11 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Sabah Berkabung Sehari

1. Musibah atau malapetaka alam, tiada siapapun manusia boleh mencegahnya, apatah lagi gempa bumi.

2. Sabah dilanda gempa pada pagi Jumaat 5 Jun jam 7.15.51 pagi, di mana kawasan peranginan Gunung Kinabalu di landa teruk, bukan sahaja kerosakan harta benda, akan tetapi melibatkan 18 mangsa.

3. Taman Kinabalu, di mana Gunung Kinabalu berlokasi mengalami kerosakan teruk, sehingga memerlukan berjuta untuk membaiki pulih dan memberishkan kawasan itu agar bersedia menerima kembali pelawat.

4. Gunung Kinabalu, merupakan tarikan pelancong merata dunia, termasuk penduduk tempatan.

5. Gunung tertinggi di Asia tersebut, julung kali diterpa gempa yang mengakibatkan korban nyawa.

6. Mendengar berbagai cerita, mereka yang terperangkap semasa gempa, cukup mengerikan, sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah mereka yang terselamat, merasa hidup kembali.

7. Mengingat kepada bencana alam semulajadi melanda Sabah tersebut, Ketua Menteri Sabah mengistiharkan hari berkabung pada Isnin 8 Jun untuk menggambarkan betapa sedihnya rakyat Sabah.

10 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Mempamirkan Ketokohan Musa

1. Sebaik sahaja gempa itu berlaku pada pagi Jumaat 5 Jun, Datuk Musa selain sebagai Ketua Menteri Sabah, juga pengerusi Keselamatan Sabah, membuat tindakan pantas.

2. Tindakan beliau mengumumkan cuti bagi semua kakitangan kerajaan kawasan Ranau, bertujuan agar semua pihak yang terlibat tidak perlu ke pejabat, sebaliknya berpeluang membantu impak kepada gegaran tersebut. Selain itu, beliau memerintahkan agar Ahli Jawatan Kuasa Bencana Negeri diaktifkan, agar segala bantuan yang diperlukan boleh digerakkan bagi membantu mangsa atau sesiapa sahaja yang terkena impak kepada gegaran gempa tersebut.

3. Juga, kerana berlakunya kematian akibat gempa tersebut, Musa mengumumkan hari Isnin 8 Jun sebagai hari berkabung bagi Sabah, tanda turut berdukacitanya seluruh rakyat Sabah.

4. Ketokohan Musa, bukan sahaja dikunjungi Timbalan Perdana Menteri akan tetapi juga oleh Perdana Menteri, selain para pemimpin lain termasuk daripada Sarawak.

5. Melihat kepada akibat gempa tersebut, semua pihak bertungkus lumus, menyalurkan berbagai bantuan, baik tenaga mahupun harta benda. Sebagai bukti kepada semua itu, tabungan yang diwujudkan mengalir bantuan-bantuan daripada orang ramai.

6. Tanpa berlengah, bagi membantu para mangsa, bantuan segera disalurkan, malah Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan kawasan peranginan Taman Kinabalu.

5 June 2015

Gempa Bumi Sabah: Musa Bertindak Cepat

1. Gempa bumi yang melanda Sabah pada jam 7.15.51 pagi 10km Barat Laut Ranau Sabah di kedalaman 80km, telah mengeggarkan kawasan Pantai Barat Sabah daripada Kudat hingga ke Beufort.

2. Selepas sahaja kejadian tersebut, Ketua Menteri Sabah telah bertindak cepat, pertama mengumumkan cuti bencana bagi Kakitangan Kerajaan bagi kawasan Ranau, kedua telah mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Bencana Alam negeri,

3. Melalui tindakan cepat tersebut, beliau bertukar-tukar tweet dengan Menteri Pertahanan Dato Hishamuddin Hussien dan Dato Masidi Manjun, berkaitan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada para pendaki Gunung Kinabalu yang terperangkap.

4. Sehingga tulisan ini ditulis, masih 89 pendaki gagal dikesan, namun pihak Majlis Keselamatan Negara yang diketuai Brig Jeneral Masrani sedang bertungkus lumus mengesan para pendaki tersebut dengan menggunakan berbagai aset termasuk Helikopter EC735 yang mampu digunakan dalam keadaan ekstrim.

5.Tindakan cepat Ketua Menteri mendorong berbagai pihak juga bertindak cepat, termasuk pasukan keselamatan dan bomba.

6. Gegaran pagi Jumaat yang berkekuatan 6 pada Richter Scale telah mengakibatkan gegaran kuat termasuk merosakan harta benda di sekikar kawasan pusat gegaran.

28 May 2015

Dato Rahman Mahu Ramai Anak Watan Sabah Di Lantik Di Peringkat Persekutuan

Mohammad, Rahman dan Perdana Menteri
1. Salah satu isu yang melanda rakyat Sabah sekian lama, adalah kurangnya anak watan Sabah dilantik di peringkat Persekutuan. Ekoran daripada itu, sejak Tahun 1994, secara perlahan-lahan agensi-agensi Persekutuan di Sabah melantik anak watan Sabah.

2. Jabatan Pelajaran misalnya, kerap diketuai oleh bukan anak watan Sabah, namun sejak BN menerajui Sabah bermula Tahun 1994, Pengarah Pelajaran Sabah diberikan kepada anak watan Sabah.

3. Selepas itu, Jabatan Pendaftaran, diikuti Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah (UMS), kemudian Jabatan Imigresen dan terakhir Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

4. Namun, di peringkat Ketua setiausaha Kementerian (KSU) hanya berlaku pada bulan Mei 2015, apabila Datuk Mohammad Mentek dilantik di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

5. Perlantikan Mohammad, bukan kerana politik, akan tetapi berasaskan merit serta kekanan beliau.

6. Atas perlantikan Mohammad, salah seorang pemimpin yang paling gembira adalah Dato Rahman, kerana atas kapasiti beliau sebagai Setiusaha Barisan Nasional Sabah, AMT Umno serta sebagai Menteri Penuh Kabinet Persekutuan, setidak-tidaknya telah menjawab berbagai rungutan akar umbi di Sabah, kononnya rakyat Sabah tidak diberi peluang di peringakat Persekutuan.

7. Barang diingat, perlantikan KSU bukan atas kapasiti Menteri, akan tetapi perlantikan itu ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

8. Setidak-tidaknya rekod di buat di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana julung kalinya pemimpin Sabah dilantik pada Kementerian itu, kemudian KSU pertama daripada Sabah juga dilantik pada Kementerian yang sama.

9. Melihat kepada perlantikan Mohammad Mentek, diharapkan tidak akan berhenti di situ, akan tetapi akan diikuti perlantikan-perlantikan berikutnya.

10. Setengah pihak melihat perlantikan Mohammad atas sebab politik, tidak lah benar, kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas. 

11. Mohammad pernah menjadi Pengarah Intan Sabah sekian lama, sebelum dilantik sebagai Pengarah Imigrtesen Sabah dan kemudian sebagai Pengarah Esscom yang pertama.

27 May 2015

Bukti Kepimpinan Musa Dihargai Putrajaya

1. Sejak Sabah Merdeka melalui Persekutuan Malaysia, belum pernah anak watan Sabah dilantik sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian Persekutuan.

2. Badi itu tercantas pada 22 Mei 2015, apabila anak watan Sabah asal Semporna- Datuk Mohammad Mentek dilantik sebagai KSU Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di mana kebetulan menterinya juga seorang anak watan Sabah MP Kota Belud Dato Abdul Rahman Dahalan.

3. Perlantikan Mohammad, telah mengikuti perlantikan Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah, Pengarah Imigresen, Pengarah Kastam DiRaja Malaysia, Pengarah Pendaftaran dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, di mana kesemuanya dijawat oleh anak-anak watan Sabah.

3. Musa dalam perundingan untuk mendapatkan kedudukan bagi anak-anak watan Sabah, jarang menguar-uarkan cara beliau, namun, sebarang tindakan beliau mencipta rekod.

4. Rekod juga dicatat Musa dalam pentadbiran negeri, apabila membentangkan bajet untuk Sabah melepasi angka RM4bilion, untuk dua tahun berturut-turut Tahun 2013 dan 2014. Jika pada Tahun 2015 tidak berlaku penurunan harga minyak, sudah tentu bajet Sabah akan kekal pada angka tersebut.

5. Di bawah pemerintahan Musa juga, untuk julung kalinya Sabah diwakili 6 Menteri Persekutuan, 4 Timbalan Menteri serta jawatan Speaker dan Timbalan Speaker daripada Sabah.

6. Oleh kerana kepimpinan Musa dihargai di peringkat pusat, selain mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, maka Sabah menikmati semua itu, yang seharusnya telah dicapai sebelum ini.

7. Melihat kepada keadaan ini, rakyat Sabah sebenarnya sangat beruntung dipimpin seorang Ketua Menteri yang membela rakyatnya, dan juga seorang Perdana Menteri yang mendengar degup jantung rakyat Sabah.

8. Perlantikan Mohammad akan membantu merealisasi program-program Kementerian yang dicetuskan Oleh Rahman, amnya untuk Sabah dan khususnya untuk Kota Belud.

26 May 2015

Kenapa Geran Komunal Diperkenal?

1. Sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, Datuk Musa Aman mengambil tindakan drastik, tidak meluluskan sebarang permohonan tanah. 

2. Asas kepada tindakan beliau itu, adalah telah hilangnya 1.4 juta hektar tanah yang diberikan kepada rakyat, kerana tanah-tanah tersebut telah dijual.

3. Musa memikirkan, jika tiada mekanisme baru diperkenal, besar kemungkinan sebahagian tanah Sabah akan dimiliki orang lain, malah bakal menyedihkan, apabila orang-orang kampung terusir daripada kampung halamannya sendiri.

4. Masalah pendudukan haram tanah kerajaan oleh rakyat, bukan kerana mereka itu tidak bertanah, akan tetapi tanah yang telah diberikan, telah dijual. 

5. Untuk mengelak pendudukan tanah kerjaan secara haram, maka kerajaan negeri memperkenalkan geran tanah komunal, di mana tanah tersebut boleh diwarisi turun temurun, kerana status tanah itu tidak boleh berpindah milik aka tidak boleh dijual.

6. Tanah merupakan aset penting dalam pembangunan rakyat, tanpa tanah, maka terlalu sukar membangun rakyat dalam semua aspek.

7. Pandangan jauh Musa, setidak-tidaknya menjamin agar rakyat negeri ini mempunyai tanah, setidak-tidaknya untuk tapak rumah.

8. Melalui geran tanah komunal, ianya mudah diusahakan kerana tidak dipisah-pisahkan. Generasi akan datang boleh memajukan tanah tersebut melalui sistem koperasi atau sebagainya.

15 May 2015

Wang Tebusan: Penggalak Penculik Rentas Sempadan

1. Untuk kesekian kalinya, sempadan Pantai Timur Sabah berjaya dibolosi oleh penculik rentas sempadan. Hanya dua bulan lalu, seorang anggota polis, berjaya dibebaskan, walaupun tiada kenyataan berkaitan wang tebusan.

2. Penculik tidak pernah meminta atau membuat kenyataan berkaitan politik, yang kita dengar hanya berkaitan dengan wang tebusan.

3. Memang berkali-kali pihak Malaysia menafikan, apabila mangsa culik dibebaskan, tidak pernah menyebut bayaran wang tebusan, sebaliknya memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan kerana berjaya membebaskan mangsa tanpa syarat.

4. Semalam di Restoran Ocean King Sandakan, dua orang rakyat Sabah diculik lagi. Dalam operasi menculik itu, ternyata penculik begitu berani, tanpa memakai topeng, lagipun keadaan restoran yang ramai dengan pelanggan. Perbuatan menculik itu, hanya mengambil masa satu minit, menggambarkan bagaimana profesionalnya para penculik.

5. Semasa menculik tersebut, seolah-olah penculik sudah tahu target mereka, ertinya, kecurigaan bahawa terdapatnya kerjasama dengan orang dalam mempunyai kerbarangkalian yang tinggi.

6. Penculikan pada waktu malam, hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir dengan keadaan persekitaran. 

7. Meskipun pihak keselematan digerakkan dengan cepat, dan membawa perintah, menahan dan penculik, namun sehingga kini (lebih 20 jam) belum ada maklumat kejayaan operasi keselamatan itu.

8. Nampaknya aset yang ditumpukan di Pantai Timur Sabah dan kos operasi yang beratus juta, belum mampu menghalang penculik rentas sempadan.

9. Menteri dalam negeri- Dato Zahid Hamidi mengesaki, bahawa penculikan di Sandakan itu didalangi dua beradik rakyat Filipina Milson Muktadil (30) dan abangnya Badong@ Admil Muktadil (40).

12 May 2015

Umno Mahu Najib Meneruskan Kepimpinan

1. Presiden Umno tidak akan terguling, selagi para ahlinya masih dibelakang Presidennya. Dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno menjelang mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada Isnin, rata-rata Ketua-Ketua Bahagian Umno menyokong kepimpinan Najib sebagai Presiden parti. Juga melalui mesyuarat AMT, juga keadaan yang sama berlaku. Ertinya para pemimpin Umno masih yakin, bahawa DS Najib masih merupakan pemimpin yang diperlukan untuk mengetuai parti terbesar barisan nasional itu.

2. Memang Najib berdepan berbagai isu khususnya 1MDB, atas sebab beliau merupakan penasihat kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Siapa yang tidak khuatir, sebuah syarikat yang hanya ditubuhkan 6 tahun, namun telah mempunyai hutang sehingga RM42bilion.

3. Sebuah syarikat sebesar 1MDB, sudah tentu telah mengemuka SWOT, ROI bagi setiap tindakannya. Semua itu, tentu dibincangkan melalui mesyuarat Lembaga Pengarah. Keputusan BOD, akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan yang diketuai oleh CEO bersama-sama para pengurus yang lain. Jika berlaku, penyimpangan, atau kebocoran pelaksanaan, bukannya disebabkan oleh BOD, akan tetapi oleh pasukan pengurusan.

4. Melalui laporan audit, akan diketahui kelompangan dan kebocoran. Atas sebab itu, DS Najib Razak sebagai penasihat kepada syarikat gergasi itu, perlu menunggu laporan audit negara, sebelum dapat menjawab sebarang kemuskilan berkaitan syarikat itu.

5. Isu yang berlegar-legar, kononnya berbilion wang telah lesap, kerana urusniaga syarikat yang tidak telus dan tertutup. Benar kah? hanya melalui angka-angka sahaja, ianya boleh dirungkai. Kehilangan wang, tidak boleh disandarkan kepada persepsi. 

6. Pada mulanya, ramai juga para pemimpin bersetuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir apabila bercakap berkaitan 1MDB. Namun, apabila disertai dengan masalah peribadi, maka para pemimpin Umno tersedar, bahawa semua itu beragenda, bukan lagi bertujuan mengetahui berkaitan 1MDB, akan tetapi menjurus kepada menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri.

7. Setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan kelebihan. Setiap pemimpin ada kekuatan. Kalau dilihat daripada kekuatan, Najib lebih menonjol dalam memperkuat perekonomian negara. Bayangkan defisit kewangan negara Tahun 2009 adalah 6.7 peratus, kini sudah diambang 3.2 peratus.

8. Jika pada suatu ketika, rakyat Sabah dan Sarawak merasa dianaktirikan sekian lama, namun sebaik sahaja DS Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, rakyat dua negeri itu merasa diambil berat. Sebagai bukti, Najib melantik ramai pemimpin daripada dua negeri itu menganggotai kabinet Persekutuan, yang belum pernah berlaku sebelum ini. Malahan kementerian yang diberikan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak adalah kementerian penting antaranya Kerjaraya, Pembanguan wilayah dan luar bandar, Perumahan dan kementerian sumber.

9. Kemajuan sesuatu wilayah sangat bergantung kepada infrastruktur. Atas sebab itu, Tran-Borneo dibangun. Hanya melalui DS Najib pembinaan terealisasi selepas lebih setengah abad.

10. Para pemimpin Sabah, tidak terikat kepada Umno sahaja, malahan semua pemimpin komponen BN Sabah telah sepakat berdiri teguh dibelakang DS Najib. Perkara ini terbukti pada Ahad, melalui himpunan solidariti bersama PM di Tawau, Sabah, di mana semua pemimpin turut hadir, malah sanggup menunggu bermula daripada jam 1 petang. Ketibaan PM di lokasi perhimpunan hanya pada 16.35 petang. Lebih 4 jam, para pemimpin Bn Sabah sanggup menunggu ketibaan Perdana Menteri.

11. Tahniah kepada Ketua Bahagian Umno Kalabakan- Datuk Abdul Ghafur Salleh dan Ketua Bahagian Tawau- Datuk Tawfiq Titingan, kerana berjaya mengumpulkan rakyat lebih 40 ribu semasa perjumapaan itu.

12. Rakyat Sabah, bukan lagi seperti dahulu, senang berubah-ubah sokongan, seperti mana dakwaan penulis Pakatan Rakyat Sayuti Omar, rakyat Sabah tahu menilai mana satu intan mana satu batu. Rakyat Sabah senantiasa memilih intan, atas sebab itu, di masa lalu kerap bertukar-tukar kerajaan. Namun selepas tahun 1994, rakyat Sabah sudah berjumpa intan itu. Atas sebab itu, rakyat Sabah akan teguh mengenggam intan itu.

13. Kepada DS Najib, jangan gusar dan ragu, rakyat Sabah yang diketuai Datuk Musa Aman dan Timbalannya Datuk Salleh Said, akan terus bersama-sama Perdana Menteri.

11 May 2015

Sabah Perlu Kepimpinan Dato Seri Najib

1. Sabah memerlukan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak. Sebabnya, hanya beliau sahaja Perdana Menteri yang benar-benar mendengar degup jantung rakyat Sabah.

2. Najib membuktikan dengan nyata, apabila melantik 6 menteri penuh, 4 timbalan menteri, Speaker dan Timbalan Speaker daripada Sabah.

3. Kementerian yang diamanahkan kepada pemimpin Sabah, adalah kementerian penting, antaranya KKLW, Kementerian luar dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

4. Melalui kepimpinan Najib juga, lebuhraya Tans-Borneo, menjadi kenyataan, Sabah diberi kebenaran menerokai industri minyak dan gas.

5. Najib juga seorang Perdana Menteri yang kerap melawat Sabah, bukan hanya melawat kawasan bandar, akan tetapi kawasan luar bandar.

6. Hanya Najib sahaja, yang menjadikan 16 September sebagai cuti umum, untuk mengiktiraf peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

7. Seperti kata Ketua Menteri Sabah- Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

8. Semalam, di Kota Belud dan Tawau, sekali lagi Datuk Musa menyatakan sokongan padu kepada DS Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

9. Untuk Sabah, DS Najib adalah pemimpin yang diperlukan bagi meneruskan kepimpinan BN baik berdepan dengan PRU-14 ataupun bukan.

10 May 2015

Sabah Sokong Kepimpinan Najib

1. Jelas, kepimpinan Sabah tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, baik sebagai Presiden Umno akan tetapi juga sebagai Perdana Menteri.

2.Dalam satu majlis di Kota Belud, sempena perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampong Pirasan, sokongan kepada Perdana Menteri, bukan sahaja dizahirkan oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Haji Aman, akan tetapi para pemimpin Sabah lain, antaranya Datuk Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan dan Datuk Musbah Haji Jamli.

3. Akhir-akhir ini, Perdana Menteri berdepan dengan desakan daripada Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, agar Perdana Menteri ke-6 itu perlu meletakan jawatan ekoran berbagai kemelut yang melanda Perdana Menteri itu, khususnya isu 1MDB.

4. Isu 1MDB merupakan flatform berbagai pihak yang tidak menyokong Najib bagi mendesak beliau mengundurkan diri.

5. Sejak minggu lalu, beberapa pemimpin utama kerajaan, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Menteri KKLW- Datuk Shafie Apdal, Ketua Pemuda Umno, Menteri Pertahanan, sudah bercakap "echo" desakan Tun Dr Mahathir agar DS Najib perlu menjawab dengan segera berkaitan 1MDB.

4 May 2015

Membangun Negeri-Kerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan Penting: Musa

1. Ketua Menteri Sabah yang turut berkempen di PRK Permatang Pauh Pulau Pinang, memberitahu pengundi Permatang Pauh, bahawa kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan tersangat penting untuk membangun sesuatu kawasan.

2. Mengambil iktibar pengelaman Sabah, negeri di bawah itu menjadi mundur kerana suatu masa lalu, tidak terdapatnya kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

3. Hanya, pengundi memberi peluang kepada kerajaan BN, Sabah dapat membangun, kerana peruntukan terus mengalir daripada Kerajaan Pusat.

4.Melalui PRK Permatang Pauh, Musa mengesa pengundi kawasan itu memberi peluang kepada calon BN-Suhaimi Sabudin, atas sebab, bukan sahaja calon BN, akan tetapi juga anak tempatan. Sebagai anak tempatan yang disokong oleh kerajaan pusat, maka ketinggalan selama 17 tahun bakal dikejar, demi pengundi dan rakyat Permatang Pauh.

5. Mengambil pengealaman Sabah, sebelum Bn mengambil alih kerajaan, kadar kemiskinan melebihi 20 peratus, dan kini kadar kemiskinan sudah menurun ke paras 8 peratus dan pada tahun 2018 dijangka turun ke paras 3 peratus.

4. Kerajaan Persekutuan mempunyai sumber pendapatan yang cukup untuk membangun kawasan-kawasan yang ketinggalan, atas sebab itu, memberi peluang kepada wakil Kerajaan Persekutuan menjadi wakil rakyat sebenarnya untuk membelah rakyat sesuatu kawasan itu.

5. PRK Permatang Pauh terpaksa diadakan, berikutan kehilangan kelayakan penyandang kawasan itu Dato Seri Anwar Ibrahim kerana disabit kesalahan jenayah meliwat pembantu lelakinya pada Jun 2008.

6. Pengundian PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, di mana empat calon mengemukakan diri untuk dipilih rakyat. UBN menaruh harapan kepada Setiausaha Bahagian Umno Permatang Pauh Suhaimi Sabudin untuk melakukan kejutan.

1 May 2015

Keperluan Rakyat Keutamaan Musa

1. Semalam (Khamis) Datuk Musa melihat sendiri kadar pelebaran Putatan-Petagas. Pelebaran jalan tersebut dilakukan, kerana pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan itu bertambah luar biasa. Selain daripada pertambahan kenderaan, membangunnya daerah Putatan yang begitu pesat selepas berpisah dengan Penampang, begitu ketara sekali.

2. Putatan 10 Tahun lalu, bukan lagi Putatan sekarang. Daerah itu bagaikan mini bandar yang lengkap serba serbi.

3. Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada Tahun 2003, melihat potensi Putatan, sebagai bandar satelite Kota Kinabalu. 

4. Putatan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pintu utama masuk ke negeri di bawah bayu, membangun rancak sejak kebelakangan ini. Akibat pembangunan yang rancak itu, nilai hartanah di kawasan itu melambung tinggi.

5. Parlimen Putatan yang mempunyai dua kawasan DUN Petagas dan Tanjong Aru, tidak diwakili oleh satu komponen parti, kerana Parlimen Putatan di wakili UPKO, DUN Petagas oleh Umno, manakala Tanjong Aru- Parti PBS, Walaupun kawasan ini, termasuk dalam kawasan spra bandar, yang biasanya para pengundi merupakan penyokong pembangkang, namun, sejak PRU 2004, semua kawasan dimenangi UBN, termasuklah pada PRU-13, di mana PRU tersebut dianggap sebagai IBU kepada semua pilihanraya di negara ini.

6.Keadaan di Putatan adalah kebalikan di kawasan yang bersempadanan, seperti Parlimen Penampang dengan DUN Moyog dan Kapayan, semuanya dimenangi pembangkang pada PRU-13.

7. Dua minggu sebelum semalam, Musa melawat kawasan-kawasan yang dimenangi Pembangkang termasuk Parlimen Kota Kinabalu dan Penampang. Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak mengira kawasan, yang mustahak adalah penyediaan keperluan rakyat demi keselesaan mereka.

8. Pada Khamis, selepas melawat Putatan, Musa meneruskan lawatan ke Kawasan Papar, untuk melihat sendiri perkembangan dan kelajuan pembinaan peruamahan rakyat (PPR). 

9. Musa memberi contoh melalui tindakan dan tauladan dengan merancakkan turun padang. Beliau tidak terikut-ikut politiking seperti yang diamalkan para pemimpin tertentu. Musa macam tidak terganggu dengan keadaan politik semasa, di saban hari, Perdana Menteri mendapat berbagai kritikan daripada semua penjuru, khususnya daripada Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels