12 July 2020

MENGAPA KERAJAAN SABAH BANTAH JPKKP

TAHU KAH ANDA mengapa Kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah bantah JPKKP (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) bagi menggantikan MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang diperkenalkan semasa Kerajaan PH. Sebabnya, adalah soal peruntukan. MPKK sebelum ini mendapat peruntukan daripada Persekutuan. Selepas PH tumbang peruntukan dibekukan. Oleh kerana semua pengerusi MPKK adalah lantikan Kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah, maka terpaksa memasukan bayaran elaun kepada semua pengerusi MPKK dalam Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, sehingga Disember, 2020.

Semasa kerajaan Persekutuan masih dikuasai PH, bukan main sombong lagi kerajaan pimpinan Shafie dengan memperalat pengerusi-pengerusi MPKK sebagai alat politik di peringkat kampung.

Oleh kerajaan Persekutuan berubah, maka JPKKP akan diwujudkan bagi menggantikan MPKK. Fungsinya adalah sama dengan MPKK, kecualai akan berlaku perlantikan pengerusi-pengerusi baharu lantikan parti-parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.

JPKKP ini nanti akan menjadi mata dan telinga bagi parti-parti yang menyokong kerajaan PN, melalui dana persekutuan yang disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPNS).

Bermula daripada 1Mac, 2020, semua peruntukan pembangunan Persekutuan tidak lagi diberikan kepada Kerajaan Negeri, melainkan menerusi JPPNS, manakala untuk peruntukan bagi agensi Persekutuan, seperti pendidikan, kesihatan akan terus diuruskan oleh jabatan masing-masing.

Oleh kerana perubahan tersebut, maka Kerajaan Warisan-UPKO-PH menerusi Datuk Ewon Benedick, begitu marah sekali, sehingga menuduh, menerusi perubahan tersebut, satu bentuk penjajahan, sedangkan semua pengerusi JPKKP adalah rakyat akar umbi Sabah, dan tiada hubungkait dengan penjajahan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels