23 August 2012

Kajian Royalti Minyak untuk Sabah

NEGARA atau NEGERI mendapat pendapatan samada daripada berbagai cukai atau pungutan seumpamanya atau dalam bentuk royalti.

Bagi negeri yang mempunyai sumber alam, maka pendapatan daripada royalti merupakan pendapatan segera, manakala negeri yang tidak mempunayi sumber alam, maka pendapatan berpunca daripada berbagai bentuk cukai.

Secara umumnya, negara mendapat pendapatan daripada cukai yang menyumbangkan sebahagian besar pendapatan negara; manakala royalti berkisar sekitar 30 bilion setahun, berbanding pendapatan negara yang menghampiri setengah trilion ringgit setahun.

Kini, rakyat negara ini hanya nampak sumbangan royalti terutama daripada minyak dan gas. Di Sabah, perbincangan mengenai royalti bermula sejak tahun 70-an sebelumpun Petronas berkembang maju.

Masalah royalti berlarutan dan hanya pada tahun 1976 persetujuan mengenainya tercapai. Dalam perjanjian itu, negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas akan dibayar 5 peratus dalam bentuk royalti. Peratusan itu kekal hingga kini.

Pembangkang mengambil peluang mengenai peratusan royalti minyak, walaupun peratusannya hanya lebih sedikit 10 peratus daripada jumlah pendapatan tahunan negara, berbanding sumber daripada cukai-cukai lain, namun royalti minyak dan gas menjadi "penting" kerana cara pembangkang mempersembahkannya kepada rakyat.

Pembangkang dalam usahanya menarik sokongan rakyat Sabah berjanji akan menaikan royalti daripada minyak dan gas daripada 5% kepada 20% jika mereka berjaya menduduki Putrajaya. 

Setelah sekian lama, cadangan pembangkang itu diremehkan oleh para pemimpin BN, sehinggalah Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmod menyuarakan akan meminta kerajaan pusat mengkaji isu royalti minyak bagi negeri-negeri yang mengeluarkan emas hitam itu.

Berikutan suara Ketua Menteri Sabah itu, kini para pemimpin Sabah turut bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri negeri jiran itu.

Adalah satu kelajiman dalam ekonomi, jika satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian lain. Konsep keseimbangan, senantiasa demikian. 

Dalam kaedah sekarang, walaupun negeri-negeri pengeluar minyak dan gas mendapat bayaran 5%, namun peruntukan daripada kerajaan pusat terus mengalir.

Kenaikan royalti minyak nampak sedap dipandang dalam jangka pendek, namun secara jangka panjang tidak menguntung negara secara keseluruhan.

Wang yang digunakan untuk menjana pulangan yang besar lebih bermanaafat kepada negara, berbanding jika wang itu digunakan dengan tidak mendapat pulangan.

Hanya secara akademik, perkara ini boleh difahami, bagaimana sumbangan daripada hasil bumi bermanafaat kepada negara; kepada rakyat biasa, mereka hanya melihat  angka peratusan sebab 20 itu lebih besar berbanding 5. Apa ada pada angka? umpama wang RM 100,000 dilabur pada sebuah restoran di kampung yang tidak mempunyai pelanggan yang ramai berbanding melabur restoran di KLCC. Fikir-fikirkan lah.

14 comments:

Ian Cooper said...

Rasanya penting kalau Akta Petroleum 1976 tu dikaji semula sebab keadaan semasa pun sudah banyak perubahan.

Sanih Alias said...

Kajian seperti ini sememangnya satu usaha yang baik tambahan lagi mengenai isu royalti minyak Sabah.

Borneo Bullet said...

""jika satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian lain.""

setuju dengan teori ini.. 60% adalah kos carigali petronas, 30% adalah kos subsidi petronas, 5% untuk kerajaan persekutuan dan 5% lagi untuk Sabah.. agak2nya bahagian mana yang akan berkurang jika royalti dinaikkan 20%??

Borneo Bullet said...

tidak mustahil kerajaan mampu menaikkan royalti minyak bagi semua negeri2 pengeluar minyak di negara ini, namun mungkin tidaklah setinggi 20% atau 50%..

DorianG said...

Sabah and Sarawak should have their own panel to look into the oil royalty review for both states, said United Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organization (UPKO) president Tan Sri Bernard Dompok .

DorianG said...


The Plantation Industries and Commodities Minister said this when asked to comment on the suggestion to have the two East Malaysian states included in the special committee to review the oil royalty paid to Terengganu and Kelantan by the federal government.

DorianG said...


“Sabah and Sarawak should have their own panel to talk to the federal government. It is not necessary to be part of the panel for the east coast of Peninsular Malaysia.

DorianG said...


“Obviously the historical setting is quite different both for Sabah and Sarawak and the peninsula states. Therefore I think it is necessary to have a separate panel for these two (East Malaysian) states,” Dompok said.

DorianG said...

When asked about the opposition’s claim that the state government had in the past said that there was no necessity to ask for an increase in the royalty because it was getting huge allocation from the federal government for development but is now saying that it is open to discussion, Dompok said, “I do not know about the state government but we (UPKO) have been quite consistent in our view that there should be a re-look into the oil royalty and I think the immediate doable figure to my mind, is 10 per cent.

DorianG said...

According to the Penampang member of parliament, under the agreement with Petronas, the royalty payment is 10 per cent, split between Sabah and Kuala Lumpur.

DorianG said...

“I think for a start that one is doable… for a start we can almost have another five per cent. This is my thinking. Beyond that there will have to be some negotiation with the oil companies because there are power sharing contracts with these companies in which these terms are spelt out.

DorianG said...


“Therefore this is an area that needs to be looked into and this is where the committee comes in. That is why I said Sabah and Sarawak deserve a different committee from the one they have in Semenanjung,” Dompok stressed.

DorianG said...


He explained that the federal government has already been indirectly paying money to Kelantan and Terengganu.

DorianG said...

“Probably not in royalty but in essence they have been paid some money so I think it would not be wise to lump it up together with Sabah and Sarawak because Sabah and Sarawak are different,” he pointed out.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels