3 August 2018

APABILA PEMIMPIN SERUPA HARIMAU SARKAS

Mungkin ramai di antara kita pernah menonton permainan sarkas. Dalam permainan sarkas, sang pemain dengan rotan tali di tangan boleh mengarahkan harimau mengikut kehendaknya. Usai babak, sang harimau masuk kandang,kemudian diberikan "dedak" sementara menunggu pertunjukkan seterusnya.

Fenomina pemimpin bagaikan harimau sarkas tergambar sungguh selepas PRU-14. Pemimpin yang dahulu berdegar-degar dengan berbagai kenyataan, menerusi berbagai saluran, kini telah masuk kandang, mungkin sedang menunggu PRU-15, baru mula beraksi, samalah dengan harimau yang telah masuk kandang, menunggu pertunjukkan seterusnya.

Berpolitik masa sekarang, tidak lagi sama dengan masa-masa lalu, terpaksa masuk kampung keluar kampung untuk menyampaikan mesej. Masa sekarang, berpolitik boleh menerusi berbagai saluran. Pun dengan berbagai saluran itu, sebahagian besar daripada pemimpin yang "jaguh" sebelum kehilangan kuasa, terus menyepi.

Jika diamati, terlalu banyak isu yang berkaitan rakyat pada masa ini, namun seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pemimpin yang suatu masa lalu yang dianggap sebagai pemimpin "heavyweight". 

Apa yang mereka tunggu? Apa kah mereka mahu kerajaan yang ada terus kuat, bertapak, kemudian baru cuba digugatkan? Seharusnya mereka ini, terus memberi kenyataan-kenyataan yang boleh mengamit perhatian rakyat, kerana dalam politik adalah proses saling pengaruh mempengaruhi, dan ianya perlu beterusan.

Mengapa mereka ini, tidak mengambil iktibar apa yang dilakukan Tun Dr Mahathir? PM-7 itu, bangun sahaja, belum berus gigipun, sudah membuat kenyataan. Lihat impaknya, kerajaan Bn yang menerajui negara selama 61 tahun tersungkur pada PRU-14.

Para pemimpin pembangkang, tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menyepi, kecualilah, telah kehilangan taji untuk membela rakyat, kehilangan keinginan untuk bangkit, kehilangan kehendak untuk memerintah semula!!!!. 

Wahai para pemimpin, anda jangan risau masih ramai penyokong dan menyokong di luar sana, hanya terletak bagaimana anda mengunakan kad pemimpin yang ada di tangan anda. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels