17 April 2011

Demokrasi terbuka, media internet sukarkan kemenangan: Najib

Perdana menteri berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini.Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan.

Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.

Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Perdana menteri juga berkata, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang gagal mencetuskan tsunami politik di negeri itu.

Perdana Menteri berkata apa yang diuar-uarkan oleh pakatan itu, sama ada melalui ceramah ataupun media alternatif atau yang cuba disebarkan mereka melalui SMS dan sebagainya, pengundi pada umumnya tidak menerima cara yang dilakukan oleh parti pembangkang yang cuba hendak mencetuskan tsunami politik.

“Kesudahannya pengundi di Sarawak berfikir secara rasional, bukan secara emosi, bahawasanya masa depan mereka akan hanya terbela dan terjamin dengan sokongan kepada BN, dan parti pembangkang bukan alternatif yang lebih baik.

“Ini satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai BN,” katanya yang juga pengerusi BN dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn malam tadi.

Dalam pilihan raya Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang menang 15, dan satu dimenangi calon Bebas.

Daripada 15 kerusi yang dimenangi pembangkang, 12 diperoleh oleh DAP manakala PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang itandinginya.

21 comments:

amoi said...

nasib baik kaum bumi di swk ramai yg buta komputer atau tak ada komputer jia ada pun "line" tak diadakan oleh BN ...jika celik pun meka TAK minat baca blog politik..meka minat hiburan...itu bezanya..masih di buai mimpi

zam said...

keputusan yang diperoleh di Sarawak adalah pilihan rakyat Sarawak. mereka telah memilih apa yang mereka rasakan terbaik.

zam said...

semua calon yang telah menang perlulah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan memastikan semua janji ditunaikan.

Mohd Ishak said...

Tapi BN juga menang akhirnya.

Mohd Ishak said...

Harap kerajaan BN akan menjalankan tugas mereka dengan baik dan tidak mengecewakan rakyat Sarawak.

evan medhousky said...

kalau parti pilihan tu kalah, tidak perlulah salahkan rakyat atau menghina rakyat. anggaplah pengundi lebih tahu membuat pilihan memandangkan mereka yang duduk di kawasan itu. orang luar apa tahu..

evan medhousky said...

kesian PAS.. kalau PRK sebelum ini dihinanya penduduk iban konon tidak tahu undi dan masih pakai cawat, entah apa pula komen mereka selepas ini..

Athina said...

The people have made their choice and BN is their choice.

Athina said...

I hope BN will fulfill every promises they made to the people.

Wazxiran said...

Apa pun tahniah kepada BN kerana walaupun tidak memenangi majoriti besar tapi tetap menguasai kerusi kemenangan 2/3 tersebut.

Batresiah said...

Apa pun kemenangan tersebut, yang penting sekarang BN harus lebih berusaha untuk membantu dan menunaikan janji mereka berikan kepada rakyat.

Gopuk said...

Tahniah kepada BN. Selamat berjuang untuk rakyat Sarawak.

Gopuk said...

Kemenangan ini membangkitkan lagi keseluruhan parti BN untuk teruskan usaha. Rakyat masih lagi menyokong BN, jadi ternyata BN masih menjadi idola rakyat.

shiro said...

BN menang maksudnya rakyat Sarawak lebih yakin dengan kepimpinan BN berbanding pihak pembangkang.

shiro said...

sebagai balasannya,janji-janji sebelum PR tu perlu ditunaikan barulah rakyat sentiasa memberi sokongan.

mike said...

adakah apa yang dikecapi di sarawak akan berulang pada masa PRU 13? itu persoalannya.

mike said...

apa2 pun, BN telah menang di PRN sarawak.

Paquin said...

BN dah menang, apa lagi nak dikata:)

Paquin said...

Sekarang ini, kita harap saja BN dapat buktikan rakyat tidak salah membuat pilihan.

antap said...

kehadiran media internet menjadikan rakyat bersikap terbuka dan lebih bijak dalam membuat pilihan.

mandau said...

guna media apa sekalipun, rakyat tetap tau mana yg terbaik untuk mereka.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels