9 August 2018

UMNO SABAH MENENTUKAN HALA TUJU SENDIRI

Salah satu reformasi UMNO, adalah memberi kuasa kepada Umno Sabah menentukan hala tuju sendiri. Menerusi kaedah itu, maka Umno Sabah akan ditadbir urus sepertimana parti-parti tempatan lain.

Umno Sabah dirasakan perlu mempunyai haluannya sendiri, sesuai dengan kemajmukan penduduk Sabah yang berbilang kaum dan agama.

Mendasari pendekatan baharu itu, maka soal-soal pemilihan calon pada pilihan raya, sepenuhnya ditentukan oleh Umno Sabah sendiri, dan tidak perlu lagi merujuk kepada Presiden Umno seperti mana kaedah yang diguna pakai sebelum ini.

Pada asasnya, sebelum inipun penentuan calon-calon daripada parti itu ditentukan oleh Pengerusi Perhubugan Negeri, namun ianya perlu persetujuan daripada Presiden.

Menerusi cara Umno Sabah diurus, maka tidak timbul lagi dakwaan, bahawa Umno Sabah masih tergantung dengan pemimpin Kuala Lumpur.

Hanya perbezaan sedikit, bahawa Umno Sabah tidak mempunyai Ahli Majlis Tertinggi, seperti mana lazimnya sesebuah parti, akan tetapi saf kepimpinan diwakili oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, selain jawatan-jawatan exco seperti Pengerusi Perhubungan, Timbalan Pengerusi, Ketua Penerangan, setiausaha dan Bendahari serta officio yang lain.

Bagi penulis, jika apa yang disebutkan di atas digunapakai bagi Umno Sabah, maka rakyat akan lebih mudah memberi sokongan, kerana hala tuju dan haluan Sabah ditentukan sendiri, tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels