11 November 2009

Nizar News: Sabah Mahu Popularkan Pasar Tani: Asas Pengeluaran Makanan

Selepas Datuk Yahya Hussin menjawat tugas sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, antara perubahan yang telah beliau lakukan ialah menubuhkan sebuah 'pasar mini' di ruang pejabat kementerian tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai urusan di pejabat menteri di Wisma Pertanian di sini, mereka sudah pasti tidak akan terlepas pandang pelbagai barangan industri tani dalam bungkusan yang menarik dipamer di bahagian kiri dan kanan pintu masuk.

Bila diajukan pertanyaan sama ada barangan serta produk tani ini adalah sebahagian daripada 'hiasan', menteri tersebut ketawa besar sebelum menerangkan ia sebenarnya adalah untuk memberitahu umum tentang kesungguhan kerajaan negeri menjadikan sektor pertanian sebagai bidang penjana ekonomi.

Menurut Yahya, mesej yang mahu beliau sampaikan ialah hakikatnya Sabah sudah sampai ke tahap di mana sektor pertanian di negeri ini sudah mampu melangkah ke era komersil.

"Kami (Kerajaan) mahu pelabur tempatan dan asing tahu bahawa Sabah serius dalam pengeluaran produk tani yang mempunyai nilai tambah", kata beliau.

POTENSI BESAR DALAM PERTANIAN

Selepas menerajui kementerian tersebut 20 bulan lepas, Yahya telah mengorak langkah ke arah membangunkan potensi besar yang wujud dalam sektor pertanian Sabah.

Menurut Yahya, walaupun kerajaan memang komited terhadap program pembangunan, perhatian serta fokus yang spesifik juga diberikan untuk meningkatkan pengeluaran makanan.

Di bawah dasar ini, pengeluaran padi diberi keutamaan kerana 70 peratus daripada keperluan beras Sabah masih diimport dari luar negara.

"Kita tidak boleh membiarkan situasi terlalu bergantung ini berterusan, terutamanya beras. Apa akan berlaku jika sesuatu terjadi kepada negara pengeksport beras utama seperti Thailand dan Vietnam.

"Oleh itu, atas sebab-sebab yang strategik adalah penting bagi Sabah menerokai penanaman padi secara komersil dan berskala besar", kata beliau sambil menambah Sabah masih lagi agak ketinggalan dari segi infrastruktur moden seperti sistem saliran dan pengairan.

KAWASAN BARU PENANAMAN PADI

Menurut Yahya, selain daripada usaha untuk membuka kawasan baru bagi penanaman padi kerajaan juga akan menambahbaik keperluan infrastruktur bagi kawasan tanaman padi yang sedia ada berkeluasan 35,500 hektar di negeri ini.

Hanya 10,400 hektar daripada kawasan ini yang mampu mengeluarkan 5.0-10.0 tan metrik bagi setiap hektar kerana mempunyai sistem saliran dan pengairan yang baik.

Yang selebihnya kurang produktif kerana mempunyai masalah saliran dan pengairan.

Kementerian juga telah memulakan perancangan merancakkan lagi pengeluaran beras seperti menggalakkan petani menanam padi dari jenis benih yang mempunyai daya pengeluaran tinggi.

"Jabatan Pertanian telah menyediakan 19 jenis padi pengeluaran tinggi yang sesuai dengan keadaan tempatan", kata beliau sambil memberi contoh benih padi jenis IR73, MR84, MR159, TQR1, IR72 dan TQR2.

SUBSIDI MEMBAJAK

"Kerajaan juga telah menambah subsidi bajak dari RM100 ke RM200 setiap ekar dan subsidi itu tidak lagi tertakluk hanya untuk lima ekar seperti yang diamalkan dulu," kata beliau.

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) yang diperkenal dalam Rancangan Malaysia Ke-9 juga turut menyokong dasar menambah pengeluaran makanan.

Menurut Yahya, TPKM di Tawau (satu daripada lima dalam usaha program tersebut) sudah siap dan usaha sedang dilakukan untuk mengambil peserta yang mahu berkhidmat sebagai petani kontrak.

Dalam konsep TPKM, semua aktiviti pertanian akan dipusatkan dan setiap peserta akan diberi sebidang tanah untuk diusahakan secara kontrak.

Mengenai bidang penternakan, dengan penguatkuasaan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Kawalan Pencemaran Penternakan Babi) 2008 Februari tahun ini, semua ladang ternak babi di Sabah diberi tempoh sehingga 2011 untuk mempunyai lesen operasi.

"Enakmen tersebut adalah untuk memastikan ladang babi tidak menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar dan mana-mana kawasan ternakan haram babi akan ditutup," kata beliau.

Bagi sektor tenusu, Yahya berharap kenaikan harga susu segar dari RM1.50 ke RM2.50 seliter mulai Julai 2008 akan menjadikan industri tenusu lebih kompetitif.

TIDAK LAGI PRAKTIKAL

Yahya juga berkata pendekatan 'perancangan dari atas ke bawah' dalam pelaksanaan projek pembangunan tidak lagi sesuai pada masa kini.

"Saya mahu semua pegawai kementerian mendekati dan mengenali apa yang rakyat perlu dan mahukan. Input ini akan digunakan dalam perancangan program pembangunan untuk memastikan pelaksanaan menepati keperluan rakyat.

"Saya juga mahu semua jabatan dan agensi di bawah kementerian lebih fokus kepada keperluan (pembangunan) kumpulan sasar termasuk mengenalpasti program yang kritikal bagi rakyat", kata beliau.

Menurut Yahya, sebelum ini terdapat sikap perancang dasar yang menganggap diri mereka lebih tahu tentang apa yang umum perlukan dan mereka melaksanakan projek tanpa mengambil kira apa keperluan rakyat yang sebenarnya.

"Kerajaan sekarang mahu memastikan segala program pembangunan bukan sahaja sampai kepada rakyat tetapi apa yang lebih penting program tersebut benar-benar diperlukan oleh rakyat di kawasan tersebut," kata beliau.

Yahya juga berharap agar Sabah menempa nama dalam industri pengeluaran makanan antarabangsa walaupun ia terpaksa mempromosikan satu atau dua produk pengeluaran berasas makanan.

"Saya menyeru semua pihak utama dalam sektor pertanian supaya mencari jalan bagaimana Sabah boleh mencapai objektif ini. Sabah mempunyai produk tani yang unik seperti limau bali keluaran Tenom dan halia dari Tambunan", tambah Yahya.

10 November 2009

Nizar News: Anwar Najib Berdamai??

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau tidak berjumpa Najib, itu hanya penafian. Siapa yang menyangka mungkin mereka berjumpa, akan tetapi belum ada keputusan muktamad yang telah diambil. Pinjam kata-kata pendekar Cahaya, apabila dua hulubalang berjumpa, biasanya tiada seorang pun tahu akan keputusannya. Kerana setelah keputusan diambil, maka keputusan itu adalah muktamad.

Anwar menfikan, sementara Najib hanya diam seribu bahasa, ada muslihatkah disebalik penafian Anwar ini? Atau kah Anwar membuat penafian hanya merupakan gimik berita?

Sangkaan bahawa Anwar-Najib telah berdamai melihat gelagat kedua-dua pemimpin ini saling mengelak menyebut nama. Jarang bidas membiadas. Jarang kutuk mengutuk.

Sebagai tambahan, Anwar tidak seagressif dahulu membelasah Najib. Sepekulasi menguatkan Anwar-Najib telah berdamai.

Apa kah Anwar diberi peranaan dalam kerajaan Najib? kemungkin ada.. kerana Anwar boleh berperanaan menjadi Duta Khas.. terutama di negara-negara Arab, di mana Anwar popular.

Nizar News: Anwar Gerun Perubahan UMNO: Tuduh Umno Hanya Berlakon

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwatakan baik yang cuba dilakonkan kerajaan Umno BN.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat untuk melihat secara menyeluruh apakah benar Umno sedang berubah sedangkan tindakan mereka tidak menunjukkan kebenaran itu.

"Apakah usaha memberi wang ehsan kepada Kerajaan Kelantan membuktikan BN telah berubah untuk menjadi kerajaan yang berhemah dan kembali kepada ketuanan rakyat.

Tidak sama sekali kerana sepatutnya bukan wang ehsan tetapi royalti sebagaimana yang dituntut oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, " ujarnya.

Ujarnya lagi, apakah sudah sudah cukup kerajaan melepaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukan Najib telah sedar kesilapan lampau.

Jesteru itu, rakyat harus peka kezaliman BN yang terus menaikan harga barangan, menangkap peserta himpunan aman, menuduh dan merancang kompirasi menjatuhkan seseorang, menggalakan perasuah, penipuan, penyelewengan, sistem kehakiman masih gagal dipulihkan serta demokrasi menjadi kuku besi merampas kerajaan yang ditentukan oleh rakyat.

Bagi PKR proganda yang ditaburkan oleh BN itu semuanya bermatlamat menyelamatkan pengaruh mereka yang semakin karam biarpun media pro kerajaan mengambarkan Umno dan BN kembali dilandasan perjuangan sebenar.

"Kerja buat Umno dan BN tetap macam dulu rakus dan ego dalam pentadbiran maka jangan anggap mereka sudah sedar.

"Ia cuma lakonan untuk menarik hati pengundi bila menang nanti rakyat diketapikan seperti dulu, " terang beliau diiringan tepukan gemuruh hadirin.

Kini, kerajaan BN terus merangka strategi melaga-lagakan kepimpinan dalaman parti serta Pakatan Rakyat supaya rakyat memandang sinis kepimpinan kerajaan alternatif yang dapat melakukan lebih baik termasuk belanjawan yang lebih efesyen berbanding BN yang tidak memijak dibumi nyata.

Biar pun PKR tercemar dengan adegan 'katak' di negeri Selangor dan Perak namun ia sebagai pengajaran untuk melakukan pemilihan calon pada pilihanraya akan datang.

Golongan tersebut sebenarnya tiada perjuangan sebaliknya mementingkan diri tanpa menyedari kemenangan mereka terhasil daripada rakyat yang menolak BN.

"Memandangkan BN dalam keadaan kelam kabut membuatkan mereka cuba merangka strateji memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menciptakan berbagai isu atau melagakan kepimpinan parti sendiri supaya wujud percakaran yang boleh mencetuskan pergolakan, " ujar Ketua Pembangkang itu lagi.

Bagi menjayakan hasrat parti dan Pakatan Rakyat sambung Dato' Seri Anwar, displin dan kecekalan dalam mengharungi perjuangan amat penting kerana tanpa semangat yang tinggi seseorang itu mudah jatuh dan tenggelam di lautan luas walhal kapal yang dinaiki selamat dan tidak bocor seperti bahtera Umno dan BN.

Menyentuh mengenai kononya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengutamakan orang melayu beliau mengatakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Umno lebih dahulu berkuasa di sini apa yang parti itu buat untuk orang-orang melayu melainkan perjuangan peribadi memperkayakan kepimpinan.

"Rakyat miskin terus menderita, papa dan kedana semasa diperintah oleh BN tetapi ia tidak difokuskan sebaliknya bila Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang hasil penolakan rakyat semua isu itu kembali menghiasi dada akhbar melayu.

Cadangan-cadangan untuk memperkuatkan ekonomi melayu diabaikan dan dipandang sinis bila dikemukakan, " katanya.

Kovensyen yang bertemakan 'Menggilap Harapan Raykat' itu turut melibatkan beberapa orang pemidato seperti pengarah Pemantapan Politik dan Keanggotaan merangkap Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Johari Abdul dengan tajuk 'Menuju Putrajaya', Pengarah Strategi PKR Pusat, Tian Chua ' Analisa Isu Politik Semasa' dan Setiausaha PKR Pusat, Dato' Salehudin Hashim dengan tajuk ' Keberkesanan Organisasi Parti'.

Nizar News: Menteri Besar Selangor Akui: Kepala Lembu Bukan Angkara UMNO

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.

Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.

Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.

Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.

9 November 2009

Nizar News: Anwar Mendakwa UMNO Hanya Main Wayang Soal Perubahan

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar tidak tertipu perwatakan baik yang cuba dilakonkan kerajaan Umno BN.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) semalam, Anwar menasihatkan rakyat untuk melihat secara menyeluruh apakah benar Umno sedang berubah sedangkan tindakan mereka tidak menunjukkan kebenaran itu.

"Apakah usaha memberi wang ehsan kepada Kerajaan Kelantan membuktikan BN telah berubah untuk menjadi kerajaan yang berhemah dan kembali kepada ketuanan rakyat.

Tidak sama sekali kerana sepatutnya bukan wang ehsan tetapi royalti sebagaimana yang dituntut oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, " ujarnya.

Ujarnya lagi, apakah sudah sudah cukup kerajaan melepaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukan Najib telah sedar kesilapan lampau.

Jesteru itu, rakyat harus peka kezaliman BN yang terus menaikan harga barangan, menangkap peserta himpunan aman, menuduh dan merancang kompirasi menjatuhkan seseorang, menggalakan perasuah, penipuan, penyelewengan, sistem kehakiman masih gagal dipulihkan serta demokrasi menjadi kuku besi merampas kerajaan yang ditentukan oleh rakyat.

Bagi PKR proganda yang ditaburkan oleh BN itu semuanya bermatlamat menyelamatkan pengaruh mereka yang semakin karam biarpun media pro kerajaan mengambarkan Umno dan BN kembali dilandasan perjuangan sebenar.

"Kerja buat Umno dan BN tetap macam dulu rakus dan ego dalam pentadbiran maka jangan anggap mereka sudah sedar.

"Ia cuma lakonan untuk menarik hati pengundi bila menang nanti rakyat diketapikan seperti dulu, " terang beliau diiringan tepukan gemuruh hadirin.

Kini, kerajaan BN terus merangka strategi melaga-lagakan kepimpinan dalaman parti serta Pakatan Rakyat supaya rakyat memandang sinis kepimpinan kerajaan alternatif yang dapat melakukan lebih baik termasuk belanjawan yang lebih efesyen berbanding BN yang tidak memijak dibumi nyata.

Biar pun PKR tercemar dengan adegan 'katak' di negeri Selangor dan Perak namun ia sebagai pengajaran untuk melakukan pemilihan calon pada pilihanraya akan datang.

Golongan tersebut sebenarnya tiada perjuangan sebaliknya mementingkan diri tanpa menyedari kemenangan mereka terhasil daripada rakyat yang menolak BN.

"Memandangkan BN dalam keadaan kelam kabut membuatkan mereka cuba merangka strateji memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menciptakan berbagai isu atau melagakan kepimpinan parti sendiri supaya wujud percakaran yang boleh mencetuskan pergolakan, " ujar Ketua Pembangkang itu lagi.

Bagi menjayakan hasrat parti dan Pakatan Rakyat sambung Dato' Seri Anwar, displin dan kecekalan dalam mengharungi perjuangan amat penting kerana tanpa semangat yang tinggi seseorang itu mudah jatuh dan tenggelam di lautan luas walhal kapal yang dinaiki selamat dan tidak bocor seperti bahtera Umno dan BN.

Menyentuh mengenai kononya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tidak mengutamakan orang melayu beliau mengatakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit kerana Umno lebih dahulu berkuasa di sini apa yang parti itu buat untuk orang-orang melayu melainkan perjuangan peribadi memperkayakan kepimpinan.

"Rakyat miskin terus menderita, papa dan kedana semasa diperintah oleh BN tetapi ia tidak difokuskan sebaliknya bila Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang hasil penolakan rakyat semua isu itu kembali menghiasi dada akhbar melayu.

Cadangan-cadangan untuk memperkuatkan ekonomi melayu diabaikan dan dipandang sinis bila dikemukakan, " katanya.

Kovensyen yang bertemakan 'Menggilap Harapan Raykat' itu turut melibatkan beberapa orang pemidato seperti pengarah Pemantapan Politik dan Keanggotaan merangkap Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Johari Abdul dengan tajuk 'Menuju Putrajaya', Pengarah Strategi PKR Pusat, Tian Chua ' Analisa Isu Politik Semasa' dan Setiausaha PKR Pusat, Dato' Salehudin Hashim dengan tajuk ' Keberkesanan Organisasi Parti'.

Nizar: JK Disipilin Pusat Pas Tak Siasat Semua Senarai Nik Aziz: Pemimpin Bermasalah

Jawatankuasa Disiplin PAS tidak akan menyiasat semua pimpinan pusat parti itu yang disenaraikan sebagai 'pemimpin bermasalah' oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blog beliau bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin-pemimpin berkenaan tidak perlu disiasat kerana tiada sebarang pertuduhan terhadap mereka.

"Kita tak perlu nak siasat semua, tak ada pertuduhan... tak perlulah nak siasat," katanya kepada mStar Online. Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan beberapa perwakilan yang menghadiri Seminar Memperkasakan Parti itu kelmarin yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pusat parti yang hanya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas PAS Selangor.

Nik Aziz ketika menulis dalam blognya telah menyebut tentang 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah termasuk menyebut nama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Mereka ini disifatkannya sebagai pro-Umno.

Bagaimanapun Tun Ibrahim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pertuduhan bagi pemimpin-pemimpin lain yang disebutkan itu kecuali Hassan yang kini diperingkat siasatan.

Dalam mesyuarat khas PAS yang diadakan pada 28 Oktober lalu keputusan telah diambil agar Jawatankuasa Disiplin menjalankan siasatan ke atas PAS Selangor. "Mesyuarat hanya putuskan untuk kita siasat PAS Selangor, kita bersikap adil, bukan untuk melindungi mana-mana pihak," katanya.

Nizar News: MCA Telahpun Ditolak Kaum Cina: Imbas Keputusan PRU-12

DS Najib tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa MCA seharusnya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin bagi memastikan ia muncul sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu.

Menjawab satu soalan, beliau berkata 'pelan perpaduan lebih menyeluruh' yang sedang diusahakan dalam parti itu, dicetuskan oleh kepimpinan MCA sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia bukan pelan saya, tapi ditampilkan oleh kepimpinan MCA sendiri. Mereka ada memaklumkan kepada saya mengenainya, dan saya beritahu mereka bahawa apa yang paling penting adalah saya mahukan sebuah parti MCA yang kukuh dan bersatu. Kemudian baru MCA boleh mewakili majoriti komuniti Cina," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kongres Tahunan Parti Demokratik Liberal di 1Borneo di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata MCA tidak punyai pilihan, mereka perlu menangani masalah dalaman dengan segera kerana sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, ada kemungkinan calon-calon MCA ditolak orang ramai pada pilihan raya akan datang.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno berkata sudah tiba masanya bagi MCA meminta Najib, yang juga pengerusi BN, untuk masuk campur dan cuba menyelesaikan masalah kepimpinan parti itu.

MCA mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lepas dalam usaha menyelesaikan krisis kepimpinan yang dihadapinya, namun hasilnya dilihat masih belum dapat merungkai masalah yang melanda parti itu.

Ini ekoran kumpulan yang mendakwa mewakili 16 orang atau satu pertima anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA memanggil EGM baru pada 28 November ini untuk membolehkan perwakilan memutuskan sama ada pemilihan baru MCA perlu diadakan. - Bernama

8 November 2009

Satu Lagi PRK. Kali Ini Di Sabah

Kekosongan akan berlaku di Usukan Kota Belud. Penyandang DUN Usukan adalah mantan Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Japlin Akim juga berjawatan pembantu menteri dalam kabinet Musa Aman.


Datuk Japlin pada awal tahun ini telah ditangkap oleh pihak SPRM berkaitan dengan politik wang yang dikatakan untuk membantu Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia sekarang ini.

Sejak akhir-akhir ini kelibat Datuk Japlin bagi kawasan Usukan tidak kenampakan lagi. Seolah-olah ADUN tersebut sirna.

Menurut sumber yang boleh dipercaya, Datuk Japlin akan diminta mengosongkan DUN Usukan, demi imej parti dan kabinet Musa Aman.

Dikhabarkan pula DS Najib telahpun berjumpa dengan Japlin untuk menentukan tarikh pengosongan Dewan Undangan negeri tersebut.

Jika Japlin menunaikan janji untuk mengosongkan DUN Usukuan, maka PRK terpaksa diadakan, kerana tempoh PRU-13 masih lebih 2 tahun.

Menurut peraturan SPR, jika kekosongan sesuatu kawasan berlaku dalam masa kurang dari 2 tahun PRU berikutnya harus dilaksanakan, maka SPR tidak perlu mengadakan Pilihanraya kecil (PRK).

Jika PRK DUN Usukan perlu diadakan, maka calon BN telah dapat dipastikan samadada Datuk Salleh Said Keruak atau Kakaknya Saidatul Badru bagi mewakili BN.

Saida telah dikhabarkan mendapat sokongan kuat Musa Aman dan Musbah Jamli, sementara itu Salleh Said mendapat sokongan TSPandikar Speaker Dewan Rakyat sekarang ini dan Datuk Safie Afdal.Dipercayai juga, Datuk Salleh mendapat restu daripada DS Najib.

Apa kah kebenaran khabar-khabar angin ini akan menjadi kenyataan, sama-sama kita tunggu dalam masa terdekat ini.

Nizar News: Antara Malu Dan Segan Melihat Manusia Mabuk

Setelah membaca tulisan A Kadir Jasin Sepanjang Jalan kenangan mengenai gambaran sejarah kependudukan negara khususnya Ipoh-Perak yang menerangkan bahawa pada waktu dahulu menghisap candu dan meminum todi merupakan budaya yang sebati dengan buruh-buruh China dan India yang dibawah masuk oleh penjajah Inggeris ke Semenanjung Tanah Melayu.

Konotasi candu dan todi membawa erti bahawa jika seseorang menghisap candu dan meminum todi bagaimana biasanyapun seseorang itu, pasti pada suatu ketika pasti mengalami loyah maupun mabuk.

Apabila seseorang itu jatuh mabuk, maka penguasaan dirinya tidak terkawal, atas sebab- pergerakan, tindakan serta kelakuan bukan lagi ini berpandu kepada akal fikiran, tetapi berpandukan kepada kuasa candu dan todi.

Sering kita terbaca keputusan-keputusan mahkamah yang mendapati seseorang yang telah melakukan pembunuhan pada keadaan mabuk terlepas dari tiang gantung,kerana pertuduhan berubah kepada pembunuhan tanpa niat.

Di Sabah, banyak kejadian seumpama ini terjadi. Musim meminum terutama pada musim-musim menyambut perayaan seperti pesta keaamatan, krismas dan tahun baru. Pemandangan di kedai-kedai yang dibolehkan menjual minuman yang memabukan- ramailah penduduk negara ini menikmati minuman seperti stout, anchor, carlsberg, mantako, malahan ada yang meminum whisky maupun brandy.

Akibat meminum minuman yang memabukan ini- telah berkali-kali peristiwa pembunuhan semasa sendiri terjadi. Di Sabah sahaja tahun 2008- berita yang sempat saya baca sahaja ada empat kejadian pembunuhan secara sesama sendiri kerana pengaruh minuman memabukan.

Rupanya sebab musabab kenapa seluruh agama melarang mengkonsumsi benda-benda yang memambukan kerana pengambilan benda-benda ini terlalu memudaratkan manusia. Akibat mabuk bukan sahaja menghilangkan kewarasan kepada seseorang pada masa-masa tertentu, tetapi juga mengambil benda-benda yang memambukan ini boleh membawa kepada bencana ketagihan.

A Kadir Jasin secara tersirat menggambarkan pengalaman dan pengajaran yang beliau dapat semasa sehari suntuk berada di Ipoh- Perak pada 7 Mei 2009, menyaksikan kejadian dan tindakan para penyokong Pakatan yang berada dalam suasana mabuk, bertindak tanpa kewajaran, tanpa pertimbangan akal fikiran dan penuh emosi.

Rupanya di mata A Kadir Jasin- orang mabuk mempunyai kelakuan lain dari manusia normal dalam segala aspek sehinggakan bagi yang melihatpun merasa malu dan segan, kerana para pelaku adalah sebahagian dari rakyat negara ini, yang dikategorikan mempunyai sopan santun dan akhlak yang tinggi.

7 November 2009

Nizar No.3 Paling Popular Dalam Parti Pas: Tinjauan Akademik

Membentangkan dapatan tinjauan yang dikendalikannya itu di seminar politik PAS pagi ini, Dr Abu Hassan berkata, Nik Aziz juga masih mengungguli di tempat pertama sebagai pemimpin paling popular dalam PAS.

Sementara itu, terdapat penemuan mengejutkan apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak berada di tangga kelima pemimpin PAS paling popular.

Abdul Hadi, yang berada di kedudukan belakang Nik Aziz, diikuti dua lagi pemimpin PAS: bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin (ketiga) dan ahli jawatankuasa pusat parti Mohamad Sabu (keempat).

Dr Abu Hasaan juga berkata tinjauan sama menunjukkan separuh daripada masalah PAS berpunca daripada kelemahan kepemimpinan.

Penceramah popular itu menambah, masalah kepemimpinan menyebabkan 50 peratus kelemahan PAS, berbanding faktor individu (27 peratus), jentera parti (11 peratus), masalah ideologi (10 peratus), dan manifesto (1 peratus).

Daripada aspek kekuatan pula, tinjauan tersebut mendapati, Dewan Muslimat mempunyai jentera yang terbaik dalam pilihan raya berbanding Pemuda PAS.

Nizar: Hadi Awang Pemimpin Tulin: Dikritik Hebat Tetapi Tetap Dingin

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah...saya tidak akan membuang baju amanah ini," katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini pada hari Sabtu.

Beliau berkata sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

"Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

"Walaupun ada teguran yang keras...suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama...kita pemain profesional, bukannya pemain kampung," katanya.

Sementara itu pada sidang akhbar selepas seminar itu, Abdul Hadi merumuskan bahawa seminar itu sebagai berjaya.

"InsyaAllah, kita (PAS) dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita anggap ini bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara kita," katanya.

Seminar itu turut meluluskan lima resolusi iaitu:

- mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum -13 secara lebih proaktif dalam memudahkan urusan pakatan melaksanakan urusan kerajaan di bawah pengurusan PR.

- meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

- memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.

- membuat bayangan jelas kepada golongan muda terhadap PAS untuk meningkatkan semula sokongan serta menyegarkan unit amal secara komprehensif dengan meningkatkan modul sedia ada.

- membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.

Nizar News: SUBUR Elak Pendatang Asing Dan Penjual Bihun:Najib

Mulai 1 Dis, lebih 200,000 keluarga di seluruh negara bakal menikmati Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

Najib berkata melalui SUBUR golongan miskin, miskin tegar termasuk golongan Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapatkan baucar-baucar untuk ditukarkan bagi mendapatkan atau membeli beras terutamanya beras Super Tempatan 15 peratus (ST15).

Bagi golongan miskin tegar mereka akan mendapat baucar bernilai RM24 yang membolehkan mereka mendapat sekampit beras 10kg bernilai RM24 dan dengan tiga baucar bernilai RM24 diberi dalam sebulan, mereka akan mendapat 30kg beras secara percuma.

"Kalau 30kg cukup, kalau makan sepinggan cukup, kalau dua pinggan pun cukup," katanya semasa berucap melancarkan skim itu di Dataran Tonggak 10 Sungai Besar di sini malam Jumaat.

Perdana Menteri berkata bagi golongan miskin, mereka akan diberikan baucar bernilai RM10 di mana mereka perlu menambah RM14 bagi mendapatkan sekampit beras seberat 10kg.

Najib berkata oleh itu jangan diperlekehkan Barisan Nasional kerana ia merupakan kerajaan yang menjadi juara kepada rakyat kerana ia banyak membela nasib rakyat.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan baucar kepada enam penerima terpilih daripada kaum Melayu, India dan Cina, Orang Asli serta Bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar, yang turut hadir pada pelancaran itu, berkata program ini dirangka bagi memastikan subsidi beras menepati sasaran kerana sebelum ini berlaku ketirisan di mana beras ST15 boleh dibeli oleh pendatang asing dan juga pengusaha-pengusaha bihun.

Beliau berkata jika ada di antara golongan miskin dan miskin tegar yang tidak tersenarai di dalam senarai penerima baucar ini mereka boleh mendaftarkan nama mereka di agensi-agensi kementerian dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon, dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels