sebarang andaian. Kalau iyapun Musa terlibat dalam kes ini, dah lama sudah dia meletakkan jawatan.
yang kena tangkap oleh sprm ialah Freddy Lim dan Andrew Lim, bukannya Musa Aman... oleh itu tidak perlu kaitkan Musa Aman dalam kes ini jika sprm sendiri pun tidak dapat kaitkan beliau.
Selagi Datuk Musa Aman tidak mengatakan hal ini dgn secara rasmi, apa yang telah ditulis masih boleh diragukan kebenarannya!!!
We will just have to wait and see then. If it's true the CM will be stepping down, there should be an announcement through every media starting now.
Biasa la orang popular memang banyak gosip dan banyak yang berpenyakit HD (hasad dengki). Tapi bagi rakyat yang prihatin, tahu akan kebenarannya!
No la, he still got unfulfilled wishes.
KM masih meneruskan perjuangannya untuk sabah dan tidak akan letak jawatan, kerana banyak perkara lagi yang KM mahu lakukan untuk rakyat.
Oh.
Betulkah ini...tidaklah..mana boleh Datuk Musa Aman letak jawatannya sbb banyak lagi projek2 yang beliau kena laksanakan di negeri ini.
Ada-ada saja tuduhan yang dilemparkan kepada KM, tiada kerja lain kah. Asyik-asyik benda yang sama juga.
Khidmat beliau masih lagi sangat diperlukan untuk membangunkan sabah daripada negeri termiskin di Malaysia.
Jalankan siasatan terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh.
I guess this is really over?
tak perlulah kamu nak keluarkan berita2 yang tidak benar ni.
Betul kah nie? Harap Musa Aman akan tetap jadi CM Sabah. Banyak yang telah beliau menyumbang kepada Sabah.
Jika KM betul betul akan meletak jawatan, siapa kamu rasa paling sesuai mengambil alih?
memang susah nak pastikan siapa yang sesuai jadi KM, kerana sukar nak cari pimimpin seperti Musa Aman.
Tiada puengumuman rasmi. Have to wait and see.
Wonder why people wants him to step down. How mysterious..Hurm..
CERITA dongeng ini kalau dijadikan skrip wayang, tentu boleh dapat anugerah2 terkemuka dunia.
Tajuk artikal ini memang untuk menarik perhatian semata-mata. Isi kandungnya juga tidak berasas dan sukar dipercayai.
hahahhaa.. Lama2 lucu pula aku baca cerita pasal Musa Aman ni. Aduii na, tolong lah ba wahai penulis2 artikel seperti ini, tulis lah sesuatu perkara berdasarkan fakta bah & bukannya andaian saja!
Cis ni gimik ja ba ni.. Jgn risau la.. Khidmat Musa Aman masih diperlukan bah, beliau takkan letak jawatan. Saya yakin beliau pasti akan teruskan t/jawabnya utk rakyat :)
Betul tombolo. Khidmat Datuk Musa masih diperlukan. Jadi sama2 lah kita harapkan yang terbaik ya.. Gosip2 sperti ni, abaikan ja. hehehe
Setuju Jerry. Rasanya ada pihak yang sengaja mahu jatuhkan Musa bah ni. Tapi jangan harap lah, rakyat makin matang & bijak buat penilaian bah.
Betul Ted. Tak payah tunggu lama2 ba. kalau mmg betul saat tu juga da kena tindakan. Tapi ni, sampai sekarang pun Musa Aman tetap cool jalankan tugasnya utk bantu rakyat. Jadi yang masih tak puas hati tu, bawa-bawa lah berehat. hehehe
Ya Ace. Sebagai pemerhati luar yang tak tahu asal cerita, tak payah lah sibuk akan hal Musa. Berhubung dengan tuduhan tu, biarlah pihak yg bertanggungjawab yang buat kerja k :)
Mmg tak betul pun Lisa.. Tak caya, tunggu ja la nanti.. takda juga tu apa2 kejadian.. hehehe
2718, dorang ni peminta Musa Aman ba, dats y la.. di mata dorang semua pun Musa Aman ja dorang nampak.. hahahaha
Apapun, hal ni belum disahkan lagi.. So no worry :P
saya rasa KM tak akan meletak jawatan..tiada bukti tyang menyatakan KM terlibat dengan isu wang haram tersebut.
Musa Aman nak letak jawatan ke? tp sya rasa ni tak benarlah. susah mo percayalah.
Musa telah banyak memberikan sumbangan beliau kepada negeri Sabah. saya merasakan beliau masih lagi diperlukan oleh rakyat untuk menjadi KM.
Kalau pun dia mau letak jawatan, dia sendiri akan cakap, umum secara rasmi. Bukan melalui artikel2 yang belum sahih kebenarannya. Jangan tertipu dengan kabar2 angin!!!
Setahu saya, hal ini belum ada pengumuman daripada pihak berkuasa lagi.
betul kati si Bi..kalau pun betul KM mau letak jawatan, dia sendiri akan buat pengumuman dan bukannya melalui artikel seperti ni.
ini mungkin cuma khabar angin saja. sehingga kini musa masih lagi KM Sabah. jadi janganlah ada pihak yang melakukan pelbagai andaian yang bukan-bukan.
andaian yang tidak munasabah. itu sudah tidak benar yang menyatakan musa aman letak jawatan. Musa Aman masih lagi memegang jawatan tersebut dan tidak akan letak jawatan sebagai KM.
kita tgk ja nnti, Musa Aman tetap akan jd KM Sabah.
kalau benar beliau bersalah, rasanya tidak perlu menunggu sehingga bulan oktober untuk letak jawatan..
anggap ja ini sebahagian dari kesan PRU13 atau kegairahan merebut kerusi KM.. biasanya dalam masa terdesak ini, orang2 yang berkepentingan lebih aktif menjatuhkan pihak lain dari memberi tumpuan kepada masalah rakyat. biarlah masa yang tentukan kebenarannya..
bagi saya, khabar angin ini adalah salah satu daripada berpuluh-puluh 'conspiracy theory' atau teori konspirasi yg mungkin dicanangkan oleh pihak2 yg suka untuk melihat Musa Aman melepaskan atau dilepaskan daripada jawatan KM...artikel2 sebegini juga saya anggap sebagai satu bentuk 'paksaan'kepada PM Najib untuk melakukan sesuatu...
Itu la jangan tertipu, ni yang tulis pun tidak pikir panjang, orang yang baca pun bukan terus percaya tau!!
Saya yakin sepenuhnya, Musa Aman tak kan letak jawatan. Kalau dia mo letak jawatan pun pasti ramai yang sedih, sbb beliau adalah pemimpin yg banyak membangunkan negeri Sabah:)
Ignore ja khabar angi ataupun gosip dari Miss Ida ni. Tak payah layan, nanti karau jadinya!
Wahai Miss Ida tak nampak kah yang takda seorang pun sokong pandangan Miss Ida??? Itu maknanya dulu, kini dan selamanya CM terbaik ialah Musa Aman:)
OOOOOOppsssss jangan marah, nanti kena jual. hahahaha
Opps sori, salah post pula.. inilah yang susah ni kalau tajuk blog hampir sama. huhuhu
siou tompinai, apapun saya tetap sokong Musa Aman selagi beliau tak disabitkan bersalah!
Up to him if he wants to resign. As long as the next CM will be a better one.
nampaknya ramai yang tidak setuju jika Musa Aman letak jawatan.
Musa aman adalah ketua Menteri yang baik. rakyat Sabah masih memerlukannya.
jika diambil kira pendapat ramai. kebanyakan menganggap Musa masih diperlukan oleh rakyat Sabah untuk menjadi KM. kebanyakan juga beranggapan ini hanyalah khabar angin sahaja.
Musa Aman letak jawatan?memang khabar saja. kenyataan sbenar, Musa Aman tidak akan letak jawatan.
kita beruntung mendapat Ketua Menteri seperti Musa Aman. banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk sabah. sokonglah Musa Aman untuk masa depan rakyat sabah.
isu2 seperti ini benar2 memberikan tekanan kepada beliau. dalam kesibukan beliau menguruskan hal2 negeri sabah, kini beliau terpaksa berhadapan dengan serangan2 dari pelbagai pihak. diharapkan, Musa Aman akan terus tabah dan terus memberikan yang terbaik untuk Sabah..
Musa akan akan tetap jadi ketua menteri, segala serangan terhadapnya akan takkan berjaya menjatuhkannya.
It would be a big lose for Sabah if he were to step down from his position.
In my opinion, Musa Aman makes a better leader than the previous CM. Hopefully his service will be extended for another 1 or 2 more years.
saya berpendapat ini cuma khabar angin saja. belum tentu Musa akan meletakkan jawatan kerana beliau masih mendapat sokongan yang sangat kuat.
Sila beri bukti dan mengesahkan.
PM belum umum lagi sudah ada yang mengambil alih tugas PM memanggil Musa letak jawatan. Nanti Pm marah, baru kamu tau.
Musa Aman letak jawatan??
kamu rasa ada orang lain yang layak untuk mengantikan Datuk Musa Aman dan menandingi jasa beliau dan pengorbanan selama beliau menjadi Ketua Menteri. Buat masa sekarang memang tidak ada calon yang sesuai untuk mengantikan beliau.
Rakyat Sabah menyokong kepimpinan Musa Aman.
SAYA RASA BIARLAH MA YANG MENYANDANG KERUSI KM.
Selagi Dt Musa disokong rakyat Sabah, beliau tidak akan letak jawatan.
Musa to resign? That's hard to believe.
What a sad day it would be if Musa happens to step down from his position.
Datuk Musa Aman adalah yang terbaik untuk sabah. jadi kami yakin, kami kunci ayat ini. "DAtuk Musa Aman tetap untuk Sabah dan rakyat dan tidak akan meletak jawatan KM."
I believe that Musa is not involve in the money laundering. Hopefully sooner or later there will be a proof to show that he is not involve in any corruption.
Datuk Musa Aman tidak mungkin akan meletak jawatan. ini hanya khabar angin untuk membuat rakyat berfikir, betulkah ini akan berlaku. jadi rakyat sokonglah datuk Musa Aman.
kenapa harus Dtk MA mahu letak jawatan.?? jangan percayalah. selagi Dtk MA tidak mengatakan sendiri, jadi jangan percaya semua ini.
Baik kita tunggu dulu pengumuman rasmi dan bukan membuat spekulasi kat sini. Belum pasti lagi adakah KM akan meletak jawatan.
biasanya pembangkang yang paling gembira dengan isu2 seperti ini.
sejak kebelakangan ini, banyak isu2 yang berkaitan dengan Musa Aman. namun masih belum dapat dipastikan kebenarannya. oleh itu biarkan masa yang tentukan kebenarannya dan semua pihak perlu beri tumpuan kepada masalah2 rakyat.
hanya desas-desus...kebenarannya belum dipastikan...sama ada betul atau tidak musa akan meletak jawatan, adalah lebih baik kita tunggu dan lihat daripada menyebarkan info2 yang tiada bukti dan tidak benar...
tiada bukti yang mengaitkan Musa dengan kes pengubahan wang haram...khabar2 angin yang disebarkan secara meluas di internet oleh blogger2 yang tidak bertanggungjawab tidak harus dipercayai disebabkan tiada bukti kukuh..yang ada hanyalah spekulasi2 yang bertujuan jahat untuk menjatuhkan kreadibiliti Musa sebagai pemimpin..
saya setuju dengan hujah Ted Medresher...janganlah membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepada andaian2 serta spekulasi2 yang berniat jahat...
Musa sehingga kini telah mentadbir sabah dengan baik serta membawa banyak perubahan yang positif baik ke atas sosial, politik atau ekonomi sabah serta pembangunan2 yang kini dinikmati oleh rakyat...saya percaya akan ada lebih banyak perkara yang untuk kepentingan negeri serta rakyat di mana bakal dilaksanakan..
sedangkan barisan pemimpin yang lebih rapat dengan MA setuju yang beliau merupakan KM terbaik, kenapa orang awam yang hanya bergantung dengan media pula yang tidak bersetuju??
kalau benarpun beliau mahu letak jawatan, rasanya tidak perlu buat tanggapan negatif berkenaan dengan peletakan tersebut. biarlah ianya berjalan dengan cara yang bersih dan pastikan penggantinya kelak benar2 yang layak menggantikan beliau.
Tunggu dan lihat, belum pasti lagi hal ini.
ya.. musa Aman byk memberi sumbangan terhadap negeri sabah. kita perlu hargai sumbangan beliau.
peliklah sekarang ni..kalau jadi CM saja mesti ada-ada saja dosa-dosa disiarkan di mana-mana
Betulkah apa yang disebutkan dalam artikel ni? Musa letak jawatan? tak mungkinlah...
berbanding dengan CM lain, Sabah sekarang sudah berubah wajah dan pembangunan yang dibawa oleh Musa adalah sangat banyak seperti Sabah POIC, shopping complex di KK dsbnya...ia sejajar dengan hasrat untuk mengangkat nama Sabah sebagai negara pengeluar sawit terbesar negara dan juga menjadikan Sabah sebagai negeri membeli belah bagi para pelancong..kenapa ada pula sesetengah orang tidak menghargainya?
berbanding dengan dosa-dosa yang dipaparkan dalam artikel ni, ia saya lihat adalah pengaruh buruk terhadap bloggers supaya menjatuhkan Musa..lagilah sudah hampir dengan PRU13...so macam-macamlah cerita sensasi yang keluar..
PRU13 adalah jawapan kepada artikel ini
Tidak tahu betul atau tidak dengan tuduhan2 ini tapi kepada mereka2 diluar sana, tgo la apa yang terjadi kepada Sabah pada hari ini. Jika ingin melihat kebenaran jangan terpengaruh dengan emosi diri.
Bagi saya walaupun Datuk Musa telah membawa banyak pembaharuan, pembanggunan dan sebagainya namun, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.... Sebagai manusia tidak ada yang sempurna!
Nope, he didn't.Don't wish for a shooting star if you don't even know about it.
Hurm. I find this hard to believe. No announcement whatsoever are being released. Hurm.
Kenapa beliau meletak jawatan? Siapa boleh memberi kenyataan yang lebih kukuh dan menyakinkan?
Dari mana semua maklumat ini? Boleh dipercayai? Tapi nampaknya semua cuma cakap-cakap sahaja, tiada bahan yang menyokong.
rasanya mungkin sudah menjadi kebiasaan di Malaysia.. mana2 pemimpin baik umno/BN mahupun pembangkang pasti berhadapan dengan kritikan/tuduhan dan sebagainya.. terutama sekali pemimpin2 atasan..
oleh itu, kita harus meyakinkan semua orang, yang kritikkan itu untuk menjatuhkan kedudukkan seseorang pemimpin sahaja.
jangan mudah percaya dengan khabar angin dan perkara yang tidak ada kebenarannya langsung.
WHATEVER!!! TALK TO THE HAND!!!
kita tunggu dan lihat sejauhmana kebenaran dakwaan2 tersebut.on2718
Memang ramai yang takj setuju tombolo. Musa Aman adalah CM yang baik dan kita patut sokong beliau.
Betul Linda.. So tak payahlah kita risau akan hal ni. Biasalah tu gimik PRU13. hehhee
Bila baca komen2 di sini, rasanya Musa Aman memang CM yang terbaik sebaik tu ramai yang tak percaya even beliau diburukkan oleh org lain..
Semoga sokongan rakyat terhadap Musa Aman akan terus berkekalan :)
Musa Aman takkan letak jawatan!!!
Marilah kita semua teruskan sokongan terhadap Musa Aman yang telah banyak membangunkan negeri sabah :)
apa ni..Musa letak jawatan? berapa kenal c penulis blog ni dengan Musa?
berbanding dengan CM yang telah memerintah Sabah sebelum ni..Musa Aman adalah yang terbaik dan dia telah banyak membangunkan Sabah..
apa yang cuba ditimbulkan oleh artikel ni? bermakna sesiapa yang tahu tentang niat Musa Aman untuk letak jawatan ialah orang yang paling rapat dengannya. maksud saya c musang berbulu ayam...hahaha
tiada sebab munasabah untuk musa Aman letak jawatan.
mana2 pemimpin yang bakal menggantikan tempat ketua menteri pasti berhadapan dengan nasib yang sama. pasti ada saja usaha menjatuhkan beliau dengan mencemarkan nama beliau.
kalau benarpun beliau mahu letak jawatan, itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. akan ada masanya mana2 pemimpin akan melepaskan jawatannya. tapi tidak perlulah kaitkan peletakkan tersebut dengan khabar2 yang belum tentu kebenarannya.
klau kita berada d iatas, mesti ada yang cmburu dan cuba menjatuhkan kita. begitulah dalam politik.
Sampai sekarang tidak ada berita tentang ini... hmmm
yup, tunggu ja la kenyataan rasmi atau tunggu sampai hujung tahun ini samada benar atau tidak seperti yang dikhabarkan.
That's the different between the truth and the fake one.... All do we need is an evident....
Post a Comment