18 November 2009

Nizar News: MCA Tolak EGM: Liow Tiong Lai Tinggal Keseorangan

Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden. Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.

Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mesyuarat CC itu juga memutuskan untuk merombak semula majlis presiden, dengan menggugurkan penyokong setia Liow - Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.

Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.

Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.

Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.

Nizar News: Ramai Pertikai Perlantikan Anwar Penasihat Ekonomi Selangor

Perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor mendatangkan pelbagai persepsi yang kebanyakannya negatif. Gaji beliau sebanyak RM1 menjadi bahan sindiran walau pun nilai tersebut cuba ditonjolkan kononnya Anwar Ibrahim tidak meminta-minta atau pun 'ikhlas' untuk menjawat jawatan tersebut.

Akan tetapi, belum sempat Anwar Ibrahim melakukan 'ajaib' beliau untuk 'memakmurkan negeri Selangor', TS Khalid Ibrahim sudah menjanjikan lebih daripada RM1. Anwar Ibrahim akan diberi kereta, pejabat dan pelbagai jenis elaun!

Kenapakah mereka berdua itu perlu bersandiwara dengan gaji RM1 dan kemudiannya bercerita tentang elaun, kereta dan sebagainya?

Apakah rakyat terlalu bodoh dan kagum dengan 'keikhlasan' Anwar Ibrahim bergajikan RM1 untuk memegang jawatan tersebut?

Kita semua tahu bahawa gaji RM1 adalah permulaan kepada pelbagai kesenangan yang akan datang kemudian hari dan firasat kita betul dengan tawaran kereta, pejabat dan sebagainya untuk Anwar Ibrahim.

Penulis tidak faham betapa mereka memandang kecil kemampuan rakyat untuk berfikir dan memahami perkara yang tersurat dan tersirat. Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor juga menimbulkan satu persoalan yang utama iaitu apakah perlantikan beliau mendapat restu DYMM Sultan Selangor?

Jika kita rujuk carta organisasi kerajaan negeri Selangor, DYMM Sultan Selangor adalah yang tertinggi sekali dan baginda perlu dirujuk dahulu di dalam kerajaan negeri Selangor.



Makanya, Menteri Besar Selangor tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melantik orang luar di dalam organisasi kerajaan negeri Selangor dan proxynya.

Tindakan Pakatan Rakyat yang melantik tanpa protokol yang yang sah di Selangor ini bukannya yang pertama dilakukan. Kita tentu masih ingat dengan ura-ura perlantikan ADUN Permatang Pasir yang kononnya akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada hal DYMM Yang Dipertuan Agung telah berkenan dengan perlantikan orang bukan politik untuk mengganti YDP MAIPP yang sedia ada!

Penulis berharap agar ada pihak yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kesahihan perlantikan Anwar Ibrahim tersebut. Dan jika berpandukan carta organisasi kerajaan negeri Selangor, Khalid Ibrahim sudah terlupa tentang DYMM Sultan Selangor!

Malah penulis musykil dengan pengiktirafan portal negeri Selangor yang mendapat 5 bintang oleh Penilaian Portal dan Web Kerajaan sedangkan titah DYMM Sultan Selangor masih bertarikh 6 Disember 2006 !

Nizar News: Jeffery Kitingan Buat LAWAK Pula

DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan “cari pasal”. Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya “over rule” keputusan kolektif PKR Pusat itu.

Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas DEKLRASI TAMBUNAN. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat bagi Dr. J mematuhi “plan damai ” dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini.

Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang sukar dan kelihatan sekadar “cari pasal” untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai ‘pengacau’ di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori “PENGACAU”.

“Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan,” DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai “pengacau” Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR. syarat-syarat Jeffrey kepada PKR….. .http://sabakita-ii.blogspot.com/

Nizar News: Saya Tidak SALAH: Dr Asri: Perbicaraan 5 Januari 2010

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.

Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.

Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.

17 November 2009

Nizar News: Kali INI Azmin Ali Betul-betul Kena Lanyak


oleh agenda daily

Jika selama ini ia hanya cakap-cakap, pagi Selasa bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998), Anuar Shaari tampil mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin.

Dengan dokumen itu, beliau kemudiannya membuat laporan polis kepada Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada sidang media sebelum membuat laporan polis, Anuar berkata, dokumen yang mengandungi bukti pemilikan saham sebanyak RM2 juta milik Azmin dan Shamsidar serta penyata akuan bank Shamsidar sebanyak RM8 juta akan diserahkan kepada polis untuk menetukan kesahihan dokumen terseut dan seterusnya melakukan siasatan.

“Saya datang pada hari ini untuk mencari kebenaran bukannya hendak menghukum. Masyarakat hendak tahu kebenaran isu yang kini hangat diperkatakan termasuk para penyokong Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.

“Wan Azizah sendiri mesti hendak tahu kenapa Shamsidar boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu,” katanya.

Anuar tampil membuat laporan polis berkenaan ekoran isu pemilikan saham yang didakwa melibatkan Azmin dan Shamsidar heboh diperkatakan kebelakangan ini. Anwar dan Azmin sebelum telah tampil menafikan ada memiliki saham seperti yang didakwa.

Anuar selain pernah menjadi SUS bagi tempoh 1996 hingga 1998, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Wan Azizah dan Ketua Bahagian PKR PErmatang Pauh sebelum keluar meninggalkan parti itu pada tahun 2007.

Menurut Anuar beliau membuat pendedahan ini kerana ia juga ada kaitan dengan Anwar memandangkan semasa perolehan saham dan wang tersebut yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1994, Azmin bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Anwar yang pad ketika itu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya minta kepada nama-nama yang disebut ini jangan panik kerana kita hendak mencari kebenaran. Jangan nanti timbul pula dakwaan wujudnya konspirasi atau saya dibayar untuk membuat pendedahan ini,” ujar beliau.

Mengenai pendedahan itu, Anuar berkata, jumlah yang dinyatakannya itu adalah selari dengan apa yang diperkatakan sekarang.

Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. – 17/11/2009

Nizar-Najib: BN Siap Sedia Bertanding DUN Kota Seputih-Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.

"Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh.

Sementara itu, anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata Umno Kedah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin BN mampu memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti yang lebih banyak.

"Kalau ikut sejarahnya kita tak biasa kalah di Kota Siputeh walaupun majoritinya turun naik tetapi kali ini pun saya yakin dengan perkembangan terkini dan saya dapat sedikit gambaran bahawa sentimen di Kota Siputeh, khususnya di Jerlun dan secara keseluruhannya di Kedah agak memihak kepada BN.

"Jadi kita kenalah berusaha untuk menterjemahkan sentimen tersebut dalam bentuk undi dalam pilihan raya kecil sekiranya itulah yang berlaku dan berusaha dengan lebih giat untuk menyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan yang terbaik bagi DUN Kota Siputeh," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Abu Hassan penyandang kerusi DUN Kota Siputeh untuk penggal keempat dan merupakan Ketua Umno Bahagian Jerlun telah menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh pada pilihan raya umum pada Mac tahun lepas dengan majoriti 495 undi.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata isu politik yang berlaku di Kedah sebelum ini dapat dikendalikan dengan baik dan bakal memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kawasan itu.

"Saya rasa daripada perkembangan pentadbiran yang baru di peringkat nasional kita boleh nampak ada perubahan angin sokongan rakyat cumanya tak pasti dari segi berapa besar jumlah tersebut.

"Saya juga tidak membayangkan penurunan kepada sokongan yang ada, tetapi berapa besar pun pertambahan saya tak berapa pasti cuma ia bergantung kepada berapa ramai keluar mengundi," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata PAS pastinya akan bertanding dan meletakkan calonnya sekiranya berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

"PAS akan bersedia untuk hadapi pilihan raya kecil jika berlaku dan atas nama Pakatan Rakyat oleh kerana kerusi itu sudah pun ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Nizar News: Siapa Kah Regu Datuk Salleh? Sesuatu Persoalan Yang Perlu Dicari Jawabannya

Dalam Umno bahagian Kota Belud tiada seorang figurpun yang mempunyai kaliber seperti Datuk Salleh, TS Pandikar, Datuk Yahya Lampung, Datuk Mohd Noor Mansor apa tah lagi sehebat Tun Mustapaha.

Datuk Haji Musbah mantan Ketua Bahagian, sekarang ini hanya Ketua Cawangan Umno Taun gusi Padang, Datuk Rahman Dahalan bukan pun ahli Umno Kota Belud, hanya Datuk Japlin Akim Naib Ketua Bahagian, itupun ada "pekong".

Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya, siapa kah gerangan yang boleh memimpin rakyat Kota Belud yang berjiwa kental rakyat, mati hidupnya untuk rakyat.

Figur-figur yang ada kini tiada seorangpun yang menonjol di ketengahkan sebagai pemimpin rakyat, bukan kerana mereka tidak mampu memimpin, tetapi jiwa mereka bukan merakyat. Jiwa mereka hanya sosok tubuh yang mempunyai pendidikan dan pelajaran yang mencari nafkah untuk kesejahteraan diri dan keluarga mereka. Tuntutan ini memang tidak boleh dinafikan, kerana kesejahteraan diri dan keluarga perlu diutamakan, ini tuntutan agama.

Pemimpin yang dicari adalah sosok tubuh yang membakar dirinya untuk rakyat, seperti lilin, dikala gegelapan malam, maka lilin walaupun hanya sebatang, tetapi mampu menyinar kegelapan itu.

Siapa kah regu Datuk Salleh pada Pru-13 akan datang? Tidak dapat dinafikan, siapapun yang diletakkan di Usukan, Tempasuk atau parlimen Kota Belud akan menang. Sebabnya daerah ini belum sanggup mengorbankan dirinya diwakili pembangkang. Daerah ini perlu wakil kerajaan, kerana terlalu banyak keperluan rakyat yang masih belum terpenuhi. Hanya melalui parti kerajaan sahaja boleh membawa kemajuan untuk daerah ini.

Regu Datuk Salleh tersebut mampu diketengahkan, setidak-tidaknya sebagai pembantu menteri atau timbalan menteri di peringkat persekutuan. Kalau hanya sebagai YB biasa, lihat sahaja MP kita sekarang ini, tidak dapat berbuat banyak, kerana tidak mempunyai net working yang kuat, hanya sebagai backbencer kerajaan.

Saya rasa, Datuk Salleh juga rasa, siapa kah regunya?

16 November 2009

Nizar News:Anwar Akui Ada Kemelut Antara Parti Pakatan Pembangkang Di Peringkat Bawahan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.

Beliau berkata jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang "Dalam pakatan tidak semua mesti setuju.

Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku perkara yang tidak dipersetujui mereka mula hendak marah dan macam hendak perang seluruh Malaysia.

"Saya ingatkan kepada peringkat bawahan bahawa kita mempunyai ruang kita sendiri untuk salurkan pandangan," katanya semasa berucap merasmikan konvensyen PKR Kelantan hari ini.

Dalam sidang medianya, Anwar turut menjelaskan mengenai pelantikannya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji RM1 sebulan kerana beliau tidak mahu menerima sebarang kelebihan, termasuk kenderaan kerajaan negeri. "Saya hanya minta pejabat dan pegawai untuk saya bekerja, yang lain saya tidak mahu," katanya.

Nizar: Anwar Kata Azmin Tiada Kes! Najib Putih Mata Tawan Selangor

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan naib presiden parti Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran.

Anwar berkata siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

"Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor yang dirasmikan oleh isterinya dan juga presiden parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di sini pada Ahad.

Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN).

Selain itu, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.

"Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat. Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap," katanya.

Jumaat lepas, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor dengan elaun bulanan tetap pada RM1 pada sesi penggulungan perbahasan bajet negeri 2010.

15 November 2009

Nizar Dapat Pujian Anwar Ibrahim


YB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf bahawa Pakatan Rakyat Perak adalah yang terbaik sekali dalam menjalin hubungan. Demikianlah di antara yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah dalam majlis perasmian pejabat baru PKR di Medan Istana, Ipoh, Perak. Hubungan PR sangat intim dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan ideologi politik, ini dibuktikan semasa PR memerintah Perak selama 11 bulan, semua parti sekalipun diwakili oleh majoriti Melayu (Islam) atau Cina namun perjuangan mereka tetap adil kepada semua bangsa.

Sekalipun kerajaan PR dirampas oleh BN, namun keintiman dan semangat kesetiakawanan tetap konsiten dalam memperjuangan hak rakyat yang dirampas oleh BN.Dalam ceramah tersebut, Anwar juga menyebut ketokohan pimpinan PR pusat yang sentiasa berkerjasama dan bermuafakat dalam menyelesaikan apa sahaja isu nasional walaupun media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO BN cuba memberi persepsi yang buruk kepada mereka.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz disifatkan seorang pemimpin terbilang yang sangat sederhana kehidupannya, UMNO BN sangat biadab apabila cuba mengaibkan Tok Guru dengan rasuah apabila beliau ditaja untuk mengerjakan haji ke Mekah tahun ini, akibatnya dengan rasa rendah diri Tok Guru terpaksa membatalkan hasratnya menunaikan haji ke Mekah kerana tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh UMNO BN.

Turut hadir dalam majlis perasmian Pejabat Baru PKR YB Dato' Seri Hj Nizar, YB Nga Khor Ming, adun-adun PR dan pimpinan ketiga-tiga parti PR negeri Perak.

Dengan terasminya Pejabat Baru PKR di Medan Istana, kini lengkaplah Medan Istana dengan kesemua parti-parti PR mempunyai pejabat masing-masing yang berdekatan. Ada suara orang ramai yang hadir menjerit supaya ditukar Medan Istana kepada Medan Pakatan Rakyat sambil disambut dengan laungan takbir, reformasi dan hidup rakyat

Nizar News: Pemuda Sokong Umno Tapi Disekat: Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.

"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya di majlis wacana ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.

Katanya sehubungan itu pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan.

Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, mantan perdana menteri berkata ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

Dr Mahathir berkata dilema sekarang adalah penyertaan dalam parti Umno dilihat bukan lagi sebagai perjuangan untuk bangsa dan negara seperti pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi kini lebih kepada untuk menjamin kedudukan mereka dan mendapat kuasa.

Katanya ini juga menyebabkan bermulanya politik wang setiap kali pilihan raya dan pemilihan Umno.

Dr Mahathir berkata jikalau ada ahli atau pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menegur mereka.

"Jangan sokong orang yang berjuang hanya untuk mengisi periuk nasi mereka.

"Kita perlu jaga parti keramat ini, Umno telah bertahan lebih lama daripada lain-lain parti yang berjuang untuk kemerdekaan (negara masing-masing), kalau sayang Umno pastikan ia tidak dibawa ke arah lain dan tidak diguna oleh para pemimpin untuk kepentingan sendiri," tegas beliau.

Beliau memberi contoh parti-parti politik yang berjuang untuk memerdekakan negara mereka seperti di India, Indonesia, Pakistan dan Afrika yang banyak daripadanya tidak wujud lagi atau sudah lemah sekarang, kerana rakyat negara mereka sudah tidak lagi menyokong mereka.

"Mereka lupa janji mereka kepada rakyat, iaitu pemerintahan yang dipimpin mereka akan lebih adil dan lebih bertimbang rasa daripada pemerintahan penjajah. Pada mulanya rakyat masih menyokong, tapi lama-kelamaan rakyat akan sedar mereka tidak lagi memperdulikan nasib rakyat tapi utamakan kedudukan dan kekayaan.

"Maka rakyat akan mula kecewa dan semakin lama semakin kurang sokongan mereka kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya parti seperti ini akan jadi lumpuh, lemah dan seterusnya hilang," katanya.

Nizar: Hadiah Naik Haji! Kali Ini Tak Boleh.. Tak Boleh Tok Guru

SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.

Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat. Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah.

Serba salah untuk menegur. Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.

Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.

Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.

Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.

Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.

Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma. Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma.

Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini. Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.

Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak. Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.

Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang keenam.

“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju.

Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah. “Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri. “Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.

Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap. Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut.

Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.

Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.

Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.

Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar. Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian.

Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.

Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri. Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.

Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels