14 January 2014

Maulidul Rasul: Mengimbau Perjuangan Nabi SAW


SETIAP 12 Rabiul Awal, umat islam menyambutnya, kerana tarikh itu merupakan kelahiran Nabi Junjungan Muhammad SAW.

Sambutan Maulidur Rasul bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan islamdi muka bumi ini.

Rasulullah merupakan contoh terbaik kepada umat islam dalam segala aspek kehidupan. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya umat islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi seluruh aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam Al-Quraan yang bermaksud "Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu (Al-Ahzab;21).

Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi yang luhur dan murni yang senantiasa mengajak manusia ke arah kebaikan dan menyeru kepada jalan Allah. Nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintah dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak-anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan banyak lagi sifat terpuji yang lain.

Bagi negeri Sabah, hari ini bertempat di Bandaran Tawau, kira-kira 50,000 orang menyertai perakan Sambutan Maulidul Rasul, yang turut dihadiri oleh TYT, Ketua Menteri Sabah, anggota kabinet beragama islam, para pemimpin politik, para pegawai kerajaan, para pelajar dan orang ramai.
 
Permulaan Maulidul Rasul

Siapa yang pertama sekali meraikan Maulidur Rasul? Bagaimana sejarah asal maulidur rasul? Ia bermula pada tahun awal abad ke-7 Hijriyah oleh Raja Irbil yang terletak di suatu wilayah di Iraq... Nama raja itu ialah Muzhaffarudin al-Kaukabri... Sambutan yang diadakan cukup gilang gemilang... Lebih kepada memberi makanan percuma kepada rakyatnya tanda bersyukur...Menunjukkan pada hari itu, seluruh rakyatnya mendapat keberkatan dan kebahagiaan.... Sesuai dengan hari sambutan kelahiran Nabi....

Masyarakat kita sekarang sambut macam mana? Berarak keliling kawasan sambil berselawat... ada yang bawak sepanduk... Lepas habis berarak... berkumpul di satu kawasan mendengar ceramah agama atau forum agama.... dan disudahi dengan makan-makan.... Itu cara yang biasa... Kenapa tidak diubah sedikit... Contohnya... Memberi bonus khas kepada semua rakyat miskin sempena Maulidur Rasul-.... Mengagihkan harta si kaya kepada si miskin secara bersama .. Membuat satu hari tak kira menteri atau pesawah berkumpul bersama-sama membuat gotong-royong sambil berselawat ke.. Kan bagus

Nak sambut....OK... Cuma perlu ingatkan diri.... sambutan Maulidur Rasul bukan seperti sambutan Christmas..... Bukan satu perayaan yang boleh mendatangkan gejala maksiat di kalangan umat.... Maulidur Rasul adalah hari untuk kita menemplak diri sendiri... Ingatkah kita kepada ajaran dan sunnah Rasulullah SAW? Tahukah apa sunnah-sunnah beliau? Apa kisah kehidupan Rasul kita? Bukan setakat harijadi beliau saja....Tapi keseluruhan kisah sejarah beliau....Patut kita hafal dan ingat....dan diceritakan kembali kepada anak-anak dan juga generasi muda kita.

Ini tidak (maaf bukan menuduh).... kebanyakan kita menyambut hari Maulidur Rasul sekadar menyambut semata-mata....kurang penghayatan.... Anggapan segelintir pihak hari itu sebagai hari cuti semata-mata....atau sekadar tahu itu adalah hari kelahiran Nabi... Tapi segala sunnah beliau langsung tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.... Yang paling sedih.... generasi muda makin tidak tahu tentang maksud sebenar hari Maulidur Rasul... Bagi mereka.... its time to enjoy! Bila ditanya pasal sirah Nabi.....Tak boleh nak jawab... Bila ditanya apa sunnah nabi.... geleng kepala... bila ditanya nama penghibur.... Ditanya seorang dijawab berpuluh-puluh nama... Salah siapa??

13 January 2014

Berehat Dikala Rakyat Bertembung Peningkatan Sara Hidup

OKB terperanjat, apabila seorang sahabat menghantar pesanan ringkas (SMS) antara lain kandungannya, salah seorang pemimpin utama negeri, berehat daripada politik dan bertindak low profile  untuk 2 tahun.
Antara penyebab, mengapa pemimpin itu berehat, kerana tidak tahan lagi melayan permintaan  penyokong  yang terbeban dengan peningkatan sara hidup, akibat kenaikan harga barang. SMS yang dihantar meliputi berbagai amaun, malah ada yang berjumlah puluhan ribu.

Sebelum ini, memang sudah menjadi kebiasaan pemimpin itu untuk cuba membantu para penyokongnya, kerana para penyokong tegar itu, menjadikan pemimpin itu sebagai majikan, melalui arena politik.

Berbagai peranan penyokong, antaranya bagaimana menaikan imej pemimpin itu agar supaya senantiasa harum, atas sebab itu pada sebarang pertandingan, samada dalam pilihanraya umum ataupun parti, pemimpin itu senantiasa mendapat sokongan dan tentunya menang.

Berbalik kepada SMS sahabat tadi, mulanya, OKB terfikir, apakah pemimpin itu, seperti seorang askar yang lari daripada perjuangan? atau kah pemimpin itu seperti ular sawah, apabila kekenyangan, maka berehat dan tidur?
Apabila seseorang berehat daripada kerjayanya, dan memang kerjaya itu digemarinya kerana telah menjadi pilihannya, memang mengundang 1001 persoalan. Mengapa ianya boleh berlaku secara tiba-tiba? ataukah memang satu perancangan daripada pemimpin itu, untuk berehat terus, dan telah tiba masanya memberi peluang kepada orang lain mengambil alih peranannya? ataukah satu strategi?

Memandangkan keadaan rakyat umumnya dan penyokong/pengikut khasnya pada keadaan sekarang bertembung dengan kenaikan sara hidup, wajarkah pemimpin itu berehat? atau pemimpin itu sedang mencatur sesuatu, membiarkan rakyat atau penyokong/pengikut teronta-ronta bagi berdepan dengan gelombang kehidupan, dan kemudian muncul menjadi hero?

Atau kah mahu melepas tangan, membiarkan pengikut mencari ketua baru, kerana tiada kemampuan lagi sebagai ketua/majikan?

Sekiranya senario ini yang berlaku, maka adalah menjadi pengajaran kepada sesiapa yang mahu menjadi penyokong kepada seseorang untuk menjadi pemimpin atau ketua di masa akan datang.

Dengan pengalaman itu, maka setiap penyokong jangan menyokong melulu, sampai tidak tahu lagi membangkang, maka apabila pemimpin yang disokong tiba-tiba melepaskan diri, maka penyokong/pengikut yang tergolong menyokong melulu itu, akan terkapai-kapai.

OKB telah melihat keadaan ini sering berlaku, malah ramai teman-teman OKB yang hidup terkapai-kapai ibarat habis manis sepah dibuang.

Sementara sang pemimpin tidur lena di singgahsananya, penyokong/pengikut hanya mengigit jari. Menyesal kemudian tiada guna lagi. Namun, dalam dunia politik, jika seseorang yang sudah terbiasa memimpin suatu hari akan kembali kepada rakyat, dan sudah tentunya akan mencari penyokong, nah di sinilah baru akan disedari oleh pemimpin itu, bahawa pimpinannya sudah di masa silam.

Harris Salleh, Yong Teck lee, telah mencuba kembali kepada rakyat, namun kerana kepimpinan mereka sudah di masa silam, maka jawabnya kalah.

Bertanding dalam parti tidak menang lagi. Bertanding dalam pilihanraya tidak menang lagi. Jika dahulu, kehadiaran pada suatu majlis sangat dirasai, kini tiada lagi keadaan itu. 

Belum lama dulu, semasa pemilihan Umno, Mantan Ketua Menteri Melaka, merasakan itu. Atas sebab, jika ditampuk kuasa, memberi itu biarkan daripada hati yang dalam, bukan kerana hanya berlakon, kerana untuk mendapatkan sokongan.


Musa Terus Jelajah Negeri Pantau Pembangunan

TIDAK sama dengan setengah pemimpin yang mengendurkan kegiatannya selepas sahaja PRU-13 dan pemilihan Parti Oktober lalu, Datuk Musa Aman, sebaliknya semakin aktif menjejalah pelosok negeri untuk memantau pembangunan negeri.

Antara lawatan Ketua Menteri itu adalah Keningau untuk melihat sendiri Projek Ternak Lembu selain pembangunan Jambatan Badukan Keningau yang dijangka dibuka pada April ini.

Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, merupakan Ketua Menteri yang terlama menjawat jawatan Ketua Menteri sejak Sabah menyertai Malaya, Sarawak untuk membentuk Malaysia.

Pembangunan Sabah, terus berjalan rancak, meskipun negara berdepan dengan fenomena ekonomi dunia yang tidak menentu.

Suatu ketika, Sabah sangat bergantung dengan hasil balak untuk membiayai pembangunan. Meskipun balak bukan lagi menjadi sumber utama negeri, namun tidak membantut bagi kerajaan mendapatkan hasil.
 
Adalah menakjubkan, meskipun balak bukan lagi merupakan sumber pendapatan negeri, akan tetapi bajet Sabah terus meningkat dan sejak 3 tahun berturut-turut melepasi angka RM 4 bilion.

Sabah memang dahagakan pembangunan, meskipun mengecap kemerdekaan lebih setengah abad. Antara faktor yang membantut pembangunan Sabah adalah keluasannya yang hampir 2/3 Semenanjung, malah Kawasan Parlimen Kinabatangan seluas negeri Pahang, negeri asal Perdana Menteri.

Selain faktor keluasan yang menjadi faktor memperlambat pembangunan, faktor perubahan kerajaan. Sejak meredeka, kerajaan Sabah silih berganti. Pembangunan rancak cukup terlihat apabila adanya kestabilan politik.

Sejak tahun 2003, keadaan politik Sabah cukup stabil, apabila PBS diterima semula ke dalam keluarga besar barisan nasional. Tiga PRU berturut-turut, Bn Sabah mencapaikan kemenangan yang cemerlang dan terus menubuhkan kerajaan yang kuat dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.

Selain itu, di peringkat Parlimen, sumbangan kerusi daripada Sabah cukup signifikan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan, sehingga Sabah dijuluki sebagai Ngeri Simpanan Tetap Bn bersama negeri Sarawak.

Kebijaksanaan kepimpinan yang berasaskan menang-menang yang dilakukan oleh Musa, menyebabkan semua pihak berpuas hati terhadap kepimpinan beliau. Pemerataan pembangunan di seluruh negeri, juga memperlihatkan bagaimana Musa menggariskannya melalui Halatuju Sabah, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pembasmian kemiskinan merupaka  prioriti beliau, atas sebab itu program seperti Jelapang Padi di Kota Belud, peternakan lembu di Keningau, PIOC di Lahad Datu, Pelan Pembangunan Pelancongan antara Tuaran dan Kota Belud, merupakan program-program yang dirangka untuk meningkatkan pendapatan rakyat, selain untuk pendapatan negeri.

Bagi berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat akbiat reaksi para penianga terutama orang tengah, kerajaan Negeri telah mengwujudkan Pasukan Pemantau Khas yang diketuai oleh seorang menteri.

Disebabkan kehebatan informasi, maka rakyat tidak perlu menunggu siaran TV atau surat khabar bercetak untuk mengetahui aktiviti Ketua Menteri itu, kerana beliau benar-benar memanfaatkan media siber untuk tatapan rakyat.

Disebalik Tidurnya Ular Sawah

Ular sawah mempunyai dua sifat utama. Pertama suka berpuasa kalau musim mengawan tiba; kedua suka tidur kalau sudah kenyang.

Sifat-sifat ular sawah ini, boleh dianalogkan dengan pemimpin politik. Sebab apa, seseorang pemimpin yang sudah berjaya mendapatkan apa yang diinginkan, akan bersifat low profile, malah seolah-olah menghilangkan diri. Sama dengan ular sawah, akan terus tidur apabila masih belum lapar, bangkit semula kalau merasa lapar.

Politik tanah air sampai ke puncaknya pada Mei dan Oktober tahun lalu, apabila PRU dan pemilihan parti Umno berakhir.

Ada pemimpin begitu bingkas sekali, sebelum tibanya dua puncak politik itu, pantang mendengar isu, pasti dilantak, diulas, memberi kenyataan selain membidas.

Sebaik sahaja tahun 2014 bermula, tidak kedengaran lagi kelibat pemimpin itu, dengar-dengar beliau mahu melupakan politik sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun, kerana PRU-14 masih berbaki 4 setengah tahun lagi. Dalam masa 2 tahun, pemimpin itu akan berakting LOW dan cuba Tidak mahu menonjol diri.

Dalam politik, apa yang tidak boleh dinafikan adalah sokongan. Seseorang pemimpin tidak akan berada dipersadanya, tanpa sokongan. Pemimpin boleh sahaja berakting low dan tidak mahu menonjol diri, namun bagi penyokong, ianya tidak mudah berlaku.

Penyokong terbagi-bagi kepada berbagai kategori, ada yang menjadi penyokong seperti pekerja kepada pemimpin; ertinya kehidupannya tergantung penuh kepada pemimpin, sebab penyokong itu telah menganggap menyokong seseorang pemimpin untuk sampai ke persadanya, juga merupakan satu kerjaya, kerana itulah harapan yang diberikan oleh sang pemimpin.

Hakekat inilah yang terlupakan oleh sang pemimpin, kerana beliau boleh sahaja berehat panjang, kerana bekalannya terlalu cukup menampung keperluannya, berlainan dengan penyokong yang kebanyakan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Tidak juga dapat dinafikan ada penyokong yang boleh beraksi seperti pemimpin itu, kerana peluang telah diberikan, peluang mendapatkan projek. Akan tetapi berapa ramai kah mereka yang mendapat peluang seperti itu?

Sebagai misalannya, kalau dalam Pilihanraya yang lalu, undi yang diperolehi adalah 11,000, berapa ramaikah diantara pengundi itu boleh berehat seperti sifat ular sawah?

12 January 2014

Krisis LDP: ROS Nafi Kenyataan Akhbar 8 Januari

SEPERTI yang disiarkan oleh akhbar tempatan pada 9 Januari, kononnya ROS ada membuat kenyataan bahawa pertubuhan itu akan menghantar sesalinan surat yang mengandungi pengiktirafan kepada Kumpuluan Teo Chee Kang sebagai Pemimpin Parti LDP yang sah, sebenarnya menurut sumber daripada pertubuhan itu, mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Adalah dipercayai ada pihak tertentu daripada kumpulan Teo, telah mengatas namakan Timbalan Pengarah ROS, kononnya pertubuhan itu akan menghantar sesalinan surat kepada kumpulan Liew berhubugan dengan keputusan ROS.

OKB, telah diberitahu oleh pihak kumpulan Liew, bahawa mereka telah berhubung langsung dengan pihak ROS, dan telahpun menafikan ada membuat kenyataan seperti yang disiarkan oleh akhbar.

Liew dan JJ Loretto Sapin Padua, telah mengsahkan sehingga 8 malam Ahad, pihaknya tidak menerima apa-apa surat daripada pihak ROS, berkaitan dengan penyelesaian kemelut yang berlaku dalam parti LDP.

Krisis LDP: Disebalik Keputusan ROS

SUARA RAKYAT mendapat e-mail daripada kumpulan VKliew yang menerangkan kesangsian berkaitan "keputusan ROS" bertarikh 2 Januari 2014 yang mengiktiraf kumpulan Teo Chee Kang sebagai pemimpin parti yang sah.

Setakat ini, menurut e-mail itu, pihak mereka belum menerima apa-apa surat daripada pihak ROS atau salinan berkaitan surat itu, walaupun menurut Pendaftar Pertubuhan itu seperti mana sidang akhbar mereka pada 8 Januari, bahawa sesalinan keputusan itu akan diberikan.

Pada hari (Ahad), Setiausaha Agung kaumpulan Liew JJ Loretto Sapian Padua, menghubungi OKB selepas satu pertemuan dengan ahli akar umbi LDP di sebuah Restoran, di Jalan lintas, Kota Kinabalu, menyatakan sehingga ke hari ini, pihak mereka belum menerima apa-apa surat berkaitan dengan penyelesaian krisis parti.

Lorretto malah menyangsikan terdapatnya surat pengiktrafan itu, kerana menurutnya, kalau surat itu wujud, ianya bercanggah dengan persetujuan antara kedua belah pihak di depan ROS Putrajaya yang diadakan pada 14 Oktober, 2013, dimana dalam perjanjian itu, tiada sebarang mesyuarat Khas yang bakal diadakan, termasuk Mesyuarat pada 19-20 Oktober lalu yang diadakan oleh kumpulan Teo.

Jika benar menurut laporan akhbar bahawa pihak ROS mengiktiraf EGM yang diadakan kumpulan Teo pada 19-20 Oktober 2013, lorretto bertanya, bagaimana ROS boleh mengiktirafnya? atau bagaimana ROS boleh mengkajinya, sedangkan dalam perjanjian awal, EGM seumpama itu telahpun diputuskan tidak boleh diadakan.

Dilain pihak, menurut Setiausaha Agung parti kumpulan Liew itu mendakwa, sebenarnya ROS tiada kuasa menentukan siapa pemimpin dalam parti. Jika pendaftar itu berbuat demikian, maka ianya bercanggah atau melanggar seksyen 16 pertubuhan itu sendiri. Keputusan mengiktiraf mana-mana pemimpin sesebuah parti adalah diluar bidang kuasa ROS sendiri.

Sementara itu, OKB juga menerima e-mail daripada Datuk VKLiew, yang mempersoalkan kenyataan Teo yang disiarkan oleh akhbar, untuk memintanya akur dengan keputusan ROS, Liew bertanya, bagaimana saya boleh akur pada sesuatu yang "hearsay", malah Liew mempersoalkan kenyataan Teo itu, sebagai peguam Teo sudah tentu tahu, bagaimana boleh bersetuju dengan sesuatu yang hanya bersifat khabar angin.

Jika benarlah ada surat pengiktirafan seperti mana yang diuar-uarkan, mengapa tidak menghantar sesalinan berkaitan keputusan itu? Mengapa perlu bersandiwara, dengan menggunakan akhbar? tanya Liew.

"Saya menganggap dengan menggunakan akbar, ianya merupakan satu perang psikologi, bagi memancing pergolakan diperingkat akar umbi", namun syukur, akar umbi parti tidak terpancing dengan perang itu" demikian kata Liew.

11 January 2014

Transformasi Kota Belud Menjadi Kenyataan

KOTA BELUD memang mempunyai peranan utama kepada peneraju kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Manakan tidaknya, di Kota Beludlah lahirnya anak sulung Umno Sabah, parti tunjang kerajaan negeri yang mentadbir negeri ini sejak tahun 1994.

Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang juga merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merancang agar satu transformasi berlaku pada kawasan yang anak sulung parti itu.

Hari ini, bertempat di Kota Belud, beliau melancarkan pengisian bagi menzahirkan transformasi melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) secara bersepadu.

NBOS merupakan transformasi Kerajaan untuk menerokai dan mengeksplorasi bidang-bidang baru yang dapat memberi keuntungan kepada masyarakat secara umum tanpa penglibatan kos yang tinggi kepada Kerajaan

Memetik daripada wall FB menteri itu, beliau menulis "Hari yang bersejarah bagi Kota Belud. Saya telah melancarkan Pelan Tindakan Bersepadu NBOS Kota Belud, yang akan menyaksikan pelaksanaan 21 projek penambahbaikan kemudahan awam di seluruh pekan Kota Belud, membabitkan kos RM37.2 juta. Ini adalah projek NBOS pertama yang membabitkan naik taraf pusat bandar di Malaysia. Saya juga melancarkan perkhidmatan internet percuma freewifi@kotabelud pada kelajuan maksimum 8mbps, serta pengagihan 3000 komputer netbook 1Malaysia. Sekurang-kurangnya 1,000 rumah PPR akan dibina di Kota Belud dalam dua tahun. Penambahbaikan sistem lalulintas dan saliran juga bakal dilaksana dalam tempoh terdekat. Syukur alhamdullilah, transformasi Kota Belud kini bergerak lancar".

 KOTA BELUD: Pelan Tindakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang pertama peringkat bandar dilancarkan di Kota Belud membabitkan 21 projek bernilai RM37.2 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah itu, 11 adalah projek 'Quick Wins' bernilai RM7.47 juta yang akan dilaksanakan tahun ini di daerah yang mendapat jolokan nama Daerah Koboi Timur itu.

"Kementerian akan melaksanakan peruntukan serta-merta dan disiapkan tahun ini, antaranya projek menaik taraf sistem perparitan bandar di Kompleks Centenary dan Pasar Tani, menyediakan tempat letak kereta baharu, naik taraf jalan dan padang serta mercu tanda Kota Belud," katanya.

Abdul Rahman yang juga AhliParlimen Kota Belud berkata demikian ketika berucap pada perasmian NBOS Kota Belud serta pelancaran freewifi@kotabelud di Dewan Tun Said di sini, hari ini.

Beliau berkata komponen utama projek mesra rakyat itu ialah pembinaan Bazar Rakyat tiga tingkat di tapak pasar tani sedia ada dan menaik taraf padang pekan itu membabitkan kos RM9.8 juta.

Abdul Rahman berkata kementerian juga akan membina terminal bas bersepadu, tempat letak kereta bertingkat dan menempatkan semula secara berpusat gerai pasar tani, pasar malam dan gerai kecil selain menaik taraf Arked Kota Belud dan kajian sistem lalu lintas bandar.

"Pelan tindakan ini adalah hadiah kepada warga Kota Belud yang akan memberi perkhidmatan menyeluruh serta mewujudkan esplanad sebagai tumpuan pengunjung dan tempat persinggahan kepada lebih 91,000 penduduk dari pantai barat utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat," katanya.

Sementara itu, katanya perkhidmatan freewifi menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu membolehkan kira-kira 9,000 penduduk meningkatkan akses kepada maklumat terkini dan peluang ekonomi menerusi wifi percuma dengan kelajuan sehingga lapan Mbps.

Pada majlis itu, Abdul Rahman turut mengumumkan pengagihan 3,000 unit netbook jenama terkemuka kepada penduduk setempat khususnya di daerah Kota Belud.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan membantu membina semula 38 rumah golongan miskin yang terlalu uzur, tidak selamat atau tidak sesuai di sekitar Kota Belud di bawah program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

Abdul Rahman berkata selain itu, kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran persekutuan serta negeri sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan RM20 juta daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menaik taraf Sungai Gurung-Gurung bagi menyelesaikan masalah banjir.

9 January 2014

Musa Iktiraf Teo Chee Kang Sebagai Presiden LDP

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengiktiraf Adun Tanjong Kapor yang juga Menteri Tugas-Tugas dalam kabinet Sabah- Datuk Teo Chee Kang sebagai Presiden LDP yang baru.

Pengiktirafan Musa itu terzahir, apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan surat yang diserahkan kepada Teo pada 2 Januari lalu, bahawa pihak pendaftar telah mengiktiraf Mesyuarat Khas parti itu yang diadakan oleh kumpulan Teo pada 19-20 Oktober 2013.

Musa dalam sidang akbar semalam, turut mengakui ada menerima surat daripada kumpulan VKLiew yang menguraikan tindakan yang sedang dan bakal diambil termasuk Mesyuarat Khas Parti yang dijadualkan pada 19-20 Mac depan. Mengulas kandungan surat VKLiew itu, Musa menyatakan adalah hak Liew untuk melakukan tindakan susulan dan membuat pertimbangan sewajarnya.
 
Keadaan parti LDP hampir serupa dengan kemelut yang melanda Parti SNAP komponen BN Sarawak, yang akhirnya membawa pembatalan pendaftaran parti itu; atas sebab tidak berlaku rekonsilasi antara pemimpin yang terlibat.

Memandangkan keadaan semasa yang berlaku dalam parti tertua BN Sabah itu, nampaknya tiada titik temu antara kumpulan VKLiew dan Teo; selain itu, keputusan ROS yang berpihak kepada Teo yang menyebabkan Pengerusi BN Sabah mengiktirafnya, merupakan faktor penghalang kepada penyatuan antara dua kumpulan yang bertelegah.

OKB melihat, jika titik temu bakal tidak berlaku, maka LDP bakal menemui nasib seperti SNAP, jika kumpulan VKLiew membawanya ke mahkamah.

Kenaikan Harga Barang: Ketua Menteri Sabah Bertindak

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas memantau kenaikan harga melampau barang-barang dan perkhidmatan di negeri Sabah.

Dalam kenyataanya, Musa mengakui kenaikan harga minyak secara umum akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, tetapi tidak ada justifikasi jika ada kenaikan 100-200 peratus untuk barang tertentu.

“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan sahaja semata-mata kerana kenaikan tarif letrik dan harga minyak baru-baru ini, tetapi angkara orang tengah yang menangguk di air keruh dan tidak bertanggungjawab” Tegasnya lagi.

Jawatankuasa khas tersebut akan dipengerusikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajjah Zainab Ahmad Ayid.

5 January 2014

PRESS STATEMENT BY DATUK V.K LIEW, PRESIDENT OF LDP

“What decision has ROS made that requires me to accept?”, asked DLVK in response to Datuk Teo Chee Kang’s statement yesterday that claimed ROS has determined his presidency in LDP.

“At the moment, I have not received anything from ROS concerning the issue. All I heard and read was from the newspapers allegedly claiming that ROS has declared Teo a winner in a party election tainted with illegality.”

“I need to see the content of the letter, if any. I think it is only right and fair I be given a copy of the letter, if any. At least I will know under what provision of the law in the Societies Act 1966 has ROS invoked to recognize an illegal party election. We must not forget that the Election Committee set up by Teo is not validly constituted and any pronouncement made by Teo’s purported Election Committee is null and void.” “Therefore, I need to see the letter and know the reasons for ROS’s decision.”

“On many occasions since September last year, we have notified ROS about Teo’s removal as LDP’s Secretary General and his subsequent suspension by the Disciplinary Committee in October last year.

Teo’s removal and suspension under the Party’s Constitution is valid.” “We have also complained to ROS about Teo’s illegally constituted EGM and their subsequent Party Election on 19/20 October 2013.

There are many other issues that we have also notified the ROS in writing on many occasions throughout the last few months. However, up until today, ROS has not responded at all to any of our letters.”

On 30th December 2013, I have directed the LDP’s Secretary General to hold a Special Party Conference on 29-30th March 2014 so that, among others, all Party members can exercise their lawful right to elect LDP’s office bearers of their choice.

The lawful right of the Party members to elect LDP’s office bearers cannot be frustrated in any manner by Teo or any other party.”

“On 2nd January 2014 , when the report surfaced in local newspapers concerning the impugned news, I have instructed my lawyer to write to ROS demanding ROS to verify the truth or otherwise of the contents of the reports, in particular to the allegation that they have issued a letter to Teo dated 2nd January 2014. At the same time, I have also demanded ROS to reply to all our earlier letters that we have written to them since September last year.”“I thereby strongly urge ROS to immediately issue a written directive to clarification of all these issues within the next few days, failing which I have no alternative but to refer this matter to my legal team to pursue an action against ROS in the Court.”“Meanwhile, I also urge my Party members to remain calm and not to believe all the speculations made that was calculated to confuse not only them but the political leaders in the country.”

I wish to assure all my Party members that I am fully committed to the democratic right of Party members to vote for the Party’s office -bearers of their choice at the Party Conference and I will abide by whatever decision the Party members wish to make. Such a democratic process must be upheld and I will resist any unlawful attempt by any person to derail such a democratic process.

4 January 2014

Harga Barang Naik dan Puncanya

Harga barang naik, kerana barang itu terhad, ertinya permintaan lebih berbanding penawaran. Harga barang juga boleh naik, kalau rangkaian yang terlibat memasarkan/menjual barang itu sepakat untuk menaikan harga,. meskipun, jumlah barang itu banyak berbanding yang diminta dalam keadaan ini, harga bukan ditentukan oleh pasaran, melainkan oleh mereka yang terlibat dalam rangkaian itu.

Di negara ini, walaupun barangan yang dijual berasaskan konsep ekonomi terbuka, namun mereka boleh bersifat seperti pasar monopoli; atas sebab mereka boleh mengatur harga barangan disemua peringkat; sehingga pengguna tiada pilihan. Tujuan kepada kesepakatan ini adalah mengaut keuntungan maksima daripada para pengguna.

Peniaga walaupun ramai, tetapi bersifat homogen; atas sebab itu mereka boleh menentukan harga dengan mudah.

Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak, gula dan menaikan tarif litrik, adalah peluang yang mereka tunggu. Mereka mempergunakan tindakan kerajaan itu sebagai kambing hitam dan mengatur kenaikan harga barangan secara sistematik, tujuannya agar sara hidup meningkat, pada giliriannya, rakyat resah, dan kemudiannya membenci kerajaan.

Selain orang tengah, para peniaga yang saling berkaitan adalah penyumbang kepada kenaikan harga sejak akhir-akhir ini.

OKB merasakan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan kenaikan harga barangan dalam negara ini. Satu fakta yang tidak boleh dielak, adalah kebanyakan pusat perdagangan atau pusat distribusi barangan berada di bandar-bandar utama, dan keseluruhan bandar-bandar itu adalah wilayah pembangkang, jika berasaskan keputusan pilihanraya. Daripada sekian banyak pusat bandar, hanya Johor Baharu, Kangar sahaja bukan wilayah pembangkang.

OKB mempunyai anggapan, bahawa tangan-tangan ghaib terlibat dalam kenaikan harga barangan yang dirasakan begitu sistematik sekali.

Menumbangkan kerajaan, selain melalui politik juga boleh dilakukan melalui keresahan rakyat, terutama yang berhubungan dengan sara hidup.

Pihak yang mahu merebut kerajaan, telah mencuba sejak tahun 1998, melalui gerakan REFORMASI, namun gerakan itu tidak juga berjaya sehingga PRU-13 lalu, meskipun melalui dua PRU, mereka mampu menidakkan kuasa 2/3 kerajaan BN di dewan rakyat.

Mereka juga (pembangkang) mahu mengajak rakyat untuk menumbangkan kerajaan bukan melalui pilihanraya seperti Arab Spring; namun rakyat tidak sanggup ikut dengan gerakan itu. Disebabkan kegagalan itu, mereka mencari kaedah lain, dan kini mereka mempergunakan kaedah tersembunyi mereka, iaitu melalui kenaikan harga barangan, untuk mengwujudkan kemarahan rakyat.

Kerajaan mengambil tindakan untuk melawan rancangan tersembunyi itu melalui pemberian BR1M dan polisi-polisi lain, seperti bantuan perumahan, bantuan persekolahan; namun tindakan kerajaan itu, tidak mampu membendung gelombang kenaikan harga barangan, kerana bantuan kerajaan itu kadarnya terlalu sedikit berbanding beban yang perlu dipikul oleh rakyat, akibat kenaikan harga barangan, sehingga sara hidup juga meningkat.

Dalam keadaan sekarang, kerajaan boleh membendung kegiatan tersembunyi ini, melalui gerakan nasionalisi semua rangkaian yang melibatkan barangan keperluan asas rakyat. Dengan tindakan itu, setidak-tidaknya dapat memotong peranan orang tengah, dan memendekkan rantai perniagaan. Dalam pemasaran, semakin pendeknya mata rantai daripada pengeluar dan pengguna, maka semakin kuranglah kos-kos tambahan.

Kerajaan melalui tindakan nasionalisi, boleh mengurangkan kos daripada segi penyimpanan, pengangkutan, kerana ianya dilakukan dalam bentuk lambak atau volume yang amat besar. Melalui kaedah itu, maka kos seunit akan semakin rendah.

Kerajaan perlu memikirkan cadangan ini.

PRU-14 Masih Lama

BIASANYA, pemimpin atau kerajaan akan dekat dan mesra rakyat kalau PRU semakin dekat. Memandangkan PRU-14, masih lama atau kira-kira empat tahun lagi, maka pemimpin atau kerajaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Pemimpin sudah terbiasa, bahawa apa sahaja isu yang timbul jauh sebelum PRU itu, akan terlupakan, apabila PRU diambang pintu.

Penulis yang mengikuti sikap pemimpin atau kerajaan sejak sekian lama, setiap selesai sesuatu pilihanraya atau pemilihan parti, rata-rata pemimpin akan kembali kepada sikap lama; yakni lebih suka membiarkan rakyat meronta-ronta semahunya, kerana mereka tahu bagaimana mengubatinya, di kala dekat PRU.

Pada PRU-13 lalu misalnya, rakyat menerima manifesto Barisan Nasional dengan kata-kata sandi JANJI DITETAPI, kerajaan akan senantiasa MENDENGAR DEGUP JANTUNG RAKYAT. Atas sebab itu, walaupun PRU itu dikatakan IBU KEPADA SEMUA PILIHANRAYA, namun rakyat memberikan kerusi 133 kepada Barisan Nasional berbanding kumpulan yang mahu merebut kerajaan 89 kerusi Parlimen.

Pada PRU 13 itu juga, walaupun kebanyakan negeri yang dikuasai Barisan Nasional mengalamai kemerosotan jumlah kerusi yang diperolehi berbanding PRU-12, namun apa yang membanggakan gabungan 13 parti itu, adalah kejayaan merampas semula Kedah dan menambah kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Pada PRU-13 itu, di Negeri Terengganu hampir berulang keputusan tahun 1999, di mana Pas berjaya menubuhkan kerajaan; Terengganu kini diperintah BN dengan hanya kelebihan dua kerusi (BN=17; PAS=15).

Pada PRU-13 lalu, isu panas seperti kenaikan harga barangan belum lagi muncul, walaupun trend kenaikan itu sudah terasa, namun kerajaan berjaya mengekangnya dengan memberikan subsdi yang besar, serta pemberian tunai melalui BR1M. Namun, bagi berdepan dengan PRU-14, isu yang mecekam rakyat adalah kenaikan taraf hidup yang tidak diimbangi dengan kenaikan pendapatan.

Pemberian BR1M, bukan lagi sebagai ubat penawar, pembinaan rumah-rumah mesra rakyat juga bukan dianggap sebagai penawar kepada kehidupan harian rakyat yang senantiasa bertembung dengan harga keperluan harian yang terus melambung.

Bermula pada 30 Disember lalu, apabila bermulanya KEMBALI KE SEKOLAH, ibu bapa sudah merasakan bahang kepada kesengsaraan hidup. Harga keperluan anak-anak seperti kasut, seragam sekolah, beg sandang serta harga bahan-bahan tulisan meningkat sehingga 60 peratus berbanding harga tahun 2012.

Jika pada tahun 2012, wang RM1,000 sudah cukup menampung perbelanjaan 3 anak termasuk kos pendaftaran, kini jumlah itu, hanya mampu menampung separuh daripada keperluan.

Alahai, kerana PRU-14 masih jauh, inilah harga yang perlu diabayar selama 4 tahun. Benarlah kata pemikir, jangan tanya sumbangan negara kepada anda, tanyalah sumbangan anda terhadap negara.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels