18 November 2009

Nizar News: MCA Tolak EGM: Liow Tiong Lai Tinggal Keseorangan

Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden. Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.

Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mesyuarat CC itu juga memutuskan untuk merombak semula majlis presiden, dengan menggugurkan penyokong setia Liow - Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.

Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.

Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.

Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels