26 January 2011

PRK Tenang: Keadaan bertukar: BN Underdog

Laporan daripada rakan-rakan, setelah masuk lima hari berkempen-ternyata sokongan kepada calon Pas Normala Sudirman terutama dari kaum cina semakin hari semakin meningkat dilihat daripada ramainya pengundi mendengar ceramah Pakatan.

Kempen agresif daripada jentera PAS dan DAP ternyata semakin hari semakin ramai yang berkunjung ke ceramah-ceramah yang diadakan.

Memang dari awal-awal lagi jentera BN tidak menumpukan kepada ceramah-sebaliknya menumpuhkan kepada bersemuka.

Jentera Pemuda sepertimana dikatakan ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin-kempen pemuda menumpuhkan kepada bersemuka.

Datuk Rais Yatim juga berkata bahawa ceramah hanya buang masa, yang penting jentera BN menumpuhkan kepada berapa ramai pengundi Tenang yang mampu dilawati melalui strategi rumah ke rumah.

Pendek kata-jika persepsi pengundi sama sepertimana pengundi Batu Sapi-Sandakan-Sabah, maka tidak mustahil BN menang besar. Sasaran majoriti 5 ribu-bukanlah angka mustahil.

Namun-jika pengundi Tenang termakan isu yang diutarakan oleh Pembangkang-misalnya isu Azhar Ibrahim yang dikatakan-disebabkan kecuaian calon BN itu-maka tanah seorang penduduk dilelong.

Selain itu isu kepimpinan Chua Soi Lek juga menjadi bahan kempen Pakatan. Isu salam yang ddibangkitkan Soi Lek-sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu, isu ini postif buat Noramala.

Apapun-semoga strategi BN mengena. Masih ada tiga hari lagi masa berkempen. Gerakkan jentera secara ALL Out. Ingat PRK Tenang adalah kayu pengukur bagi BN dan juga Pakatan. Jika BN menang-memang dijangka-jika kalah-maka malapetaka akan melanda BN.

Isu jual arak-Normala mahu anak Chua Soi Lek minta maaf

Normala mahu anak Chua Soi Lek yang juga MP Labis minta maaf secara terbuka, jika tidak dia akan saman.

Kalaulah OKB-nak saman-saman lah. Apa yang telah diucapkan adalah betul. Jangan terpedaya dengan pembangkang-konon nak tahu kedai yang mana? Biarlah di mahkamah nanti- akan dibongkar.

Kedai kopi cina-jual arak: Akan tutup jika Normala Menang

Wakil rakyat Labis- Chua Tee Yong berkata ada sebuah kedai Kopi milik seorang cina di Labis berkata-bahawa Normala ada bertanya pada pemilik kedai itu " Kedai kopi? kenapa jual arak!"
Satu perkembangan lagi-cuba perhatikan bagaimana Normala bersalaman dengan kaum cina-walaupun bersarung tangan tapi-kelihatan Normala merasa jijik.

25 January 2011

Salleh masih berpeluang menjadi Ketua Menteri Sabah kali kedua

Kalaulah Datuk Salleh Tun Said bukan pemimpin-kita tidak perlu tahu lah mengenai dirinya. Apapun tindakannya adalah hal pribadinya. Disebabkan Salleh adalah pemimpin-maka kita ada hak juga mengetahui perkembangan pemimpin kita.

Datuk Salleh berkecimpung dalam dunia politik pada tahun 1981 di zaman kerajaan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh. Walaupun bapanya ketika itu masih merupakan pemimpin USNO-namun Salleh memilih parti Berjaya.

Pada tahun 1982 Salleh bertanding bagi kerusi Usukan atas tikit Berjaya-namun kalah kepada Pandikar Amin Haji Mulia (Kini Tan Sri) calon Usno.

Apabila Parti Berjaya kalah pada parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985-Salleh keluar Parti Berjaya dan menyertai PBS. Salleh bersama-sama PBS-sehinggalahh menyertai UMNO pada tahun 1991- apabila UMNO mengembangkan sayapnya di Sabah. UMNO terpaksa mengembangkan sayapnya ke Sabah atas jemputan Tun Mustapha-kerana Usno didapati tidak mampu lagi bersaing dengan PBS.

Pada pilihanraya 1994-Salleh sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud telah bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Belud dan DUN Usukan-juga di Kota Belud. Pada pilihanraya itu- BN yang dianggotai oleh Umno-Akar-LDP-SAPP belum mampu menubuhkan kerajaan. Namun akhirnya BN menubuhkan kerajaan kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah apabila dua wakil rakyatnya keluar parti itu menyertai BN.

Semasa BN membentuk kerajaan Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Tun Sakaran Dandai. Salleh menjawat jawatan Ketua menteri sehingga Mei 1996-kerana terpaksa melepaskan jawatan itu kepada Yong Teck Lee dibawah sistem penngiliran Ketua Menteri Sabah: Bumiputera Islam 2 tahun-Kaum Cina 2 Tahun dan Bukan Bumiputra Islam 2 tahun.

Walaupun Salleh kehilangan jawatan Ketua Menteri Salleh juga dilantik semula sebagai anggota kabinet Negeri sehingga tahun 2004.

Pada pilihanraya tahun 2004-Salleh tidak bertanding diperingkat DUN sebaliknya hanya diperingkat Parlimen. Salleh menjadi ahli Parlimen sehingga tahun 2008.

Pada PRU-2008-Salleh tidak bertanding sebarang kerusi-baik negeri mahupun Parlimen.

Akibat perkembangan dalam parti Umno- Datuk Safie Apdal yang pada mulanya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, telah dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kedah-atas kapasstinya seebagai Naib Persiden Umno.

Kekosongan jawatan Timbalan Perhubungan Umno Negeri telah diisi oleh Salleh. Semasa menerima jawatan tersebut Salleh mengatakan bahawa beliau akan senantiasa mempamerkan dirinya sebagai orang nombor dua kepada Musa Aman di peringkat Negeri. Salleh juga berjanji akan membantu Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungaan Umno dan Pengerusi BN Negeri agar Sabah tetap menjadi Simpanan tetap BN.

Dikerana keperluan kepada pentadbiiran Negeri- Musa Aman melantik Salleh seebagai Penashat Sains dan teknologi Kepada Ketua Menteri dimana jawatan tersebut bertaraf menteri kabinet negeri.

Kejaya politik Datuk Salleh difikirkan sangat diperlukan bukan sahaja diperingkat nasional namun juga diperingkat negeri. Tahun 2011 adalah kecemerlangan politik beliau-apabila dalam masa tempoh seminggu-Salleh mendapat hadiah jawatan-yakni sebagai Pengerusi Finas (berkuatkuasa pasa 1 Januari) dan Speaker Dewan Undangan negeri Sabah berkuatkuasa pada 17 Januari lalu.

Akibat perlantikan Salleh ke berbagai jawatan tersebut- Salleh telah melakar sejarah tersendiri bahawa semua jawatan pernah disandangnya-yang belum hanya jawatan Menteri Pusat dan TYT Sabah.

Datuk Salleh masih realtif muda. Peluang menjadi pimpinan pusat masih terbuka luas. Demikian juga peluang menjadi Ketua Menteri Sabah untuk kali kedua masih terbuka luas. Sejarah membuktikan bahawa Tun Mustapha pernah dilantik dua kali sebagai ketua Menteri, demikian juga Tun Fuad Stephens.

Walaupun Salleh telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah-namun Salleh tetap aktif dalam dunia politik. Pada penamaan calon di PRK Tenang-Johor pada 22 januari-Salleh bersama Datuk Musa Aman berada di Tenang bagi memberi sokongan kepada calon BN Azhar Ibrahim.

Musa Aman kononnya KKN?

Musa Aman, Ketua Menteri sabah ke 12 negeri ini. Dilihat sebagai pemimpin paling KKN (Kroni, Korupsi, Nepotisme) di sabah. Bagi mereka yang belum sedar dan belum tahu perwatakannya dalam kepemimpinan, memang melihat beliau sebagai orang hebat. Kenapa? kerana mereka mendapat kepentingan daripadanya. Namun bagi orang yang suka buat kajian, mereka pasti berkata, “dia memang teruklah!”.

Musa Aman, Ketua Menteri Sabah ke-12

Dengan membawa logo Umno, Musa Aman sering mengatakan umno sebagai parti untuk semua rakyat. Itu bahasa lisannya. Namun secara praktikal, Musa mempergunakan Umno untuk mengikis harta sabah untuk disumbangkan kepada para kroninya.

Tanyalah ke mana perginya harta konsesi Yayasan Sabah? Tanyalah siapa kontraktor-kontraktor pengusaha projek mega di sabah? Tanyalah siapa yang memberikan projek kepada syarikat Benta Wawasan untuk membuat pembalakan milik Yayasan Sabah seluas 306,000 hektar? Tanyalah siapa punya wang 15 juta yang cuba dibawa ke Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil dulu? Dan masih banyak lagi kes Musa Aman membabitkan rasuah.

Malah sudah lebih daripada 20 aduan atau laporan telah dibuat kepada SPRM mengenai kes-kes Musa Aman ini tetapi sehingga kini pencegah rasuah itu belum ada tindakan lanjut-ada kemungkinan SPRM tidak yakin dengan laporan itu.. kita tidak tahu sebab musababnya.

Pernah juga tahun lalu Musa Aman pergi ke Sook untuk meninjau kilangnya yang ada di daerah ini. Beliau mendarat dengan helicopter di padang SMK Sook. Kehadiran beliau ini disambut oleh satu barisan pelajar sekolah SMK Sook kira-kira pada pukul 9.30 pagi. Ketika itu betul-betul penulis merasakan betapa seorang pemimpin yang bergelar Ketua Menteri sama sekali TIDAK menghargai pelajar kami. Kenapa? kerana seorang pelajar kami pun dia tidak salam atau jebat tangan. Beliau keluar dari helicopter, bersalaman dengan orang-orang kuatnya yang sedang menunggu lalu naik kereta ninja dan terus jalan ikut pintu pagar sekolah. Akhirnya para pelajar kami balik ke kelas masing-masing sambil berkata, “itukah ketua menteri, sombong. salam kami pun tidak. Penat-penat saja kami tunggu dari jam 7.30 lagi”. Kira-kira jam 11.00 pagi beliau masuk lagi ke kawasan sekolah untuk naik helicopter. Ingatkan dia mahu tengok-tengok keadaan sekolah SMK Sook sebelum berangkat balik ke KK. Kirim salam sajalah! Ninja yang dia naiki terus meluru ke tengah padang dan beliau naik helicopter lalu terbang.

Sungguh memalukan! Sikap seorang ketua menteri seperti ini. Langsung tidak layan penduduk. Yang penting dia tengok kilang dia, lepas itu terbang balik tanpa menjenguk walau sesaat pun keadaan sekolah SMK Sook.

Biarlah itu berlalu. Orang sook sudah kenal siapa manusia busuk ini. Sekarang kita lanjutkan dengan melihat kedudukan empayar Musa Aman terhadap negeri sabah ini. Anda pasti kurang tahu, dan mungkin kurang percaya jika saya katakan bahawa negeri sabah ini digenggam oleh Musa Aman dan sanak saudaranya. Jadi boleh dikatakan bahawa sabah ini adalah milik keluarga Musa Aman. Saya akan buktikan kepada anda, bagaimana empayar Musa Aman ini bertapak dan wujud menggenggam sabah sekarang ini.

Perhatikan baik-baik, orang-orang Musa Aman ini, yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Mereka adalah pemegang jawatan penting dalam mana-mana jawatan di beberapa daerah di sabah ini. Beliau sengaja meletakkan kerabat keluarganya ini memegang jawatan penting dalam parti setiap daerah, agar kepentingan beliau untuk menguatkan lagi kedudukannya di sabah terjamin. Perhatikan ini:

1. Musa Aman: Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Umno Bahagian Libaran;
2. Anifah Aman: Ketua Bahagian Kimanis;
3. Mohd. Arifin Mohd. Arib: Menantu beliau, Naib Ketua Bahagian Kimanis;
4. Yumani Hafis: Anak beliau, Ketua pemuda Bahagian Sipitang;
5. Hasnol Ayub Aman: Anak abangnya, Naib Ketua Umno Penampang juga bekas Pemuda Umno Pusat;Kini Pengarah IDS-Think-Tank Sabah.
6. Johari Ayub Aman: Bendahari Umno Pensiangan, juga wakil G7 ke KL;
7. Anwar Ayub Aman: Anak abangnya, Wakil G7 dan AJK Umno Bahagian Keningau;
8. Yasin Aman: Adik beliau, AJK Umno Bahagian Beaufort;
9. Mohd. Daud Aman: Adik beliau, Wakil G7 dan AJK Umno bahagian Beaufort

Inilah Musa Aman. Kroni family paling gila di sabah. Kalau perlu semua lorong dan jalan di negeri sabah ini harus dipegang oleh keluarganya sahaja. Namun yang menghairankan ialah orang-orang sabah khususnya penyokong BN masih buta tentang perkara ini. Atau memang mereka tahu tetapi sudah disumbat dengan wang dan jasa oleh kroni-kroni Musa ini? Alangkah bodohnya kita jika kita masih mengagungkan dia sebagai pemimpin yang berwibawa sedangkan segala kecurangan beliau terhadap rakyat sabah sudah terang-terangan di depan mata.

Sekarang fikirlah sendiri. Jangan ikut hati saja tanpa berfikir secara objektif dan realistik. Kita sebagai rakyat harus gunakan kekuatan fikiran yang lebih matang, penuh hikmah dan pertimbangan demi kesejahteraan negeri ini.

“Kalau kaya jangan jadi Qorun, kalau berkuasa jangan jadi Firaun” Dipetik disini

Kalau di Jepun-Orang seperti Khalid Ibrahim dah letak jawatan

Khalid Ibrahim gagal dalam usaahanya meminda undanng-undang tubuh kerajaan Selangor. Pindahan itu bertujuan agar supaya kuasa melantik tiga jawatan tertinggi negeri diletak di bawah kuasa Menteri besar.

Sidang khas DU Selangor semalam gagal dengan undian 35 lawan 20. Khalid memperlukan undi 38 agar pindahan itu diluluskan.

Jika di Jepun- orang seperti Khalid perlu letak jawatan.

24 January 2011

Saya Tiada Masalah Pribadi: Azhar Ibrahim

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim berkata beliau tidak akan terperangkap dengan permainan politik kotor parti pembangkang yang mengancam melakukan serangan peribadinya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kerana "saya tiada masalah pribadi" demikian kata calon BN itu.

Mohd Azahar, yang lebih dikenali dengan panggilan "Tok Ai" berkata: "Saya tidak takut (ancaman serangan peribadi). Saya tidak ada perkara yang mahu disembunyikan."

Bercakap kepada pemberita semasa bertemu masyarakat tempatan di Pasar Tani Labis di sini, pada Isnin, Mohd Azahar berkata pembangkang bermain politik kotor dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya.

Calon BN itu berkata beliau akan menjelaskan kepada para pengundi tentang usaha-usaha yang bakal dilaksanakanya untuk membangunkan Tenang.

Pada Ahad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang akhbar di bilik gerakan PAS di sini didakwa akan membangkitkan "isu-isu peribadi calon BN" jika MCA, parti komponen BN terus menjadikan pendekatan calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman, tidak bersalam dengan pengundi lelaki sebagai satu isu.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Jan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan calon PAS, seorang bekas guru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Mengenai sambutan pengundi-pengundi kaum Cina di DUN Tenang terhadap beliau dan kempen BN, Mohd Azahar berkata penerimaan pengundi Cina setakat ini amat baik.

"Saya amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima daripada pengundi-pengundi Cina di DUN Tenang setakat ini," kata beliau.

Terbukti Haji Hadi Bohong-Normala bukan penduduk Tenang

Isu PAS kononnya parti itu memilih Normala Sudirman, kerana anak tempatan Tenang. Namun semakan daftar undi, terbukti calon Pas itu bukan pengundi Tenang- Tapi Sekijang

Jika berbohong-sekelip mata akan terbongkar, kerana itu bercakap benarlah.

Pas pancing pemuda-kerana itu calonkan Normala

Pengundi muda di Tenang merupakan faktor penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu. Atas sebab itu Pas mencalonkan Normala. Penampilan Normala bagaikan model diperkirakan oleh Pas mampu menarik pengundi muda.Namun Pas juga lupa-bahawa calaon BN adalah juga oramg muda, bezanya Azhar bukanlah bintang filem.

Persiden Pas Datu Hadi Awang mendakwa bahawa pengundi muda adalah penentu, selain itu kata Hadi pengundi Felda kononnya berpihak kepada Pas. Hadi tidak menyebutkan atas dasar apa pengundi muda dan felda berpihak kepada Pas.

Selain itu MP Marang itu berkata bahawa di DUN Tenang tiada pengundi Pos sebagai undi deeposit BN, atas sebab itu-Pas yakin kononnya boleh mengalakan BN.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS akui terpasa menempuh laluan yang sukar di kubu kuat BN ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kejutan boleh berlaku atas faktor calon golongan muda yang diketengahkan parti itu. Cikgu Mala mempunyai kelebihan dari segi hubungan mesra dengan penduduk setempat dan juga golongan pengundi muda.

23 January 2011

Normala anggap pengundi Tenang adalah pesakit

Penggunaan sarung tangan plastik adalah baik untuk mencegah penyebaran bacteria di antara kakitangan dan pesakit-pesakit. Sarung tangan sepatutnya digunakan sebagai satu daripada prosedur-prosedur pengasingan semasa merawat pesakit-pesakit terjangkit dalam bilik pengasingan dan semasa menjalankan prosedur-prosedur yang memerlukan teknik-teknik aseptik. Satu perkara yang penting diingatkan ialah prosedur-prosedur yang 'bersih' mesti dilakukan sebelum prosedur-prosedur yang 'kotor', terutamanya apabila merawat pesakit-pesakit imunosupres yang rentan pada jangkitan apabila di hospital.

Punca kematian Pramugari MAS Disebabkan Sindrom Jet Lag

SEREMBAN: Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas, percaya kematian isterinya disebabkan sindrom lesu jet (jet lag).

Suami mendiang, Cheng Yin Chet, 39, mengesyaki isterinya mengalami keadaanitu semasa mendiang sedang menikmati keindahan bandar Amsterdam dari kawasanterbuka di tingkat 9, hotel tersebut di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).

"Sebelum isteri saya ditemui mati, dia ada beritahu saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa dia mengalami pening kepala atau jet lag," katanya kepada pemberita di rumahnya di Seremban 2 di sini Sabtu selepas tidak berpuas hati dengan pelbagai spekulasi media yang menyelubungi kematian isterinya.

Menurut kamus perubatan, jet lag merupakan satu keadaan yang biasa dialami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.

Sehubungan itu, Cheng yang merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun hasil dari perkahwinan itu, menafikan isterinya membunuh diri.

"Isteri saya juga tidak bunuh diri dan tidak ada rancangan untuk bunuh diri. Hubungan kami sangat baik, mendiang sempat menghantar sms kepada abangnya di Malaysia untuk menjemput abangnya makan malam di rumah kami sempena sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata, mendiang juga ada menghubunginya dari Belanda meminta Chengmenunggu kepulangannya untuk membeli-belah sempena sambutan perayaan itu.

Cheng juga melahirkan rasa kesal kerana ada spekulasi yang menyatakan bilik isterinya berselerak seperti diselongkar sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan wang tunai, kamera serta komputer bimbit milik mendiang masih berada di biliknya dan tidak hilang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels