25 August 2012

Wajar Royalti Minyak bagi Sabah dan Sarawak dikaji

SELEPAS 36 tahun kewujudan Petronas, dan selama itu juga minyak dan gas disedut di bumi Sabah dan Sarawak, royalti hanya 5 peratus, sepertimana perjanjian awal.

Kini, para pemimpin  Kerajaan daripada Sabah dan Sarawak sudah berani menyatakan kajian semula mengenai royalti secara terbuka, sedangkan sebelum ini kenyataan mengenainya merupakan taboo.

Tahniah kepada Pehin Seri Taib Mahmud yang mencadangkan kajian semula, kemudian disusuli oleh Datuk Seri Musa Aman.

Selepas kenyataan dua pemimpin tertinggi Sarawak dan Sabah itu, kini berbagai lapisan menyuarakan sokongan mereka; walaupun rata-rata tidak menyatakan kadar peratusan yang diminta.

Pihak Pembangkang sejak awal-awal lagi menyatakan, jika mereka dapat merampas Putrajaya, maka kadar royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikan ke kadar 20 peratus.

Walaupun telah sekian lama, pihak pembangkang menjadikan royalti minyak sebagai salah satu kempen mereka, hanya selepas bulan ramadhan, pemimpin BN menyuarakan bahawa sudah tiba masanya kajian semula mengenai royalti itu dijalankan.

Sebenarnya, perbincangan berhubung royalti minyak boleh ditafsirkan sebagai "ugutan" kepada kerajaan pusat, akan tetapi berbagai pihak mendakwa bahawa permintaan kajian semula royalti itu, adalah sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan pusat selama ini.

Kenaikan royalti minyak merupakan tanda terima kasih kepada penduduk Sabah dan Sarawak yang senantiasa menjadi penyelamat kepada kerajaan Pusat sejak meredeka lagi, termasuk pada PRU-12 lalu.

Pada PRU-12 lalu, rakyat Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 40 peratus kerusi Parlimen kepada kerajaan Pusat untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan.

Untuk itu, kajian royalti minyak mempunyai kewajaran dan tepat masanya, agar kadar royalti yang lebih tinggi boleh mempercepat kadar pembangunan dua negeri di timur ini yang sememangnya jauh ketinggalan.

8 comments:

TuhauBam said...

Memang wajar dikaji semula perjanjian royalti minyak tu. Ramai rakyat pun pasti akan gembira sekiranya kadar royalti dinaikan.

TuhauBam said...

Kita perlu sokong kajian tersebut, diharap perbincangan Datuk Musa dengan persekutuan memberi hasil positif.

Hamdan Hadillah said...

Memang patut dan wajar pekara ini dikaji semula. Saya sokong usaha datuk Musa untuk menyemak dan menkaji semula royalti untuk Sabah ini.

Ian Cooper said...

Akta Petroleum pun sudah lama digubal. memang patut ada perubahan dibuat sekarang.

Ian Cooper said...

Harap2 5% tu akan dapat ditingkatkan lagi setelah perbincangan dengan kerajaan persekutuan dibuat.

mantera said...

kaji dan buat keputusan terbaik akan hal ini.

Jeff Ambuyat said...

pembangkang menjanjikan 20%.. malah ada juga yang menjanjikan 50% dan 70%.. maca ikut suka mereka saja letak percentage..

Jeff Ambuyat said...

kajian semula royalti minyak oleh kerajaan memang wajar, namun biarlah keputusan berkenaan dengan tahap yang mampu dinaikkan itu ditentukan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels