1 July 2020

SALLEH MASIH ASET DALAM POLITIK

DALAM politik Sabah khasnya dan amnya negara-Datuk Salleh masih merupakan aset politik.

Mana-mana parti yang beliau akan sertai, kehadiran beliau lebih menguntungkan parti itu.

Sebelum ini, Salleh memohon keahlian PKR, selepas setahun tanpa parti, namun belumpun permohonan beliau diterima secara rasmi, beliau bertindak menangguhkan permohonan tersebut, dan kemudiannya membatalkan permohonan tersebut tahun ini.

Salleh merupakan pemimpin veteran UMNO Sabah dan merupakan salah seorang Ketua Bahagian parti itu yang keluar berjemaah pada 12-12-2018.

Pada awal proses kemasukan PPBM (Bersatu) ke Sabah, Salleh telah terlibat daripada awal, sehingga 2 hari sebelum pelancaran parti itu di Sabah pada 6 April, 2019.

Matlamat mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, dalam arena politik, adalah pengukuhan antara negeri dan Persekutuan. Atas sebab, selepas PRU-14, Umno adalah parti pembangkang, maka ianya menjadi penghalang kepada pengukuhan antara negeri dan Persekutuan, maka ianya menjadi asas para wakil rakyat dan Ketua Bahagian Umno keluar beramai-ramai untuk menyertai parti yang sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Memang hasrat mereka itu hendak menyertai PPBM, namun semasa Tun Dr Mahathir masih pengerusi, setiap pemimpin Umno atau wakil rakyat Umno yang mahu menyertai parti itu, perlu bertindak melalui 2 cara- bebas dahulu untuk beberapa waktu, dan kemudiannya baru dipertimbangkan kemasukan mereka. (Bersatu bertindak jual mahal terhadap mantan-mantan pemimpin Umno semasa era Tun kerana hanya satu prinsip- dendam).

Kini Tun Dr Mahathir bukan lagi sebagai ahli Bersatu (kerana dipecat), maka jika Salleh ingin meneruskan hasrat menyertai parti itu, penulis yakin, kepimpinan parti itu tiada halangan, jika beliau tidak kembali ke parti Umno semula.

Penulis secara jujurnya, melihat kepimpinan Salleh boleh menjadi aset besar samada menerusi PPBM atau UMNO, bukan parti-parti lain yang berdaftar di Sabah.

Memandangkan Salleh telah menghantar permohonan semula sebagai ahli UMNO, maka kepimpinan parti itu perlu menerima semua beliau, kerana Salleh boleh menjadi aset utama parti.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels