PADA 7 Oktober ini, akan disahkan bakal calon yang menentang penyandang Ketua Bahagian Umno Kota Belud- Datuk Dr Salleh Tun Said.
Pada 21 September yang lalu, semasa proses pendaftaran, tiga calon mendaftar bagi menentang Salleh, namun salah seorang telah menarik diri dalam tempoh bertenang. Calon yang menarik diri tersebut adalah Mantan Ketua Penerangan Umno Bahagian- Rosmin Kasan.
Dua calon yang bakal menentang Salleh, yang menunggu untuk disahkan adalah mantan Timbalan Ketua Bahagian- Awadnir Matanggal dan seorang lagi ahli biasa Umno Amshor Haji Tuah.
Awad, selepas mendaftar calon menentang Salleh pada 21 September, menyatakan beliau telah menunggu 22 tahun untuk mendapat peluang bertanding Ketua Bahagian, selepas peluang itu senantiasa terhalang akibat sistem kuota yang diamalkan parti sebelum ini.
Disebabkan sistem baru yang tidak mengunapakai sistem pencalonan, maka Awad dapat menunaikan hasrat yang dipendam selama 22 tahun.
OKB mendapat maklumat daripada berbagai pihak, kekuatan Awad dalam pertandingan ini, hanya berasaskan kepada sentimen daripada Kaum KDM dan kaum Iranun yang dipelopiri oleh Rosmin, yang bertindak sebagai Pengurus kempen Awad.
Selain kempen, salah seorang calon Naib ketua bahagian pada pemilihan kali ini, yang membawa misi, menolak kepimpinan Salleh; adalah faktor yang diharapkan oleh Awad untuk mendapat undi.
Awad juga mengharapkan sokongan "perubahan angin" daripada perwakilan bahagian; selain sokongan perwakilan daripada cawangan-cawangan yang mengisthirkan diri sebagai cawangan-cawangan kuasa ketiga dalam bahagian. Cawangan yang dimaksudkan, adalah ketua cawangan-ketua cawangan yang baharu dipilih.
Ada beberapa pemimpin akar umbi yang berjaya OKB temui, namun enggan nama mereka disiarkan, mengatakan bahawa pertandingan kali ini, kebanyakan perwakilan memandang CARA pemilihan pada tahun 2008; jika STANDARD tidak setara dengan cara pemilihan tersebut, ada kemungkinan undi akan diberikan kepada Awad atas dasar protes, simpati dan sentimen.
Sejauh mana, anggapan itu menjadi kenyataan pada pemilihan Ketua Bahagian Umno Kota belud, mata tertumpu pada 19 Oktober ini.
Namun di atas kertas, Salleh seharusnya menang mudah memandangkan kelebihan kepada beliau. Selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, ADUN Usukan dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri, selain mantan Penyandang Bahagian itu untuk beberapa penggal, selain mantan ahli Majlis Tertinggi Umno pusat.
Pertembungan antara Salleh dan Awad, ramai yang melihatnya bukan atas dasar penambah baikkan parti, akan tetapi lebih bersifat "pribadi". Sejauh mana elemen "pribadi" mempengaruhi siapa bakal dpilih oleh perwakilan, kita hanya dapat menunggu.
No comments:
Post a Comment