24 August 2014

Musa Perlu Teruskan Kepimpinan

APA yang rakyat Sabah mahu? kepimpinan yang dinamik? pembangunan? Bajet yang terus meningkat? Tabungan wang negeri yang terus meningkat? atau kestabilan politik? semuanya berlaku sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2003. 

Musa berutung kerana mempunyai pasukan kepimpinan yang setia yang diketuai oleh Timbalannya Datuk Salleh Tun Said, Ketua-Ketua bahagian Umno yang menyokong beliau diasmping sokongan parti-parti komponen Bn Sabah.

Musa bukan sahaja disokong oleh para pemimpin parti, malah oleh semua wakil rakyat baik daripada Umno ataupun komponen Bn; inilah yang menyebabkan beliau selaku Ketua Menteri mampu menggalas tugas, sehingga tahun demi tahun, Sabah mencapai surplus bajet, dan memnyebabkan tabungan kewangan negeri terus bertambah.

Mengambil alih jawatan Ketua Menteri dengan tabungan kewangan negeri sedikit di atas RM100 juta, malah sebelum itu, bajet kerajaan negeri pernah defisit.

Pendirian Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Salleh Tun Said bahawa Musa perlu meneruskan tugasnya sebagai ketua di negeri ini adalah tepat pada masanya, kerana demi mencapai HALATUJU SABAH yang telah dirangka, maka Musa perlu meneruskan tugasnya untuk merealisasikan plan induk pembangunan Sabah itu.

23 August 2014

Hanya Ada Satu Ketua: Salleh

SETIAP kita mahukan satu perjalanan atau pelayaran yang selamat; bukan sahaja selamat semasa dalam perjalanan juga selamat tiba ke destinasi.

Menurut Salleh-ibarat sebuah kereta api, hanya ada sebuah kepala; dengan berbagai gerabak; perjalanan kereta api itu sepenuhnya tergantung kepada kepala kereta api itu; gerabak akan ikut lenggang lenggok kepalanya sehinggalah berhenti atau tiba ke destinasi terakhirnya. Dalam politik atau organisasi atau kerajaan juga demikian, kejayaannya semua bergantung kepada ketua dengan syarat, apa sahaja perancangan, idea atau tindakan ketua perlu dipatuhi, dilaksana hingga berjaya.

Berjayanya sang ketua, jika tidak berlaku sabotaj, tidak berlaku tikam belakang. Untuk itu konsep satu ketua perlu benar-benar dihayati, dihormati, oleh semua pihak agar dapat berkesan dan menjamin kejayaan.

Salleh menlontarkan konsep satu ketua ketika berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud hujung minggu lalu. Mesyuarat Bahagian itu dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Salleh meneggaskan, bahawa pada satu-satu masa, adalah perlu bagi kita berketuakan satu, disokong dengan cara berpasukan; berjalan seiring dengan sang ketua; kerana sang ketua sudah tentu mempunyai perancangan di luar makluman kita, untuk sampai ke suatu destinasi dengan selamat dan paling membahagiakan adalah mencapai kejayaan.

Sabah yang berketua menterikan Musa sejak tahun 2003, ternyata dalam landasan betul baik daripada segi politik mahu daripada segi ekonomi. Kestabilan politik Sabah menyebabkan setiap PRU, BN Sabah mencapai kejayaan dan memerintah dengan kuasa 2/3 di Dewan undangan negeri; malah salah satu penyumbang terbesar MB di Dewan Rakyat.

Sabah kini bukan sahaja setiap tahun membuat rekod dalam bajet, malah mampu memperkuat tabungan kewangan negeri; itu kepada paras RM3bilion. Tabungan kewangan itu berjaya dikumpul ekoran setiap tahun sejak tahun 2003, belanjawan Sabah senantiasa surplus dalam lingkungan RM272 juta setahun.

Lontaran Salleh berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa dan diperingkat pusat adalah Najib; sesuai dengan keadaan semasa. Hanya melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada ketua, maka sebarang bentuk perancangan, tindakan dan keinginan rakyat dapat dilaksanakan, kerana sang ketua tidak disibuk dengan karenah-karenah tertentu, sebaliknya dapat menumpukan masa dan tenaga serta fikiran kepada kemajuan negari/negara demi rakyat.

16 August 2014

Kukuhkan Umno: Salleh

Umno adalah parti tunjang kerajaan, bukan sahaja di Sabah malah di negara ini. Untuk itu, semua ahli parti itu dimohon untuk memperkukuh parti itu di semua peringkat. Satu cara memperkukuhkan parti adalah melalui gerak kerja yang bersepadu dan berpasukan. Itulah intipati ucapan Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang mengadakan mesyuarat pada Sabtu di Kota Belud yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno negeri.

Apabila sestiap ahli saling bergading bahu, berjalan seiring, sesuai dengan tema persidangan itu, maka perasaan kekitaan dalam parti akan semakin menebal; apabila perasaan semakin menebal, maka di situlah roh perjuangan akan tercetus. Roh perjuangan yang kental adalah satu prasyarat agar parti kekal kini dan selamanya.

Tiada cara lain memperkukuhkan parti, melainkan jika semua peringkat saling membantu tidak kiralah mereka yang berjawatan mahu ahli biasa; yang paling mustahak adalah menjaga parti agar parti dapat membela bangsa, agama dan tanah air.

Parti yang telah mengalami pahit maung sejak penubuhannya tahun 1946, memperjuangkan kemerdekaan, mengisi kemerdekaan, perlu terus disuntik dengan semangat yang kental, perlu dibantu dengan idea yang bernas. Idea yang bernas adalah daripada ahli-ahli yang mahu terus parti kekal relevan sepanjang masa.

Melalui kesepakatan dalam persamaan, dan mengambil iktibar daripada perbezaan, merupakan satu kaedah, untuk mengukuhkan parti agar supaya tiada yang merasa dipinggirkan, melainkan semua merasa dalam keadaan menang-menang.

Dalam perakhiran ucapannya, Ketua Bahagian- Datuk Salleh Tun Said mengharapkan agar Umno Kota Belud terus kuat sesuai dengan jolokan Anak Sulung Umno Sabah.

13 August 2014

Umno Kota Belud Semakin kukuh

Datuk Salleh Bersama putri Umno Kota Belud
UMNO Kota Belud semakin kukuh; sesuai dengan namanya ANAK SULUNG Umno Sabah. Kekukuhan Bahagian itu, terlihat pada persidangan tahunan yang berjalan minggu lalu. Para perwakilan mahupun pemerhati di semua peringkat dalam keadaan mode yang ceria dan gembira.

Sesebuah organisasi kukuh, antara faktornya adalah siapa yang mengetuainya. Umno Kota Belud diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga ADUN Usukan selain Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Politiking dalam Umno Kota Belud terkubur, apabila Datuk Musbah Haji Jamli yang juga mantan Ketua bersatu menjadi satu pasukan kepimpinan Umno bahagian. Dengan penyatuan itu, ianya mendorong kepada kekukuhan parti. Syabas kepada para pemimpin kerana mampu melupakan sebarang sengketa demi keutuhan parti.

Sebuah parti yang kukuh, akan mendorong sokongan rakyat; kerana rakyat menilai bahawa pemimpin yang bergerak dalam satu pasukan sahaja mampu membela rakyat.

Kekukuhan Umno Kota belud, merupakan implikasi kepada ketokohan Pengerusi Umno Sabah yang berganding bahu dengan Timbalannya; di mana kepimpinan yang ditunjukkan melalui tauladan menjadi ciri kepimpinan beliau. Tindakan turun padang yang merupakan motto beliau, bukan sahaja merapatkan semua ahli dalam semua peringkat, akan tetapi mencipta satu kondisi yang saling menguntungkan; saling memerlukan antara samu sama lain.

Jika keadaan ini berterusan, nampaknya pada PRU-14 dan PRU-PRU selepas ini, Umno atau BN akan tetap menjadi pilihan majoriti rakyat. Apa tak lagi, rakyat umunya melihat bagaimana bercelarunya parti-parti pembangkang terutama PKR.

Kemelut MB Selangor, yang menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim mahu melaksanakan nepotisme, telah kecundang, kerana PAS dan Khalid ibrahim enggan mengikut telunjuk Anwar.

11 August 2014

Royalti Minyak: Pemimpin BN Sabah Tidak Perlu Melalak: Musa

PEMIMPIN BN SABAH tidak perlu melalak, sehingga terikut-ikut rentak pembangkang berkaitan isu royalti minyak untuk Sabah.

Pemimpin Bn Sabah yang diterajui Musa mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan pembayaran tunai daripada Petronas dengan cara perbincangan yang membawa kepada kejayaan. Sebagai contoh Projek Urea SAMUR di Sipitang menelan kos berbilion merupakan contoh perbincangan yang membuahkan hasil.

Pembangkang hanya tahu melalak, untuk mendapatkan political mileage, kerana mereka tahu, lalakan mereka bagaikan anjing menyalak bukit.

Menurut Musa, kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri sungguh maklum, bahawa Sabah memerlukan dana yang banyak untuk membangun negeri di bawah bayu itu untuk mengejar ketinggalan daripada berbagai bidang. Atas sebab itu, sumber kewangan yang disalurkan kepada Sabah tidak terhadap kepada sumber minyak, akan tetapi daripada sumber-sumber lain.

Bagi Sabah, adalah lebih baik mendapatkan sesuatu yang diminta melalui perbincangan daripada melalak ke sana ke mari, yang pada akhirnya lalakan itu tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kerajaan BN Sabah sangat komited memajukan negeri, baik dalam bidang infrastrukutur juga mahu melahirkan berbagai kegiatan yang boleh menjana pendapatan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.

Melalui rancangan dan program yang dirancang kerajaan Sabah, apabila menjelang tahun 2020, di mana negara diiktiraf sebagai negara maju, negeri Sabah amnya dan rakyatnya khasnya juga ikut maju.

Musa melahirkan hasrat Sabah itu semalam semasa merasmikan Persidangan Bahagian Umno Kota Kinabalu di ibu negeri.

3 August 2014

Musa Ketua Menteri Sabah Yang Paling Berjaya

Sejak dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003; Musa mengetuai tiga pilihanraya umum. Ketiga-tiga pilihanraya itu. BN menang dengan bergaya, sehingga Kerajaan yang dibentuk senantiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Hanya seorang Ketua Menteri yang mampu mengatasi jinx 9 tahun sebagai Ketua Menteri, sejak Sabah Merdeka menerusi Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Juga hanya seorang Ketua Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan Negeri yang mampu mengumpul simpanan negeri lebih RM3bilion, juga hanya seorang Ketua Menteri yang membentangkan bajet yang mencipta rekod dalam bajet Kerajaan Negeri.

Rekod bajet, dicapai, ketika mana, sumber utama negeri iaitu balak, bukan lagi sumber utama; namun keupayaan beliau membentang bajet melebihi RM4 bilion, merupakan satu pencapai tersendiri.

Dalam bab pembangunan, bukan sahaja di kawasan Kota Kinabalu, akan tetapi di kawasan Sandakan dan Tawau, dan kawasan-kawasan lain, tersergam pembangunan luar biasa pesatnya, atas sebab itu Musa dijoloki sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Dalam bab politik, Musa mampu mengayumi semua etnik, semua lapisan pemimpin; sehingga ternampak, tiada perbalahan antara pemimpin utama. Selain itu, Musa berjaya menampilkan beberapa pemimpin pelapis, antaranya Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Rahman Dahalan, Tuan Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Ronald Kiandee dan ramai lagi.

Musa dalam pendekatan politiknya, mahu setiap orang maju, mahu setiap orang mendapat kesempatan memajukan diri; atas sebab itu, bidang pendidikan merupakan salah satu hala tujunya untuk membangun insan terbilang. Musa tidak pernah gagal hadir pada setiap kesempatan yang membabitkan pelajar, misalnya anugerah biasiswa pelajar cemerlang negeri Sabah; hadir bersama para mahasiswa di berbagai kampus perguruan tinggi; tujuannya agar para pelajar yang merupakan waris kepada pembangunan dan kemajuan serta kepimpinan masa depan negeri supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan negeri dan negara.

Melihat, kecenderungan Musa mengurus negeri; beliau tidak suka sangat dalam hal politiking, atas sebab itu kenyataan politiknya agar kurang berbanding tindakannya mengamalkan tindakan melalui cara dan tauladan. 

Kekerapannya beliau turun padang, bukan sahaja melalui acara rasmi, juga sambutan-sambutan keagamaan dan majlis-majlis kebudayaan; maka setiap rakyat merasakan keberadaan Ketua Menteri itu bersama rakyat.

Pada 16 ogos, Ketua Menteri itu dijadualkan akan turut hadir pada sambutan Hari Raya Umno Kota Belud, bertempat di Padang Pekan Kota Belud. Kehadiran beliau sudah tentunya mengeratkan lagi hubungan beliau dengan pelbagai etnik di negeri ini.

Kota Belud adalah anak sulung Umno bagi Sabah, apabila julung kali parti itu menang kerusi Dewan Undangan Negeri melalui Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun pada satu Pilihanraya Kecil tahun 1991.

15 July 2014

Royalti Minyak Sabah: Kami Punya Hubungan Langsung Dengan Perdana Menteri_ Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tiada larangan kepada sesiapa sahaja untuk bercakap berkaitan dengan royalti minyak yang diterima Sabah. Namun, bagi kerajaan Bn Sabah, tidaklah perlu melolong ke sana ke mari, kerana kami mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri.

Musa menyatakan bahawa kenaikan royalti minyak untuk Sabah, bukan sahaja menjadi hasrat pembangkang, namun hasrat kerajaan dan pemimpin Bn lebih daripada itu. Beliau berkata, disebabkan kerajaan dan pemimpin Sabah mempunyai saluran berkaitan dengan isu royalti minyak, maka tidaklah perlu melalak ke sana sini untuk mendapat perhatian.

Semalam, Musa memberi jaminan bahawa pada Rabu akan ada taklimat berkitan dengan royalti minyak kepada ADUN Sabah, untuk itu, beliau meminta para ADUN mempergunakan masa itu bertanya atau meminta penjelasan berkaitan isu royalti minyak demi pemahaman, supaya jelas dan terang once for all.

Pada Sabtu sempena lawatan singkat Perdana Menteri ke Sabah, Dato Seri Najib telah mengumumkan beberapa langkah untuk menambah peruntukkan kepada Sabah berkaitan dengan pengeluran minyak daripada Sabah; antaranya kenaikan CSR Petronas kepada kerajaan Negeri untuk digunakan sebagai dana pendidikan.

14 July 2014

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan Mac lalu ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada Sabtu semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak. Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih????

12 July 2014

Royalti Minyak: Sabah Punya Cara Tersendiri: Musa

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman berkata pada Sabtu, Sabah mempunyai caranya sendiri berkaitan isu royalti minyak untuk Sabah. Para pemimpin Sabah tidak pernah berdiam diri sepertimana dakwaan pembangkang; walaupun isu itu tidak dibincangkan melalui Dewan Undangan Negeri; sepertimana dilakukan oleh negeri jiran Sarawak.

Kami membincangkan isu royalti minyak samada diperingkat kabinet mahupun kepimpinan parti; sebab itu Perdana Menteri telah mengarahkan Pengurusan Petronas untuk memberi kami taklimat serta perbincangan yang membawa keputusan yang baik bagi tujuan menambah sumbangan kepada Sabah.


Najib Buat Lawatan Singkat Ke Sabah Hari Ini

Najib, Salleh Said dan Yahya Hussien di KKIA
Perdana Menteri melakukan lawatan singkat ke Sabah hari ini. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri telah mendarat pada pukul 12.36 tengah hari tadi. Beliau diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said dan barisan kabinet serta 500 rakyat.

Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih di Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang.

11 July 2014

Apa Khabar Strategi Lautan Biru Kota Belud?

Januari lalu, Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan melancarkan Pelan Tindakan Stategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi Pekan Kota Belud.

Pelan Tindakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang pertama peringkat bandar dilancarkan itu membabitkan 21 projek bernilai RM37.2 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini. 

Semasa melancarkan pelan tindakan itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah projek yang dikenal pasti, 11 adalah projek 'Quick Wins' bernilai RM7.47 juta yang akan dilaksanakan tahun ini di daerah yang mendapat jolokan nama Daerah Koboi Timur itu. 

"Kementerian akan melaksanakan peruntukan serta-merta dan disiapkan tahun ini, antaranya projek menaik taraf sistem perparitan bandar di Kompleks Centenary dan Pasar Tani, menyediakan tempat letak kereta baharu, naik taraf jalan dan padang serta mercu tanda Kota Belud," katanya. 

Beliau berkata komponen utama projek mesra rakyat itu ialah pembinaan Bazar Rakyat tiga tingkat di tapak pasar tani sedia ada dan menaik taraf padang pekan itu membabitkan kos RM9.8 juta. 

Abdul Rahman berkata kementerian juga akan membina terminal bas bersepadu, tempat letak kereta bertingkat dan menempatkan semula secara berpusat gerai pasar tani, pasar malam dan gerai kecil selain menaik taraf Arked Kota Belud dan kajian sistem lalu lintas bandar. 

"Pelan tindakan ini adalah hadiah kepada warga Kota Belud yang akan memberi perkhidmatan menyeluruh serta mewujudkan esplanad sebagai tumpuan pengunjung dan tempat persinggahan kepada lebih 91,000 penduduk dari pantai barat utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat," katanya. 

Semalam OKB sempat berbual-bual dengan beberapa pemuda Umno  Kota Belud yang aktif bukan sahaja turun padang, malah aktif dalam dunia siber. Antara perbualan kosong itu terbangkit juga isu NBOS Kota Belud, selain beberapa projek atau program yang pernah diumumkan di Kota Belud baik sebelum PRU-13 ataupun selepas itu. Sebagai pemuda kata mereka, memang keinginan semua projek/program yang diumumkan itu cepat dilaksanakan terutama yang berkait rapat dengan mereka, misalnya peluang pekerjaan atau peluang-peluang lain yang bakal timbul daripada semua itu. Namun, apa yang menyedihkan, kata mereka, hingga setakat ini, selepas lebih setahun selepas PRU-13; belum ada tanda-tanda projek/program itu lepas landas, malah kedengarannya terlalu banyak karenah birokrasi sedang dihadapi.

Program perumahan rakyat yang berjumlah 1,000 unit di Kampung Pirasan Kota Belud misalnya, yang sangat diharapkan oleh pemuda yang bakal berkeluarga; dikatakan indah khabar daripada rupa; antara penyebabnya; dikatakan perancang bandar tidak meluluskan projek itu; walaupun ianya telah diumumkan.

Juga, pembangunan Pusat Minyak dan Gas di Kuala Abai, Kota Belud juga tidak serancak sepertimana yang diharapkan; di mana projek itu telah menjanjikan 1,200 peluang pekerajaan.

Nampaknya usaha Ahli Parlimen Kota Belud yang juga seorang Menteri Persekutuan-Datuk Rahman Dahalan tidak selancar tulisan di atas kertas; antara penyebabnya; kerana usaha-usaha itu berdepan dengan berbagai kekangan terutama daripada segi human capital; para pejawat awam yang kurang pengetahuan serta kurang pengalaman.

Bagi OKB, jika Rahman mahu merealisasikan apa-apa sahaja rancangan yang mahu dibina di Kota Belud, beliau sendiri terpaksa mempraksanya, kerana jika tidak, semuanya tidak akan berjaya walaupun masa tempoh sepanggal sebagai Menteri akan berakhir.

Memang tugas menteri persekutuan meliputi seluruh negara, selain itu perlu melawat negara-negara luar bagi menyahut tugas-tugas rasmi.  Menteri hanya seorang; untuk menjadi superman bukan mudah dilakukan; untuk itu, seorang menteri perlu mencipta dirinya berpuluh-puluh; dan menzahirkan misinya kepada individu-individu; namun Rahman tidak melakukan pendekatan itu, sebaliknya para individu disekelilingnya 'berusaha" bagaimana menyelimuti menteri itu daripada pandangan umum atau rakyat. Mungkin MP itu sedar? ataupun tidak? tetapi inilah yang terlihat pada ketika ini. 

14 June 2014

Apa Kah Menerima ADUN Pembangkang Suatu Langkah Bijak?

Sesuatu yang mungkin dilupakan oleh pemimpin politik, bahawa kemenangan seseorang calon pada suatu kawasan adalah kerana sokongan majoriti rakyat terhadap sesebuah parti di kawasan itu. Atas sebab itu, walaupun seseorang calon yang mewakili sesebuah parti tidaklah ternama; namun boleh juga menang dalam sesebuah pilihanraya.

Pada PRU-13 lalu, di Sabah misalnya, boleh dikatakan bahawa sebahagian besar kawasan DUN atau Parlimen yang dimenangi pembangkang bukanlah diwakili oleh calon-calon yang mempunyai nama dalam arena politik. Kemenangan mereka atas sebab parti yang mereka wakili.

Entah startegi siapa, menerima kemasukan atau menerima sokongan daripada ADUN yang menang itu; kononnya akan dapat menggambit sokongan rakyat yang menyokong mereka semasa pilihanraya. Memang secara moralnya, dalam jangka pendek, boleh mempengaruhi pengundi, namun secara jangka panjang; ianya tidak berimpak; kerana rakyat yang mengundi mereka itu; bukanlah kerana calon, akan tetapi atas sebab parti yang diwakili mereka.

Ambil contoh calon DAP DUN Likas, Junz Wong, sebenarnya OKB tidak pernah mendengar siapa sebenarnya calon itu; malah sebahagian besar pengundi Likaspun tidak mengenali siapa calon itu. Demikian juga calon Parlimen Sandakan, calon ADUN Sri Tanjung, Tawau, calon DUN Kedamaian.

Selepas sahaja PRU-13 mei 2013; tiga ADUN Pembangkang meninggalkan parti yang diwakili mereka dan mengistiharkan ADUN mesra BN. Di pihak ADUN itu, mereka menyatakan mereka keluar parti yang diwakili mereka, demi rakyat di kawasan yang diwakilinya; namun sebenarnya niat mereka; bukanlah demikian; sebaliknya adalah untuk mengejar peruntukan daripada kerajaan, demi kepentingan diri sendiri. Rakyat yang mengundi mereka, tahu alasan mereka keluar. berasaskan persepsi itu; jika BN yang gembira kerana kononnya menerima sokongan daripada ADUN bekas ahli parti pembangkang jika tidak berhati-hati; maka akan terabui dengan tindakan itu. Sampai masa pilihanraya umum, kawasan yang dimenangi pembangkang itu; tetap sahaja dimenangi parti lawan; walaupun peruntukan diberikan melalui ADUN yang mengistiharkan diri mereka sebagai ADUN mesra BN. 

Cerita panas masa ini, adalah berkaitan dengan ADUN Luyang Hiew King Chieu; ADUN DAP yang keluar daripada parti itu; yang pada mulanya mengistiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan minggu lepas dikatakan diterima oleh parti MCA.

Protes awal dinyatakan oleh parti PBS, melalui Presidennya Tan Sri Pairin Kitingan; kononya cara menerima Hiew itu tidak berasaskan konsesus parti komponen Bn. Selepas itu; Timbalan Presiden LDP menyuarakan pendiriannya bahawa cara itu juga bukan berasaskan kepada konsesus.

Melihat kepada keadaan itu, terbukti menerima ADUN pembangkang sebagai ahli parti komponen Bn, bukan mendatangkan kebaikan kepada Bn, malah mengundang perbalahan. Perbalahan boleh mengundang kepada kekalahan; inilah yang berlaku pada calon DAP bagi Teluk Intan pada 31 mei lalu.

Kemasukan Hiew melalui MCA bagi DUN Luyang; kalau dilihat daripada pendekatan politik secara luaran, memang positif; namun kalau dilihat daripada rakyat yang mengundi; ianya tidak berimpak apa-apa. Kawasan itu; tetap menjadi kawasan DAP setidak-tidak dalam masa 10 tahun akan datang; kecualilah jika berlaku persempadan baru.

Bagi OKB, 12 kawasan yang dimenangi Pembangkang pada PRU-13 lalu, hanya DUN Klias, Kedamaian dan Matunggong boleh dimenangi semula; manakala kawasan-kawasan lain bakal terus dimenangi parti-parti pembangkang.Malah Dun Kiulu, dan Tambunan adalah kawasan berisko besar akan jatuh ke tangan pembangkang.

Sayogianya, pendekatan yang paling jitu bagi Bn Sabah, adalah menumpukan pembelaan kepada rakyat di mana komponen Bn itu menang; bukannya terpengaruh dengan sokongan mantan-mantan ADUN Pembangkang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels