9 September 2014

PRU 14: Cabaran Utama Sabah Adalah Soal Agama Dan Sukuan

PARTI PEMBANGKANG terutama PKR dan DAP tahu benar bagaimana mengalahkan parti-parti kerajaan di Sabah.

Parti-parti itu melihat kejatuhan parti-parti yang memerintah Sabah sejak merdeka. Kejatuhan kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS semuanya berkisar atas agama dan sukuan.

Usaha Pakatan Rakyat merampas kerajaan Malaysia hanya tersandung kerana sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap parti Barisan Nasional. Pada PRU-12 dan 13, sokongan Sabah dan Sarawak tetap padu kepada BN, atas sebab itu parti yang memerintah sejak merdeka masih lagi membentuk kerajaan.

Pakatan Rakyat melihat, jika tidak mendapat kerusi parlimen sekurang-kurangnya separuh daripada 57 yang tersedia bagi Sabah dan Sarawak, maka impian mereka menduduki Putrajaya hanya tinggal angan-angan.

Untuk mencapai matalamat itu, parti-parti pembangkang memainkan isu agama, sukuan untuk membangkitkan kebencian terhadap parti-parti kerajaan; kerana melalui cara itu sahaja, rakyat ke dua negeri itu akan merasa emosi. 

Pihak pembangkang apakah secara langsung atau tidak atau menggunakan proxi membuat kenyataan-kenyataan yang memperbesar-besarkan soal-soal agama, kesukuan, mempersoalkan istilah kemerdekaan, mempersoalkan angka kemerdekaan, malah mendakwa bahawa harta Sabah dan Sarawak dibolot oleh pihak Malaya apakah melalui Petronas mahupun ladang-ladang besar pertanian yang diluasai oleh syarikat-syarikat Semenanjung.

Tindakan Lim Kit Siang melawat Batu Sumpah di Keningau pada 31 Ogos, merupakan satu tindakan provokasi kepada rakyat Sabah, melalui lawatan itu, seolah-olah kerajaan Persekutuan melanggar sumpah itu, selain dikaitkan dengan 20 perkara yang sering dikumandangkan oleh puak-puak ini.

Lim Kit Siang tahu, bahawa hanya melalui perpecahan kerharmonian antara kaum sahaja yang di Sabah dan Sarawak yang membolehkan parti itu mendapat undi; hanya melalui emosi sahaja rakyat akan terpengaruh.

Contoh mudah yang dilakukan Lim Kit Siang adalah menghasut tidak lebih 400 penduduk Tambutoun di Kota Belud, sehingga kira-kira 100 ribu penduduk menderita kerana kegagalan pembinaan empangan Tambutuon; di mana empangan itu diperlukan sebagai sumber air bersih, sawah dan tenaga litrik. Malangnya, di Pulau Pinang pembinaan empangan yang jauh lebih besar daripada empangan Tambutuon tidakpun dibantah malah menjadi keutamaan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah anak Kit Siang, Lim Guan Eng.

Pada PRU-13, isu agama di Sabah dan Sarawak memungkinkan parti DAP dan PKR mendapat kerusi; sebagai contoh di DUN Kedamaian, isu utama pada ketika itu, kalau calon BN menang, maka esok semua kitab injil di gereja-gereja akan dirampas dan dibakar; pihak BN tidak sempat kaunter dakwaan itu, kerana mereka menghubungkannya dengan keputusan mahkamah di Putrajaya, bahawa kaum kristian dilarang menggunakan Kalimah Allah.

Pada PRU-14 akan datang, isu agama dan sukuan akan dijadikan pendekatan parti-parti pembangkang; dan ironinya, parti-parti kaum dalam Bn sendiri, kurang memberi perhatian kepada tindakan pembangkang ini.

Kepada pihak pucuk pimpinan BN Sabah, walaupun di atas kertas Umno sebagai tunjang kepada kerajaan dan mempunyai 32 kawasan ADUN; namun ada beberapa ADUN yang dimenangi Umno berpaksi kepada tiga suku kaum; demikian juga kawasan-kawasan Parlimen seperti Beluran, Sepanggar, Kinabatangan, Pensiangan, Tenom, Keningau, Kota Belud, Tawau, Batu Sapi, Ranau dan Beaufort.

Untuk menjamin bahawa parti BN Sabah senantiasa mendapat kerusi yang diperlukan oleh BN Pusat, maka satu strategi awalan perlu dilakukan, untuk membendung karenah parti pembangkang terutama DAP.

31 August 2014

Muhiyiddin Kagum Pembangunan Sabah Di Bawah Musa

TIMBALAN PERDANA MENTERI Tan Sri Muhiyiddin Yassin kagum pembangunan Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Bahagian Umno Beaufort pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan kekaguman beliau itu di depan para perwakilan Umno Bahagian itu. Musa juga turut hadir dalam mesyuarat itu.

Semenjak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, bukan sahaja beliau berjaya mengetuai tiga pilihanraya umum, juga pembangunan Sabah begitu rancak, sehingga beliau dijoloki sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Pendapatan Sabah terus meningkat, pembangunan di seluruh kawasan juga meningkat; di samping peningkatan bajet tahunan Sabah terus membuat rekod. 

Selain itu usaha pembasmian kemiskian terus giat dilakukan sehingga kadar kemiskinan menurun kepada satu digit pada tahun 2012.

Pelaburan asing yang masuk ke negeri terus meningkat daripada kurang RM1 bilion tahun 2010 kepada RM3.5 bilion tahun 2013.

Kestabilan politik baik dalam Umno mahupun komponen BN terus terpelihara, atas sebab itu semua pemimpin dan wakil-wakil rakyat mempunyai masa yang cukup untuk merancang membela rakyat.

Sabah dari masa merdeka tahun 1963, tidak lekang dengan pergolakan politik. Menurut pengalaman Sabah, setiap 9 tahun ada pergolakan politik; juga ada pergantian kepimpinan negeri. Musa adalah satu-satunya Ketua Menteri yang melepasi jinx 9 tahun.

Mengapa Musa dapat terus bertahan? sebabnya kepimpinan beliau yang dinamik, tingkat kesetiakawanan beliau yang cukup tinggi; sehingga jarang orang melihat kepada kekurangan beliau, malah yang terlihat adalah kebaikan beliau.

Selain itu Musa adalah seorang yang berpendirian teguh, tidak mampu tergoyahkan dengan sebarang isu kerana beliau yakin dan tahu bahawa tindakan yang beliau lakukan adalah untuk rakyat.

Walaupun TPM tidak menyatakan kekaguman terhadap kepimpinan Musa, rakyat Sabah tahu, atas sebab itu dalam tiga PRU lalu, Sabah membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri; selain penyumbang ramai MP untuk kerajaan Persekutuan.

28 August 2014

Mengapa Rakyat Perlu Pertahankan Musa?

KEPIMPINAN yang dinamik membuatkan Datuk Seri Musa Aman melepasi jix 9 tahun kedudukan Ketua Menteri Sabah.

Untuk rekod, sejak zaman Usno, Berjaya dan PBS, Ketua Menteri Sabah hanya bertahan selama 9 tahun; namun selepas Musa di lantik pada tahun 2003, kedudukan Ketua Menteri Sabah tetap orang yang sama selepas 10 tahun.

Musa melalui tiga pilihanraya umum, tahun 2004, 2008 dan 2013, semuanya dimenangi dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.

Mengapa Musa perlu dipertahankan rakyat? antara sebabnya ada rekod. Bajet kerajaan negeri misalnya, saban tahun meningkat, malah senantiasa membuat rekod.

Pembasmian kemisikian misalnya, beliau mampu menurunkan kemiskinan daripada double dingit kepada single diggit, daripada 19.7 peratus tahun 2009 kepada 8.1 peratus tahun 2012, jika dikaji lagi kadar kemiskinan semasa, sudah tentu kadarnya akan lebih rendah. Kemiskinan Luar Bandar misalnya jika tahun 2009 berkisar pada angka 32.8 peratus, pada tahun 2012, turun kepada 12.9 peratus. Memang angka itu relatif tinggi, namun berbagai program untuk pembangunan luar bandar seperti agropolitan, 1Azam, Mesej, maka penurunan kadar kemiskinan luar bandar bakal berlaku.

Dari segi pelaburan yang masuk Sabah, tahun 2010 berjumlah RM920 juta, namun tahun lepas telah meningkat kepada angka RM3.5 bilion.

GLC yang dimiliki kerajaan Sabah rata-rata mencipta keuntungan, malah dividen yang dibayar kepada kerajaan Sabah saban tahun meningkat. Penyebab kepada keadaan ini kerana kepimpinan Musa yang beronetasikan kepada kejayaan. Pengalaman beliau sebagai banker, membantu beliau dalam peningkatan pendapatan dan seterusnya keuntungan kepada GLC milik kerajaan negeri.

Melihat kepada rekod dan dinamiknya kepimpinan Musa, diterjemahkan oleh pemimpin akar umbi sepertimana ditunjukkan oleh Ketua- Ketua Bahagian Umno seluruh Sabah, sempena mesyuarat di peringkat bahagian. Ketua-ketua bahagian menzahirkan keinginan akar umbi melalui ikrar, bahawa Musa perlu meneruskan kepimpinan negeri untuk meneruskan kejayaan selain untuk merealisasikan Hala Tuju Sabah.

Dinamiknya kepimpinan Musa terlihat bagaimana perkongsian kuasa melalui semangat barisan nasional senantiasa kukuh, sehingga tiada lapisan rakyat yang merasa tersisih. Semangat kerja berpasukan dan saling membantu merupakan kekuatan Musa dalam memimpin negeri.

Dalam isu royalti minyak atau pemilikan dalam industri minyak dan gas, kedinamikan Musa berunding, memungkinkan harapan rakyat Sabah tertunai, misalnya pemilikan saham melalui LNG9, Sabah diberikan 10 peratus kepentingan berbanding keputusan awal 5 peratus.

Dalam berdepan dengan isu royalti minyak, Musa tidak terikat kepada peratusan yang dibayar, melainkan berapa amoun yang disalurkan kepada Sabah untuk pembangunan rakyat. Musa lebih berminat kepada jumlah yang masuk, bukannya kepada peratusan yang tetap. Bagi Musa, yang mustahak adalah keperluan Kerajaan Negeri daripada segi kewangan diberikan oleh Persekutuan, tidak kira bersumber daripada sektor mana.

Meneruskan kepimpinan Musa beyond PRU-14, merupakan satu cara untuk mengejar ketinggalan Sabah daripada serba serbi. Sebagai ahli perniagaan Musa tahu benar, bagaimana memajukan Sabah untuk rakyat negeri ini.

26 August 2014

Apa Kah Kepimpinan Musa Tergugat?

APAKAH Kepimpinan Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah tergugat? kerana para pemimpin kanan Umno siri berganti memberikan sokongan secara terbuka.

Ikrar sokongan pertama dizahirkan oleh Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Speaker Dun Sabah dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, kemudian diikuti oleh Ketua Bahagian Umno Tuaran, Ketua Bahagian Umno Ranau, Ketua Bahagian Umno Papar dan terkini Ketua Bahagian Umno Putatan. Sebelum kenyataan dikeluarkan oleh para Ketua Bahagian itu, Ketua Bahagian Umno Kota Kinabalu juga menzahirkan sokongan yang sama; kemudian dikuti oleh Ketua-ketua Bahagian yang lain, yang keseluruhannya 24, tidak termasuk Ketua Bahagian Umno Libaran yang diketui oleh Musa sendiri.

Apa kah selepas 11 tahun Musa menjadi Ketua Menteri, maka para pemimpin parti perlu memperbaharui sokongan secara terbuka; atau kah memang ada gerakaan terselindung yang digerakkan agar supaya Ketua Menteri itu akan lalai, kerana di atas kertas dan terbuka beliau mendapat sokongan?

Sejauh mana keikhlasan para pemimpin itu? kerana keadaan pernah berlaku kepada para Ketua Menteri Sabah sebelumnya, sebelum terlepas jawatan, para hulu balangnya juga memberi sokongan padu.

Musa perlu berhati-hati dalam fenomina sokongan ini, kerana adanya sokongan yang membawa rebah.

Musa perlu meneliti, sokongan mana kah yang benar-benar ikhlas, kerana jika tersalah nilai, maka akan berlaku seperti sokongan kepada Pak Lah sebelum PRU-12.

Musa perlu bertanya pada diri sendiri, mengapa sokongan terbuka dizahirkan oleh mereka-mereka ini, sedangkan sebelum ini jarang-jarang berlaku. 

Apa yang OKB harapkan, agar sokongan yang diberikan benar-benar ikhlas, bukan ekor berkait; kerana percakapan di luar kedengaran lain ceritanya. Saban hari, diputar-putar, bahawa akan berlakuknya pergantian Ketua Menteri Sabah seawal bulan oktober 2014 atau selewat-lewatnya penghujung tahun; ironinya mereka yang bercakap itu bukan ahli politik, tetapi ahli-ahli perniangaan atau orang-orang awam.

OKB banyak terdengar, sebelumpun masa-masa Mesyuarat Umno diadakan, ramai yang bercerita soal pergantian Ketua Menteri; namun sebab sebab pergantian itu tidakpun disebutkan; tiada asas kokoh malah menurut pandangan OKB tiada justifikasi.

Dalam politik ada aksi maka ada reaksi. Reaksi kepada cakap-cakap itu; maka melalui Mesyuarat Umno bahagian, maka lahirlah kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Musa di peringkat negeri dan Najib di peringkat pusat.

Sebagai penulis dan blogger, OKB telah mengikuti perjalanan semua Ketua Menteri Sabah; setiap Ketua Menteri yang diturunkan kecuali semasa era pengiliran Ketua Menteri; rakyat mempunyai justifikasi dan alasan; namun untuk Musa, setakat ini OKB belum terjumpa sebab musabab untuk beliau digantikan.

Musa sejak dilantik sebagai Ketua Menteri berjaya membawa Sabah ke era pembangunan moden, beliau berjaya memperkaya negeri; juga beliau mampu mengwujudkan kestabilan politik.

Untuk masa ini, bagi OKB tiada keperluan menggantikan Musa; beliau perlu meneruskan sebagai Ketua Menteri Sabah, sebagai CEO untuk merealisasikan HALA TUJU SABAH. Namun, ibarat makanan, jika jenis makanan itu sahaja dihidangkan, maka akan timbul juga bosan, untuk mengatasi kebosanan itu, adalah difikirkan, Musa perlu merombak kabinet; untuk mengetengahkan pemain baru; agar pemerintahan negeri menjadi segar dengan tenaga baru. Seperti dalam pasukan bola sepak, setiap pergantian pemain, keadaan permainan akan lain, akan lebih rancak kerana adanya gaya permainan yang baru. Rakyat Sabah suka menonton permainan yang rancak dan segar. Fikir-fikirkan lah.

24 August 2014

Musa Perlu Teruskan Kepimpinan

APA yang rakyat Sabah mahu? kepimpinan yang dinamik? pembangunan? Bajet yang terus meningkat? Tabungan wang negeri yang terus meningkat? atau kestabilan politik? semuanya berlaku sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2003. 

Musa berutung kerana mempunyai pasukan kepimpinan yang setia yang diketuai oleh Timbalannya Datuk Salleh Tun Said, Ketua-Ketua bahagian Umno yang menyokong beliau diasmping sokongan parti-parti komponen Bn Sabah.

Musa bukan sahaja disokong oleh para pemimpin parti, malah oleh semua wakil rakyat baik daripada Umno ataupun komponen Bn; inilah yang menyebabkan beliau selaku Ketua Menteri mampu menggalas tugas, sehingga tahun demi tahun, Sabah mencapai surplus bajet, dan memnyebabkan tabungan kewangan negeri terus bertambah.

Mengambil alih jawatan Ketua Menteri dengan tabungan kewangan negeri sedikit di atas RM100 juta, malah sebelum itu, bajet kerajaan negeri pernah defisit.

Pendirian Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Salleh Tun Said bahawa Musa perlu meneruskan tugasnya sebagai ketua di negeri ini adalah tepat pada masanya, kerana demi mencapai HALATUJU SABAH yang telah dirangka, maka Musa perlu meneruskan tugasnya untuk merealisasikan plan induk pembangunan Sabah itu.

23 August 2014

Hanya Ada Satu Ketua: Salleh

SETIAP kita mahukan satu perjalanan atau pelayaran yang selamat; bukan sahaja selamat semasa dalam perjalanan juga selamat tiba ke destinasi.

Menurut Salleh-ibarat sebuah kereta api, hanya ada sebuah kepala; dengan berbagai gerabak; perjalanan kereta api itu sepenuhnya tergantung kepada kepala kereta api itu; gerabak akan ikut lenggang lenggok kepalanya sehinggalah berhenti atau tiba ke destinasi terakhirnya. Dalam politik atau organisasi atau kerajaan juga demikian, kejayaannya semua bergantung kepada ketua dengan syarat, apa sahaja perancangan, idea atau tindakan ketua perlu dipatuhi, dilaksana hingga berjaya.

Berjayanya sang ketua, jika tidak berlaku sabotaj, tidak berlaku tikam belakang. Untuk itu konsep satu ketua perlu benar-benar dihayati, dihormati, oleh semua pihak agar dapat berkesan dan menjamin kejayaan.

Salleh menlontarkan konsep satu ketua ketika berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud hujung minggu lalu. Mesyuarat Bahagian itu dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Salleh meneggaskan, bahawa pada satu-satu masa, adalah perlu bagi kita berketuakan satu, disokong dengan cara berpasukan; berjalan seiring dengan sang ketua; kerana sang ketua sudah tentu mempunyai perancangan di luar makluman kita, untuk sampai ke suatu destinasi dengan selamat dan paling membahagiakan adalah mencapai kejayaan.

Sabah yang berketua menterikan Musa sejak tahun 2003, ternyata dalam landasan betul baik daripada segi politik mahu daripada segi ekonomi. Kestabilan politik Sabah menyebabkan setiap PRU, BN Sabah mencapai kejayaan dan memerintah dengan kuasa 2/3 di Dewan undangan negeri; malah salah satu penyumbang terbesar MB di Dewan Rakyat.

Sabah kini bukan sahaja setiap tahun membuat rekod dalam bajet, malah mampu memperkuat tabungan kewangan negeri; itu kepada paras RM3bilion. Tabungan kewangan itu berjaya dikumpul ekoran setiap tahun sejak tahun 2003, belanjawan Sabah senantiasa surplus dalam lingkungan RM272 juta setahun.

Lontaran Salleh berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa dan diperingkat pusat adalah Najib; sesuai dengan keadaan semasa. Hanya melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada ketua, maka sebarang bentuk perancangan, tindakan dan keinginan rakyat dapat dilaksanakan, kerana sang ketua tidak disibuk dengan karenah-karenah tertentu, sebaliknya dapat menumpukan masa dan tenaga serta fikiran kepada kemajuan negari/negara demi rakyat.

16 August 2014

Kukuhkan Umno: Salleh

Umno adalah parti tunjang kerajaan, bukan sahaja di Sabah malah di negara ini. Untuk itu, semua ahli parti itu dimohon untuk memperkukuh parti itu di semua peringkat. Satu cara memperkukuhkan parti adalah melalui gerak kerja yang bersepadu dan berpasukan. Itulah intipati ucapan Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang mengadakan mesyuarat pada Sabtu di Kota Belud yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno negeri.

Apabila sestiap ahli saling bergading bahu, berjalan seiring, sesuai dengan tema persidangan itu, maka perasaan kekitaan dalam parti akan semakin menebal; apabila perasaan semakin menebal, maka di situlah roh perjuangan akan tercetus. Roh perjuangan yang kental adalah satu prasyarat agar parti kekal kini dan selamanya.

Tiada cara lain memperkukuhkan parti, melainkan jika semua peringkat saling membantu tidak kiralah mereka yang berjawatan mahu ahli biasa; yang paling mustahak adalah menjaga parti agar parti dapat membela bangsa, agama dan tanah air.

Parti yang telah mengalami pahit maung sejak penubuhannya tahun 1946, memperjuangkan kemerdekaan, mengisi kemerdekaan, perlu terus disuntik dengan semangat yang kental, perlu dibantu dengan idea yang bernas. Idea yang bernas adalah daripada ahli-ahli yang mahu terus parti kekal relevan sepanjang masa.

Melalui kesepakatan dalam persamaan, dan mengambil iktibar daripada perbezaan, merupakan satu kaedah, untuk mengukuhkan parti agar supaya tiada yang merasa dipinggirkan, melainkan semua merasa dalam keadaan menang-menang.

Dalam perakhiran ucapannya, Ketua Bahagian- Datuk Salleh Tun Said mengharapkan agar Umno Kota Belud terus kuat sesuai dengan jolokan Anak Sulung Umno Sabah.

13 August 2014

Umno Kota Belud Semakin kukuh

Datuk Salleh Bersama putri Umno Kota Belud
UMNO Kota Belud semakin kukuh; sesuai dengan namanya ANAK SULUNG Umno Sabah. Kekukuhan Bahagian itu, terlihat pada persidangan tahunan yang berjalan minggu lalu. Para perwakilan mahupun pemerhati di semua peringkat dalam keadaan mode yang ceria dan gembira.

Sesebuah organisasi kukuh, antara faktornya adalah siapa yang mengetuainya. Umno Kota Belud diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga ADUN Usukan selain Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Politiking dalam Umno Kota Belud terkubur, apabila Datuk Musbah Haji Jamli yang juga mantan Ketua bersatu menjadi satu pasukan kepimpinan Umno bahagian. Dengan penyatuan itu, ianya mendorong kepada kekukuhan parti. Syabas kepada para pemimpin kerana mampu melupakan sebarang sengketa demi keutuhan parti.

Sebuah parti yang kukuh, akan mendorong sokongan rakyat; kerana rakyat menilai bahawa pemimpin yang bergerak dalam satu pasukan sahaja mampu membela rakyat.

Kekukuhan Umno Kota belud, merupakan implikasi kepada ketokohan Pengerusi Umno Sabah yang berganding bahu dengan Timbalannya; di mana kepimpinan yang ditunjukkan melalui tauladan menjadi ciri kepimpinan beliau. Tindakan turun padang yang merupakan motto beliau, bukan sahaja merapatkan semua ahli dalam semua peringkat, akan tetapi mencipta satu kondisi yang saling menguntungkan; saling memerlukan antara samu sama lain.

Jika keadaan ini berterusan, nampaknya pada PRU-14 dan PRU-PRU selepas ini, Umno atau BN akan tetap menjadi pilihan majoriti rakyat. Apa tak lagi, rakyat umunya melihat bagaimana bercelarunya parti-parti pembangkang terutama PKR.

Kemelut MB Selangor, yang menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim mahu melaksanakan nepotisme, telah kecundang, kerana PAS dan Khalid ibrahim enggan mengikut telunjuk Anwar.

11 August 2014

Royalti Minyak: Pemimpin BN Sabah Tidak Perlu Melalak: Musa

PEMIMPIN BN SABAH tidak perlu melalak, sehingga terikut-ikut rentak pembangkang berkaitan isu royalti minyak untuk Sabah.

Pemimpin Bn Sabah yang diterajui Musa mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan pembayaran tunai daripada Petronas dengan cara perbincangan yang membawa kepada kejayaan. Sebagai contoh Projek Urea SAMUR di Sipitang menelan kos berbilion merupakan contoh perbincangan yang membuahkan hasil.

Pembangkang hanya tahu melalak, untuk mendapatkan political mileage, kerana mereka tahu, lalakan mereka bagaikan anjing menyalak bukit.

Menurut Musa, kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri sungguh maklum, bahawa Sabah memerlukan dana yang banyak untuk membangun negeri di bawah bayu itu untuk mengejar ketinggalan daripada berbagai bidang. Atas sebab itu, sumber kewangan yang disalurkan kepada Sabah tidak terhadap kepada sumber minyak, akan tetapi daripada sumber-sumber lain.

Bagi Sabah, adalah lebih baik mendapatkan sesuatu yang diminta melalui perbincangan daripada melalak ke sana ke mari, yang pada akhirnya lalakan itu tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kerajaan BN Sabah sangat komited memajukan negeri, baik dalam bidang infrastrukutur juga mahu melahirkan berbagai kegiatan yang boleh menjana pendapatan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.

Melalui rancangan dan program yang dirancang kerajaan Sabah, apabila menjelang tahun 2020, di mana negara diiktiraf sebagai negara maju, negeri Sabah amnya dan rakyatnya khasnya juga ikut maju.

Musa melahirkan hasrat Sabah itu semalam semasa merasmikan Persidangan Bahagian Umno Kota Kinabalu di ibu negeri.

3 August 2014

Musa Ketua Menteri Sabah Yang Paling Berjaya

Sejak dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003; Musa mengetuai tiga pilihanraya umum. Ketiga-tiga pilihanraya itu. BN menang dengan bergaya, sehingga Kerajaan yang dibentuk senantiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Hanya seorang Ketua Menteri yang mampu mengatasi jinx 9 tahun sebagai Ketua Menteri, sejak Sabah Merdeka menerusi Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Juga hanya seorang Ketua Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan Negeri yang mampu mengumpul simpanan negeri lebih RM3bilion, juga hanya seorang Ketua Menteri yang membentangkan bajet yang mencipta rekod dalam bajet Kerajaan Negeri.

Rekod bajet, dicapai, ketika mana, sumber utama negeri iaitu balak, bukan lagi sumber utama; namun keupayaan beliau membentang bajet melebihi RM4 bilion, merupakan satu pencapai tersendiri.

Dalam bab pembangunan, bukan sahaja di kawasan Kota Kinabalu, akan tetapi di kawasan Sandakan dan Tawau, dan kawasan-kawasan lain, tersergam pembangunan luar biasa pesatnya, atas sebab itu Musa dijoloki sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Dalam bab politik, Musa mampu mengayumi semua etnik, semua lapisan pemimpin; sehingga ternampak, tiada perbalahan antara pemimpin utama. Selain itu, Musa berjaya menampilkan beberapa pemimpin pelapis, antaranya Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Rahman Dahalan, Tuan Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Ronald Kiandee dan ramai lagi.

Musa dalam pendekatan politiknya, mahu setiap orang maju, mahu setiap orang mendapat kesempatan memajukan diri; atas sebab itu, bidang pendidikan merupakan salah satu hala tujunya untuk membangun insan terbilang. Musa tidak pernah gagal hadir pada setiap kesempatan yang membabitkan pelajar, misalnya anugerah biasiswa pelajar cemerlang negeri Sabah; hadir bersama para mahasiswa di berbagai kampus perguruan tinggi; tujuannya agar para pelajar yang merupakan waris kepada pembangunan dan kemajuan serta kepimpinan masa depan negeri supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan negeri dan negara.

Melihat, kecenderungan Musa mengurus negeri; beliau tidak suka sangat dalam hal politiking, atas sebab itu kenyataan politiknya agar kurang berbanding tindakannya mengamalkan tindakan melalui cara dan tauladan. 

Kekerapannya beliau turun padang, bukan sahaja melalui acara rasmi, juga sambutan-sambutan keagamaan dan majlis-majlis kebudayaan; maka setiap rakyat merasakan keberadaan Ketua Menteri itu bersama rakyat.

Pada 16 ogos, Ketua Menteri itu dijadualkan akan turut hadir pada sambutan Hari Raya Umno Kota Belud, bertempat di Padang Pekan Kota Belud. Kehadiran beliau sudah tentunya mengeratkan lagi hubungan beliau dengan pelbagai etnik di negeri ini.

Kota Belud adalah anak sulung Umno bagi Sabah, apabila julung kali parti itu menang kerusi Dewan Undangan Negeri melalui Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun pada satu Pilihanraya Kecil tahun 1991.

15 July 2014

Royalti Minyak Sabah: Kami Punya Hubungan Langsung Dengan Perdana Menteri_ Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tiada larangan kepada sesiapa sahaja untuk bercakap berkaitan dengan royalti minyak yang diterima Sabah. Namun, bagi kerajaan Bn Sabah, tidaklah perlu melolong ke sana ke mari, kerana kami mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri.

Musa menyatakan bahawa kenaikan royalti minyak untuk Sabah, bukan sahaja menjadi hasrat pembangkang, namun hasrat kerajaan dan pemimpin Bn lebih daripada itu. Beliau berkata, disebabkan kerajaan dan pemimpin Sabah mempunyai saluran berkaitan dengan isu royalti minyak, maka tidaklah perlu melalak ke sana sini untuk mendapat perhatian.

Semalam, Musa memberi jaminan bahawa pada Rabu akan ada taklimat berkitan dengan royalti minyak kepada ADUN Sabah, untuk itu, beliau meminta para ADUN mempergunakan masa itu bertanya atau meminta penjelasan berkaitan isu royalti minyak demi pemahaman, supaya jelas dan terang once for all.

Pada Sabtu sempena lawatan singkat Perdana Menteri ke Sabah, Dato Seri Najib telah mengumumkan beberapa langkah untuk menambah peruntukkan kepada Sabah berkaitan dengan pengeluran minyak daripada Sabah; antaranya kenaikan CSR Petronas kepada kerajaan Negeri untuk digunakan sebagai dana pendidikan.

14 July 2014

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan Mac lalu ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada Sabtu semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak. Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih????

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels