1 August 2018

JANGAN DULU HUKUM UMNO

Ketidak sabaran dan tindakan tergesa-gesa pihak-pihak tertentu yang dulunya mengaku pemimpin dan penyokong Umno meninggalkan parti menunjukkan mereka itu, tiada keteguhan perjuangan bersama parti.

Mereka tidak mengambil iktibar, bagai mana rakyat tertipu dan dibohongi semasa PRU-14, sehinggakan PH membentuk kerajaan. Rakyat dimomokkan dengan janji bulan bintang, rakyat terpedaya dengan bunyi guruh di langit lalu mencurahkan air di tempayan.

Mereka tidak menghayati bahawa berpindah rumah kerana ikut-ikutan, akan menjadikan mereka tetamu tidak diundang.

Tindakan mereka itu, samalah luka diulis dengan garam, hanya kerana kehilangan kuasa pertama kalinya dalam tempoh 61 tahun, namun pada masa yang sama , mereka tidak menyadari bahawa Umno bukan sahaja parti terbesar akan tetapi sebuah parti yang telah berakar umbi dan telah bertunjang.

Mereka itu tidak sedar, bahawa Umno hanya tercedera lalu tersandung. Mereka tidak mengambil iktibar kepada lumrah kehidupan, kadang sehat kadang sakit, mereka tidak mengambil fitrah roda, yang senantiasa berpusing, kandang di atas di bawah atau tepi.

Di negara ini, tiada parti sekaya Umno, tiada parti seramai ahli Umno, walaupun barangkali, 20% daripada 3.4juta telah membawa diri masing-masing. Jikapun demikian, Umno masih berbagi sekurang-kurangnya 2.7juta ahli tidak termasuk penyokong.

Bagi mereka yang tidak menghargai kesabaran, dugaan, memang tiada kekuatan mengharungi status tiada kuasa, namun bagi mereka yang mempunyai semangat kental dan mereka adalah intisari dan pilar perjuangan parti, sudah pasti akan dapat membangkitkan semula parti. Dalam apa jua perjuangan, kemahuan, keinginan dan iltizam yang kuat, tidak akan terbendung, dan ianya akan berjaya mengikut peredaran masa.

Kepada meraka yang masih setia dengan parti, teruskan perjuangan. Kepada mereka yang menjadi mantan-mantan, kami mendoakann semoga anda-anda sukses, dan kalau tersesat di hujung jalan, kembali lah ke pangkal jalan.

1 comment:

PUTRA CHUBADAK said...

Kita perlu terima peristiwa yg menimpa BN/UMNO dlm PRU14 sebagai satu ujian Allah. Sebagai contoh: Para anbia' diuji oleh Allah dgn berbagai ujian yg kadang kala tidak terfikir oleh manusia. Bersyukur bila diberi nikmat dan bersabar bila menerima ujian. INSYA ALLAH kita akan dibantu olehNya. YAKINLAH.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels