24 October 2011

Ada pemimpin Kota Belud bangga kerana daerah Kota Belud tersenarai salah satu daerah termiskin

JIKA tahun 90-an, daerah Pitas dan Kota Marudu, merupakan daerah termiskin di Sabah, namun bermula pada tahun 2004 hingga kini, Kota Belud tersenarai sebagai daerah yang paling ramai rakyat miskin.

Sejak merdeka, Kota Belud diwakili oleh kerajaan yang memerintah, baik pada era Usno, Berjaya, PBS dan kini Umno/BN.

Kota Belud paling ramai melahirkan Ketua Menteri Sabah, pertama melalui Tun Mustapha Datu Harun, diikuti Tun Said Keruak dan era Umno/BN Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Demikian juga mengenai jawatan menteri di peringkat negeri mahupun persekutuan, Kota Belud selalu sahaja diwakili.Walaupun sejak tahun 2004, Kota Belud tidak diwakili lagi dalam kabinet negeri, namun jawatan pembantu menteri atau pengerusi GLC kerajaan negeri, tetap saja ada wakil daripada Kota Belud.

Walaupun Kota Belud selalu melahirkan pemimpin di peringkat negeri mahupun nasional, namun Kota Belud begitu lama tertidur daripada segi pembangunan; pembangunan dalam ertikata yang bersifat sustainable, yang bisa dinikmati oleh penduduk Kota Belud dalam jangka panjang.

Walaupun ada Skim penanaman Padi Kota Belud yang dibangun pada pada tahun 1968, namun perancangan skim itu tidak mempunyai visi jangka panjang. Akibat daripada perancangan yang timpang, penghuni skim itu, kini dihuni oleh golongan rakyat yang "rosak" sosialnya, malah penempatan itu menjadi sarang penagihan dadah, sarang anak-anak yang tercicir.

Selain itu, impak skim itu, kepada alam sekitar sungguh teruk, sehingga perkampungan yang tertempias daripada larutan kimia dan racun daripada limpahan penggunaan baja dan racun membunuh fauna dan flora di sungai yang merentasi perkampungan suku iranun.

Akibat pembinaan yang tiada piawaian, maka limpahan larutan racun menerepa sebahagian besar tanah perkampungan apabila banjir meluap.

Impak kepada penduduk kampung adalah melalui sumber air untuk kegunaan harian, kerana 100 peratus perkampungan iranun masih bergantung kepada tube well, selepas sungai langsung tidak boleh digunakan lagi kerana tercemar dengan teruk akibat pembinaan skim itu.

Kota Belud adalah kawasan pertanian dan perikanan dan perkebunan, namun tiada bentuk dalam sektor itu yang bersifat komersial, yang ada adalah dalam bentuk tradisonal, tahapnyapun belum mampu ke tahap saradiri.

Namun, penduduk Kota Belud, perlu berterima kasih pada kerajaan Persekutuan, kerana tempat untuk menimba ilmu telah disediakan. Boleh dikatakan di setiap kampung ada sekolah kerajaan.

Namun demikian, kehadiran sekolah-sekolah tersebut hanya untuk menghapuskan buta huruf dikalangan anak-anak, jauh sekali untuk melahirkan pelajar yang cemerlang apatah lagi yang terbilang.

Tidak mungkin melahirkan pelajar yang cemerlang, jika tahap pemakanan untuk melahirkan minda dan fizikal yang mantap tidak tersedia.

Mandeknya pembangunan Kota Belud akibat sifat politiking yang luar biasa antara para pemimpin Kota Belud. Sebagai contoh, isu politiking antara para pemimpin sepatutnya tamat pada PRU-1999, namun kerana ketamakan, maka ada pemimpin yang berpotensi dinafikan. Akibatnya politiking terus berlaku. Mujurlah pada PRU-2008, pemimpin luar mengambil keputusan yang berisko tinggi, apabila para pemimpin utama Kota Belud diketepikan dalam pilihanraya. Tujuan keputusan tersebut, agar Kota Belud terhindar dalam kanca politiking yang teruk sehingga mengorbankan pembangunan Kota Belud.

Kini Kota Belud baru mula mengecapi pembangunan yang sustainable, bekalan air bersih akan siap sepenuhnya tahun depan, Jelapang Padi sudah bermula yang melibatkan seluruh tanah landai, projek Agropoilitan sudah bermula, jelapang lautpun demikian, akan bermula tidak lama lagi, perkebunan dibekalkan dengan bibit-bibit yang berdaya maju.

Selain itu, beberapa GLC akan membangun kawasan-kawasan pelancongan di mana rakyat akan terlibat langsung melalui koperasi rakyat. Tanah-tanah rezab untuk perkampungan akan diusahakan melalui koperasi, dengan menjemput para pelabur melalui sistem kontrak dengan penduduk. Melalui sistem ini, maka akan terhindar pemilikan tanah secara individu, kerana menurut rekod, setiap geran tanah yang diberikan kepada penduduk, sungguh cepat bertukar tangan-akibat dijual.

Sistem ini juga akan menghindar cara lampau, apabila syarikat besar diberikan hak ke atas tanah rezab, akhirnya tanah itu berakhir di tangan bank, atau orang-orang tertentu yang berduit.

Melalui pendekatan baru yang dilakukan oleh para pemimpin kini, yang disokong sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, semoga Kota Belud terkeluar daripada rekod kemiskinan, yang gagal dinyahkan oleh para pemimpin terdahulu, walaupun peluang terbuka luas kepada mereka, melalui jawatan-jawatan politik yang mereka ada.

Atas sebab itu, bagi OKB, para pemimpin terdahulu, perlu memberi peluang kepada wakil rakyat yang sedia ada, meneruskan perancangan pembanguan Kota Belud, demi generasi akan datang. Masa Datuk-Datuk, telah berlalu, bersaralah secara terhormat, biarkan pemimpin pelapis meneruskan kehendak rakyat yang belum tertunaikan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels