19 January 2018

PARTI PKR HANYA PERJUANGAN PERIBADI

HAKIKAT yang perlu dilihat oleh pejuang REFORMASI, parti yang mereka dokong itu, bukan menentang kezaliman Tun Dr Mahathir, akan tetapi untuk perjuangan peribadi.

Memang asas perjuangan parti menentang kezaliman Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Anwar bukan sahaja dipecat daripada TPM dan Umno akan tetapi ditangkap, dibicarakan kemudian dipenjarakan kerana tuduhan meliwat oleh mantan PM ke-4 itu.

Selama hampir 20 tahun, penyokong reformasi dimomokkan dengan perjuangan menentang kezaliman Tun Mahathir, kini, pemimpin yang ditentang, disanggah, mahu ditumbangkan, bukan sahaja menjadi sekutu utama parti itu, malah dicadangkan untuk menjadi PM kali ke-2.

Perjuangan reformasi, ibarat kata peribahasa, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Perjuangan 20 tahun, sirna, malah setiap titik perjuangan dilupakan, setiap dakwaan, kata-kata, janji-janji, bukan sahaja dilupakan, malah segala ludah dan kahak turun ditelan. Kata Wan Azizah Wan Ismail-Presiden PKR, demi perjuangan, maka parti itu perlu menerima Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin dan bakal Perdana Menteri.

Berasaskan pengakuan itu, jelas sekali, bahawa parti itu, bukanpun serius menentang kezaliman Tun Dr Mahathir sepertimana diunggah sekian lama kepada penyokong dan ahli PKR, akan tetapi berpaksi kepada perjuangan peribadi, asalkan dapat kuasa atau Yang Berhormat.

PKR bergabung dengan Tun Dr Mahathir menerusi Pakatan Harapan, untuk menewaskan Bn pada PRU-14, dan seterusnya, Wan Azizah menjadi TPM sementara, sambIl menunggu Mukhriz mengambil alih, kemudiannya Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri, demikian rumusan di atas meja, pemimpin parti itu.

Mereka mahu mempengaruhi rakyat/pengundi untuk ikut menyokong apa yang mereka rumuskan di atas meja, untuk mencapai keinginan peribadi.

Rakyat negara ini kena sedar, disebalik perjuangan parti PKR, kerana telah terbukti, sesuatu yang diperjuangan selama 20 tahun, boleh dilupakan sekelip mata. Makna kata, parti itu bukan berjuang utuk rakyat, akan tetapi untuk memenuhi kepentingan peribadi. Apabila parti hanya bertujuan memenuhi tujuan peribadi, rakyat akan diketepikan apabila hasrat sudah tercapai, seperti kata peribahasa, kacang lupakan kulit!!!.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels