19 July 2020

TERASA SEKALI APABILA SALLEH BUKAN WAKIL RAKYAT

MINGGU lalu, penulis mudik kampung, selepas tidak berpeluang berbuat demikian kerana terkekang dengan PKP, selain mematuhi SOP saranan KKM.

Penulis menghabiskan masa jalan-jalan ke persawahan sambil memerhati bebarapa pesawah menjalankan penuaian padi. Hasil padi tidak seberapa kerana impak banjir yang melanda Kota Belud baru-baru ini.

Selepas penat ronda-ronda, berehat di sebuah chalet eko pelancongan, industri yang tumbuh bagaikan cendawan era kerajaan lalu. Kebetulan, pemilik chalet tersebut, adalah penyokong kuat era kerajaan lalu.

Sambil menunggu ikan bakar yang dimasak, penulis sembang-sembang dengan kawan-kawan sekampung, sambil menjamu selera buah-buahan termasuk durian yang di bawa kawan daripada Kg Nahaba.

Sebenarnya, pertemuan tersebut, adalah pertemuan antara kawan-kawan lama semasa bersekolah di SMK Kota Belud tahun 70-an. Apa yang menariknya, kami juga disertai anak-anak masing-masing, malah cucu-cucu.

Pertemuan sebegini, tidak terlepas daripada membicarakan soal politik. Kerana generasi kami, pernah melalui semua kerajaan yang pernah memerintah Sabah, selain merupakan saksi hidup kepada kepimpinan atau wakil rakyat Kota Belud. Pendek kata, rata-rata antara kami termasuk anak muda, terasa sangat, Datuk Salleh bukan wakil rakyat Kota Belud lagi.

Salleh telah berehat daripada dunia politik selepas sahaja PRU-14 berlabuh, namun mei lalu, beliau bakal aktif semula, selepas memohon menyertai mantan parti beliau-UMNO.

Sebenarnya, tidak keterlaluan dikatakan, bahawa Salleh merupakan seorang pemimpin politik yang bebas isu. Tidak mudah menyenaraikan pemimpin yang bebas isu di negara ini amnya dan Sabah khasnya.

Selamat kembali ke arena politik Datuk Salleh, demikian lah harapan kami-kami yang berjumpa minggu lalu, di Kota Belud.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels