14 October 2013

Pemilihan Sayap Parti Kota Belud; Perwakilan Tidak Sanggup mengubah Status Quo

Pemilihan sayap Parti yang selesai pada Sabtu, menunjukkan bahawa hanya calon-calon yang bergiat sepenuh masa dalam parti yang berjaya menang.

Kemenangan Ketua Wanita Eyung Latun yang mempertahankan jawatan itu, merupakan petanda, bahawa perwakilan hanya mahu memilih pemimpin yang sepenuh masa dan raganya dalam parti.

Meskipun ada calon yang mencabar Eyung, namun para pencabar itu mempunyai kerjaya lain, atas sebab itu perwakilan mengerti, bahawa tumpuhan kepada parti tidak akan sepenuhnya kerana mereka itu ada kerjaya lain yang perlu digalas.

Demikian juga kemenangan Arhsad Bistrai bagi jawatan ketua pemuda, menunjukkan bahawa hanya calon yang sepenuh masa dalam politik akan diberikan mandat dalam parti.

Adalah dijangka bahawa trend ini akan berlanjutan pada pemilihan bahagian pada 19 oktober ini. Pada pemilihan itu nanti, meskipun ramai calon-calon semusim, malah ada yang bergelak Datuk atau Dato Seri, melihat kepada trend pemilihan pada sayap parti, nampaknya sebahagian besar calon akar umbi akan menang.

Perwakilan tidak akan memberikan peluang kepada pemimpin semusim, kerana mereka tahu, bahawa tujuan calon-calon itu hanya untuk mendapatkan nama dan kedudukan, bukannya perjuangan parti. Kemenangan Eyung Latun membuktikan semuanya; walaupun Ketua Wanita itu dirihatkan semasa PRU-13 disebabkan suaminya keluar parti dan bertanding atas nama calon bebas.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels