UMNO telah rosak dari kepala hingga ke ekor. PRU 14, rakyat menolak UMNO. Kali pertama UMNO menjadi Pembangkang. Terpahatlah dalam sejarah bahawa parti yang menuntut kemerdekaan sudah tertiarap ke bumi.
Soalnya mengapa? Orang Melayu berpaling dari UMNO. Kaum lain seperti Cina India termasuk kaum utama di Sabah tidak lagi menyokong BN. Jasa UMNO dan BN sudah tidak dikenang. Semua ini kerana dosa-dosa pemimpin UMNO dan BN.
Apabila sudah lama berkuasa lebih 61 tahun, ia menjadi liabliti besar terpaksa ditanggung. 6 dekad ini UMNO menjadi ikan busuk kerana politik wang. Era pemimpin UMNO dalam kalangan guru sudah lenyap. Dari kalangan profesional dan bijak pandai pun senyap.
UMNO dipimpin oleh ketua yang berlagak seorang "ahli perniagaan sekelip mata". Ada Ketua Bahagian jual kuoata pekerja asing. Ada Ketua Bahagian kaut projek mega kerajaan. Ada Ketua Bahagian dapat AP kereta. Banyak lagi, tapi penulis malas mahu dedahkan. Kerana budaya dalam UMNO percaya untuk menggerakkan parti mesti ada wang.
Ahli UMNO datang mesyuarat dapat elaun. Datang Perhimpunan Agung dapat duit belanja dan bermalam di hotel Seri Pacific atau hotel-hotel besar lain. Siapa bayar? Ketua Bahagian lah bayar, yang mana ada dalam kalangan mereka berstatus Menteri dan seumpama.
Amalan ini yang merosakkan UMNO. UMNO hidup atas wang. Tiada pelincir tidak bergerak. Projek kerajaan jadi mangsa. Duit rakyat dilahab oleh pemimpin UMNO.
Bila ada keistimewaan menjadi Ketua Bahagian. Maka rasa mahu duduk lama. Tidak mahu lepas jawatan pada muka baru. Jadi caranya sekat orang lebih pandai dari dia. Maka dipilihlah hanya yang bodoh-bodoh menjadi ahli UMNO. Semuanya kerana mahu menjamin kedudukannya kekal sebagai Ketua Bahagian.
Sebab itu, rakyat marah ada anak Ketua Bahagian pakai Panamera, kahwin dengan artis, melancong ke London. Semuanya serba mewah. Duit siapa? Duit rakyat. Begitu juga dengan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Termasuklah Exconya. Mereka bukan lagi menjadi jentara rakyat, turun ke padang. Sebaliknya mengejar projek untuk menyuap habuan ke setiap sayap cawangan.
Wanita bukan lagi sebagai penggerak rumah K10. Pemuda bukan lagi sebagai pendesak yang lantang di jalan raya. Puteri bukan lagi sebagai pemikat anak muda. Semua gila duit, gila projek. Sebab itu Ketua Sayap UMNO diberi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.
Secara tersurat, tulang pentadbiran UMNO disusun secara matarialistik. Sistem Bahagian ini merosakkan parti. Struktur organisasi juga menggalakkan rasuah politik, meskipun ada perubahan sedikit dalam sistem pemilihan parti.
Mengapa UMNO kekalkan sistem undian lama. Iaitu sistem chai. Malah di kertas undi juga formatnya mengizinkan sistem chai ini berleluasa. Apa itu chai? Ia lebih kepada sistem undian yang cincai.
Perwakilan tidak tahu siapa yang mereka undi. Mereka sudah disiap siagakan dengan senarai nombor yang harus mereka pilih. Siapa yang menentukan set chai ini. Jawapannya Ketua Bahagian dan Ketua Sayap masing-masing. Soalnya dimana demokrasi dalam UMNO.
Di mana mini SPR dalam UMNO? Tiada. Bagaimana nama ingin dimasukkan dalam set chai ini. Pastinya lobi melobi melalui wang dan ringgit ke syurga. Bila ada pemilihan maka adalah politik wang.
Adakah sistem ini masih diperlukan ketika UMNO sekarang menjadi Pembangkang? Wang telah menewaskan ramai cerdik pandai ingin membantu parti Melayu ini.
Kemudian, jika kita lihat dalam PRU lepas. UMNO masih menurunkan calon Ketua Bahagian di Parlimen. Lebih kurang 42 peratus adalah Ketua Bahagian. Calon muda dinafikan. Kenapa? Kerana seseorang Presiden perlu juga mengukuhkan kedudukannya dalam parti selain kemenangan dalam pilihanraya. Malangnya, semua mendapat. Bala.
Ada Ketua Bahagian yang mengugut. Ada Ketua Bahagian selama 5 penggal berkuasa. Ada Ketua Bahagian sabotaj calon payung terjun. Semua ini gara-gara tulang organisasi dalam UMNO sendiri. Sistem inilah yang menjadikan UMNO rosak.
Bayangkan untuk mencari ahli baru, jentera turut dibayar dengan wang. Siap kira kepala? UMNO bukan majikan. UMNO adalah parti keramat. Parti perlu mendapatkan ahli dengan penuh kehormatan.
Kesan sistem kebobrokan UMNO ini : UMNO hilang segalanya. Tiada lagi pemimpin orator. Tiada lagi cerdik pandai. Tiada lagi agamawan yang ikhlas di pentas. Tiada lagi pemimpin sejati. Tiada lagi apa-apa. Yang tinggal hanya pemimpin yang kurang serba serbi. Kata Pak Meon "yang tinggal yang tolol wal bahlul".
Hari ini UMNO perlu belajar dari PKR PPBM PAS dan DAP. Bagaimana mereka bertahan sebagai Pembangkang. Amat memalukan selepas tidak berkuasa. Keluarlah surat peruntukan ditamatkan. Kemana perginya duit UMNO selama 60 tahun. Mana aset UMNO? Apakah selama ini pemimpin UMNO mengkayakan keluarganya dan membiarkan tabung UMNO kontang. Kalau begitu pemimpin UMNO memang pengkhianat.
Cuba lihat DAP PKR. Berapa sangat ahli mereka? Berapa ramai pula undi mereka? Ahli mereka tidak sampai 1 juta. Tapi mereka dapat undi majoriti rakyat Malaysia.
Mengapa UMNO perlu sibuk mendambakan ahli. Mengapa? Ahli tidak menjamin kemenangan dalam PRU. RAKYAT adalah pengundi yang harus dijaga. Berapa aktif cabang dan ranting PKR? Mereka hanya ada pejabat negeri sahaja. UMNO setiap daerah dan Bahagian punya pejabat. Tapi adakah ia bermanfaat untuk parti?
Akhirnya kalah juga. Bagi penulis sistem bahagian ini perlu dirombak atau lebih radikal dihapuskan. Sistem bahagian sudah tidak rasional. Di kala UMNO sebagai Pembangkang. Ketiadaan wang. UMNO harus ikut cara mereka.
Modal air liur. Publisiti percuma. Tiada lagi TV3 dan RTM. UMNO harus lahirkan ramai ikon anak muda. Tidak cukup dengan KJ dan Shahril Hamdan. Tidak cukup dengan Asyraf Wajdi dan Papagomo. UMNO perlu lebih ramai lagi.
UMNO perlu kuasai media sosial. Tawan FB dan Whatsapp. Wujudkan sukarelawan maya. Tarik mereka yang kreatif bikin video, montaj yang cool. Cukuplah membayar syarikat sebelum ini. Membazir semuanya ke laut. Di Sabah sebelum PRU-14, keadah ini tidak dugunapakai oleh biro penerangan Umno negeri, malah ketuanya langsung tidak aktif menggunakan media sosial.
Cari arus baharu. Pakat dengan kumpulan baru. Hatta dengan saluran baru yang lebih segar. Untuk kelihatan UMNO sudah disucikan, diinsafkan dan dilahirkan semula.
Jika tidak semua ini dilakukan. UMNO sedang menggali lubang kuburnya sendiri.
Bagi Umno Sabah pula, "touch" saf kepimpinan perlu dikembalikan semasa era Umno masuk ke Sabah tahun 1990. Bangunan Usia, Sembulan tidak lekang dengan pengunjung penyokong. Tun Mustapha dan pemimpin masa itu silih berganti berjumpa dengan penyokong untuk memberikan semangat. Pada era itu, seorang pemimpin telah menjadikan dirinya sebagai lilin, semata-mata untuk mengerakkan Umno untuk diterima rakyat. Penulis yakin, jika semangat dan keadah itu kembali, Umno akan kuat semula. Hakekat perlu diterima perjuangan berkorbar-korbar yang tersemat dalam dada tidak cukup, perlu juga diimbangi dengan "human touch". Fikir-Fikirkan Lah. (Nota- diubah suai daripada tulisan asal Dato Khadri Musa (Bahagian Maran)