19 April 2018

PRU-14 SABAH: PELUANG BN

JIKA parti Warisan Sabah dan PH menghormati kolaborasi anatara mereka, maka dengan jelas, PWS menggambarkan parti itu sebagai parti Umno dalam parti Barisan Nasional, kerana bertanding sepenuhnya di kawasan-kawasan yang ditandingi Umno. Menerusi kolaborasi itu, maka pemimpin kaum cina PWS tiada tempat untuk bertanding.

Melihat kepada kombinasi antara PWS dan PH, yang membezakan antara PRU-13 dan PRU-14, kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan Pas semasa dalam Pakatan Rakyat diambil alih oleh PWS.

Melihat kepada keadaan terbaru, ianya membawa ertinya, pengundi yang mengundi PKR & Pas pada PRU-13 akan mengundi PWS. Oleh kerana DAP akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi pada PRU-13, maka pengundi akan mengundi parti itu pada PRU-13 kemungkinan juga mengundi parti itu.

Jika trend pengundian akan sama dengan PRU-13, walaupun adanya pertambahan undi, namun diperkirakan seramai 862,000 pengundi akan menunaikan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, 499,600 akan mengundi Bn, manakala PWS & PH sejumlah 268,000 dan bakinya parti-parti lain.

499,600 undi akan diterjemahkan kepada 46-54 kerusi Dun dan 22-23 kerusi Parlimen.

Memang PWS & PH begitu gahirah sekali, namun kegahirahan parti-parti itu hanya syiok sendiri.

Pada malam 9 Mei, rakyat Sabah akan menyaksikan sekali lagi, bahawa Bn akan diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan sepenggal lagi.

PRU-14 SABAH: KAWASAN PILIHAN PARTI WARISAN SABAH

Parti Warisan Sabah akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 kawasan Dun. 

Kawasan Parlimen adalah- Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Penampang, Papar, Kimanis, Sipitang, Keningau, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan.

Manakala Dun adalah- Banggi, Tanjong Kapor, Pitas, Tandek, Usukan, Sulaman, Kiulu, Karambunai, Tanjong Aru, Petagas, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Lumadan, Sindumin, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Sugut, Labuk, Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Kuamut dan Sukau.

Berasaskan keputusan PRU-13, semua kawasan itu dimenangi Bn kecuali Parlimen Penampang dan Dun Klias.

Bagi berdepan dengan PRU-14, Bn membawa bersamanya (bagi parlimen) majoriti Kudat (12,376), Kota Marudu (842), Kota Belud (5,095), Sepanggar (9,442), Papar (10,535), Kimanis (5,723), Sipitang (9,469), Keningau (3,918), Beluran (9,988), Libaran (11,586), Batu Sapi (3,798), Kinabatangan (9,731), Silam (13,387), Semporna (20,905), dan Kalabakan (14,221).

Bagi Dun pula Bn membawa bersamanya majoriti Banggi (3,299), Tanjong Kapor (1,985), Pitas (3,833), Tandek (5,265), Usukan (6,812), Sulaman (10,441), Kiulu (44), Karambunai (8,532), Tanjong Aru (3,690), Petagas (5,653), Kawang (8,900), Pantai Manis (4,409), Bongawan (3,392), Membakut (3,510), Lumadan (3,862), Sindumin (4,323), Kundasang (1,975), Paginatan (979), Tambunan ( 2,079), liawan (1,752), Melalap (2,599), Kemabong (3,032), Sook (4,395), Nabawan (342), Sugut (2,820), Labuk (4,526), Gum-Gum (2,357), Sungai Sibuga (11,569), Sekong (3,530), Kuamut (4,618) dan Sukau (4,419).

Melihat kepada keputusan PRU-13 dan majoriti yang diperolehi calon-calon Bn, adalah tidak mudah bagi parti lawan memterbalikkan keputusan itu, atas sebab tiada tanda-tanda bahawa para pengundi di kawasan itu berpaling tadah.

Keadaan tahun 1975 dan 1985 yang cuba ditiru parti Warisan Sabah, sangat berbeza keadaannya, kerana parti Bn dan para pemimpinnya, berbeza dengan keadaan masa itu. Parti bn dan para pemimpinnya bukan sahaja mesra rakyat, akan tetapi turun padang merupakan akitiviti yang dipilih untuk mendekati rakyat.

Keadaan masa lalu tidak sama dengan masa kini. Rakyat masa kini, boleh berhubung terus dengan wakil rakyat mereka setiap masa, jika ada masalah-masalah di kawasan mereka.

Parti Warisan Sabah dengan tag yang ada pada Presiden mereka, rakyat tidak akan dapat dipengaruhi, meskipun tidak dinafikan bahawa parti itu akan mendapat undi, akan tetapi tidak dapat diterjemahkan kepada kerusi.

PRU 14 SABAH: KAWASAN PILIHAN DAP

Parti DAP akan bertanding 3 Parlimen dan 7 Dun pada PRU-14. Manakala PKR 6 Parlimen dan 9 Dun. Oleh kerana gabungan Pakatan Harapan itu berkolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka parti Warisan akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 Dun. 

Menerusi jumlah kerusi yang ditandingi PWS baik parlimen mahupun Dun, membolehkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu mengetuai kolaborasi dua parti itu.

Dalam artikel blog ini sebelum artikel ini, penulis telah menganalisa serba sedikit berkaitan peluang PKR dalam PRU-14. Melihat kepada kawasan-kawasan yang ditandingi parti yang berlambang mata itu, nampaknya hanya DUN Moyog ada peluang untuk dimenangi.

Pada artikel ini akan dilihat kawasan-kawasan yang menjadi pilihan atau ditandingi DAP.

Bagi kawasan Parlimen, Dap akan mempertahankan Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu, manakala akan mencuba nasib di Parlimen Tenom.

Berasaskan keputusan PRU-13 Parlimen Sandakan dimenangi DAP dengan majoriti 1,088 mengalahkan calon Bn- Presiden LDP. Manakala parlimen Kota Kinabalu dimenangi DAP dengan majoriti 18,959 undi. Parlimen Tenom pula dimenangi calon Bn dengan majoriti 3,886.

Daripada tiga kawasan parlimen itu, hanya parlimen Kota Kinabalu, DAP mempunyai kelebihan atau peluang, manakala Sandakan dalam keadaan 50:50, sementara Tenom tetap akan menjadi wilayah Bn. 

Apa yang perlu diambil kira bagi parlimen Sandakan, pengundi kawasan itu jarang menyokong calon yang sama untuk penggal kedua. Jika kebiasaan itu menjadi panduan, maka peluang Bn merampas kawasan itu cukup cerah.

Bagi kawasan Dun pula, DAP akan bertanding di Dun Kapayan, Luyang, Bingkor, Sri Tanjung, Likas, Elopura, dan Tanjong Papat.

Pada PRU-13 Dun Kapayan dimenangi DAP dengan majoriti 7,287, Luyang (majoriti 6,876), Sri Tanjung (majoriti 5,927), Likas (majoriti 5,652). Sementara Bingkor dimenangi STAR, Elopura Bn demikian juga Tanjong Papat dimenangi Bn.

Melihat kepada senario politik semasa, meskipun dapat mengelak pertembungan dengan PWS, kerana dua parti itu berkolaborasi, nampaknya hanya Sri Tanjong, Kapayan dan Luyang bakal dimenangi, manakala kawasan Dun lain kemenangan akan berpihak kepada Bn.

PRU-14 Sabah: Kawasan Pilihan PKR

PARTI PKR Sabah bertanding 6 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun. Kerusi-kerusi parlimen adalah Putatan, Tuaran, Beaufort, Ranau, Pensiangan dan Tawau. Manakala DUN- Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Kuala Penyu, Matunggong, Kedamaian, Tempasuk dan Karanan.

Jika berasaskan keputusan PRU-13, hanya Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu.

Pada PRU-13, Putatan dimenangi Bn dengan majoriti 9,507, Tuaran majoriti 5,190, Beaufort majoriti 673, Ranau majoriti 3,611, Pensiangan 1,744 dan Tawau majoriti 4,979.

Manakala di Tempasuk dan Karanan serta Kuala Penyu masing-masing Bn menang dengan majoriti 5,210 dan 3,500 serta 2,273.

Bagi kerusi Api-Api meskipun dimenangi PKR, dengan majoriti 795 akan tetapi kemenangan bukan dengan undi popular, demikian juga di Tamparuli, Inanam,  Matunggong dan Kedamaian.

Senario politik pada PRU-14 sangat berbeza berbanding PRU-13. Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu bukan kerana faktor parti akan tetapi calon. Hanya di DUN Moyog sahaja berasaskan parti.

Manakala undi "calon" PKR di Parlimen Beaufort dan Pensiangan begitu tinggi, bukan kerana parti akan tetapi faktor calon.

Melihat kepada kerusi-kerusi yang ditandingi PKR, nampak gayanya, parti itu hanya akan menang antara satu-dua kerusi, iaitu DUN Api-Api dan Moyog. Berasaskan senario semasa, Dun Api-Api berada dalam kedudukan 55:45 berpihak kepada Bn. jika demikian, maka Dun Moyog merupakan taruhan parti itu pada PRU-14.

PARLIMEN KIMANIS TARGET WARISAN?

JIKA menjadi kenyataan, pertembungan antara mantan pemimpin veteran Umno- Datuk Karim Bujang dengan calon Bn-Datuk Anifah Aman, akan menjadi pertembungan terpanas pada PRU-14 Sabah.

Mengapa terpanas? maklumat daripada bawah atau akar umbi, calon parti Warisan Sabah akan mempergunakan perkauman untuk menumbangkan calon Bn.

Parti Warisan Sabah tiada alternatif, untuk mendapatkan undi, kerana parti itu tidak mempunyai rekod pencapaian, apa tah lagi rekod pembangunan.

Jika Karim Bujang bercakap berkaitan pembangunan, ianya kerana beliau merupakan sebahagian daripada kerajaan parti Barisan Nasional. Tiada individu atas kapasiti persendirian mempunyai kemampuan membawa kemajuan dan pembangunan.

Apa kah sandaran mempergunakan perkauman boleh mengatasi sentimen kemajuan dan pembangunan?

Jika calon parti Warisan Sabah mempergunakan perkauman, ianya cara politik undur ke belakang, bukannya politik matang.

Memang dalam politik, apa sahaja cara digunakan termasuk kaedah menghalalkan cara, semata-mata untuk menang.

Pada PRU-13, calon Bn diperingkat parlimen mendapat undi 13, 754 berbanding calon PKR 8,031. Calon Bn menang dengan majoriti 5,723. Sememangnya Parlimen Kimanis adalah wilayah Bn.

Kini terdedah, bahawa pengumuman bersara oleh mantan DUN Bongawan itu tidak ikhlas, malah menyimpan dendam. Apabila pendendam berkumpul, ianya pasti bukan untuk rakyat, akan tetapi untuk peribadi.

18 April 2018

LANGKAWI PENUTUP LEGASI TUN DR MAHATHIR

TIDAK dinafikan, mitos sumpahan Mashuri telah ditamatkan semasa era Tun Dr Mahathir. Mitos itu berjaya ditamatkan kerana polisi kerajaan masa itu, menjadikan pulau itu sebagai pulau peranginan.

Selama 22 tahun, semacam satu paksaan, khususnya para pegawai kerajaan daripada Sarawak dan Sabah, kelayakan percutian setiap dua tahun bagi kaki tangan yang layak, menyeraikan Langkawi sebagai destinasi.

Demikian juga penumpuhan pembangunan pulau itu untuk dijadikan sebagai pusat peranginan antarabangasa, dengan berbagai program anjuran kerajaan, antara lain pameran udara antarabangsa, Le Tour De Langkawi dan sebagainya.

Memajukan pulau itu, kononnya untuk manamatkan mitos sumpah mashuri dapat dijayakan menerusi kerajaan Barisan Nasional, bukan atas nama individu. Tiada individu yang boleh menjayakan sesuatu parancangan, melainkan atas sokongan semua pihak.

Jika Tun Dr Mahathir menganggap dengan bertanding di Langkawi supaya pengundi pulau itu mengingati beliau sebagai individu dan mengenepikan sumbangan kerajaan parti Barisan Nasional, menggambarkan bahawa pengundi pulau itu tidak menerima hakikat sebenarnya.

Pengundi Langkawi diyakni tidak akan mengundi atas sumbangan individu akan tetapi berasaskan sumbangan kerajaan, kerana tanpa kerajaan yang membantu seseorang individu pembangunan dan kemajuan sesebuah kawasan seperti Langkawi tidak akan tercapai.

Tiada rekod di negara ini bahawa seseorang memajukan kawasan yang bukan milik peribadinya. Apa yang adalah, seseorang itu hanya mempercantik rumah dan halaman rumahnya termasuk pagar-pagar yang mengelilingi rumah itu.

Jika pengundi Pulau Langkawi menerima hakikat, bahawa kemajuan pulau itu kerana kerajaan Barisan Nasional, bererti, pengundi pulau akan terus menyokong calon parti Barisan Nasional pada PRU-14.

Sebenarnya Parlimen Langkawi adalah wilayah Bn. Pada PRU-13 lalu, calon Bn menang dengan majoriti besar.

Tidak dinafikan bahawa Tun Dr Mahathir merupakan rakyat Kedah, dan beliau tahu keinginan rakyat negeri itu. Namun beliau juga berdepan dengan calon daripada negeri yang sama yang juga tahu selera rakyat negeri itu.

Atas sebab latar belakang yang sama, dan mengambil kira, kerajaan dan parti yang memajukan pulau itu, maka calon Bn mempunyai kelebihan sebelumpun hari mengundi. Jika pengundi pulau itu bersandar kepada parti dan kerajaan yang memajukan pulau itu, nampak gayanya, kehadiran Tun Dr Mahathir sebagai calon menentang Bn merupakan penamat kepada legasi beliau.

KEMAJUAN SABAH BUKAN KERANA SAYA SEORANG: MUSA

KEMAJUAN Sabah bukan kerana Tan Sri Musa Aman seorang, akan tetapi merupakan kombinasi daripada berbagai pihak, iaitu hasil kerjasama daripada semua pemimpin parti komponen, jemaah menteri, penjawat awam dan rakyat.

Tanpa kerjasama daripada semua pihak, adalah mustahil bagi seorang ketua kerajaan dapat memajukan dan membangun negeri.

Akibat sokongan daripada semua pihak, khususnya mandat yang diberikan rakyat sejak PRU 2004, yang mana kerajaan yang memerintah negeri sentiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kerajaan yang beliau terajui dapat merancang, melakasanakan pembangunan dan aktiviti yang mengarah kepada pembelaan rakyat.

Hasil daripada kerja sama itu, kestabilan politik berada dalam keadaan mantap, aktiviti ekonomi berada pada landasan betul. Sebagai misalannya, peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2016 berjumlah RM73.8bilion meningkat daripada RM59.5bilion pada tahun 2011. Selain itu, trend kemajuan ekonomi negeri telah menjadikan Sabah menempati kedudukan ke-5 di negara ini.

Kemajuan Sabah, adalah hasil daripada kerajaan yang berterusan. Sabah sebenarnya menjadi mundur pada masa-masa lalu, kerana kerapnya bertukar-tukar kerajaan, selain dipimpin oleh mereka yang kurang pengalaman, sehinggakan rakyat dijadikan uji cuba.

Hakikat yang perlu diterima rakyat, kemajuan dan pembangunan yang berterusan, apabila kerajaan yang sedia ada berterusan, kerana perancangan telah tersedia dengan mantapnya.

Sabah akan terus maju, jika pada PRU-14 ini, rakyat meneruskan mandat yang kuat, kerana menerusi mandat itu Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah menjelang 2025 akan terealisasi.

TAMPARAN HEBAT BAGI PEMBANGKANG KOTA BELUD

KOTA BELUD, 17 April — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing.

Kumpulan itu yang diwakili ketua PDM Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosok Santaim Gontiung berkata tindakan mereka untuk meninggalkan parti masing-masing disebabkan sudah bosan dengan tindakan pemimpin parti yang hanya datang untuk meraih undi apabila menjelang pilihan raya.

“Kebanyakan yang meninggalkan parti adalah dari PKR dan ada juga dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). Kami yang keluar dari parti hari ini akan menyertai parti dalam BN.

“Tiada yang kami dapat selama beberapa penggal menyokong pembangkang…apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak ada apa-apa…jadi kita membuat keputusan untuk bersatu padu menyokong BN kerana kami mendapati hanya BN yang mampu mengubah nasib anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikin kepada pemberita dalam satu majlis santai bersama rakyat di PDM Rosok yang dihadiri oleh timbalan ketua bahagian Umno Kota Belud, Datuk Musbah Jamli yang juga pembantu menteri pertanian dan industri makanan Sabah, dekat sini hari ini.

Santaim berkata kebanyakan yang meninggalkan parti pembangkang itu akan menyertai Umno dan ada juga yang menyertai parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, Musbah yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tampasuk berkata tindakan kira-kira 400 orang di PDM itu meninggalkan parti masing-masing menunjukkan mereka telah sedar bahawa hanya BN yang mampu membela serta berjuang untuk rakyat dan demi masa depan negara.

“Hari kita adakan program santai di PDM Rosok dan pada masa yang sama ramai d ikalangan anggota parti pembangkang telah menyatakan sokongan padu kepada BN dan meninggalkan parti masing-masing.

“Kita berharap akan lebih ramai lagi yang akan bersama-sama mereka untuk menyokong BN. Walaupun calon yang bertanding dalam pilihan raya ini belum di umumkan namun mereka telah menyatakan sokongan untuk sama-sam berjuang dalam BN. Ini menunjukkan mereka di sini telah memberi kepercayaan kepada BN untuk terus membangunkan negara,” katanya. — Bernama

9 April 2018

MA63: KONSENSUS DIPUTAR BELIT

KENAMPAKAN bahawa Datuk Shafie Apdal dan Datuk Lajim Ukin tiada idea menangkis keputusan Bn memasukkan MA63 dalam manifesto. 

Dua pemimpin ini cuba mengelirukan rakyat yang tidak biasa mendengar perkataan konsensus, kerana perkataan itu adalah perkataan bahasa inggeris yang dimelayukan. Konsesus adalah sesuatu perkara yang TELAH dipersetujui, BUKANNYA suatu yang AKAN dirancang/dibincang. 

Apa yang mendukacitakan lagi, dakwaan Shafie dan Lajim bahawa kerana Dato Seri Najib Razak menggunakan istilah konsensus, maka kononnya, negeri-negeri lain perlu setuju, sebelum pelaksanaan butiran dalam MA63 dikuatkuasakan. Sedangkan, pengertian manifesto adalah sesuatu pekara/keputusan yang TELAH diputuskan dan telah dipersetujui. 

Selain itu, pemimpin parti Warisan Sabah seperti Aziz Jamman, mengaitkan konsensus dengan parti dalam Bn. Dakwaan Ketua Wira PWS itu, atas sebab Sabah diwakili 4 parti dalam komponen Bn, maka menurut beliau kedudukan adalah 4 lawan 9, ertinya kalau berdasarkan konsensus, maka parti Sabah akan kalah. Mengapa beliau tidak merujuk kepada parti-parti di Sarawak? Sedangkan dalam Bn itu, hanya 4 parti yang diwakili Semenanjung, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan, maknakala 9 daripada Sabah & Sarawak. Di sinilah, kelemahan pemimpin muda PWS itu, membuat dakwaan, akan tetapi akal tidak selari dengan hujung jari. 

Kalaulah betul, bahawa pelaksanaan MA63 dilaksanakan menerusi konsensus parti, maka jelas, Sabah & Sarawak akan menang. Akan tetapi, bukan itu persoalannya, Bn telahpun membuat keputusan berkaitan MA63. Kerana keputusan telah dibuat, maka jika memerintah lagi, maka keputusan itu dilaksnakan, kerana itulah AKUJANJI BN dalam Manifesto. Bn tetap melaksanakan semua akujanji, seperti mana akujanji pada PRU-13. 

MA63, dipolitikkan, semata-mata untuk mengelirukan rakyat yang kurang tahu butiran dalam perjanjian itu, sedangkan perjanjian itu merupakan PERJANJIAN ANTARABANGSA yang sangat berkait dengan perundangan. MA63 merupakan satu dokumen yang tidak boleh diperkotak katik, melainkan hanya melaksanakannya, sebab itu Dato Seri Najib Razak kerap mengatakan, jika pemimpin DAHULU dengan sengaja atau tidak terambil atau tidak melaksanakan butiran dalam perjanjian itu, maka ianya perlu dikembalikan (restore), sebab itulah MA63 dimasukkan dalam MANIFESTO BN!!!!.

8 April 2018

PRU-14: CASH IS KING!!!

JIKA benar dakwaan Tun Dr Mahathir, Cash is king, maka Pakatan Harapan (PH) yang bernaung pada PKR, tiada peluang pada PRU-14.

Manifesto BN, mensasarkan kepada poket pengundi, selain kemudahan yang diperlukan rakyat. 

Akujanji Bn, berkaitan dengan penyediaan 3juta peluang pekerjaan selama 5 tahun, membina ribuan kilometer jalan, selain janji-janji yang mengena kepada keperluan rakyat, menunjukkan bagaimana komitednya kerajaan Bn, jika mandat diberikan rakyat.

Keluhan pembangkang yang mengatas namakan rakyat berkaitan kenaikkan sara hidup, dijawab menerusi kenaikkan bayaran BR1M. Selain itu, had pendapatan juga dinaikkan, memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan RM5000 menerima RM700 BR1M.

Apa yang paling mengembirakan, bahawa anak-anak penerima BR1M yang memasuki perguruan tinggi menerima RM1500 setiap anak secara one-off.

Bagi lepasan universiti mula, dalam tempoh 6 bulan dijamin mendapatkan pekerjaan. 

Sebenarnya, pendekatan BN mensasarkan kepada poket pengundi, mempunyai impak berganda. Semakin adanya pendapatan yang boleh dibelanjakan, maka semakin rancaknya perekonomian termasuk peruncitan.

BR1M yang diterima akan dibelanjakan di mana penduduk itu bermastatutin. Keadaan ini mempergiat ekonomi peruncitan. Di kampung-kampung yang ada kedai runcit atau gerai-gerai dapat ditingkatkan jualan. Peningkatan jualan membawa kepada peningkatan pendapatan. Di lain pihak pula, kilang-kilang pengeluar juga turut dapat meningkatkan keluaran, kerana adanya permintaan.

Para petani, nelayan, pekebun juga akan turut menikmati peningkatan pendapatan, kerana permintaan yang meningkat. Hukum penawaran dan permintaan akan berlaku, yang selanjutnya menentukan harga. Kerana rakyat ada pendapatan, maka sudah tentu harga bergerak ke atas atas sebab hukum permintaan dan pernawaran menentukan harga. Keadaan inilah yang diperlukan bagi ekonomi yang berkembang untuk sesebuah negara yang menuju negara maju.

Kepimpinan DS Najib Razak menerusi manifesto BN, bagi PRU-14, benar-benar mengunakan hukum ekonomi secara praktikal, bukannya janji atas angin, seperti mana manifesto PH.

PRU-14 BUKAN LAWAN ANTARA NAJIB-MAHATHIR-TETAPI?

PRU-14 bukanlah PRU perlawanan antara Dato Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir, bukan perlawanan antara Bn dan PKR atau Parti Warisan Sabah akan tetapi melaksanakan proses demokrasi negara bagi memberi peluang kepada pengundi menentukan kerajaan terbaik untuk rakyat

Sebagai panduan pengundi, sebelum memilih parti mana yang diberi mandat menerajui kerajaan, maka dizahirkan menerusi manifesto masing-masing.

Bagi Bn, menggariskan 14 teras akujanji yang dilaksanakan jika diberi mandat. Menerusi 14 terus itu, kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan yang dibina sejak merdeka diteruskan kelangsungannya. 

Terlihat sangat, bahawa akujanji Bn sungguh menyuluruh dan adil kerana meliputi program-program menghebatkan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah dengan mendahulukan rakyat serta pembangunan lebih adil dan menyeluruh dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak. 

Manifesto bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku” berintipatikan penyusunan pembangunan yang menyeluruh terutama di kawasan yang dianggap terabai selama berdekad sebelum ini. 

Rungutan rakyat berkaitan sara hidup dijawab dengan kenaikan amaun BR1M, penyediaan 3 juta peluang pekerajaan. Detail Manifesto BN disini

7 April 2018

MANIFESTO BN: BERSAMA BN, HEBATKAN NEGARAKU- DILANCAR PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bertemakan 'Bersama BN, Hebatkan Negaraku' di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini yang disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Manifesto yang bersifat inklusif itu menyentuh seluruh lapisan rakyat di negara ini menerusi 14 teras dan 364 inisiatif yang digariskan.

Antara yang menerima manfaat adalah penduduk luar bandar termasuk warga Felda, pelajar, belia, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesara dan wanita.

Inisiatif yang ditawarkan termasuk pemberian kad diskaun perjalanan bagi pengangkutan awam kepada warga emas, golongan OKU, pelajar dan belia yang bekerja.

Turut terkandung dalam manifesto itu adalah inisiatif membantu rakyat membeli rumah pada harga berpatutan, memperkukuhkan lagi persefahaman antara kaum dan agama serta mewujudkan mekanisme baharu untuk rakyat menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan.

Tidak ketinggalan, rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan menerima manfaat melalui usaha kerajaan mempertingkatkan tahap pendidikan di dua negeri itu serta langkah penyeragaman harga barangan tertentu dengan Semenanjung Malaysia. Selain itu, hak-hak Sabah  & Sarawak  yang terkandung dalam MA63, dikembalikan.

Berikut adalah 14 teras yang terkandung dalam Manifesto BN:

1. Ekonomi Keperluan Rakyat

2. Kemampanan dan Kemakmuran Ekonomi Negara

3. Perumahan Keperluan Rakyat

4. Pemacuan Modal Insan dan Kecemerlangan Pendidikan

5. Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami

6. Membahagia dan Menjayakan Wanita Negara

7. Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan

8. Kesejahteraan Generasi Emas dan Warga Kelainan Upaya

9. Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa

10. Mengutamakan Kesejahteraan Sosial dan Kualiti Hidup Rakyat

11. Membina Infra Rakyat dan Meningkatkan Kesalinghubungan

12. Memperkukuh Agenda Bumiputera dan Mempertahan Kesyumulan Islam

13. Tadbir Urus Yang Baik dan Penyertaan Rakyat

14. Meraikan Perbezaan, Merapatkan Jurang. -

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels