19 January 2018

30,000 Rakyat Sambut DS Najib Di Nabawan

KIRA-KIRA 30,000 rakyat Pensiangan menyambut Perdana Menteri di Pekan Nabawan pada Jumaat.

Sempena lawatan itu, beliau telah merasmikan Klinik Kesihatan dan Kompleks Sukan Nabawan, janji pada PRU-13 lalu.

Menerusi perasmian Klinik Kesihatan itu, maka penduduk Nabawan tidak perlu berjalan jauh ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan.

Berkaitan dengan Kompleks Sukan, rakyat kawasan itu dapat memanfaatkan kompleks itu untuk meningkatkan prestasi sukan dari kalangan rakyat selain boleh menjadi pendorong mereka yang mempunyai bakat dalam sukan untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi termasuk mewakili negeri dan Negara.

Sambutan yang luarbiasa daripada penduduk Pesiangan terhadap Perdana Menteri, mengingat penulis pada keputusan PRU-13. Pada PRU-13, seramai 21,379 pengundi keluar mengundi, daripada jumlah itu calon Bn mendapat undi di peringkat Parlimen seramai 9,467 menerusi Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS. Menerusi jumlah undi itu, beliau menang dengan majority 1,744. Di peringkat DUN pula, bagi DUN Sook, calon Bn mendapat undi sebanyak 7,223 dan menang dengan majority 4,395, manakala satu DUN lagi dalam Parlimen itu, DUN Nabawan dimenangi calon Bn apabila mendapat 3,816 undi dan majority kemenangan sebanyak 342.

Melihat kepada sambutan rakyat Pensiangan terhadap Perdana Menteri, Nampak gayanya, kawasan itu masih merupakan wilayah Bn. Apa yang diharapkan sambutan itu dapat diterjemahkan kepada undi, agar kawasan itu tetap dalam genggaman parti Bn.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels