22 April 2011

1Melayu 1Bumi-Tidak baik untuk Negara: Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

18 comments:

Mohd Ishak said...

Betul kata Dr M, cadangan ini tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia.

ferlo said...

idea 1Bumi boleh memecahkan perpaduan di negara kita. 1Malaysia lebih baik.

shiro said...

gerakan 1Melayu 1Bumi hanya akan mewujudkan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di negara ini.jadi adalah lebih baik gerakan ini tidak dilaksanakan.

mandau said...

jika idea tersebut tidak bernas, lebih baik jgn kita terima. jgnlah wujudkan idea yang timbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kaum .

Jason said...

1Bumi will cause racism to happen in Malaysia.

Jason said...

everyone should practice 1 malaysia concept. It's important to respect each other differences.

Jason said...

Perkasa ought to be dissolved!

Lucas said...

Walaupun sudah tua & nyanyok, kadang2 cadangan DrM ni boleh pakai jg & statement yg dibuatnya jg kadang2 ada betulnya...

songkilou said...

Tidak perlukan slogan selain dari slogan 1Malaysia. 1Malaysia sudah melambangkan perpaduan yang harus dipertahankan.

songkilou said...

Jangan kelirukan lagi rakyat dengan pelbagai slogan kerana benda sekecil mana pun jika diputarbelitkan akan menjadi isu yang berpanjangan.

shiro said...

PERKASA hanya ingin mencapai objektifnya yang bersifat racist.

Paquin said...

Idea ini memang tidak sesuai untuk negara kita yang berbilang kaum.

Paquin said...

Fikirkanlah secara matang hal ini. Jangan sampai idea ini merosakkan keharmonian yang ada.

rebirth said...

jika tidak mahu Malaysia ditimpa malapetaka, hapuskan dahulu perkasa..

rebirth said...

bukan mudah menyatukan rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, lebih2 lagi dengan kehadiran parti2 dan individu yang bersifat perkauman..

fazlin said...

lebih baik mengamalkan konsep 1Malaysia.

Smookiekins said...

"Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara,"

Tau tak pa. Kerajaan harus / perlu lakukan sesuatu untuk mengelak perpecah berlaku.

Karin-nah said...

Nampaknya mantan PM sendiri tidak menyokong 1 Melayu, 1 Bumi ini. Harap Perkasa tidak perlulah memperjuangkan sesuatu yang tidak mendapat faedah kepada rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels