3 March 2021

N73 SEBATIK - TIDAK KOSONG

SPEAKER Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS)- Datuk Kadzim Yahya, tidak mengiktiraf surat PERLETAKAN jawatan Hassan A Gani Pg Amir bertarikh 26 Februari, surat yang ditandatangi sebelum penamaan calon pada PRN-16 Sabah, September, 2020.

Dalam satu kenyataan ringkas, Speaker DUN Sabah tersebut, surat yang dihantar Parti Warisan bertentangan dengan undang-undang dan peraturan demokrasi yang berkuat kuasa sekarang.

Keputusan Speaker tersebut, maka kerusi N73 Sebatik tidak kosong.

Parti Warisan Sabah yang dipimpin Datuk Shafie Apdal, menakut-nakutkan wakil rakyat daripada parti beliau yang berhasrat menukar sokongan, sesuai dengan persekitaran politik yang baharu, dengan ancaman mengambil tindakan undang-undang, termasuk secara sepihak meletakan tarikh pada surat "presigned" seolah-olah mereka yang bertukar haluan politik, telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi.

Berasaskan keputusan Speaker, maka tiada cara bagi Shafie mengosongkan kerusi N73 Sebatik, atau mana-mana kawasan, jika dalam masa terdekat, ramai lagi ADUN parti itu mengubah sokongan.

ADUN N73 Sebatik,pada 25 Februari lalu, telah keluar daripada parti Warisan dan mengistiharkan kedudukan sebagai ADUN Bebas, akan tetapi mesra kerajaan GRS dan PN.

2 March 2021

UMNO MAHU SANGAT PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU

UMNO mahu sangat memutuskan hubungan dengan Bersatu. Terbaru, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengesa, agar MT parti mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan kehendak perwakilan 147 Bahagian di seluruh negara sebelum ini.

KULI yang juga AP Gua Musang, turut mendesak agar MT parti menolak Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Perikatan Nasional.

Umum mengetahui, sejak penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac, 2020, KULI tidak pernah menyokong, malah berkecuali semasa pengundian Bajet Negara bagi tahun 2021.

Walaupun AP Gua Musang kerap kali mendesak, namun MT Umno masih tidak membuat sebarang keputusan, malah hasil mesyuarat MT di Janda Baik, minggu lalu, masih tidak dihibahkan.

Jika UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka tidak dapat dielak pertembungan pada PRU-15 yang berada diambang pintu.

Jika mengambil pengajaran pada PRU-14, kerana pertembungan tiga penjuru antara PAS, PH dan BN, maka telah menguntungkan PH, kerana undi melayu terpecah.

Dalam menghadapi PRU-15, PH "berdoa" agar Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu, kerana menurut kajian parti itu, BN boleh mendapat sokongan 35% pengundi melayu, dengan demikian, jika PH kekal dengan sokongan 15% pengundi melayu, maka akan menerajui semula Putrajaya selepas PRU.

Sebenarnya, kad semua pihak telah terbuka. Tiada lagi teka teki mengenainya. Terserah kepada UMNO, apa kah mahu PH kembali menduduki Putrajaya atau sebaliknya.

SHAFIE BERTUKAR PROFESI

 

AHLI parlimen atau DUN berprofesi sebagai penggubal undang-undang. Namun, Datuk Shafie Apdal yang merupakan AP Semporna dan ADUN Senallang, bertukar profesi, apabila menjadi siber trooper.

Dalam caption, Shafie mendakwa, bahawa jutaan ringgit terbabit dalam membeli wakil rakyat. Dakwaan seperti ini, adalah lazimnya perbuatan siber trooper, yang suka sangat menulis perkara-perkara sensasi,tanpa bukti dan fakta, semata-mata sebagai jamuan mata membaca, walaupun juga menjadi santapan minda mereka yang tidak suka berfikir atau yang tidak mampu berfikir.

Tindakan Shafie membuat dakwaan sedemikian, bukan sahaja merendah-rendahkan inteligen para wakil rakyat yang menggunapakai hak individu dalam dunia demokrasi, akan TETAPI telah LUPA perbuatan beliau pada 11 Mei, 2018, yang menyebabkan 6 ADUN telah keluar daripada BN dan menyokong beliau untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Musa Aman. 

Biasanya, PENCURI akan berteriak sebagai PENCURI,apabila KANTOI. 

Shafie merasakan tersepit, apa kah parti beliau masih akan menang beberapa kerusi yang dimenangi pada PRU-14 pada PRU-15 yang membabitkan parlimen yang bakal diadakan selepas proklamasi darurat.

Shafie telah merasa sebagai Ketua Menteri Sabah selama 26 bulan, namun, rakyat membuktikan menerusi PRN-16 Sabah, Shafie dan parti beliau TIDAK pernah diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri.

1 March 2021

PRU15: GRS PILIHAN RAKYAT SABAH

DARIPADA 25 kawasan Parlimen, hanya 4 kawasan sukar ditawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parlimen Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Semporna.

Walaupun GRS akan berhadapan saingan sengit di Parlimen Batu Sapi, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan dan Putatan, akan tetapi, mempunyai peluang merampas kawasan tersebut, berasaskan senario politik semasa.

Kepimpinan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, bukan sahaja mendapat keyakinan daripada rakyat, akan tetapi para pemimpin parti-parti dalam GRS.

Hajiji berjaya dalam pengagihan jawatan-jawatan bukan sahaja berasaskan parti akan tetapi berasaskan latar belakang kaum dan agama.

Rakyat dapat merasakan, selama 6 bulan GRS menubuhkan kerajaan, meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19, akan tetapi berjaya melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Perkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja dilaksanakan oleh jemaah menteri, akan tetapi oleh para ADUN yang mewakili kerajaan.

Kerajaan pimpinan Hajiji, sangat peka terhadap kehendak rakyat, atas sebab itu, untuk pertama kali memberi peruntukan kepada para ADUN pembangkang, agar mereka juga dapat berkhidmat dengan pengundi yang mereka wakili.

Sesuai dengan VISI kerajaan SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025, maka, bukan sahaja kemajuan daripada segi kemudahan asas,akan tetapi melibatkan rakyat juga.

Kerajaan negeri sedar, bahawa angka kemiskinan cukup tinggi di Sabah, atas sebab itu, bertindak pro aktif, termasuk melibatkan wakil rakyat pembangkang berganding bahu dengan kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Memandangkan keikhlasan kepimpina kerajaan membela rakyat, maka rakyat terdorong untuk menyokong kerajaan, termasuk lah memberi sokongan kepada calon-calon pada PRU-15.

Rakyat Sabah akan memastikan, bahawa GRS adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang bakal menerajui Putrajaya selepas PRU tersebut.

RAKYAT SABAH BUAT PILIHAN TEPAT-HAJIJI

Rakyat Sabah telah membuat keputusan tepat memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan menerajui Sabah, sejajar dengan pentingnya negeri sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

Kemenangan GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) membuka jalan kepada kewujudan persefahaman dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu sempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, bagi pihak kerajaan GRS dan rakyat negeri ini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama Perdana Menteri atas keprihatinan kepada negeri ini.

“Sabah menerima pelbagai bantuan untuk meningkatkan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19. Ini membuktikan kepentingan dan keperluan Sabah adalah keutamaan kepada kerajaan Persekutuan.

“Justeru, mewakili kerajaan GRS dan seluruh rakyat negeri ini, kami merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan dan bantuan kepada rakyat negara ini, terutama ketika berdepan cabaran penularan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.

“Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia di Sabah dan saya berharap berharap kerjasama dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan akan berterusan.”

Sementara itu, Muhyiddin dalam amanatnya sempena ulang tahun setahun Perikatan Nasional, hari ini, menyatakan kawalan sempadan menjadi antara agenda utama kerajaan dengan menambah aset dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi untuk di tempatkan di sepanjang sempadan termasuk di Sabah, menerusi pendekatan lima sempadan hadapan.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk meningkatkan capaian internet terutama di Sabah dan Sarawak dengan inisiatif Jalinan Digital Nasional (JENDELA) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

28 February 2021

KAWASAN TAWAU DESTINASI LAWATAN KETUA MENTERI

SELEPAS beberapa menteri dan pemimpin melawat kawasan tersebut, pada Ahad, Ketua Menteri juga melawat Tawau.

Dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kawasan Tawau diwakili 3 ADUN, Apas, Balung dan Tanjong Batu. Dalam perkembangan terbaru, ADUN Sebatik juga telah memberi sokongan, kerana keluar daripada parti Warisan 3 hari lalu.

Tawau mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan, selain industri berkaitan pertanian dan perikanan.

Di masa depan, kemajuan kawasan ini akan menerima impak, apabila Ibu Negara Indonesia berpindah ke Kalimantan. Selain itu, kawasan ini juga merupakan pintu masuk BIMP-EAGA.

Kerana potensi kawasan ini kepada perekonomian negeri, kemudahan-kemudahan asas khususnya bekalan air bersih perlu disiapkan, sebagai persediaan menerima tempias kemajuan.

Dalam mencapai visi negeri SABAH MAJU JAYA, bukan sahaja Tawau menjadi tumpuan kerajaan GRS, akan tetapi semua daerah,khususnya kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan, samada menerusi industri pelancongan atau pertanian.

Kawasan Sabah yang luas, serta penggunaan tanah yang belum optimum, mempunyai masa depan yang baik dalam industri pertanian.

Selain kawasan-kawasan hutan dan pantai yang cantik yang menjadi tarikan pelancong, Sabah juga mempunyai potensi memajukan indutsri bio-gas atau industri berasaskan minyak dan gas.

Apa yang diperlukan, ada lah penyediaan kemudahan asas yang baik, termasuk penyiapan Pan Borneo, menaik taraf kemudahan elektrik dan kemudahan air bersih.

Penulis yakin, dalam rangka jelajah kerja Ketua Menteri dan anggota kabinet, mereka mempunyai masukan untuk mencapai hasrat Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.

KERAJAAN GRS DI LANDASAN BETUL

KERAJAAN GRS betul-betul menterjemahkan visi SABAH MAJU JAYA.

Julung kali berlaku di Sabah, ADUN pembangkang diberikan peruntukan untuk menjalankan aktiviti sebagai wakil rakyat.

Kerajaan meluluskan RM100,000 setiap ADUN pembangkang bagi tahun 2021.

Juga, dalam tempoh 6 bulan, berbagai kelulusan diberikan untuk membina kemudahan rakyat, selain membaiki kemudahan-kemudahan asas yang daif atau rosak, akan tetapi membina kemudahan-kemudahan asas yang baharu, misalnya naik taraf bulatan Lebak Moyoh, Kota Belud yang berkos RM6.5juta. Naik taraf taraf tersebut sebagai keadah untuk mencegah terputusnya laluan semasa air pasang atau banjir. Bulatan tersebut, adalah laluan daripada berbagai daerah dari utara Sabah.

Jika melihat program-program kementerian, setiap kementerian sangat berfungsi dengan baik, misalnya Kementerian Pelancongan, yang diterajui Datuk Jafry Ariffin sangat proaktif memulihkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik covid-19.

Di sektor kemasyarakatan, Menteri Tugas-Tugas khas- Datuk Arifin Arif, mengatur program-program kemanusian dan moral yang berkait dengan keagamaan. Tindakan seperti ini, untuk mengwujudkan masyarakat yang berjati diri dan integriti tinggi.

Sektor kesejahteraan pula, Menterinya Ir Shahelmey Yahya,sedaya upaya berusaha tiada rakyat yang terabai, dalam arus kehidupan harian.

Memang, kedengaran, sementara, para pemimpin sibuk membantu dan membela rakyat, ada segelintir penyokong atau pengikut wakil-wakil rakyat tertentu mengambil peluang dengan maksima atas kedudukan menteri/pemimpin mereka untuk "menunjuk-nunjuk" menjadi orang kaya baru (OKB), dengan memenuhkan garaj dengan kereta-kereta mewah. Jika "keadaan"ini tidak dibendung, maka akan merosakkan kerajaan, kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

5 January 2021

UMNO SABAH TENTUKAN HALATUJU SENDIRI

SEJAK semalam, UMNO Semenjanug kecoh, apabila sebahagian besar Bahagian parti itu dalam mesyuarat masing-masing mengambil ketetapan, TIDAK akan bekerjsama dengan Parti Bersatu pimpinan Perdana Menteri pada PRU-15.

Malah ada bahagian memberi kata dua kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membubarkan parlimen sebelum hujung bulan Januari.

Bukan sahaja ketua-ketua bahagian parti itu menyuarakan untuk tidak berkerjasama, malah Presiden parti itu juga turut berpendirian sama.

Pada masa yang sama juga mantan Presiden parti itu, Dato Seri Najib Razak yang juga Ketua Bahagian Pekan, berkata, semakin lama parti itu bekerjasama dengan Bersatu, maka semakin terkuburlah parti tersebut.

Untuk menyemarakan keadaan, supaya akar umbi parti itu menolak Bersatu, Najib membangkitkan penubuhan parti itu adalah "To Lead" bukan "Led by others".

Walaupun berlakunya luahan rasa parti itu di Semenanjung no to PPBM, tetapi Umno Sabah yang mempunyai autonomi sendiri memilih haluan berbeza, apabila membuat keputusan untuk memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mana Bersatu sebahagian anggotanya.

Umno Sabah telah berganding bahu dengan Bersatu Sabah, STAR, PBS. PAS, dan SAPP semasa PRN-16 Sabah. Menerusi kerjasama tersebut, maka telah membentuk Kerajaan selepas PRN tersebut.

Demi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara parti-parti dalam GRS, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, membayangkan hanya akan bertanding di kawasan-kawasan di mana Umno boleh menyumbang kerusi kemenangan. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berpandangan, kualiti diutamakan berbanding kuantiti, yang membawa pengertian "Apa gunanya" bertanding banyak kerusi, tetapi tidak memberikan kerusi.

Umno Sabah, akan menggunakan keputusan PRN-16 Sabah sebagai penanda aras bagi agihan kerusi, khususnya dengan Bersatu Sabah. Atas pendekatan tersebut, TIADA isu, bertanding pada kerusi-kerusi tradisi, seperti mana pendekatan Umno Semenanjung.

Di Semenanjung, penolakan terhadap Bersatu, kerana isu kawasan yang ditandingi, kerana semua kawasan yang disandang Bersatu, dahulunya adalah kawasan tradisi Umno. Bukan itu sahaja, kawasan yang diwakili Bersatu yang dimenangi atas tikit Umno akan diambil semula. Dengan demikian, 10 kawasan parlimen di Semenanjung yang melompat ke bersatu, terpaksa mencari kawasan lain untuk bertanding, jika ingin bertanding semula, jika tidak terpaksa berhadapan dengan calon Umno.

Jika sekiranya Majlis Kerja Tertinggi parti itu menerima keputusan bahagian-bahagian, maka pada PRU-15, di Semenanjung akan berlaku pertembungan dengan Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional.

Umno Semenanjung, tidak menjadikan sempadan apa yang berlaku pada PRU-14, apabila bertembung tiga penjuru dengan Bersatu/PKR dan PAS, bukan sahaja Umno kehilangan banyak kerusi juga PAS.

Dalam suasana politik tanah air yang telah berubah, apabila berlaku pertembungan antara parti yang mempunyai penyokong daripada kolam yang sama, maka kemenangan akan berpihak kepada pihak lawan.

Jika melihat kepada keputusan PRU-14, seharusnya Umno perlu memperkukuhkan kerjasama dengan Bersatu dan PAS, bagi menjamin kemenangan, bukannya, menerusi pendekatan menang sorak akan tetapi kampung tergadai.

Umno Semenanjung perlu mencontohi pendekatan Umno Sabah, yang cepat mengadaptasi dengan aspirasi rakyat.

Keputusan rakyat Sabah memberi mandat kepada GRS, merupakan cerminan, bahawa secara umumnya rakyat mahukan antara Umno, Bersatu dan Pas sebagai sebuah entiti, yang saling memerlukan, untuk menjadi kerajaan bagi membela rakyat.

6 September 2020

SABAH MEMILIH- ANTARA CALON DAN PARTI

ADA orang kata, pengundi akan memberi undi pada parti yang boleh bentuk kerajaan. Demikian juga, ada yang kata, pengundi akan mengundi kerana melihat siapa yang memimpin sesebuah parti. Tidak ketinggalan juga, pengundi mengundi kerana melihat calon.

Pengundi yang mengundi parti kerana boleh membentuk kerajaan, kerana mengharapkan pembelaan kerajaan. Pengundi yang mengundi kerana pemimpin yang mengetuai sesebuah parti kerana perjuangan pemimpin tersebut. Manakala pengundi yang mengundi kerana calon, kerana pengundi di kawasan di mana calon itu bertanding, mempunyai rekod membantu dan membela pengundi.

Di Kota Belud, hanya ada beberapa nama, yang mempunyai rekod membela dan membantu pengundi, tidak kira lah semasa berkuasa mahupun tidak. Salah seorang pemimpin tersebut adalah Datuk Salleh Tun Said.

Salleh, apa kah beliau mempunyai kedudukan politik atau tidak, kekal membantu pengundi, sedaya mana beliau mampu. 

Bukan sahaja penulis tahu kerana kebetulan penulis juga sedaerah dengan beliau, tetapi rata-rata penduduk Kota Belud tahu keadaan tersebut.

Kerana dalam politik, kadang kala, di kala pengundi kehilangan deria pertimbangan, sehinggakan tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.

Apabila tersedar kemudian, bahawa kaca yang dipilih, sudah terlambat, kerana nasi menjadi bubur.

Nasib baik, dalam sistem demokrasi, keadaan sedemikian tidak kekal, kerana paling lama pun 5 tahun, rakyat atau pengundi memilih semula.

Kini, pengundi Kota Belud diberi peluang memilih semula. Penulis berharap, pengundi tidak tersalah pilih lagi. Pilih lah permata.

Pada 12 September, 2020, jika PRN Sabah diteruskan, apa kah Salleh bertanding atau menyertai pilihan raya? kerana setakat ini, belum ada kepastian mengenainya. Sama-sama kita tunggu, penamaan calon. Jika Salleh menyertai pilihan raya, bermakna peluang pengundi Kota Belud memperbetulkan kesilapan.

31 August 2020

PRN SABAH: DUN KUNAK MILIK SIAPA?

 DUN Kunak, adalah kawasan tradisi UMNO. Namun pada PRU-14, kawasan itu ditawan Warisan.

Menjelang PRN Sabah kali ini, antara Umno dan Bersatu bersaing bertanding di kawasan tersebut. Kesungguhan Bersatu bertanding di Dun tersebut ditandai dengan menerima 3000 ahli warisan yang keluar beramai-ramai daripada 76 cawangan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut.

Di Sabah, adalah perkara biasa, menjelang pilihan raya, keluar daripada satu parti dan menyertai parti lain adalah perkara biasa. Keadaan itu, hanya merupakan perang psikologi antara parti-parti yang bakal bertanding.

Kesungguhan parti Bersatu merekrut seramai mungkin ahli, adalah perang psikologi dalam pengagihan kerusi antara parti-parti yang bakal melawan Warisan Plus.

Antara Bersatu dan UMNO, parti mana bakal bertanding di DUN Kunak? sudah pasti berhadapan dengan calon Warisan. 

Melihat keputusan PRU-14 calon Umno mendapat 4,630 undi, sedangkan masa itu belum ada perpecahan dalam Umno, berbanding calon Warisan 4,898 undi. 

Pada PRK kali ini, jika Umno atau Bersatu bertanding, unsur protes tidak dapat dielak, kecuali lah semua pihak bergerak sebagai satu pasukan. Jika itu berlaku, maka saingan sengit akan dihadapi parti Warisan.

PRN SABAH: DUN USUKAN MILIK SIAPA?

DUA isu yang bakal menentukan, DUN Usukan milik siapa. Isu pertama, antara Umno dan Bersatu; dan isu kedua, penyertaan calon yang boleh memecahkan undi.

Pada PRU-14, calon BN (umno) mendapat undi 8,738; Warisan 7,513. Dengan jumlah undi tersebut calon Bn menang dengan majoriti 1,225.

Perlu diingat pada masa itu semua pemimpin Umno bergerak satu pasukan. Apa kah pada PRN kali ini, Umno dan Bersatu bergerak sepasukan? mungkin atas kertas, tetapi tidak diperingkat bawah. Isu ini lah yang sedang dihadapi samada oleh Umno atau Bersatu.

Isu kedua, akan adanya calon yang berpengaruh menyertai pilihan raya. Penyertaan, calon tersebut, boleh menarik sokongan ramai penyokong Umno khasnya.

Dalam keadaan sekarang, walaupun andaian, bahawa pengundi yang mengundi Warisan pada PRU-14 ada yang berpaling tadah; tetapi berasaskan fakta lapangan, tiada tanda-tanda demikian. Jika keadaan itu berterusan, maka, cukup bahaya bagi calon Umno atau Bersatu, apa tah lagi, jika tidak sepenuh hati berpakat disemua peringkat sebagai satu pasukan.

Andaian, bahawa pengundi kembali menyokong BN, tidak semestinya berlaku di Sabah, kerana pengundi Sabah lambat 5 tahun untuk "pick-up". Misalan, tahun 2013, tsnunami cina di Semenanjung, tetapi hanya pick-up pada PRU-14 (2018). 

Adalah diperkirakan, jika berlaku pertembungan berbagai penjuru, kelebihan pada calon Warisan Plus, apa tah lagi kehadiran calon yang boleh menarik pengundi Umno.

Sebelum penamaan calon, Umno atau Bersatu, kena duduk betul-betul untuk berpakat sebelum berputih mata.

24 August 2020

AMALAN BAIK BAGI SHAFIE

DATUK Shafie Apdal membidas pembinaan bangunan pencakar langit Rujuk posting FB beliau), kerana cara itu tidak menambah nilai kehidupan rakyat, sebaliknya tindakan yang boleh menambah nilai kehidupan rakyat apabila melantik suku sakat ke jawatan-jawatan penting; pilih kasih terhadap pembahagian pakej bantuan covid-19; lantik syarikat-syarikat kroni untuk jalankan projek-projek guna wang kerajaan; pulun wang rasuah termasuk kes rasuah anak buah di Kementerian Pelancongan Malaysia; isu kehilangan RM1.5bilion wang KKLW; selamatkan Christina Liew daripada membayar RM557juta; 

Manakala tindakan yang bersifat beritegriti apabila mempunyai pemimpin seperti Peter Anthony, Amarjit Singh, Aziz Jamman; mempunyai menteri menggunakan logo MENTERI pada kenderaan;

Sementara nilai kehidupan itu, penuh erti apabila rakyat tiada pendapatan; menjadi pengemis, hidup dalam kawasan penuh sampah saraf;

dan Kerajaan atau pemimpin yang berjaya, apabila ekonomi menjunam dengan teruk; tetapi mempunyai pemimpin yang boleh berhujah-hujah ikan keringpun boleh hidup semula.

Kerana sebuah negara atau negeri yang maju dilihat kepada kemajuan pembangunan, seperti dilaksanakan di Semenanjung, ada bangunan-bangunan pencakar langit, ada lebuh raya yang hebat, maka semua itu bukan lah amalan yang baik menurut Shafie, sebaliknya membiarkan rakyat hidup seperti zaman batu, itu lah nilai kehidupan sebenar, mungkin kerana visi Shafie demikian, sebab itu lah Semporna, tidak pernah maju-maju walaupun beliau wakili sejak tahun 1995!!!. Apa kah rakyat kawasan lain ikut jejak tersebut? jika tidak mahu, jangan sekali menyokong Parti Warisan Plus pada PRN Sabah kali ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels