30 July 2018

KEMANA ARAH TUJU UMNO SABAH?

Kalau mengimbas kembali kemasukan Umno ke Sabah tahun 1990 dan secara rasmi tahun 1991, dan seterusnyanya lahirnya anak sulung Umno Sabah menerusi PRK Dun Usukan, Kota Belud yang dimenangi Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun pada September tahun yang sama, kelihatannya kesemarakan parti itu selepas kehilangan kuasa ekoran pengkhinatan para ADUN Katak pada 12 Mei lalu, semacam hilang arah dan tujuan.

Kepimpinan Umno negeri yang dipengerusikan Datuk Hajiji Haji Noor, semacam hidup segan mati tak mahu.

Penulis masih ingat, sejak bermulanya Umno mengembangkan sayapnya di Sabah, Bangunan Usia, di Sembulan, di mana parti itu beroperasi, tidak lekang daripada kunjungan penyokong daripada pagi hinggalah ke malam, 7 hari seminggu, namun berbeza sekali dengan sekarang, bangunan Umno di Karamunising, lengang memanjang.

Di mana kah para pemimpin utama Umno Sabah beroperasi? Apa kah mereka sudah mengubah operasi? tidak lagi bersanadarkan kepada bersemuka, sebaliknya cukup melalui group WhatApp, atau kaedah "online" yang lain sperti facebook, Ig, wechat atau yang lain-lain?.

Politik adalah proses mempengaruhi dan dipengaruhi. Politik mudah diucap, tetapi susah untuk dilaksana. Politik melibatkan manusia, massa, yang mempunyai berbagai karenah. Sebab itu dalam politik memperlukan pemimpin yang berkrisama, kerana sifat poltik itu sendiri memerlukan sedemikian. Politik tidak boleh syiok sendiri, seperti yang kita nampak menerusi saf kempimpinan Umno Sabah yang baharu.

Melihat keadaan Umno Sabah sekarang, jika cara-cara ini tidak diubah, nampaknya, mendapatkan kuasa semula, jauh api daripada panggang.

Sebagai parti pembangkang, tidak boleh mengamalkan tunggu dan lihat, parti pembangkang kena agresif, bersifat penggempur, supaya pihak yang dilawan, tidak nyaman tidur. Fikir-Fikirkan!!!!

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels