16 November 2009

Nizar: Anwar Kata Azmin Tiada Kes! Najib Putih Mata Tawan Selangor

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan naib presiden parti Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran.

Anwar berkata siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

"Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor yang dirasmikan oleh isterinya dan juga presiden parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di sini pada Ahad.

Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN).

Selain itu, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.

"Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat. Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap," katanya.

Jumaat lepas, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor dengan elaun bulanan tetap pada RM1 pada sesi penggulungan perbahasan bajet negeri 2010.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels