29 July 2018

20% ROYALTI MINYAK BAYAR SEPERTI JANJI- JANGAN DOLAK DALIK

Dolak dalik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan bayaran royalti minyak bagi Sabah & Sarawak mendapat kecaman daripada berbagai pihak, bukan sahaja rakyat yang menyokong pembangkang akan tetapi juga yang telah mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14.

Kontraversi berkaitan bayaran 20% royalti minyak, apabila Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kiraan itu berasaskan keuntungan bersih, bukannya daripada keluaran kasar atau perolehan (sales).

Rakyat mengambil maklum, jika bayaran berasaskan keuntungan bersih, ianya bakal merugikan negeri-negeri pengeluar, kerana keuntungan boleh dimanipulasi, malahan menerusi kaedah itu, bayaran akan lebih rendah beerbanding 5% yang diterima sekarang, iaitu berasaskan perolehan.

Nampak gayanya, rakyat Sabah & Sarawak dipermainkan lagi, apabila pelaksanaan bayaran 20% tidak bakal dibayar, kerana menurut Menteri Ekonomi- Azmin Ali, jika ianya dilaksanakan memberi impak besar kepada Petronas dan ekonomi negara.

Rakyat Sabah kena mengambil iktibar, jikapun bayaran 20% berasaskan keuntungan, maka perlu mempersoalkan, mengapa Persekutuan mengambil 80%, sedangkan minyak & gas adalah daripada perut bumi Sabah dan Sarawak. 

Jika kerajaan adil, maka sepatutnya sipemilik mendapat 80% bukannya 20%. Nampak gayanya, Tun Dr Mahathir mengulangi lagi kesilapan 22 tahun semasa beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama (1981-2003).

Melihat permainan kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir, Sabah & Sarawak tetap sahaja menjadi timun!!!!

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels