SUDAH banyak ditulis mengenai video seks 20 minit dan video seks seminit itu. Dalam masa yang sama banyak juga Anwar Ibrahim cakap – mempertahankan dirinya. Kelmarin beliau berang dengan soalan wartawan. Nama Utusan turut terseret apabila dia bimbang soalan-soalan itu akan memberi ‘modal’ kepada akhbar berkenaan memberi ‘highlights’ mengenai dirinya.
Sudah tentu Utusan ditakuti Anwar kerana pengaruh dan hebatnya akhbar itu. Jika Anwar masih ingat, itulah akhbar yang paling disukainya semasa dia berada dalam kerajaan dan parti UMNO dulu. Kini, semuanya sudah busuk. Ibarat suami-isteri bercerai talak tiga – semuanya tak elok dan yang manis dulu pun, kini sudah jadi masam.
Kita letak tepi dulu soal itu. Ramai sahabat-sahabat yang berkongsi cerita mengenai video seks itu mahu supaya si pelakunya mengaku saja. Macam Soi Lek yang begitu terbuka mengakui perlakuan sumbangnya dengan perempuan simpanannya.
Sahabat-sahabat itu mahu isu ini diselesaikan segera. Jangan biarkan fikiran orang merewang-rewang. Jangan biarkan rewangan itu menjadi persepsi yang akan memburukkan kerajaan.
Kini, sudah mula kedengaran istilah-istilah zalim, fitnah, fitnah dan fitnah di corong-corong ceramah di surau dan masjid. Malah pada Jumaat lepas, mimbar masjid di Selangor telah digunakan untuk menguar-uarkan semula istilah itu. Ia mula kedengaran sekitar 1998 dulu apabila Anwar dituduh meliwat pemandu isterinya. Ketika itu, istilah maha zalim dan maha firaun amat popular sekali. Kini, buat sekian kalinya istilah-istilah itu kedengaran semula, dalam konteks yang kita semua tahu.
Sahabat-sahabat saya itu mahu pihak-pihak tertentu yang dituduh memfitnah kerana melondeh kain orang supaya bersikap lebih telus dan terbuka. Menurut mereka, jika mahu londeh, londehkanlah selondeh-londehnya. Mengapa hanya seminit. Keluarkan kesemuanya 20 minit.
Sudah pasti ada bakinya lagi bukan? Sudah pasti juga ada ‘footage’ pergerakan Anwar ke dalam hotel itu. Di setiap hotel, ada kamera yang memerhatikan pelanggannya? Kalau si pelaku itu memasuki ke dalam lobi hotel itu dan ke dalam lif sebelum ke dalam kamar tidur itu – sudah tentu ada kamera litar tertutup (cc camera) yang merakamkannya? Siarkanlah.
Terus terang saya mengakui kenal dengan imej seminit itu. Jika saya silap, maka silaplah saya. Saya melihatnya selama seminit sahaja. Kalau boleh, bagi membuktikan saya tidak silap, saya mahu menonton kesemuanya.
Ini bukan soal lucah tak lucah. Kita sedang mencari kebenaran. Kebenaran mutlak agar orang-orang tertentu tidak dicela dengan tuduhan yang boleh mencemarkan dirinya. Kita tunggulah mungkin akan keluar lagi untuk minit-minit seterusnya. Saya berharap ia dapat dikeluarkan lagi. Jika boleh dalam sehari dua ini.
Saya tidak mahu tulis panjang minggu ini. Sudah penat untuk membuat dan membaca analisis mengenai video seks dan pelakunya itu. Kita mahu selesaikannya secepat mungkin. Dan bagi pihak masjid-masjid serta surau-surau tertentu, janganlah membuat kesimpulan dulu. Bimbang nanti kesimpulan kita itu silap.
Biarlah baki video itu disiarkan dahulu. Sekali lagi saya mahu katakan ini bukan soal lucah atau tidak. Ini sudah masuk soal akademik dan syariah. Syariah yang mahu memastikan kebenaran itu ditegakkan. Jika bukan disebarkan melalui YouTube, tontonkanlah kepada kepala-kepala parti dan Yang-Yang Berhormat di Parlimen. Biar mereka yang mewakili kita semua itu menilai sendiri.
Jika masih berbelah-bahagi, bawalah video itu ke Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Video Seks Si Anu untuk dinilai, seperti apa yang dilakukan ke atas kes Teoh Beng Hock.
Saya amat berharap pendedahan yang lebih menggemparkan dapat dibuat dengan cepat – sehari dua ini kalau boleh, demi kebaikan semua dan demi kebenaran mutlak! Allahu A’lam. Zaini Hassan-Utusan