11 October 2013

Benar Kah Hanya Pemimpin Berpengalaman Terajui Umno?

CALON Naib Presiden Datuk Shafie Apdal berkata, Umno perlu pemimpin yang berpengalaman untuk terajui Umno bagi berhadapan PRU-14. 

Beliau juga berkata perubahan dalam parti tidak semesti mengganti barisan kepimpinan parti yang ada. Kerana tanpa mengganti kepimpinanpun, menurut beliau, perubahan boleh juga berlaku.

Kalaulah demikian pendirian parti, apa ertinya pemilihan parti? Bila kah berlakunya penggantian barisan kepimpinan, kalau terus membiarkan pemimpin berpengalaman diguna pakai?

Perlu diingat, pemimpin berpengalaman, tidak selalunya boleh menang dalam pilihanraya. Banyak bukti, bahawa pemimpin berpengalaman ditolak rakyat.

Apa yang rakyat mahu adalah pendekatan pemimpin itu, apa kah pemimpin berpengalaman ataupun tidak. Contoh banyak, misalnya pada PRU-12, ramai calon-calon Pakatan Rakyat tiada pengelamanpun, malah tidak bernama, namun mampu menumbangkan para pemimpin berpengalaman.

Tahun 1999, Tan Sri Wan Mohktar Ahmad adalah pemimpin berpengalaman, namun kerana kehadirannya dalam PRU itu, Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Pada PRU-13 lalu, beberapa pemimpin berpengalaman turut kalah dalam pilihanraya. Dengan contoh-contoh itu, tidak semestinya pemimpin berpengalaman boleh menjamin kemenangan.

Dalam dunia yang cepat berubah ini, pemimpin yang boleh diterima rakyat bukan terletak kepada pengalaman, namun bagai mana pemimpin itu menyesuai dirinya kepada perubahan. 

Pengundi muda misalnya, akan cenderung memilih pemimpin muda yang mengerti kemahuan orang-orang muda, bukan itu sahaja, golongan tuapun akan memilih pemimpin muda, kerana pemimpin muda akan lebih dinamis dan proaktif.

Sebaiknya bagi Umno, adalah kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan yang baru serta muda. Bagi kedudukan Naib Presiden misalnya, memilih Mukhriz dan Zahid adalah perlu. Mukhirz adalah pemimpin muda, manakala Zahid pula pemimpin lama namun bertindak seperti orang muda.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels