10 November 2009

Nizar News: Menteri Besar Selangor Akui: Kepala Lembu Bukan Angkara UMNO

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.

Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.

Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.

Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels