ENAM PULUH SATU TAHUN Malaysia merdeka, pertama kali berlaku, pergantian kerajaan Persekutuan.
Bagi Kelantan, Sabah, Terengganu, Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, pergantian kerajaan negeri sudah pernah berlaku. Namun, keadaan yang berlaku selepas Kerajaan Persekutuan berganti, inilah pertama kali, berlakunya serbuan terhadap rumah dan pejabat mantan pemimpin.
Selepas 2 minggu PRU-14, rumah dan pejabat mantan Perdana Menteri menjadi sasaran serbuan oleh pihak berkuasa.
Untuk sementara, hanya rumah-rumah yang berkait dengan DS Najib Razak dan mantan Pengerusi Lembaga Tabung Haji telah dirampas sejumlah wang dan barang-barang berharga. Manakala rumah kediaman TS Musa Aman yang diserbu SPRM, menurut peguam beliau, agensi itu tidak menyita sebarang wang tunai, dokumen atau barang berharga.
Apa yang jelas tindakan kerjaan semasa itu, tidak menyumbang kepada kehidupan rakyat jelata, yang menyebabkan mereka menyahut perubahan semasa PRU-14, iaitu berkaitan sara hidup.
Isu yang tersangat dekat dengan rakyat adalah berkaitan dengan harga minyak, di mana janji Pakatan Harapan, sebaik sahaja merampas Putrajaya, harga minyak akan diturunkan kepada RM1.50 seliter, namun sehingga kini, harga minyak RON 95, masih RM2.20 sama dengan penetapan kerajaan yang ditumbangkan.
Juga berkaitan dengan harga barang keperluan harian, tiada sebarang barang yang turun harga, malah kenaikkan yang berlaku. Kecuali di sabah, harga ikan basung menurun kepada RM3 sekilogram, kerana ukuran ikan itu berkurang, daripada 11 ekor sekilo kepada 23 ekor.
Jangan tanya harga jualan di baazar ramadahan, memang terlalu jauh berbanding harga pada bulan ramadahan sebelumnya.
Penulis selama ini berhujah, bahawa harga barangan sangat bergantung kepada penawaran dan permintaan, selain ditentukan oleh para peniaga yang mempunyai monopoli terhadap sesuatu barangan. Harga bukan kerana disebabkan oleh polisi kerajaan of the day, seperti GST, atau harga minyak, akan tetapi lebih disebabkan oleh persepsi dan tindakan para peniaga.
Melihat keadaan itu, apa pun tindakan kerajaan of the day, apa kah menansuhkan GST, ianya tidak akan mengubah harga barangan keperluan harian, kerana harga barang-barang sedemikian tetap sahaja meningkat harganya, kerana sebelum inipun semasa berkuatkuasanya GST, 4000 barangan keperluan rakyat, sifar GST.
Menjadikan GST=0% dan digantikan dengan SST=10%, mempunyai pengaruh psikologi, yang menyebabkan peniaga menaikkan harga keparas 10%. Akibat tindakan itu, rakyat yang terpancing dengan mengubah kerajaan, akan terus menerima padah, dan akan terus berhadapan dengan harga barangan yang meningkat.
Matlamat rakyat mengubah kerajaan dengan harapan sara hidup menurun, hanya tinggal angan-angan, tidak akan berlaku. Satu keadaan yang amat sederhana untuk difahami, mana ada peniaga yang mahu mengurangkan pendapatan/keuntungan? Mana ada manusia yang biasa menerima RM1000, kemudian bersedia menerima RM800, kerana semata-mata menyokong kerajaan of the day. Tindakan mengurangkan pendapatan, hanya boleh dipaksakan menerusi gaji para menteri, seperti mana diumumkan, iaitu pemotongan 10%. Amaun yang dipotong itu, sebenarnya terlalu kecil jika dibandingkan peningkatan harga barangan yang dihadapi lebih 32 juta rakyat negara ini.
Rakyat negara ini, yang menyahut mengubah kerajaan, yang mengaku berada di mulut harimau, kini mereka pula masuk ke mulut buaya.
Tindakan kerajaan of the day, menghukum para mantan pemimpin kerajaan yang lalu, khususnya Dato Seri Najib Razak, tidak menyumbangpun kepada sara hidup rakyat. Demikian juga, kenyataan-kenyataan berkaitan ekonomi dan kewangan negara yang cuba ditafsirkan dengan berbagai tafsiran negative, bukan sahaja mempengaruhi pelaburan asing, malah menjunamkan harga pasaran saham negara, menurunkan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.
Kerajaan PH, telah mengumumkan akan mengkaji semula projek-projek mega yang dilaksankan kerajaan lalu, antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi Sabah yang bernilai RM17bilion. Dengan menilai semula pembinaan itu, maka harapan rakyat Sabah untuk mentransformasikan perekonomian negeri tidak akan berlaku. Jika lebuhraya itu dihentikan, maka pemerataan pembangunan dan kemajuan negeri akan terhenti, sebaliknya pemusatan kemajuan di bandar-bandar seperti masa-masa lalu, akan berterusan. Nampak gayanya, rakyat Sabah memerlukan berdekad lagi, untuk mengejar kemajuan negeri-negeri di Semenanjung.
Penulis masih menunggu kenyataan Ketua Menteri Sabah yang baru, menerusi kenyataan beliau, bahawa Kerajaan Negeri dan Yayasan Sabah mempunyai hutang yang cukup besar. Apa kah hutang itu lebih besar daripada wang simpanan Kerajaan negeri yang berjumlah RM3.74bilion? atau kah kenyataan itu, hanya untuk mencipta persepsi negative, sebagai cara untuk kerajaan baru membelanjakan wang simpanan itu?
Kewangan Sabah mempunyai rekod tersendiri. Tahun 2002, simpanan kewangan negeri hanya berjumlah RM184juta. Kemudiannya meningkat kepada RM3.74bilion. Apa kah simpanan itu akan meningkat pada era kerajaan baru? Sama-sama kita tunggu.