30 January 2018

Umno Berjasa Pada Rakyat Sabah


KERANA kehadiran parti UMNO ke Sabah, bukan sahaja ramai pemimpin negeri dilantik ke peringkat Persekutuan, akan tetapi juga ramai penjawat awam negeri ini dilantik mengetuai agensi-agensi atau jabatan Persekutuan.

Apa yang sangat ketara, sejak parti itu menjadi tunjang kepada kerajaan negeri, bukan sahaja kestabilan politik dapat diwujudkan, akan tetapi juga pembangunan dan kemajuan negeri berjalan pada landasan betul.

Tan Sri Musa Aman bersama para pemimpin lain termasuk para pemimpin parti komponen Bn, telah Berjaya menterjemahkan amanah yang diberikan oleh rakyat, membangun dan memajukan negeri, baik daripada segi fizikal akan tetapi juga pendapatan.

Kehadiran Umno telah melahirkan berbagai pemimpin yang mempunyai komitmen dan komited terhadap negeri dan rakyatnya.

Kadar kemiskinan negeri menurun dengan drastiknya. Pada tahun 2016 kadar kemiskinan adalah 2.9% berbanding pada tahun 2009 19.7%.

Simpanan kewangan negeri pada tahun 2017 berjumlah RM3.74bilion, berbanding RM184juta pada tahun 2003.

Keluasan hutan simpan pada tahun 2017 adalah 1.8juta hektar berbanding tahun 2002 0.838juta hektar.

Adalah merugikan, jika parti yang memberi jasa dan membela rakyat Sabah, digantikan dengan parti yang tiada rekod dan tidak teruji. Apa yang lebih malang lagi, parti yang mahu menggantikan Umno, adalah parti yang dipimpin oleh mantan pemimpin parti yang mengkhianati parti, apabila amanah yang diberikan parti dan rakyat gagal dilaksanakan.

Sayogianya, seluruh ahli parti dan juga rakyat yang pernah memberi amanah kepada pimpin itu perlu marah, dan kemarahan itu perlu diterjemahkan kepada sifar undi kepada parti itu termasuk pemimpinnya pada PRU-14.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels