19 July 2011

Apabila Penyokong totok berubah arah

OKB sungguh terkejut apabila seorang teman dimana dari dahulu kala adalah penyokong BN, tetiba berubah arah, menyokong pembangkang.

Alasan yang diberikan sangat mudah- untuk apa kita menyokong hanya menjadi penyokong; sedangkan yang disokong tidak pernah mengenang sokongan.

Perkara yang sangat menyakitkan hati penyokong tegar BN itu, apabila beliau untuk pertama kali minta bantuan daripada wakil rakyat yang disokongnya. Itulah kali pertama beliau berjumpa YB itu, secara formal-walaupun terlalu kerap berjumpa di majlis-majlis politik mahu majlis anjuran kerajaan.

Mudah sahaja, jawapan YB itu, "saya bukan santa klaus" Demikianlah kata YB itu kepada teman itu, dalam pertemuan tidak sampai 1 minit.

Dengan perasaan yang sangat kecewa, teman itu meninggalkan pejabat YB itu, selain rasa geram, tetapi terasa dirinya terhina sekali.

Sebelum berjumpa YB itu, beliau dengan angan-angan bahawa harapannya agar supaya anaknya satu-satunya yang boleh diharap boleh membantu keluarga keluar daripada kempompong kemiskinan akan dapat menjejak kaki ke menara gading, akhirnya berkecai, kerana ketidak mampuannya menyediakan tikit dan wang pendaftaran untuk anak tunggalnya itu.

OKB kenal betul teman itu. Beliau berjuang menyokong BN tanpa mengira waktu, walaupun tanpa pulangan apa-apa. Matalamat pejuangannya, jika sampai waktunya, sokongan yang diberikan tanpa berbelah bagi itu akan mendapat balasan yang setimpal.

Tetapi yang menghairankan teman itu, seorang jirannya, yang dari dahulu kala adalah penentang kerajaan BN, namun dengan mudah mendapat huluran bantuan daripada YB berkenaan, selain projek kecil-kecilan, juga pada majlis kenduri atau perkahwinan anak jiran itu, YB berkenaan turut hadir.

Apabila OKB sempat minum kopi bersama teman itu semalam di sebuah kedai India di Beverly Hill, Penampang,; beliau sempat memberi peringatan, menyokong BN-sama seperti mencurahkan garam ke laut.

11 comments:

gegar gempur said...

yup..saya setuju bab ni..BN termasuk dipuchong ni lebih mengutamakan penyokong poembangkang dengan harapan mereka ni akan melompat menyokong mereka..tapi mereka lupakan kami penyokong tegar..akhirnya kami mengambil kepututsan untuk tidakj bersama BN walaupun tidak menyokong pembangkang

CUCU TOK WAN said...

itulah masalahnya... ini bukan perangai di Sabah sahaja, tapi perangai yang menjalar ke serata tempat di seluruh Malaysia...

yang beriya-iya menyokong, buat-buat tak nampak dengan tanggapan, sokongan adalah secured untuk sepanjang masa, tetapi yang beriya-iya menentang, beriya-iya pula membantu dengan harapan tentangan bertukar menjadi sokongan...

Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Lucas said...

Cuba try minta dengan MP pembangkang pula, tempat MP KK Hiew King Cheu...boleh dapat ka tidak?

kalau tidak kena bagi juga, kawan saudara OKB ni nak sokong siapa pula??

Anonymous said...

Its nothing new. Even party members can come and go as they pleased. BN members jump ship to PKR, PKR members jump ship to BN. Recently there are rumours that PKR members joined USNO...

Anonymous said...

ketidakadilan memang sering terjadi. orang yang menyokong kerajaanlah yang sepatutnya diberi bantuan bukan yang menentang. tidak hairan rakyat berpaling tadah.

Judas said...

Susah nah puaskan hati semua orang. YB pun kenalah peka dan jangan lupa jasa baik penyokong2 anda selama ini. Tanpa undian dan sokongan mereka, YB tidak akan berada di mana YB sekarang.

Judas said...

Pernah juga dengar cerita bila terlalu banyak yang meminta bantuan daripada YB2 ini termasuk membayar yuran sekolah anak etc.. Terfikir juga, bukankah tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan asas anak2 dan keluarga? Kalau semua pun mahu mengharap bantuan, bagus tidak payah kerja. Tiada duit saja, pergi minta YB. Kalau tidak kena bagi, mulalah ungkit itu ini. YB bukan santa clause.

Tetapi bagi kes teman OKB ini, saya tumpang simpati juga. Siapalah gerangan Y yang dimaksudkan itu ya?

azman said...

setuju dengan Judas, susah untuk puaskan hati semua orang. apa pun, YB janganlah lupa dengan jasa penyokong. sentiasalah berusaha membantu semua rakyat tidak kira siapapun.

mantra said...

kerana sikap sesetengah wakil rakyat yang tidak hargai penyokongnya menyebabkan ramai penyokong mula berpaling tadah.

Unknown said...

Inilah selalunya berlaku dengan kita sekarang. Punca kenapa rakyat berpaling dari parti sokongannya. Kerana mereka rasa apa yang mereka berikan tidak dibalas dengan baiknya. Apa guna memberikan sokongan bila apa yang kita buat tidak dikenang oleh mereka setelah berjaya. Maka sebagai seorang wakil rakyat harus sedar dengan semua ini.

Anonymous said...

yang sudah menyokong BN tidak semestinya menyokong untuk selama2nya. sebagai rakyat, mereka juga ada maksud kenapa perlu mereka menyokong parti tersebut... jangan jadi seperti perumpamaan 'yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran'..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels