19 January 2018

PARTI PKR HANYA PERJUANGAN PERIBADI

HAKIKAT yang perlu dilihat oleh pejuang REFORMASI, parti yang mereka dokong itu, bukan menentang kezaliman Tun Dr Mahathir, akan tetapi untuk perjuangan peribadi.

Memang asas perjuangan parti menentang kezaliman Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Anwar bukan sahaja dipecat daripada TPM dan Umno akan tetapi ditangkap, dibicarakan kemudian dipenjarakan kerana tuduhan meliwat oleh mantan PM ke-4 itu.

Selama hampir 20 tahun, penyokong reformasi dimomokkan dengan perjuangan menentang kezaliman Tun Mahathir, kini, pemimpin yang ditentang, disanggah, mahu ditumbangkan, bukan sahaja menjadi sekutu utama parti itu, malah dicadangkan untuk menjadi PM kali ke-2.

Perjuangan reformasi, ibarat kata peribahasa, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Perjuangan 20 tahun, sirna, malah setiap titik perjuangan dilupakan, setiap dakwaan, kata-kata, janji-janji, bukan sahaja dilupakan, malah segala ludah dan kahak turun ditelan. Kata Wan Azizah Wan Ismail-Presiden PKR, demi perjuangan, maka parti itu perlu menerima Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin dan bakal Perdana Menteri.

Berasaskan pengakuan itu, jelas sekali, bahawa parti itu, bukanpun serius menentang kezaliman Tun Dr Mahathir sepertimana diunggah sekian lama kepada penyokong dan ahli PKR, akan tetapi berpaksi kepada perjuangan peribadi, asalkan dapat kuasa atau Yang Berhormat.

PKR bergabung dengan Tun Dr Mahathir menerusi Pakatan Harapan, untuk menewaskan Bn pada PRU-14, dan seterusnya, Wan Azizah menjadi TPM sementara, sambIl menunggu Mukhriz mengambil alih, kemudiannya Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri, demikian rumusan di atas meja, pemimpin parti itu.

Mereka mahu mempengaruhi rakyat/pengundi untuk ikut menyokong apa yang mereka rumuskan di atas meja, untuk mencapai keinginan peribadi.

Rakyat negara ini kena sedar, disebalik perjuangan parti PKR, kerana telah terbukti, sesuatu yang diperjuangan selama 20 tahun, boleh dilupakan sekelip mata. Makna kata, parti itu bukan berjuang utuk rakyat, akan tetapi untuk memenuhi kepentingan peribadi. Apabila parti hanya bertujuan memenuhi tujuan peribadi, rakyat akan diketepikan apabila hasrat sudah tercapai, seperti kata peribahasa, kacang lupakan kulit!!!.

18 January 2018

KONEKTIVITI ANTARA RAKYAT PEMACU EKONOMI


MENGAPA dizaman Tun Dr Mahathir TIDAK dibina Lebuh Raya Pan Borneo? Sebabnya hanya SATU, mantan PM itu TIDAK mahu Sabah dan Sarawak maju.

Faktor kemajuan sesebuah wilayah, apabila kontektiviti antara wilayah itu ada. Apabila adanya konektiviti, maka pergerakaan penduduk daripada satu tempat ke tempat yang lain tidak memerlukan masa yang Panjang. Demikian juga dengan adanya konektiviti, maka perpindahan barangan daripada satu tempat ke tempat lain berlaku.

Tanda-tanda kemajuan ekonomi, apabila konektiviti antara rakyat berlaku. Menghubungkan antara wilayah dan rakyat dengan rakyat, merupakan visi Perdana Menteri, kerana beliau tahu, melalui cara itu, bukan sahaja wilayah disambungkan itu berkembang maju, akan tetapi rakyat juga turut maju. Sebenarnya, idea menghubungkan antara wilayah dan antara rakyat, telah dilaksanakan di Semenanjung menerusi Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS). Dengan wujudnya PLUS telah menyebabkan kewujudan pekan-pekan baharu, pusat aktiviti ekonomi baharu.

Sementara di Semenanjung, dimajukan semasa era Tun Mahathir, sebaliknya, Sabah dan Sarawak dilupakan.

Selama 22 tahun, Sabah dan Sarawak dilupakan, malah bagi tempoh masa 1985-1994, Sabah dimiskinkan dengan menyekat peruntukan Persekutuan.

Kini, mantan PM itu menjadi sekutu utama kepada parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal yang mempunyai misi mahu menubuhkan kerajaan Sabah.

Kalau melihat, apa yang dilakukan mantan PM itu kepada Sabah, rakyat yang menyokong parti Warisan Sabah, adalah mereka yang tergolong memiskinkan Sabah semula.

Hari ini, di Penampang, Sabah, DS Najib Razak mengumumkan RM8.5juta peruntukan bagi menaiktaraf tapak TAMU Dongongan, sebuah kawasan yang diwakili parti Warisan Sabah (sebelum itu PKR). Di era Tun Mahathir, saluran peruntukan sebegini, TIDAK pernah berlaku. Menerusi pengumuman itu, menunjukkan, bahawa DS Najib tidak mengambilkira latar belakang rakyat, kerana pada beliau, yang mustahak, rakyat mesti maju. Wajar kah pemimpin seumpama itu ditolak sebagai pemimpin negara? Berdosa kita!!!.

PRU-14: ANTARA PARTI BERPASUKAN ATAU PARTI BANYAK KEPALA?


1. APA yang kita Nampak, parti-parti yang melawan Bn, terlalu banyak kepala, masing-masing mengaku lebih hebat daripada yang lain, berbanding parti Bn yang ada SATU kepala.

2. Falsafah parti-parti yang melawan Bn, mengapa mereka masing-masing ada kepala, kononnya, tidak MAHU seperti kerbau dicocok hidung. Akan tetapi, disebalik anggapan itu, sebenarnya mereka itu HANYA berjuang untuk kepentingan sendiri. Mahu menggunakan rakyat untuk mencapai hasrat peribadi. Berlainan dengan Bn yang hanya satu kepala, meskipun dicap sebagai kerbau cocok hidung, apa yang penting tujuan/matlamat MEMBELA rakyat dan MEMAJUKAN negeri tercapai.

3. Parti-parti lawan Bn, semuanya kapten dalam satu kapal, tiada lagi kelasi. Bayangkan, bagai mana kapal itu boleh sampai ke destinasi?

4. Rakyat/pengundi Sabah, jangan terpedayah, jangan terpengaruh, atas muslihat parti-parti seperti parti Warisan Sabah, parti-parti yang bergabung dalam Gabungan Sabah (GS), selain parti Cinta Sabah (PCS), kerana mereka itu, semua pemimpin yang pernah ada kuasa dahulu, akan tetapi, bukti nyata, semasa mereka itu, ada kuasa, TIADA mercu tanda, bahawa mereka itu MEMBELA rakyat atau MEMAJUKAN negeri.

5. Para pemimpin itu TERPALIT dengan berbagai isu, malah Presiden parti Warisan Sabah sedang disiasat, malah telah ditangkap oleh SPRM, kerana skandal dana RM7.5bilion dana KKLW untuk Sabah, yang mana RM1.5bilion tidak sampai kepada rakyat kerana diselewengkan.

6. PRU-14, hanya menghitung hari. Para pemimpin parti yang melawan Bn, masuk kampung keluar kampung, ceramah sini, ceramah sana, yang membawa berbagai propaganda yang semuanya bersifat RETORIK, berbagai JANJI BULAN BINTANG, malah ada yang sanggup MENGHINA agensi kerajaan seperti RELA.

7. Rakyat/pengundi Sabah, perlu MEMILIH parti yang bekerja sebagai SATU PASUKAN, seperti Bn, kerana PRINSIP gabungan 13 parti itu, SUSAH SENANG BERSAMA RAKYAT, DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI dengan rakyat, selain parti yang sentiasa MENGAMALKAN, ada budi ada balas. FIKIR-FIKIRKAN LAH.

17 January 2018

PRU-14; Disebalik Sumbangan Shafie Pada Sabah?

TAHU KAH ANDA, mengapa DS Najib Razak melantik Datuk Shafie Apdal ke Kementerian KKLW? Sebabnya -Perdana Menteri mahu Sabah dan Sarawak cepat membangunan dan maju seiring dengan pembangunan dan kemajuan Semenanjung.

Sebagai pemimpin daripada Malaysia Timur, sudah tentu mempunyai pengetahuan, dan semangat untuk membangunkan dan memajukan dua negeri itu.

Namun hasilnya? memangpun dana berbilion ringgit habis dibelanjakan, namun sungguh malang tidak mencapai sasaran yang dikehendaki.

Rakyat Sabah dan Sarawak, khususnya di luar bandar, seharusnya masalah Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Bekalan Elekterik Luar Bandar (BELB), Jalan Raya Luar Bandar (JRLB) sudah selesai, hakikatnya keadaan mereka seperti dahulu kala.

Jika lah dana KKLW itu digunapakai dengan baik, sudah tentu, rakyat berterima kasih, namun, rakyat yang tidak mengetahui duduk perkara, menganggap kerajaan Bn pula tidak tidak membela mereka.

Kini, Shafie merupakan pembangkang kepada kerajaan Bn, apa yang malang, beliau tidak merasa malu, apabila bercakap dengan rakyat berkaitan dengan kemudahan asas rakyat luar bandar.

Memang fitrah orang yang banyak menafikan hak-hak rakyat, akan sentiasa membuat kesilapan, sebab itu, semasa berucap dalam satu Majlis di Tuaran,pada Ahad, beliau menghina anggota sukarelawan (RELA), kononnya hanya tahu menjaga trafik semasa majlis-majlis kenduri.

Beliau menafikan, peranan RELA di seluruh Negara, yang sentiasa terlibat dalam operasi pencegahan jenayah, operasi PATI dan operasi-operasi lain.

Tindakan Presiden parti Warisan Sabah itu, menunjukkan keeogan, memperlekeh mereka yang berstatus rendah. Cuba bayangkan, petugas pemungut sampah, penjaga tandas tidak menjalankan tugas? Kepada Shafie, rakyat tahu, kamu pernah jadi menteri kerana parti UMNO, namun janganlah menghina rakyat bawahan, apatah lagi rakyat yang ikhlas yang sanggup menjadi sukarelawan, seperti anggota RELA!!!

Apa kah sumbangan Shafie terhadap Sabah, hanya menafikan hak rakyat Sabah dan menghina???



16 January 2018

PRU-14: Shafie Hanya Syiok Sendiri

TIADA pemimpin utama Umno menyertai Datuk Shafie Apdal, termasuk di Semporna.

Persepsi dan gossip, hanya simpatisan daripada pihak-pihak tertentu, khususnya yang ada hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Di atas kertas, nyata dalam politik, Datuk Yusof Apdal, Ketua Bahagian Umno Silam tidak mengikuti jejak abangnya. Moralnya, adikpun tidak menyokong secara langsung, mengapa pula, yang lain hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Tidak dinafikan, ada ahli Umno yang ikut Shafie, terutama mereka yang mendapat projek daripada KKLW semasa Presiden parti Warisan Sabah itu menteri.

Dalam sebarang pilihan raya, yang menentukan kemenangan adalah majority. Memang parti Shafie dapat undi, khususnya daripada mereka yang memangpun lawan Bn, namun sokongan itu tidak dapat diterjemah kepada kerusi.

Skandal yang menyelubungi Presiden parti Warisan Sabah itu yang terkait dengan dana KKLW untuk Sabah yang sedang disiasat SPRM, menghantui beliau. Tindak tanduk Peter Antony, Naib Presiden parti itu, telah mendedahkan siapa Shafie.

Cerita terkini, berlaku pula di Sarawak, bahawa Shafie terpalit dengan TANGKI KUNING, yang bernilai ratusan juta ringgit, yang dibekalkan oleh seorang teman rapat mantan menteri KKLW itu.

Mungkin kerana fikiran bercelaru, sehinggakan MP Semporna itu sanggup menghina anggota RELA, kononnya RELA hanya tahu menjaga trafik di majlis-majlis kenduri.

Shafie Hina RELA

MUNGKIN sebagai impak kepada siasatan dan tahanan reman oleh SPRM berkaitan penyelewengan RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion KKLW daripada tahun 2009-2015, minda Presiden parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal telah bercelaru, sehinggakan tergamak menghina anggota RELA, dengan mengatakan anggota sukarelawan itu, hanya tahu jaga trafik, di majlis-majlis kenduri.

Anggoata RELA, dihina hanya kerana dipilih sebagai anggota barisan ke-2 di ESSZONE (kawasan keselamatan Pantai Timur Sabah).

Mengapa sampai hati menghina? apa kah kerana anggota RELA sangat efektif sebagai MATA DAN TELINGA pasukanan keselamatan? bagi membendung kemasukan PATI ke Sabah?

Atau kah memang Shafie, yang bernafsu sangat mahu mendapat sokongan rakyat, maka perlu membuat kenyataan sensasi, termasuk menghina RELA, kononnya TIADA KELAYAKAN sebagai anggota menjaga keselamatan, kerana RELA hanya layak sebagai PENJAGA TRAFIK dalam majlis-majlis kenduri.

Apa kah kenyataan Presiden parti Warisan Sabah di Tuaran itu, sebagai cara memesongkan kes yang sedang melanda beliau?

Rakaman Video yang memaparkan kenyataan Shafie itu dapat dibaca DISINI

15 January 2018

Shafie Dengan Tangki Kuningnya

MENARIK artikel the Dayak daily DISINI yang memuat naik artikel itu secara ekslusif, dengan memberi info kesamaan antara penyelewengan dana RM1.5bilion daripada dana RM7.5bilion untuk Sabah daripada tahun 2009-2015.

Setakat ini lebih 11 orang termasuk Datuk Shafie Apdal telah disiasat termasuk tahanan reman berhubung penyelewengan dana KKLW semasa Presiden parti Warisan Sabah itu menerajui kementerian tersebut. Kesemua ke-11 yang disiasat dan ditahan reman itu, telah dibebaskan atas jaminan SPRM.

Pada oktober lalu, Negara digemparkan dengan penemuan wang tunai terbesar oleh SPRM yang membabitkan Pengarah, Timbalan Pengarah dan mantan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah yang terlibat mengendalikan projek-projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) yang mendapat peruntukan daripada KKLW.

Seperti mana laporan berbagai pihak, peruntukan KKLW untuk luar bandar, samada daripada Sabah dan Sarawak, memang mendapat KPI yang cukup tinggi, kerana kementerian itu Berjaya membelanjakan peruntukan yang diberikan kerajaan.

Persoalan yang timbul, sama seperti kata peribahasa, rumah siap pahat berbunyi. Wang habis, tetapi kemudahan yang sepatutnya dinikmati rakyat tidak kesampaian, kalaupun pada awalnya dinikmati, tetapi hanya sementara, kemudiannya, masalah yang sama berulang kembali, jika tiada bekalan air, maka kembali kepada tiada bekalan air, tiada bekalan elektrik, kembali kepada tiada bekalan elektrik.

Di Sabah, tenaga solar untuk menjana elektrik yang mendapat peruntukan daripada KKLW, kini hanya tinggal kenangan, atau telah menjadi besi buruk.

Di Sarawak, menurut artikel yang disertakan, Shafie dikenal di negeri itu, sebagai Menteri tangki air kuning, yang berharga RM41,000 setiap satu, kononnya boleh menyelesaikan BALB, namun ianya hanya sementara, dan kini tidak berfungsi lagi.

14 January 2018

SUMBANGAN PADA UMMAH

JELAS sekali nawaitu seseorang pemimpin, apabila menjadikan agama sebagai penggalas utama pembangunan ummah.

Penulis terbaca paparan di muka buku (facebook) seorang rakan fb yang menceritakan berkaitan Program Jelajah Komuniti Celik Al-Quran Anjuran Akademi Pengajian Al-Quran Semporna ( APAQS ) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPIEM ) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ) yang berlangsung di Semporna dan tepatnya bertempat di Akademi Pengajian Al-Quran Semporna ( APAQS ) pada Sabtu 13 januari 2017.

Program tersebut dirasmikan oleh YB. Datuk Ramlee Marahaban, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Merangkap ADUN N.54 Bugaya dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah APAQS. 

Program Jelajah Komuniti Celik Al-Quran ini adalah sebuah program khas untuk membantu anak murid dan pelajar di Sekolah Kurang Murid ( SKM ) di kawasan luar bandar atau pedalaman bagi membantu akses pembelajaran celik Al-Quran, program seumpama ini adalah yang pertama di Sabah dimana peranan dan tanggungjawab Akademi Pengajian Al-Quran Semporna ( APAQS ) sebagai sebuah institusi akademik Al-Quran dalam melahirkan celik Al-Quran dikalangan masyarakat luar bandar mahupun pedalaman. 

Program jelajah celik Al-Quran ini bertepatan dengan pelan pembangunan pendidikan Malaysia ( PPPM 2013-2025) dimana ia memerlukan kerjasama dan pengelibatan masyarakat dalam menjayakan pelan pendidikan ini, dan salah satu anjakan pelan pendidikan yang terkandung adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa kepada semua peringkat. 

Konsep pembelajaran Abata yang di guna pakai oleh APAQS adalah satu kaedah pembelajaran yang cepat dan mudah difahami murid-murid dalam pembelajaran AL-Quran dan ia terbukti keberkesanannya sehingga APAQS berjaya mengkhatamkan seramai 150 orang pelajar dalam masa yang agak singkat. 

Program jelajah ini akan tertumpu dikawasan sekitar pulau antaranya SMK Bum-Bum, Sk Larapan, Sk Bait, Sk Omadal dan Sk Selakan sebagai pusat jelajah pembelajaran celik Al-Quran ini. Objektif utama program ini adalah merapatkan jurang pendidikan terutamanya dalam bidang agama bagi kawasan yang kurang mendapat akses pendidikan celik Al-Quran secara formal. 

Akademi Pengajian Al-Quran Semporna ( APAQS ) terus melipat gandakan usaha dalam memartabatkan syiar islam di bumi bertuah Semporna melalui program seumpama ini demi untuk melahirkan permata islam dikalangan anak-anak Semporna kelak.

Melihat keberkesanan cara pendidikan ini, adalah diharapkan ianya juga diterapkan di kawasan-kawasan lain, agar, celik Al-Qur'an dapat dikongsi bersama, rakyat beragama islam, khususnya anak-anak atau para pelajar di peringkat sekolah rendah hingga menengah. 

Sumbangan terhadap agama, merupakan sumbangan mulia, daripada seseorang yang bergelar pemimpin

HARI AHAD: PEKAN TUARAN MEMANGPUN SESAK

Datuk Shafie Sedang Berlakon Didepan Gerai Pisang-Pekan Tuaran
JANGANLAH syiok sendiri, kerana Pekan Tuaran yang penuh sesak setiap Hari Ahad, dikatakan pula sesak, kerana kehadiran Datuk Shafie Apdal.

Kalau demikian, mengapa setiap Hari Ahad, OKB (blogger one-kota belud) melawat pekan itu, tidak dikatakan sesak, kerana OKB datang.

Mungkin, ADUN Sulaman- Datuk Hajiji Haji Noor tersenyum-senyum simpul, apabila penyokong parti Warisan Sabah mendakwa, Pekan Tuaran sesak, pada ahad, kerana kehadiran mantan Naib Presiden Umno itu.

Untuk makluman para pembaca, setiap hari Ahad, Pekan Tuaran akan sesak di semua penjuru, kerana adanya tamu mingguan. Kesesakan pecan itu, bukan baharu, ianya berlanjutan puluhan tahun lampau.

Demi mengaburi mata rakyat, maka parti Warisan Sabah mengambil peluang, tentang keadaan ramainya orang ramai, agar boleh diambil gambar, kononnya sambutan penduduk Tuaran, luar biasa.

Tidak malu ke mereka??

PRU-14 SABAH: PENDUDUK KOTA BELUD TOLAK SHAFIE


TIADA pilihan raya yang tidak panas. Parti yang memerintah merasa bahang panas kerana hendak ditumbangkan oleh parti lawan.

Menghadapai pilihan raya, rakyat diketengahkan dengan dua pilihan, FAKTA DAN PERSEPSI.

Parti yang merampas kuasa, menaburkan berbagai cerita fiksi, cerita gossip, berita palsu, fitnah dan janji-janji retorik. Mereka yang bermodalkan air liur itu, hanya mengunakan lidah untuk berkata-kata.

Manakala parti yang meminta semula mandate, membawa bersamanya pencapaian, rekod dan fakta pembangunan, kemajuan.

Fakta dan rekod ini disanggah dengan putar belit, dakwaan palsu, malah dijadikan sandaran janji bulan bintang.

Di awal jelajah Datuk Shafie, memang ramai rakyat datang untuk mendengar ucapan, mahu melihat sosok tubuh mantan Naib Presiden Umno itu, kerana nama memang kerap terpampang di dada-dada surat khabar, atau media social, namun mereka tidak pernah melihat secara “live”, kalau “live”pun hanya di kaca TV RTM.

Apabila lebih setahun kewujudan parti yang dipimpin MP Semporna itu, terbukti, jika sebelumnya majlis beliau mendapat “sambutan” sehingga diwar-warkan sebagai “fenomina” terbukti, dalam perjumpaan di kawasan Kedamaian, Kota Belud, majlis itu bukan sahaja kerusi lebih banyak daripada tetamu, malah semasa Shafie berucap, berbondong-bondong “tetamu” yang sedikit itu meninggalkan majlis.

Mungkin, “mereka” yang pada mulanya meramaikan sesuatu majlis, tidak dapat digerakkan lagi, kerana kekurangan dana, ekoran tindakan SPRM membekukan berbagai akaun para individu yang ada kaitan dengan mantan Menteri KKLW itu. Kerana kekangan itu, perjumpaan Shafie di Kota Belud, semacam rumput di tepi jalan, hidup segan mati tak mahu.

Sokongan politik terhadap sesebuah parti, yang dikatakan boleh menjadi pesaing atau boleh mengancam parti yang dilawan, apabila sokongan terhadap parti itu, menyeluruh dan dapat mengekalkan momentum.

Melihat perkembangan terkini, terhadap parti yang dipimpin mantan Menteri KKLW itu, ternyata sudah tiada UMMHH lagi. Apabila parti yang dikatakan mempunyai “kekuatan” tiada ummhh lagi, ertinya, rakyat Sabah masih mengekalkan Bn sebagai pilihan.

Kepada rakyat Sabah secara umumnya, perlu mengambil iktibar terhadap “layanan” rakyat Kota Belud kepada parti Warisan Sabah, kerana Kota Belud, merupakan “anak sulung” Umno Sabah. Sebagai kawasan yang merupakan anak sulung parti tunjang kerajaan negeri, maka, adalah tidak silap, untuk menolak parti pimpinan mantan Ketua Bahagian Umno Semporna itu. Semangat itu, perlulah dikongsi bersama di seluruh negeri, termasuklah kawasan Semporna, daerah asal Shafie.

13 January 2018

PRU-14 SABAH: PARTI ATAU CALON?

ADA dua kategori pengundi, khususnya di luar bandar. Ada kelompok pengundi fanatik pada calon, ada juga pengundi fanatik pada parti, atau kedua-kedua-duanya.

Fanatik pada parti tiada masalah, sebabnya, parti mesti bertanding. Yang menjadi masalah adalah fanatik pada calon. Fanatik pada calon, adalah faktor utama, kawasan tradisi sesebuah parti kalah pada pilihan raya, hanya kerana protes pengundi, kerana calon pilihan tidak dicalonkan.

Jika peratusan fanatik pada parti lebih tinggi berbanding calon (pemimpin), maka parti yang bertanding memilih calon pilihan parti, maka calon itu boleh menang, di kawasan tradisi parti itu. 

Pada PRU-14, dikhabarkan, bahawa pucuk pimpinan, akan memilih, calon yang termasuk dalam kategori pilihan pengundi dan pilihan parti, iaitu calon yang mempunyai kumpulan penyokong sendiri selain sokongan ahli parti.

Menerusi keputusan itu, maka tidak akan timbul undi protes, yang boleh menyebabkan calon kalah.

Di Sabah, ada bebebarapa kawasan yang termasuk dalam ketegori, di mana calon yang mempunyai pengundi fanatik, kemungkin tidak dicalonkan, kerana pertimbangan strategi. Untuk meneutralisasikan keadaan pada kawasan itu, maka jentera pilihan raya kena berkerja dua kali ganda, bagi memastikan kemenangan.

Parti Bn Sabah, tiada masalah memilih calon, kerana ramai calon-calon berpotensi. Apa yang penting bagi Bn, adalah mengatur dan mengurus jentera parti selain menguasai setiap Pusat daerah Mengundi (PDM). Sifar masalah pada peringkat PDM, adalah tanda-tanda kemenangan!!!.

Pada peringkat sekarang, keutamaan calon-calon yang diberi signal untuk mewakili Bn, perlu memantapkan setiap PDM di kawasan masing-masing. Pastikan bermula daripada sekarang sehingga pembuangan undi, setiap PDM diatur dengan baik dan teratur. Jangan lagi toleh ke belakang, apa tah lagi terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan akaun palsu dalam laman sosial, bermula daripada sekarang, “head count” adalah keutamaan.

PARLIMEN SEMPORNA: JADI TUMPUAN PADA PRU-14 SABAH?


Pulau Sipadan-Terletak Di Semporna, Sabah
1. JIKA berpandukan pada PRU-PRU lalu termasuk PRU-13, kawasan itu memangpun wilayah Umno/Bn. Namun, kerana adanya scenario politik baharu, apabila MP kawasan itu yang mewakili Umno/Bn bertukar kepada parti lawan, telah menjadikan kawasan itu kawasan panas dan tumpuan pada PRU-14.

2. Jika pengundi kawasan itu, masih beteraskan kepada parti, maka di atas kertas, Umno/Bn tidak akan berdepan sebarang masalah mempertahankan kawasan itu.

3. Pada PRU-14, selain Semporna menjadi tumpuan, parlimen Pagoh, di Johor juga menarik untuk diamati. Selain itu, kawasan yang juga tidak kurang menarik untuk diikuti, adalah kawasan mana, mantan PM- Tun Dr Mahathir akan bertanding.

4. Bagi kawasan Semporna, belum ada penanda aras, bagai mana pengundi kawasan itu memilih. Walaupun demikian, indikasi sokongan peribadi, dapat dilihat menerusi undi yang diperolehi calon bebas di DUN Bugaya pada PRU-13. Kencenderungan mengundi berasaskan pengaruh peribadi, terlihat jelas menerusi calon bebas di kawasan itu.

5. Jika kecenderungan pengundian peribadi diterjemahkan pada PRU-14 akan datang, maka nisbah pengundi yang bakal mengundi calon parti yang melawan calon Umno/Bn, tidak akan lari jauh. Jika demikian, walaupun pertembungan antara calon Umno/Bn dengan parti lawan, khususnya calon parti Warisan Sabah, dan calon itu sudah pasti adalah Presiden parti itu, maka kemenangan masih berpihak kepada calon Umno/Bn.

6. Senario politik kini, khususnya kekuatan parti Warisan Sabah, adalah, kekuatan parti dan peribadi masih merupakan 1 dalam 1. Manakala, kekuatan Umno/Bn, selain kekuatan parti juga kekuatan calon, merupakan 2 dalam 1. Malah, jika dilihat secara keseluruhan, kekuatan bagi pihak Bn, adalah 4 dalam 1, iaitu, kekuatan parti, kekuatan calon, kekuatan Pengerusi Bn Negeri dan kekuatan Pengerusi Bn Pusat, tidak lain tidak bukan adalah Perdana Menteri.

7. Daripada pandangan mata kasar, sebenarnya apa yang berlaku di Semporna pada PRU-14, adalah pertembungan antara “David & Goliath”, walaupun Datuk Shafie menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak tahun 1995, namun belum teruji secara langsung sejauh mana pengaruh beliau, kecuali menerusi pengaruh tidak langsung pada PRU-13, menerusi calon bebas di Dun Bugaya.

8. Tiada seorangpun dapat menulis dengan tepat, sejauh mana kekuatan Shafie di luar Umno/Bn. Apa yang ditulis, baik oleh penganalisa politik atau coretan-coretan di media social, atau cerita-cerita kedai kopi, hanya berbentuk andaian atau persepsi.

9. Keadaan Semporna, tidak boleh disamakan dengan keadaan Tambunan pada tahun 1984, kerana daerah Tambunan bukan sahaja dianak tirikan selepas dimenangi calon bebas pada PRK tahun itu, akan tetapi diturunkan status, daripada daerah kepada daerah kecil. Berlainan dengan Semporna, selepas MP kawasan itu menjadi pemimpin yang melawan Umno/Bn, Semporna menjadi perhatian bukan sahaja oleh pemimpin negeri malah pusat.

10. Pembangunan di bawa ke Semporna, umpamannya, pembinaan Pasar Besar Semporna telah dilancarkan pembinaannya oleh Ketua Menteri Sabah pada Februari tahun 2017. Rancangan membina Masjid Daerah telah dipersetuji oleh TPM- Datuk Dr Zahid Hamidi, pembinaan hotel 5 bintang dipersetujui oleh Ketua Menteri Sabah, demikian juga pembinaan Kompleks Sukan Semporna dilancarkan pada tahun lalu.

11. Pembinaan loji bekalan air bersih yang berkos RM150juta yang berkapasiti 30MLD sedang dalam penyiapan. Makna kata, kemajuan Semporna semacam bergerak laju, selepas Shafie menjadi pemimpin parti lawan.

12. Rakyat Semporna, perlu menganalisa sendiri, tentu ada pemimpin kawasan itu, yang menggerakan kemajuan itu, kata peribahsa bulan tidak akan jatuh ke riba, bulat tidak akan datang bergolek, pipi tidak akan datang melayang.

13. Mengapa penulis tertarik menulis berkaitan politik Semporna, kerana kawasan itu, telah menjadi buah bibir, selepas sahaja Datuk shafie Apdal keluar daripada Umno. Selain itu, pengakuan Perdana Menteri sendiri tahun lalu di Sandakan, bahawa mantan Naib Presiden Umno, meminta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

14. Menerusi pengakuan Perdana Menteri itu, maka pada PRU-14, Shafie selain bertanding di Parlimen juga akan bertanding di peringkat Dun.

15. Parti Warisan Sabah setakat ini, masih pada pendirian akan bergerak solo, dan jikapun melakukan kolaborasi dengan parti-parti tempatan yang melawan Umno/Bn, besar kemungkinan di kawasan-kawasan majoriti kaum cina.

16. Melihat pada harapan parti itu, mereka berpandukan kepada keadaan tahun 1976 dan tahun 1985, kononnya, scenario politik semasa Sabah berada pada keadaan tahun-tahun itu. Benar kah demikian? Sama-sama kita tunggu!!!.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels