SUDAH kerap kali OKB mengulas berhubung pemilihan Umno Kota Belud. Sejak awal, OKB tidak bersetuju dengan pertandingan bagi tiga jawatan: Ketua-Timbalan dan Naib. OKB bukannya tidak bersetuju dengan pertandingan, akan tetapi, pemimpin yang mahu mempertahankan atau yang mahu bertanding jawatan itu adalah pilihan rakyat.
OKB berhujah, ahli Umno hanya sebahagian daripada pengundi Kota Belud. Malah OKB membandingkan dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan yang menang tanpa tanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tuaran. Alasan OKB, sedangkan pengundi Kota Belud mempunyai keyakinan terhadap Rahman, apakan pula ahli Umno Tuaran.
Datuk Dr Salleh Tun Said yang merupakan ADUN Usukan, Datuk Musbah Jamli ADUN Tempasuk dan Datuk Japlin Akim mantan ADUN Usukan, untuk masa ini adalah pemimpin parti dan Kota Belud yang masih diperlukan khidmat mereka. Belum masanya mengganti kedudukan mereka.
Walaupun pertandingan sudah berlaku, namun kesudahannya, tidak mengubah apa-apa. Pemimpin yang diperlukan tetap menang dan mempertahankan kedudukan masing-masing.
Bagi kedudukan Ketua Bahagian misalnya, undi yang diperoleh Awadnir Matanggal, hanya mencerminkan undi pembangkang dalam parti; ertinya kawasan Kedamian telah mengukuhkan bahawa mereka adalah pembangkang dalam parti, sealiran dengan undi semasa PRU-13 lalu.
Pada pengundian semalam, daripada 1,126 perwakilan, 714 atau 63.41 peratus telah memilih Salleh, manakala Awad memperolehi 376 atau 33.39 peratus. Undi Awad itu, sebenarnya bukan kerana tidak suka kepada Salleh sebagai Ketua bahagian, akan tetapi undi yang diberikan kepada Awad itu, akan mengudi sesiapa sahaja, kerana itulah undi pembangkang dalam parti.
Elok jugalah, Awad bertanding, sekurang-kurangnya kita tahu berapa undi pembangkang dalam parti. It's a Grace to umno.
No comments:
Post a Comment