27 October 2011

BN Sabah akan terus memerintah selepas PRU-13

PERGOLAKAN politik antara para pemimpin BN-Sabah, tidak banyak membawa impak kepada kemampuan BN Sabah dalam pilihan raya akan datang. Samada wujudnya pergolakan itu ataupun tidak, prestasi BN Sabah akan sama, sesuai dengan trend pengundian semasa, akibat perubahan politik di peringkat kebangsaan dan negeri, terutama keputusan PRU-12 lalu.

BN Sabah tidak boleh memperlekeh keluarnya SAPP daripada BN, akibat keluarnya parti pimpinan Datuk Yong Teck lee itu, sekurang-kurangnya akan berpengaruh di 20 kawasan DUN. Ertinya, BN-Sabah ada kemungkinan akan terlepas 20 kerusi DUN pada PRU-13 akan datang.

Kawasan-kawasan kelabu tersebut adalah: N2-Tanjong Kapor, N3-Pitas, N4-Matunggong, N5-Tandek, N7-Kedamaian, N9-Tamparuli, N11-Kiulu, N12-Karambunai, N13-Inanam, N14-Likas, N15-Api-api, N16-Luyang, N17-Tanjong Aru, N19-Kepayan, N20-Moyog, N28-Sindumin,N33-Bingkor, N37-Sook, N47-Kuamut dan N57-Sri Tanjong. Diantara yang disenaraikan, hanya N57-Sri Tanjong adalah kerusi DAP.

Meskipun, BN mungkin kalah di semua DUN tersebut, BN-Sabah masih mempunyai kuasa 2/3 di DUN, kerana jumlah yang diperlukan adalah 40. Jumlah keseluruhan kerusi DUN Sabah adalah 60.

Namun jika trend pengundian akan berlaku sama pada peringkat parlimen, maka Sabah akan kehilangan antara 6-7 kerusi parlimen. Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen. Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hanya kalah di parlimen Kota Kinabalu, melalui calon PBS kepada DAP.

27 comments:

Anonymous said...

BN sabah akan terus menjadi kerajaan negeri pada PRU 13..ini berikutan dari kemampuan pucuk pimpinan negeri untuk membangunkan negeri sabah terutama di bidang ekonomi..

Anonymous said...

20 kerusi kelabu yang disebutkan pasti akan dimenangi oleh calon BN..

Anonymous said...

namun jika Gerakan diberikan peluang bertanding atas tiket BN sabah pada PRU 13, maka calon tersebut akan kalah..Gerakan adalah tidak relevan di sabah selain daripada parti itu yang merupakan sebuah parti yang lemah kepimpinannya yang mana akan menjadi liabiliti kepada BN sabah..maka, pucuk pimpinan BN sabah harus meletakkan calon daripada parti politik sabah dalam komponen BN sabah.

Kris Jr said...

Ini cuma ramalan, belum tentu lagi keadaan sebenar macam mana. Jadi, sama2 kita tunggu PRU akan datang.

Kris Jr said...

Rrakyat M'sia terutamanya rakyat Sabah yang layak mengundi tu. Harap2 dakftarkan diri sebagai pengundi dan sama2 mengundi pada PRU akan datang.

Anonymous said...

BN sabah sudah pasti akan terus memerintah jika pilihanraya umum kali ini berlaku pertandingan tiga atau lebih penjuru..

Anonymous said...

jika dinilai prestasi sapp ketika prk batu sapi, rasanya jauh sekali untuk parti itu menewaskan BN sekalipun bertanding satu lawan satu.. namun pendirian rakyat boleh berubah pada bila2 masa, oleh itu buatlah persediaan awal dan banyakkan bertindak dari bercakap..

Anonymous said...

Tidak mustahil untuk BN terus kekal kerana kedudukan pembangkang pun terumbang-ambing sekarang.

Anonymous said...

Sekarang ni banyak yang masih atas pagar. Jadi parti2 yang bertanding nanti harus perbaiki imej dan kembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka. Apa2 pun boleh jadi PRU 13 nanti. Mungkin senario politik akan berubah.

Jason said...

Don't be too quick to say that BN sabah will continue to rule sabah. Anything can happen.

Jason said...

Most importantly, BN must buck up their performance. Being just that will not increase their supporters but would probably decrease their supporters though.

Jason said...

Having GERAKAN coming into sabah will most definitely affect BN in a negative way. Obviously, Gerakan is not relevant. Gerakan should just stay in their own place and try winning it.

Paquin said...

Walaupun ramai yang mencaci atau membenci BN sekarang ni, tapi entah kenapa saya rasa BN tetap akan menang nanti.

Paquin said...

Namun semuanya terpulang juga dengan undi rakyat. Lain orang lain pandangannya.

Paquin said...

Yang pasti rakyat harus membuat keputusan yang tepat. Walaupun politik ni agak membingungkan kepala, tapi pastikan kita tahu apa yang patut dibuat.

Paquin said...

Semoga BN dapat membuktikan pada rakyat mereka masih relevan dan layak untuk terus mendapat sokongan.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Mohd Ishak said...

Kita tunggulah dan lihat sama ada BN Sabah akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk mereka terus memerintah.

Mohd Ishak said...

Rakyat akan menjadi penentunya bila PRU-13. Undi, jangan tak undi.

Anonymous said...

BN Sabah dilihat masih lagi kuat di Sabah dan kemungkinan besar ia mmg akan terus memerintah sabah.

Anonymous said...

apapun, semua ini pun adalah dari hasil usaha BN dalam mengekalkan sokongan rakyat.

joey said...

prestasi baik perlu sentiasa ditunjukkan agar rakyat sentiasa memberikan sokongan yang padu.

joey said...

apa yang penting, keperluan rakyat perlu sentiasa diambil berat dan tanggungjawab kepada rakyat perlu sentiasa dipenuhi..

Anonymous said...

over confident atau kurang confident pun tidak bagus juga. apa yang penting terus berusaha untuk mendapat sokongan rakyat dan banyakkan berkhidmat untuk rakyat. ingat!wakil rakyat memainkan peranan yang penting.jangan lepas pandang walau satu kawasan pun.

Hamdan Hadillah said...

Itu sudah pasti..Masalah dalaman yang timbul untuk BN sabah tidak akan melemahkan Parti itu sendiri. Masalah sebegini sudah kerap kali berlaku tapi dengan usaha perbincangan dan penyelesaian dapat menjadikan masalah ini selesai.

Sanih Alias said...

Baguslah kalau BN sabah Yakin akan terus memerintah selepas PRU13. Tapi seharusnya buktikan juga kebolehan BN Sabah supaya rakyat terus menyokong BN.

Unknown said...

Jika Kerajaan BN terus mendekati rakyat sudah semestinya akan terus mendapat sokongan dari rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels