9 February 2010

Kemenangan Zambry Atas Nizar dan Impilkasi Politiknya

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan.

Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada 13 feb Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.

Penghakiman mutakhir hari ini dibuat oleh panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff (Tan Sri), Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria (Tan Sri) dan hakim-hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (Datuk), Mohd Ghazali Mohd Yusoff (Datuk) dan Abdul Hamid Embong (Datuk).

Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:

“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”

Antara implikasi dan kesimpulan perintah Mahkamah Agung itu adalah:-

1. Menghalalkan Kerajaan BN Perak daripada aspek undang-undang;

2. Memberi penjelasan dan pengesahan kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak berkaitan undi tidak percaya;

3. Tidak menyelesaikan masalah perebutan kuasa daripada aspek moral;

4. Menguji perpaduan Pakatan Rakyat Perak terutamanya berkaitan taat sedia Adun masing-masing terhadap parti.

6 February 2010

Datuk Musbah Turun Padang Lagi

Hari ini kira-kira pukul 2:30 petang tadi keelihatan ramai para petani berkumpul di Dewan Datuk Musbah Kampung Taun Gusi Kota Belud.

Acaranya adalah pengagihan beras dan bantuan-bantuan lain kepada para petani yang menjadi mangsa banjir awal tahun ini.

Beras disimbangkan oleh pihak BERNAS manakala bantuan lain daripada pihak kerajaan negeri Sabah.

Kegiatan seumpama ini seolah-olah telah membudaya bagi Bernas, sejak akhir-akhir ini. Minggu lalu Bernas telah memberi bantuan serupa di Kota Marudu yang mencecah amoun RM 30,000.

Datuk Musbah dalam ucapannya, bantuan kepada para petani yang dilanda banjir tersebut merupakan usaha meringankan bebanan mereka kerana akibat bencana alam yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan.

Menurut Datuk Musbah bantuan seumpama ini akan terus dilakukan. Bagi kerosakkan harta benda, pihak yang terbabit masih melakukan penilaian.

5 February 2010

"Menyarad" Padi Begitu Aktiviti Saya Hari Ini: Musbah

Agak terkejut menerima SMS daripada ADUN Tempasuk ini yang berbunyi " Menyarad Aktiviti saya hari ini, Papar pula setelah Kota Belud".

Maklumat seperti ini sangat diperlukan bagi seorang bloger seperti saya. Posting saya sebelum ini adalah mengenai Skuad P169 Kota Belud idea Datuk Rahman Dahalan ahli parlimen Kota Belud.

Keterbatasan maklumat adalah kekangan utama dalam penulis blog kerana itu maklumat-maklumat yang bercorak dan berorentasi kemasyarakatan terlalu sukar di tulis. Sebabnya maklumat seumpama ini jarang-jarang di laporan kan melalui media elektronik yang lain mahupun internet.

Sebagai blog yang mahu mengkhususkan maklumat bagi daerah,baik dari segi pembangunan, politik dan kemasyarakatan, maka maklumat-maklumat daripada para pemimpin sangat-sangat dialu-alukan.

Tidak ketinggalan maklumat-maklumat daripada akar umbi,para pemimpin masyarakat atau ahli-ahli politik juga sangat didambahkan.

Blog ini berusaha sedemikian rupa memaparkan berita-berita terkini dan benar dan mengelakkan berita-berita sensasi.

3 February 2010

Skuad P169 bantu penduduk Kota Belud


KOTA BELUD 2 Feb. - Penduduk di daerah ini khususnya di kawasan pedalaman dinasihatkan supaya tidak terkejut dengan kehadiran pegawai yang memperkenalkan diri mereka sebagai Skuad P169.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, skuad berkenaan ditubuhkan bagi membantu dan menyebarkan maklumat mengenai peluang yang disediakan kerajaan kepada penduduk kampung.

''Penyebaran maklumat ke peringkat akar umbi masih menjadi masalah utama kita di sini. Oleh itu kita perlu mengatasinya dengan menghantar pegawai-pegawai kita menyebarkan maklumat berguna ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada sesi taklimat kepada sukarelawan Skuad P169 di Rumah Rehat Kota Belud di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, selain menyampaikan maklumat, pasukan itu juga akan membantu penduduk kampung mengisi borang program bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

''Kita akui masih ramai yang gagal mengisi borang dengan betul dan ini juga menjadi antara punca menyebabkan bantuan ditolak atau lambat diluluskan," ujarnya.

Beliau menambah, tugas tersebut bukan mudah dan memerlukan belia-belia yang mempunyai komitmen tinggi untuk menjayakannya.

Katanya, sehingga kini, sambutan daripada belia di daerah ini amat menggalakkan dan berharap lebih ramai akan tampil membantu menjayakan misi Skuad P169.

Ditanya kaedah operasi pasukan berkenaan, Abdul Rahman memberitahu, pasukan tersebut akan dipecahkan dalam kumpulan kecil sebelum ditugaskan ke kampung-kampung tertentu.

''Kita berharap penduduk kampung akan memberikan kerjasama kepada pasukan berkenaan," katanya.

2 February 2010

Kaum Melayu/Bumiputra Kena Hati-hati Mengelurkan Pandangan Yang Menyentuh Kaum Bukan Melayu/Bumiputra

Datuk Samy Vellu melenting dan lantas menuduh  Datuk Nafsir Safar Pegawai Khas kepada Perdana Menteri sebagai menghina kaum india Malaysia.

Belum pun kita dengar penjelasan daripada pegawai khas PM itu, Datuk Samy yang juga presdien MIC sudah membuat kesimpulan.

Seharusnya Datuk Samy kena teliti dalam konteks apa sehingga Nafsir didakwa menghina kaum india dengan hanya perkataan "pendatang".

DatukSamy kena faham apabila seseorang mengurai tentang sejarah, perkataan seperti "pendatang" atau migran tidak boleh dielak. Kalau sekiranya perkataan ini tidak boleh digunapakai dalam penguraian sejarah, maka fakta sejarah itu sendiri kita selewangkan.

Di Australia misalnya, dalam menguraikan sejarah, orang orang Austaralia tidak marah dan melentingpun jika dikatakan bahawa fakta sejarah menyatakan bahawa orang-orang Australia berasal daripada banduan-banduan dari Great Britin.

Di mana silapnya? pengertian 1Malaysia yang saya fahami adalah penyatuan suku-suku bangsa dalam aspirasi mencintai negara. 1Malaysia apa yang saya fahami tidak menidakkan fakta sejarah. Jika fakta sejarah ditidakkan, saya yakin berbuihpun para pemimpin seperti Datuk Samy Vellu, matalamatnya tidak akan tercapai.

Sebabnya adalah, perasan dendam akan berkesumat dalam dada.

Yang penting untuk menjayakan konsep 1Malaysia, hakikat sejarah mesti diterima. Bertolak dari fakta sejarah itulah akan disimpulkan satu wawasan yang boleh diterima oleh semua kaum agar saling melengkapi dan saling mengisi.

OKB merasakan apa yang diuraikan oleh pegawai khas kepada PM tersebut adalah fakta sejarah, kerana itu hadirin yang buta sejarah akan merasa tersinggung dan merasa terhina.

Wajar kah Samy Vellu membela kaumnya yang buta akan sejarah tersebut, sehingga tanpa usul perkisa melabel Datuk Nasir Safar menghina bangsa india dan menghasut?

Bagi kaum melayu/bumiputra pada masa kini terpaksa berhati-hati, walaupun fakta sejarah memanglah demikian, terpaksa diselindungkan bagi kepentingan kaum bukan melayu/bumiputra.

Datuk Nasir tidak perlu letak jawatan sekiranya ceramah beliau semasa seminar 1Malaysia di Melaka itu berkisar kepada fakta sejarah.

Datuk Nasir kena lah berjumpa Datuk Samy untuk menerangkan dan menjelaskan kedudukan sebenar.

1 February 2010

Kritikan Kepada Kerajaan itu Penting: Mukhriz Mahathir

Kerajaan sentiasa bersifat terbuka terhadap sebarang kritikan, tidak kira ia datang daripada pihak pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri, demi kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata bagaimanapun setiap kritikan akan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kerajaan pusat sentiasa mengamalkan sikap terbuka terhadap apa juga perkara termasuk isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan.

"Sikap keterbukaan itu juga boleh diaplikasi bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian jambatan baru dan majlis penyampaian sumbangan orang miskin di Kampung Sungai Korok, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai persetujuannya untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Mukhriz berkata beliau percaya tindakan Anggota Parlimen Gua Musang itu dilakukan atas dasar perjuangan dan tidak berniat membelakangkan parti.

"Tapi apapun saya tidak tahu keputusan Ahli Majlis Tertinggi dalam hal ini," katanya.

31 January 2010

Jangan Perlekeh Kaum Kecil: Kaum Itu juga Penentu kemenangan: Mahathir

Parti politik atau pemimpin parti politik jangan sekali memperlekeh kaum minoriti. Dalam pilihanraya kaum minoriti ini juga boleh menentukan kemenangan. Untuk menang dalam pilihan raya hanya cukup 100-102 undi lebih dibanding lawan untuk menang. Demikian kata-kata Tun Mahathir ketika merasmikan Perkasa Pribumi Selangor semalam.

Perkara ini katanya telah berlaku sendiri kepada beliau,kerana pada tahun 1969 beliau pernah kalah kepada Yusof Rawa (calon Pas=PIMP) dengan kekurangan undi 989.

"Pada masa itu saya berjuang dan membela melayu, kerana itu apabila saya menang dengan mudah di Kota Setar Kedah pada tahun 1964 dengan majoriti 4,000 lebih, maka itu saya tidak memberi perhatian kepada undi cina yang tidak sampaipun 5,000; sedangkan undi melayu melebihi 28,000"

Akibat anggapan Tun Mahathir pada ketika itu, bahawa pengundi melayu yang majoriti pasti mengundi beliau, kerana beliau memperjuangkan kaum melayu. Akan tetapi sangkaan Tun Mahathir itu salah, atas sebab itu lah beliau kalah.

Berasaskan kepada pengalaman tersebut, Tun Mahathir berpesan kepada parti politik dan pemimpin politik, jangan ambil remeh kaum-kaum minoriti. Mereka juga merupakan penentu kemenangan.

Di kawasan Kota Belud misalnya, suku kaum irranun adalah suku kaum minoriti, baik bagi kawasan DUN Temapsuk yang sekarang diwakili oleh Datuk Haji Musbah Jamli, maupun DUN Usukan yang sedang diwakili oleh Datuk Japlin Akim.

Suatu ketika dahulu, suku kaum irranun ini tidak perlu diambil berat sangat oleh parti-parti politik mahupun pemimpin politik, baik pemimpin politik dari suku kaum Bajau mahupun Dusun.

Disebabkan kurang menjadi perhatian,maka suku kaum irranun pada masa itu secara perlahan bangkit, bukan melalui parti pemerintah tetapi melalui parti pembangkang.

Saudara Pinjaman Hassin salah seorang pelopor pembentukan Parti USAP (United Sabah Action Parti). Kewujudan parti USAP ini sekurang-kurangnya suku irranun yang minoriti tersebut menjadi perhatian,kerana dalam pilihanraya negeri pada ketika itu, sdr Pinjaman Hassin mencoba untuk bertanding, namun gagal kerana halangan-halangan birokarsi pilihanraya dan samseng-samseng politik.

Atas tipu helah parti memerintah masa itu, maka parti USAP dibubarkan. Sdr Pinjaman Hassin tetap juga tidak menyertai parti pemerintah yakni USNO (United Sabah National Organisation) tetapi masuk pula Parti PEKEMAS parti pembangkang dari Semenanjung yang diketuai oleh Dr Tan Sie Kon (Bapak kepada Dr Tan sing Giew- MP DAP Kepong ketika ini).

Saya masih ingat perjumpaan rakyat bersama Dr Tan di Tamau Kota Belud Sabah. Pada masa itu berkumpullah seluruh masyarakat Irranun,kecuali keluarga tertentu pengampu kepada pemimpin Usno pada masa itu.

Pada perjumpaan tersebut Sdr Pinjaman Hassin berucap dengan berapi-apinya. Ucapan beliau berkisar tentang diskriminasi kepada kaum irranun oleh suku majoriti daerah.

Dalam ucapan itu juga, sdr Pinjaman menerangkan bagaimana sekelompak keluarga kaum irranun yang sungguh daif dan miskin tidak diberikan ransum "beras" jika kualiti masa kini diambil kira, ayam atau itik pun tidak sudi mematuknya.

Masa berjalan. Tahun 1976, Parti Usno kecundang di tangan berjaya. Kemudian Parti berjaya kecundang kepada parti PBS. Pada pilhanraya tahun 1986, sdr Pinjaman diberi kesempatan bertanding atas tikit PBS di DUN Usukan, namun tewas di tangan Bapak Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha. Nasib malang bagi sdr Pinjaman, walaupun sebagai calon yang kalah, tetapi tidak dilantik sebagai ADUN dilantik, sebaliknya PBS melantik Salleh Said Keruak sebagai ADUN dilantik.

Pada masa itu peranan kaum minoriti suku kaum irranun belum lagi terserlah. Namun setelah ada persempadanan baru, dimana undi suku kaum irranun akan menjadi penentu, dimana sahaja mereka bersatu untuk menyokong, maka bermula era politik suku kaum irranun.

Di DUN Tempasuk misalnya, di mana sahaja suku kaum irranun memberikan undinya pasti calon tersebut akan menang. Robert Minggir misalnya merasakan itu semua. Pandikar Amin juga turut merasakannya. Musbah Jamli juga turut merasaknnya.

Melalui seruan Tun Mahathir semalam semasa merasmikan Perkasa Pribumi Selangor, perlu lah diambil iktibar oleh parti politik atau pemimpin politik bagi daerah Kota Belud, suku kaum minoriti juga boleh menentukan kemenangan.

30 January 2010

Semangat Kenegerian Kuli Kental !! Abaikan Kepentingan Negara

Isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mengupah orang untuk hadir ke ceramah di stadium.

"Bagi sesetengah orang yang lupa asal-usul, mereka terus memberi ceramah dan membangkitkan isu yang bukan-bukan. Untuk menjadi wira dengan menyampaikan sesuatu memang mudah, tetapi ia mesti berasaskan undang-undang serta fakta nyata dari segi pemilikan hak antarabangsa dan negeri," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas mengenai tindakan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang dilaporkan mengadakan ceramah tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan di sebuah stadium di Kota Baharu semalam.

Ceramah itu turut dihadiri anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan menyokong kerajaan Kelantan untuk menerima royalti berbanding berbanding wang ehsan.

Rais berkata, sumber alam yang dijumpai melebihi tiga batu nautika dari bibir pantai adalah hak antarabangsa negara.

"Selain itu, apa-apa yang dituntut juga mesti berasaskan kepada penemuan minyak. Jika minyak tidak ada, maka tidak ada apa yang boleh diberi," katanya.

Kuli sanggup menggadaikan fahaman politik dan kepentingan negara demi negerinya. Rupanya  rakyat sudah membuat keputusan lebih awal, kerana itu pada tahun 1990 dan 1999, rakyat tidak memberi peluang kepada parti Kuli S-46 kerana rakyat sudah tahu,Kuli pasti akan mengorbankan seluruh kepentingan, termasuk kepentingan negara demi negerinya.

29 January 2010

Ruang Anwar Tangguh Bicara Liwat Saiful Punah

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan bagi persiapan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa ini.

Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi

Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong, yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan Anwar dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.

Panel Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujah daripada peguambela Anwar, Karpal Singh dan penguam cara negara, Mohd Yusof Zainal Abiden pada 20 Jan lalu.

Bagaimanapun mereka tidak dapat membuat keputusan dan menangguhkannya sehingga hari ini. Panel yang sama juga mengarahkan perbicaran kes liwat Anwar bermula 2 Feb ini.Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Anwar mendapatkan semua dokumen terbabit kecuali sampel DNA pengadu, iaitu bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

28 January 2010

Cabaran Najib: Orang Ada Jawatan Parti Tidak Disukai Rakyat


Pemilihan calon bagi mewakili Umno-Bn pada Pru-13 akan dinilai secara objektif berdasarkan komitmen mereka serta sokongan pengundi terhadap mereka.

Yang menjadi cabaran saya katanya semasa diwawanca TV3 malam isnin lalu adalah orang parti yang mempunyai jawatan parti akan tetapi tidak disukai rakyat.

Bagi wakil rakyat ada sedia ada, tiada masalah bagi mereka dipilih semula asalkan mereka senantiasa turun padang, dekat dengan rakyat, mesra rakyat dan senantiasa membantu rakyat yang diwakili yang perlu dibantu.

Banyak cara kita mengetahui maklum balas mengenai seseorang itu, kini jalinan sosial seperti facebook, twitter dan blog merupakan salah faktor yang diambil kira dalam menenilai seorang yang kita akan pilih itu, kata PM.

Kalau memang seseorang itu disukai rakyat, maka sedikitlah tomahan mengenai dirinya, akan tetapi jika seseorang itu bermasalah termasuk mengabaikan tanggungjawab yang diberikan apakah tanggungjawab parti atau wakil rakyat,maka banyak lah keluhan dan tomahan terhadap seseorang itu, sambumg DS Najib.

Namun demikian, Najib juga menanmbah bahawa saluran-saluran maklumat tertentu seperti maklum balas pemuka-pemuka akar umbi juga akan diambil kira termasuklah laporan-laporan badan-badan tertentu termasuk Ngo-Ngo.

27 January 2010

Umno Juga Disalahkan Jika Anwar Sokong Kalimallah Allah Bagi Penganut Kristian

Anwar hentam Umno memang logik kerana Umno lah penghalang cita-citanya menguasai Putrajaya. Anwar yang sudah menjadi kacang lupakan kulit telah kenyang semasa dalam Umno. Penduli apa lagi parti yang berbudi padanya. Bagi Anwar Umno adalah punca semua masalah dalam negara ini, kerana dia tahu Umno sahaja lah lawannya.

Perjuangan Anwar semasa dalam Angkatan Belia Islam dahulu hanya pura-pura agar supaya mendapat perhatian pemimpin negara dan rakyat. Atas perjuaangan tersebut Dr Mahathir menerimanya menjadi ahli Umno. Dalam masa singkat pula dipilih bertanding dalam pilihanraya. Atas sokongan ahli-ahli Umno Pematang Pauh maka Anwar Menang.

Setelah menang, Dr Mahathir lantik pula sebagai menteri. Berbagai kementerian telah Dr Mahathir serahkan kepada Anwar.

Sifat Anwar yang penuh muslihat ini akhirnya menjadi ancaman kepada kedudukan Dr Mahathir. Berpunca daripada pemilihan Umno tahun 1993 dimana Anwar dengan team wawasannya menguasai seluruh bahagian Umno dengan wang ringgitnya. Ghaffar Baba tidak dapat berbuat banyak kerana peraturan parti masa itu adalah pada setiap pencalonan secara automatik mendapat 10 undi.

Ghaffar Baba tiada pilihan lain, kecuali menarik diri bertanding jawatan timbalan presdien.

Anwar sebagai No. 2 parti terpaksa dilantik oleh Dr Mahathir. Selain sebagai TPM Anwar juga  dilantik sebagai menteri kewangan.

Melalui kementerian kewangan ini Anwar membangun empirenya. Membangun kroninya. Memperbanyak jalinan sosialnya. Memperbanyak pembodek dan spiner-spiner bagi menyokong perjuangannya.

Sifat Anwar yang semulajadi "kambuh" semula. Kuasa telah ditangan. Dengan kuasa ini Anwar boleh berbuat apa sahaja termasuk menyalahgunakan kuasa termasuk menggunakan PDRM untuk melindungi "sifat semulajadinya" tersebut.

Dengan kedudukan dan karenah Anwar Dr Mahathir terpaksa menghimpun maklumat mengenai Anwar.

Negara jiran mengintai sebaik sahaja Anwar menjadi PM, maka Anwar akan dijadikan boneka kerana negara jiran tersebut telah mengetahui "sifat semulajadi" Anwar tersebut.

Namun Allah lebih mengetahui. Allah belum mahu negara yang diasaskan pada tahun 1957 ini kecundang di tangan jiran yang sebelum ini juga merupakan sebahagian daripada negara ini.

Dr Mahathir tercium malapetaka yang maha dahsyat jika Anwar menjadi PM. Atas sebab itu memecat Anwar daripada Kabinetnya dan juga Umno.

Benar juga sangakaan Mahathir, setelah Anwar dipecat, maka belang yang selama ini disembunyikan Anwar melalui perjuangannya dalam ABIM telah terserlah.

Anwar dalam tulisannya dalam ruangan pendat THE WALL STREET JOURNAL bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah"

Anwar berkata, hanya segelintir umat Islam di seluruh dunia menyokong dakwaan bahawa mereka berhak memonopoli penggunaan kalimah Allah.

Katanya, ini kerana kalimah berkenaan telah diperakui wujud dalam kamus bahasa Arab kuno sebelum ketibaan Islam lagi.

Sebelum ini, Anwar juga pernah dikecam apabila menuduh Islam menindas kaum minoriti penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi ketika menghadiri satu persidangan di Australia, Disember lalu.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini, beliau berkata, beberapa bahasa semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani.

“Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.

“Sejarah Islam di Asia Tenggara pula telah dikenali dengan tradisi kemajmukan yang merangkumi semua, manakala hubungan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam telah menjadi satu norma sejak beberapa generasi.

“Sehubungan itu cendekiawan Islam di luar negara melihat isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia sebagai tidak masuk akal dan tidak dapat menduga ia mencetuskan bantahan dan kemarahan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa.

Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat.

“Kita telah melihat bagaimana orang Islam di seluruh dunia membantah undang-undang mendiskriminasi mereka yang diluluskan di negara Barat yang sepatutnya lebih liberal dan progresif.

“Sebagaimana Perancis serta Jerman dalam isu pemakaian burqa dan Switzerland dengan isu menara masjid, begitulah juga Malaysia yang seringkali gagal menyediakan suasana selamat dan terjamin terhadap masyarakat minoriti,” katanya.

Sementara itu, Anwar mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels