18 January 2013

PRU-13: Salah Satu Penentu adalah 3M

MONEY MACHINERY MEDIA @3M merupakan salah satu penentu keberkesanan samada di pihak barisan nasional mahupun pakatan rakyat.

Pihak Bn memang dilihat lebih gagah daripada segi 3M ini, kerana rekodnya yang menjadi kerajaan lebih setengah abad; namun keagrisifan pihak pakatan rakyat mengimbangi 3M Bn itu pada PRU-2008.

Pada PRU-2008, disamping berbalahan dalam Bn sendiri dan ditambah dengan keagrisifan pihak pembangkang, maka penguasa negara sejak meredeka itu kehilangan kuasa 2/3 kerusi dewan rakyat.

Semalam, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa jikapun Bn masih menang dalam PRU-13, namun tanpa kuasa 2/3 disifatkannya sebagai kemenangan kosong kerana kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah.

Mahathir memberi contoh kerajaan Bn yang sedia ada adalah kerajaan yang lemah, atas sebab itu takut membuat keputusan.

Dalam mengulas kenyataan Mahathir itu, Perdana Menteri- DS Najib berkata bahawa barisan kepimpinannya akan berusaha membentuk kerajaan yang kuat selepas PRU-13 dan yakin Bn akan mampu menang dengan kuasa 2/3.

Namun, ramai penganalisis politik tempatan, termasuk majlis professor negara, beranggapan bahawa walaupun Bn masih boleh menang namun kemenangan itu ditandai dengan jumlah kerusi yang merosot, ertinya Bn hanya akan mampu menang di bawah 140 kerusi parlimen.

Pada PRU-2008, terdapat 17 kerusi parlimen yang dimenangi di bawah 1000 undi majoriti, manakala 63 kawasan campuran masih dalam tandatanya, di mana pemenangnya akan dietentukan oleh pengundi atas pagar.

Dalam PRU-13 ini, perkara mustahak sebelah mana kah yang mempunyai keunggulan dalam soal 3M; pada PRU-12 lalu, nyata penggunaan media alternatif dikuasai oleh pihak pembangkang, namun pada kali ini, nampaknya Bn telah mengimbangi penguasaan pembangkang dalam dunia siber.

Money dan machinery, tiada siapa yang tahu kekuatan pembangkang dalam soal Money, namun daripada segi machinery nampaknya Bn masih punya keunggulan. Faktor penentunya adalah determinasi.. pihak pembangkang mempunyai determinasi yang agresif kerana mereka mahu merampas kerajaan, manakala pihak Bn dalam keadaan bertahan, kerana rasa tanggungjawab yang tinggi sesuai dengan visi Janji Ditepati, manakala pembangkang bebas menabur berbagai janji termasuk bulan dan bintang serta galaxy.

Para pemimpin pembangkang semasa berceramah seperti penjual ubat jalanan yang menjual ubat dengan menyatakan ubat mereka sangat mujarab, walaupun tiada fakta yang menunjukkan bahawa ubat mereka mujarab.

Kekangan kepada pemimpin Kerajaan adalah mereka tidak boleh membuat janji yang sukar dilaksanakan, atas sebab itu, jika rakyat termakan janji-janji retorik, terutama mereka yang berada di atas pagar yang jumlahnya jutaan daripada lebih 12 juta pengundi yang layak mengundi pada PRU kali ini, maka atas sebab itu, adalah sukar meramal keputusan PRU kali ini.

Adalah belum terlambat bagi pihak Bn untuk mempergunakan sedikit masa yang tersisa ini bagi mendapat sokongan daripada pengundi terutama mereka yang di atas pagar. Gunakan kelebihan yang ada, jangan lokek, kerana apabila pengundian telah selesai, penyesalan tidak berguna lagi. ALL OUT BN.

17 January 2013

"Projek IC" mempertahankan Kemenangan BN? di Sabah

RCI Pati Sabah yang sedang berjalan banyak membicarakan "mempertahankan" kuasa BN pada tahun 1994? Keterangan itu sungguh bercanggah dengan fakta.

Bn Sabah tidak berkuasa di Sabah sejak tahun 1990, kerana PBS yang merupakan komponen Bn sejak tahun 1985 keluar daripada komponen itu pada tahun 1990.

Dakwaan dan pendedahan kononnya berlaku pertambahan pengundi islam antara 1990-1994 untuk mempertahankan kerajaan Bn adalah silap, kerana Bn Sabah tidak pernah menang pilihanraya baik pada PRU-1990 mahupun 1994.

Jika juga benar bahawa kerajaan Bn semasa Berjaya 1976-1985 berlaku pertambahan undi untuk menyokong Berjaya, ternyata silap juga, kerana pada PRN Sabah 1985, Parti Berjaya hanya mendapat 6 Kerusi, berbanding PBS 25.

Bn Sabah hanya menang pilihanraya tahun 1999 apabila berlaku pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri, daripada 48 kepada 60.

Ingat operasi menahan mereka yang terlibat dengan SKIM CEPAT KAYA mengeluarkan IC Biru Sabah berlaku pada tahun 1995. Pada masa itu ramai individu ditahan melalui ISA termasuk para pegawai JPN dan individu tertentu.

Kini, apabila mengikuti pendengaran RCI Pati Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu, kebanyakan saksi hanya bercakap menggunakan kata-kata, tanpa disertai fakta. Mereka dengan bebas mengaitkan sesiapa termasuk yang telah mati, kerana mereka tahu individu itu tidak mampu mempertahankan diri.

Sebagai orang biasa, pendengaran RCI yang sedang berlangsung hanya sebagai medan balas dendam bagi individu yang terlibat, kerana kebanyakan mereka yang memberi keterangan adalah mereka yang pernah ditahan melalui ISA.

Pihak Pembangkang terutama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan cepat menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pengkhianat, sedangkan RCI itu belumpun memutuskan apa-apa, apakah mengguna pakai kesaksian yang diberikan kerana saksi-saksi tidak mengunakan hujah yang disokong oleh fakta. Kebanyakan keterangan para saksi adalah "hearsay" dan mereka tidak menunjukkan "bukti" yang menyokong keterangan mereka.

RCI Pati Sabah masih berlangsung.

RCI Pati Sabah: Osu Sukam, Aziz Shamsuddin masih Hidup

Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi 
keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Ditahan di bawah ISA

Yakup berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'.

"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.

Yakup, yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.

"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Yakup berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.

Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..." 

"Kami tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.

Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kata Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan

Sebelum itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

15 January 2013

Kota Belud dilanda Banjir

KAWASAN landai, tidak boleh dielak berlakunya banjir, apabila hujan turun secara terus menerus. Banjir biasanya disebabkan oleh jumlah hujan yang tinggi, juga kerana pengaruh pemendapan di muara sungai.

Kota Belud pernah dilanda banjir besar pada tahun 1965, namun kejadian banjir sebesar itu tidak pernah berulang lagi.

Banjir sederhana, setiap empat tahun berulang. Kali terahir pada tahun 2006, dan kejadian banjir berlaku lagi sejak semalam.

Kawasan yang sering dilanda banjir adalah kawasan Kg Sembirai, Labuan, Wakaf, Jawi-Jawi dan kawasan Timbang, Song-Song, Pengalan Abai dan Dungoi; namun penduduk yang dipindahkan hanya melibatkan Song-Song, Pengalan Abai dan Dungoi yang melibatkan 15 keluarga seramai 49 orang dan masa kini di tempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.

Dilihat dalam gambar kawasan Kg Sembirai dilanda dengan teruk, terutama di kawasan yang dilalui jalan bypass Kota Belud Kudat.

Dikhabarkan sebelum ini, bahawa satu sistem mengatasi banjir telah dibina di kawasan kampung Pandasan; tujuan pembinaan sistem itu adalah untuk mengatasi gejala banjir. Mungkin akibat jumlah hujan yang tinggi sehingga sistem itu tidak berfungsi dengan baik.

Menurut maklumat daripada wall FB Wakil Rakyat Kota Belud setakat ini sejumlah 27 org (L-7/ P-10/kanak10 (7 keluarga ) dr kpg pangkalan abai dan dungoi KB telah dipindahkan ke dewan tun said. lain2 tmpt pemindahan dewan smk pekan II & Dewan taun gusi - kosong. paras air lebih kurg 5 kaki. lain2 akan dimaklumkan. tq tn>>> sms dari Tn Bashir(SB).

14 January 2013

PRU-13: Hanya Calon Yang Punya Sentuhan Akar Umbi-Winnable Candidate

PRU-13 merupakan IBU kepada semua Pilihanraya negara ini. Anggapan ini bukan sahaja dimata rakyat biasa akan tetapi juga dikalangan pucuk pimpinan negara.

Teka teki kapan PRU-13 bukan merupakan persoalan lagi, kerana 28 April 2013 merupakan tarikh Dewan Rakyat secara automatik terbubar dengan sendirinya.

Kalaupun Perdana Menteri mengmbil keputusan membubarkan Dewan Rakyat, setidaknya menjelang minggu ketiga bulan Februari, kerana Tahun Baru Cina akan jatuh pada 10 Februari.

Pada PRU-13 akan dipertandingkan sejumlah 222 kerusi parlimen dan 595 kerusi dewan undangan negeri yang meliputi Perlis hinggalah ke Sabah, kecuali Sarawak yang mempertandingkan kerusi parlimen.

Tulisan Suara Rakyat yang mengesahkan Kasus Rafael, bahawa calon-calon yang dijangka menang adalah calon-calon yang mempunyai sentuhan akar umbi.

Suara Rakyat yakin, seluruh calon-calon Bn yang dikemukakan nanti adalah mereka yang terdiri daripada calon-calon yang mempempunyai sentuhan akar umbi, kerana jika tidak, ada kemungkinan calon-calon itu bakal kecendung.

Pada kali ini, calon-calon bidan terjun, sayogianya dihindarkan, kerana kita tidak mahu berlaku keadaan tahun 2008, di mana calon-calon payung terjung hampir kesemuanya kecundang, dan yang menangpun hanya mendapat majoriti yang marjinal.

Bagi Sabah, penulis yakin Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi Bn negeri Datuk Musa Aman telah mengambil tindakan awal berhubung perkara ini, agar supaya status negeri ini sebagai Simpanan tetap Bn terus menyerlah.

Datuk Musa telah menunjukkan pada PRU-2004 dan 2008, Bn Sabah mampu menang dengan bergaya. Diharapkan pada PRU kali ini, beliau mampu mempertahankan status itu.

Kerja keras para pemimpin negeri termasuk pemimpin negeri yang berstatus nasional, akan diuji pada kali ini, kerana situasi politik tanah air agak berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Pada kali ini, pembangkang kelihatannya cukup bersedia berdepan dengan Bn, baik daripada segi jentera mahupun kewangan.

Penguasahaan negeri selangor dan Pulau Pinang oleh pembangkang, sedikit sebanyak membantu mereka dalam pengumpulan dana pilihanraya. Hanya kepakaran dan pengelaman Bn berdepan dengan 12 kali pilihanraya membezakan antara Bn dan PR.

Bagi Sabah, gandingan Musa, Salleh dan para pemimpin lainnya menentukan kejayaan Bn pada PRU-13.

RM3,500 saya ambil- Tapi saya menyokong Pembangkang: Rafael

SUARA RAKYAT hanya kenal Rafeal secara sepintas. Individu yang mempunyai sosok badan yang tegap ini, telah beruban sesuai dengan usianya yang menjangkau 76 tahun adalah bekas polis.

Penulis mengenalinya ketika sama-sama menunggu pelajar di sebuah sekolah rendah di ibu negari, beliau menunggu cucunya yang ke-33.

Individu yang bernama Rafael ini pada asalnya adalah penggundi DUN Moyog, namun kini telah berpindah ke Dun Inanam dalam Parlimen Sepanggar.

Pada awal bual-bual kami sambil menunggu loceng sekolah tanda pelajar dibenarkan pulang, penulis bertanya, parti mana yang akan dipangkah pada PRU-13. Warga emas ini dengan pantas menjawab akan mengundi SAPP, dan tidak kepada parti lain.

Selepas ditanya mengapa keputusan begitu muktamad, sedangkan beliau mendapat berbagai bantuan daripada kerajaan termasuk RM3,000 sebagai bekas polis dan RM500 melalui BR1M, dengan nada yang sungguh yakin, mengatakan wakil rakyat SAPP Datuk Eric Majimbun telah memberi perkhidmatan yang baik kepada penggundinya sejak sekian lama.

"Saya dulu penyokong PBS semasa di Dun Moyog dan Parlimen Penampang, namun selepas berpindah undi ke Inanam, wakil rakyat PBS Datuk Johany Goh, hanya pandai  berjanji akan tetapi tidak pandai menunaikan janji; selain itu wakil rakyat itu tidak mesra rakyat".

"sebagai misal katanya, saya memohon kerusi roda untuk isteri saya, hanya secara lisan, Eric katanya terus menjawab datang ke Pejabat, ambil kerusi roda itu".

Berasaskan kepada kasus di atas, tidak mustahil beribu-ribu kes serupa berlaku di seluruh negara, bukan sahaja di sabah malah mungkin juga berlaku di Semenanjung dan Sarawak.

Rupanya bantuan kerajaan yang berupa "Tunai" tidak semestinya dapat menggambit sokongan rakyat, berbanding perkhidmatan wakil rakyat.

Dari catatan di atas, seharusnya semua pihak mengambil iktibar, bahawa walaupun usaha kerajaan secara umumnya membantu rakyat, namun jika wakil rakyat yang mewakili kerajaan tidak berkhidmat kepada rakyat, maka bantuan kerajaan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan posiif kepada kerajaan.

Mungkin, atas sebab itu, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, maka beliau menekan tindakan TURUN PADANG untuk menyelesaikan masalah rakyat. Selain menyelesaikan masalah rakyat, wakil rakyat juga diminta mengurus dengan baik rakyat yang diwakilinya.

Pada PRU-13 akan datang, sekiranya ada calon Bn yang kalah, bukanlah disebabkan oleh kerajaan Bn secara umumnya, namun disebabkan oleh faktor calon.

Sabah telahpun mengemukakan senarai calon-calon untuk PRU-13 sepertimana kenyataan Ketua Menteri Sabah semalam, harap-harap dalam senarai itu tidak terdapat calon-calon yang mempunyai sifat seperti yang dinyatakan oleh Rafael.

13 January 2013

Datuk Dr Salleh kembali menyertai pilihanraya

Dr Salleh dalam sesi Turun Padang
BUKAN desas desus, akan tetapi merupakan satu fakta yang menunggu dimuktamadkan, bahawa Datuk Dr Salleh Tun Said akan menyertai pilihanraya negara ini.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Ketua Perhubungan Umno itu, sudah mengatur strategi politik untuk kembali menyertai pilihanraya, selepas berehat pada PRU-12 lalu.

Walaupun direhatkan pada PRU 2008, namun Salleh yang sebelumnya hanya merupakan ahli biasa Umno, selepas tidak bertanding sebarang jawatan Parti, namun selepas PRU itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah, berikutan kekosongan jawatan itu, berikutan penyandangnya Datuk Safie Apdal  dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Dalam tempoh hampir lima tahun selepas PRU-12, walaupun Salleh bukan lagi yang berhormat yang dipilih namun diberi berbagai peranan dalam kerajaan. Antaranya Pengerusi Kraftangan Malaysia, Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah yang bertaraf menteri dan kemudian dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan  Negeri Sabah hingga kini.

Datuk Salleh yang berjaya mendapat PhD daripada UPM pada 13 Disember 2012 dalam bidang Sains Politik dan Kenegaraan merupakan pemimpin veteran walaupun usianya yang realtif muda.

Kelibat politik Salleh tidak boleh dipisahkan dengan politik tanah air khasnya Sabah sejak tahun 1980-an, kerana beliau pernah bertanding disetiap pilihanraya, termasuk pilihanraya kecil. Dalam kerajaya politiknya, hanya sekali kalah dalam pilihanraya, yakni semasa mewakili tikit Parti Berjaya dan kalah kepada calon Usno- Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri). Kekalahan Salleh pada masa itu, adalah dijangka, kerana kawasan yang ditandingi adalah kubu kuat Usno, yakni DUN Usukan. Kini Usukan merupakan kubu kuat Salleh, juga kubu kuat Umno.

Dalam kerjaya politiknya, Salleh pernah menjawat berbagai jawatan kabinet negeri Sabah termasuk jawatan Ketua Menteri.

Dalam perjalanan politiknya, sejak kemasukan Umno ke Sabah tahun 1991, Salleh terus setia kepada parti itu, dan suatu ketika pernah menang Ahli Majlis tertinggi untuk beberapa penggal. Pada Pemilihan Umno tahun 2008, Salleh tidak bertanding AMT dan memberi laluan kepada pemimpin Sabah yang bertanding, agar tidak berlaku pecah undi kepada calon-calon daripada Sabah, termasuk Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman. Percaturan Salleh dalam politik memang jitu, apabila salah seorang calon AMT Sabah, yakni Musa mendapat undi kedua tertinggi dalam AMT Umno.

Melihat kepada kenyataan-kenyataan politik beliau (Dr Salleh)- Speaker Dun Sabah adalah ahli politik yang sederhana yang mempunyai kecenderungan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara. Kenyataan beliau, agar semua pihak menghentikan perdebatan dan perbalahan berhubung Kalimah Allah, menunjukkan bahawa beliau tidak mahu wujud satu kerenggangan hubungan antara berbagai agama dalam negara.

Perdebatan mengenai agama, sebenarnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat, kerana perdebatan itu hanya boleh mengeruhkan hubungan antara kaum terutama Sabah yang terdiri daripada 36 etnik yang juga mengamalkan berbagai anutan agama.

Dalam suasana negara yang didiami oleh berbagai lapisan masyarkat dan berbilang agama, pemimpin sederhana seperti Dr Salleh perlu diberi peranan agar keamanan negara terus terus terjamin. Melalui keamanan sahaja, negara seperti Malaysia ini boleh terus membangun.

Dalam suasana politik Sabah, kekompakan antara Dr Salleh dan Datuk Musa Aman boleh membawa negeri di bawah bayu ini ke tahap kemajuan yang luarbiasa, di mana kemajuan itu sangat ditunggu oleh seluruh rakyat Sabah.

11 January 2013

Miskin Tegar: Perhatian DUN Tempasuk

Datuk Musbah berbaju terang depan tangga
RAMAInya bilangan miskin tegar bagi kawasan Kota Belud, termasuk bagi kawasan DUN Tempasuk, menjadikan wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli, perlu berkerja keras untuk mendapatkan peruntukan bagi membina rumah-rumah untuk rakyat yang tidak bernasib baik itu.

Hari ini Musbah sempat melawat sebuah rumah penduduk yang miskin tegar (Mat Sator Ensun) di kampung Rampayan Ulu. 

Difahamkan kelambatan penduduk ini mendapat bantuan, kerana tidak terdaftar dalam e-kasih. Pendaftaran e-kasih, biasanya dilakukan oleh peduduk sendiri atau dilakukan oleh pemimpin akar umbi seperti ketua kampung atau JKKK.

Wakil rakyat bukanlah seorang manusia yang super, atas sebab itu, keadaan seperti gambar ini bukannya terlepas pandang, namun tidak sempat diterokai sendiri oleh wakil rakyat.

Disebabkan sifat Turun Padang wakil Rakyat Tempasuk itu, maka pada hari ini, merupakan rahmat kepada penduduk yang bernama Mat Sator Ensun menantu kepada Selang, untuk mendapatkan rumah PPRT.


9 January 2013

RM40 Juta: ICAC Hong Kong Kata Buang Masa Siasat

HONG KONG, 9 Jan - Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong tidak akan mengkaji semula siasatan ke RM40 juta yang didakwa dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut sumber, badan anti rasuah itu mendapati tiada bukti-bukti kukuh yang baru untuk dibawa kepada suruhanjaya itu dalam mengaitkan kes tersebut.

"Suruhanjaya mendapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti baru bagi memulakan kembali siasatan.

"ICAC mengambil sikap dan prinsip tidak akan meneruskan kes-kes dan adalah jelas bahawa badan ini menjauhkan diri dari permainan politik," kata sumber.

ICAC, di bawah undang-undang, mewajibkan siasatan dijalankan jika terdapat sebarang aduan yang dilaporkan.

Sebelum itu, parlimen telah diberitahu mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keputusan ICAC pada Oktober lalu membersihkan Musa dari dakwaan rasuah.

Walaubagaimanapun, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah melobi ICAC untuk membuka semula siasatan ke atas kes melibatkan Ketua Menteri Sabah itu.

Pada bulan November, Rafizi dan tiga pengamal undang-undang PKR telah membuat laporan dengan ICAC, menyenaraikan tiga sebab utama mengapa perlu agensi Hong Kong itu untuk membuka semula siasatan.

Tindakan tersebut dilakukan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Parlimen pada Oktober bahawa Musa telah dibersihkan daripada sebarang dakwaan rasuah selepas SPRM dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Nazri memberitahu Parlimen bahawa wang RM40 juta adalah "derma politik" kepada Umno Sabah yang sebelum ini didakwa sebagai wang sogokan dari firma-firma perkayuan untuk Musa Aman.

Menurut sumber lagi, ICAC yang pada awalnya tidak menemui "bukti yang mencukupi untuk meneruskan kes itu", berkata tiada sebab untuk menjalankan siasatan semula buat kali kedua.

Berikutan dengan keputusan tersebut, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Henrynus Amin berkata keputusan oleh kedua-dua badan siasatan juga membuktikan bahawa dakwaan pembangkang adalah salah dan berbaur politik malah disifatkan sebagai pembangkang adalah dalang konspirasi untuk mencemar nama baik Ketua Menteri Sabah ini.

"Pihak pembangkang jelas mempunyai kepentingan dan telah sedaya upaya menghalalkan cara untuk mencapai matlamat mereka, iaitu untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional sebagai satu cara untuk sampai ke Putrajaya," katanya.

PRU-13: BN Pasti Bangkit: Muhyiddin

Selepas melalui apa yang dikatakan "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya.

Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

"Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk," katanya.

Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

"Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

"Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

"Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang. 

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum. - Bernama

8 January 2013

Musa Gesa Jentera Umno Diperkemas

SENJATA Pembangkang adalah fitnah dan kemudian membuat janji retorik. Bagi pembangkang tiada yang betul di mata mereka, apapun kerajaan buat.

Strategi pembangkang adalah untuk tembus ke dalam akar umbi penyokong dan ahli umno dengan menabur berbagai fitnah, agar supaya rakyat bergaduh dan curiga antara satu sama lain.

Pembangkang mempunyai kepakaran melahirkan keadaan yang membolehkan rakyat saling bermusuh, umpamanya melalui Amanat Hadi Awang, sesama islampun termakan amanat itu, sehinggakan berakibat aqidah mereka terpesong.

Disebabkan strategi pembangkang adalah untuk melemahkan parti di peringkat akar umbi, maka untuk mengelak agar rakyat tidak termakan tipu helah mereka, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri meminta rakyat terutama ahli-ahli Umno supaya memperkemaskan jentera parti termasuk mengenal pasti kelemahan khususnya di peringkat akar umbi.

Tambahnya, ia penting bagi membolehkan kekuatan parti tidak akan mudah dibolosi apatah lagi pembangkang kini berusaha menggugat BN dengan melempar dakyah-dakyah yang tidak berasas.

Kata beliau, pembangkang sanggup berbuat demikian kerana tiada cara lain melainkan hanya mendakwa kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

Beliau yakin pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya tahu pandai berkata-kata dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan pula tidak bekerja.

Menurutnya, cara pembangkang berpolitik ini masih ditakuk lama apabila memainkan sesuatu pembangunan yang kerajaan BN sendiri sedangkan laksanakan demi kepentingan rakyat.

“Pembangkang cakap itu ini … macam mereka pula yang pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.

6 January 2013

Lajim akui BN bawa pembangunan

PADA Jumaat Datuk Lajim Ukin mengadakan sidang medianya di Pejabat PPS Putatan kononya untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang mempersoalkan pencapaian beliau selama 26 tahun sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet baik negeri mahupun persekutuan.

Dalam sidang media itu, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.

Melalui uraian itu, Lajim tidak sedar bahawa semua kenyataannya terkini sejak keluar daripada Bn pada 29 Julai 2012 menunjukkan bahawa kerajaan Bn benar-benar peka terhadap keperluan rakyat.

Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.

Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.

MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.

Selain itu, Lajim juga mengakui bahawa beliau pernah membantu MP Kota Belud untuk mendapatkan dana projek pembinaan sebatang jalan di kampung Bobot Kota Belud dengan nilai RM300,000.00.

Juga, Lajim dengan bangganya mengakui bahawa Program Jelapang Padi di Kota Belud adalah ideanya, sedangkan program itu telah lama dicadangkan sebelumpun Lajim menjadi wakil rakyat.

Melalui kenyataan Lajim pada sidang akhbar itu, telah menemplak dirinya yang menghambur berbagai dakwaan kononnya kerajaan Bn tidak membawa pembangunan kepada rakyat Sabah.

Lajim kini dalam keadaan bercelaru, sehingga tidak tahu apa yang diperjuangkannya. Namun, yang jelas, beliau mabuk pangkat dan jawatan. Kerana beliau mengimpikan jawatan Ketua Menteri sama dengan Anwar ibrahim mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Malangnya, impian mereka berdua ini tinggal impian.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels