ALHAMDULILLAH kita diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul. Cinta baginda telah pun mengalir dalam diri setiap umatnya sejak 1439 tahun dahulu sehingga membuatkan kekasih Allah ini terlalu istimewa untuk umatnya.
Saban tahun kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal bertujuan memperingati kekasih ummah ini yang berjuang menyebarkan dakwah dan risalah kenabian sehingga hari ini.
Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam” - (Surah al-Anbiya’, ayat 107).
Kelahiran (Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah kepada alam dan khususnya kepada manusia keseluruhannya. Rahmat ini ada dalam akidah, muamalah, akhlak, malah dalam semua bidang kehidupan.
Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia pada zaman baginda sahaja, tetapi meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Memperingati, menyambut, merayakan dan membesarkan Maulidur Rasul adalah amal yang menjadi salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah di samping meluahkan ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Haruslah diketahui bahawa cinta kepada Rasulullah SAW adalah salah satu dasar dan rukun keimanan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya serta manusia keseluruhannya.”
Tidak hairanlah sambutan ini diadakan saban tahun kerana ketika ini peluang dakwah juga dapat dimaksimumkan terutamanya ketika menyambut Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul semestinya menyasarkan objektif untuk mengajarkan mereka yang belum tahu, mengingatkan mereka yang alpa, mengukuhkan pegangan mereka yang telah dan masih ingat serta memperbetulkan mereka yang tersasar daripada kehidupan yang ditunjuk oleh Rasul mereka.
Itulah tanda kita sedang benar-benar memperingati baginda. Itulah sebuah penghargaan dan syiar yang benar-benar tepat mengenai sasaran sebuah sambutan terhadap baginda Nabi. Ini juga adalah intipati dan kandungan perjuangan Rasulullah yang mulia selama 23 tahun kehidupannya sebagai seorang Rasul dan Nabi terakhir bagi seluruh bangsa manusia.
Golongan muda khususnya, harus didedahkan dengan keistimewaan dan kepentingan menyambut dan menghayati sambutan Maulidur Rasul agar ia tidak akan menjadi hanya satu budaya semata-mata.
Mereka sepatutnya menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW untuk lebih mengenali dan mencintai kekasih agung Nabi Muhammad SAW agar kita dapat menjadi penyambung risalah nabi untuk ummah ini.
Rahmat yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya adalah rahmat kehadiran Rasulullah. Imam As-Suyuthi memberi pendapat tentang perayaan Maulidur Rasul di dalam Al-Hawi li al-Fatawa dengan katanya:
“Menurutku, asal perayaan Maulid Nabi, iaitu manusia berkumpul, membaca al-Quran dan kisah-kisah teladan Nabi Muhammad sejak kelahirannya sehingga perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dimakan bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). Orang yang melakukannya diberi pahala kerana membesarkan kedudukan baginda, menampakkan kesukaan dan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad yang mulia.”
Justeru, umat Islam tidak sepatutnya berbalah tentang sambutan Maulidur Rasul kerana ia sememangnya perkara yang baik untuk dilakukan. Janganlah kita hanya tertumpu kepada perkara remeh-temeh yang bakal merugikan umat Islam sendiri.
Bagaimanapun, melahirkan rasa cinta kepada baginda Nabi SAW bukan hanya berarak dengan membawa sepanduk semata-mata. Sepatutnya lebih daripada itu hendaklah dengan menghayati semangat dan roh di sebalik sambutannya.
Maka, selaku kita yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW hendaklah menunjukkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah ini bukan sahaja di bulan kelahiran baginda bahkan setiap saat dan detik.
Tidak kurang juga kita mengikuti setiap sunnah baginda dalam segenap aspek agar kehidupan kita akan diberkati dunia dan akhirat. Berasaskan kepada keyakinan itu, maka pada hari ini di Padang/Dewan Masyarkat Semporna, diadakan Sambutan Hari Lahir keputraan Nabi Junjungan Muhammad SAW yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri merangkap ADUN Bugaya- Datuk Haji Ramlee Marahaban.